Anda di halaman 1dari 46

13 MAC 2014

DRAF
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH


PENDIDIKAN KHAS(MASALAH PEMBELAJARAN)
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL


DAN ALAM SEKITAR
TAHUN LIMA

DRAF

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH


PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL


DAN ALAM SEKITAR
TAHUN LIMA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

DRAF

Cetakan Pertama 2014


Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak CiptaTerpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini
dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua samaada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan
Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

DRAF

DRAF

DRAF

KANDUNGAN
MUKA SURAT

RUKUN NEGARA
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
KANDUNGAN

PENDAHULUAN
MATLAMAT
OBJEKTIF
STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
FOKUS MATA PELAJARAN: PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
PENTAKSIRAN SEKOLAH
PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR

1
1
1
2
2
3
4
5
6
7
11

DRAF

DRAF
PENDAHULUAN

supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan


berupaya menjalani kehidupan dengan lebih bermakna.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas


(Masalah Pembelajaran) dibina selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang berlandaskan prinsip-prinsip
pendekatan
bersepadu,
perkembangan
individu
secara
menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama
untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR
Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) bersifat holistik, tidak
menekankan akademik semata-mata selaras dengan yang
dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM).

MATLAMAT
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dengan
matlamat untuk memastikan potensi murid dapat dikembangkan
secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu, sesuai dengan
tahap keperluan murid pendidikan khas. Perkembangan ini meliputi
aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan
yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

Bagi memenuhi keperluan individu, pengajaran dan pembelajaran


di Program Pendidikan Khas Integrasi (Masalah Pembelajaran)
dibentuk secara fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 , 8.(1)(c) yang menyatakan;

OBJEKTIF
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) membolehkan
murid:
i.
mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam
menguruskan kehidupan seharian dengan lebih bermakna
serta menjadi warganegara yang berguna
ii.
mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat
berdikari dalam kehidupan seharian
iii.
menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah
kehidupan berkerjaya
iv.
mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri
dengan sempurna
v.
menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi,
berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila
masyarakat majmuk

....seseorang guru boleh membuat pengubahsuaian kepada:


i. kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran
ii. masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti
iii susunan aktiviti; dan
iv bahan bantu mengajar
...... apa-apa pengubahsuaian yang dibuat di bawah
perenggan (1)(c) hendaklah mengikut Kurikulum Pendidikan
Khas.
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina supaya
pembelajaran yang diperolehi di bilik darjah dapat diaplikasikan
dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan
pendidikan berkualiti
untuk murid bermasalah pembelajaran
1

DRAF
vi.
vii.
viii.
ix.
x.

mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian


bagi yang beragama Islam
mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
melibatkan diri dalam aktiviti riadah
menghargai keindahan alam dan warisan budaya
menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi seiring dengan perkembangan semasa.

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG


Organisasi kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi
membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan
berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain-domain
utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi
membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Komunikasi
Kerohanian, Sikap dan Nilai
Kemanusiaan
Sains dan Teknologi
Fizikal dan Estetika
Keterampilan Diri

Rajah 1: Bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD


KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dalam
bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Standard Kandungan
dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular
yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.

DRAF
Standard Kandungan
Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan
boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan


kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
KBAT merujuk pada keupayaan untuk mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan
refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT juga merujuk
kepada kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan
mencipta seperti di Jadual 1.

Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan
pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan.
Standard Prestasi
Satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap penguasan murid
sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai.

KBAT

Penerangan

Mengaplikasi

Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan


nilai dalam situasi berlainan untuk
melaksanakan sesuatu perkara.

Menganalisis

Menilai

Mencerakinkan maklumat kepada bahagian


kecil untuk memahami dengan lebih
mendalam serta hubung kait antara bahagian
berkenaan.
Membuat pertimbangan dan keputusan
menggunakan pengetahuan, pengalaman,
kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi.

Mencipta

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI


Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang
seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip,
bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir,
berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad
ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid
untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid
akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,
etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran
berfikir.

Menghasilkan idea atau produk atau kaedah


yang kreatif dan inovatif.
Jadual 1: Penerangan KBAT

Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun


1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis
(KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras
rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum

Kemahiran ini ditulis secara eksplisit dalam setiap kurikulum mata


pelajaran.

