Anda di halaman 1dari 1

Terdapat 5.6 juta pesakit diabetes di negara ini. Daripada jumlah itu, 1.

4 juta mengalami komplikasi kaki


yang serius, kata Koordinator Jawatankuasa Penjagaan Luka, Hospital Kuala Lumpur, Dr. Harikrishna K.R.
Nair.

"Malaysia mempunyai ramai pesakit diabetes berbanding 28 juta penduduknya. Implikasi penyakit itu
mengundang kepada penambahan komplikasi kaki yang turut dipengaruhi oleh faktor pengambilan makanan
seperti nasi dan gula yang tidak terkawal," ujarnya baru-baru ini.

Secara umum, pesakit diabetes berisiko mendapat penyakit kaki diabetik. Penyakit itu menyebabkan kulit
kaki menjadi kering dan senang merekah, kurang atau hilang bulu, peningkatan pigmentasi pada kulit dan
juga jangkitan kulat pada kaki dan kuku.

Diabetes juga menyebabkan seseorang tidak menyedari kerosakan pada kakinya seperti luka, pecah ataupun
berkudis (ulser). Masalah oksigen yang tidak sampai pula membuatkan luka kaki terbabit lambat sembuh
atau bernanah hingga terpaksa dipotong.

Sumber kosmo 7/4/2012

ubat kencing manis

ubat kencing manis

Anda mungkin juga menyukai