DRAF
pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang berkaitan
dengan pemupukan kreativiti dan inovasi dinyatakan secara
tersurat. Sungguhpun begitu guru digalakkan menerapkan elemen
kreativiti dan inovasi dalam mana-mana topik yang difikirkan sesuai
sekiranya elemen ini tidak dinyatakan secara tersurat. Guru
haruslah menyediakan aktiviti yang meransang minat dan kreativiti
murid. Murid perlu dibimbing dengan pengetahuan dan kemahiran
untuk membolehkan mereka mengembangkan daya kreativiti dan
memupuk sikap dan personaliti yang positif.

KBAT boleh diaplikasikan melalui aktiviti berbentuk pembelajaran


inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu
menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan
Thinking Hats, serta teknik penyoalan yang menggalakkan
pemikiran ke aras tinggi. Murid perlu diberi tanggungjawab atas
pembelajaran mereka sendiri.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Keusahawanan
Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri Malaysia pada tahun 2020
adalah inovatif dan keusahawanan. Penerapan elemen
keusahawanan dalam KSSR bertujuan membentuk ciri dan amalan
keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan
murid. Ciri dan amalan keusahawanan ini boleh dibentuk dengan:

Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulum telah


diperkenalkan seperti Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar,
Patriotisme, Kemahiran Berfikir, Pendidikan Kesihatan Reproduktif
dan Sosial, Pencegahan Rasuah, Pendidikan Pengguna dan
Keselamatan Jalanraya. Elemen Merentas Kurikulum dalam KBSR
dikekalkan dan ditambah dengan memberi penekanan pada
elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, dan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi.

Kreativiti dan Inovasi


Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang berkaitan. Secara
umum, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea,
pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana
idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu.
Elemen kreativiti dan inovasi merupakan antara elemen yang diberi
penekanan dalam KSSR bagi menyediakan murid menangani
cabaran abad ke-21. Kreativiti dan inovasi perlu dipupuk dan
dibangunkan ke tahap optimum supaya murid berupaya
menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan seterusnya
menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan seharian Bagi
mencapai matlamat ini penulisan standard pembelajaran bagi mata

Mengamalkan sikap keusahawanan;


Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan;
Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
pengurusan perniagaan;
Memformulasikan konsep, proses atau produk
keusahawanan; dan
Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam
keusahawanan.

Semua ciri dan amalan ini dilaksanakan bersesuaian dengan tahap


kebolehan murid sekolah rendah.

DRAF
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Teknologi merupakan satu wadah yang berkesan untuk
memperkukuhkan pembelajaran sesuatu mata pelajaran.
Penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, komputer, Internet,
perisian komputer, perisian kursus dan antara muka berkomputer
menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan
berkesan. Animasi dan simulasi berkomputer membantu dalam
mempelajari konsep yang sukar dan abstrak, dan boleh
dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web.
Elemen TMK merupakan satu elemen yang diberi penekanan
dalam KSSR. Terdapat tiga pendekatan dalam menggunakan TMK
iaitu:
Belajar mengenai TMK
Belajar melalui TMK
Belajar dengan TMK

FOKUS MATA PELAJARAN :


DAN ALAM SEKITAR

sekitar, mempunyai semangat patriotisme dan mampu berinteraksi


secara positif dalam kehidupan harian.
Objektif
Matapelajaran Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar bertujuan
untuk:
i.
Menyemai minat murid bagi menguasai ilmu sains
melalui pemerhatian, pengalaman dan penyiasatan
ii.
Memberi peluang murid menguasai kemahiran
saintifik dan kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif.
iii.
Membolehkan murid mengenali dan menghargai
alam sekitar.
iv.
Memberi kefahaman tentang jati diri.
v.
Membolehkan murid mengaplikasi kemahiran
komunikasi dan interaksi sosial yang positif
vi.
Membimbing murid dengan sikap dan nilai-nilai
murni dalam kehidupan seharian.

PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL

Disiplin Ilmu
Matapelajaran ini melibatkan empat disiplin ilmu iaitu Sains,
(40%),Geografi/ Alam Sekitar (20%),Sejarah(20%) dan Kemahiran
Sosial(20%).

Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar(PSSAS) mula


diperkenalkan di Tahun 4 (Tahap 2) bagi murid pendidikan khas
(Masalah Pembelajaran). Matapelajaran PSSAS merupakan
gabungan empat disiplin ilmu iaitu Sains, Geografi/ Alam Sekitar,
Sejarah dan Kemahiran Sosial.

i.

Matlamat
Matlamat matapelajaran PSSAS adalah untuk melahirkan murid
yang mempunyai pengetahuan asas sains, menghargai alam
5

Sains
Menyemai minat murid
terhadap ilmu sains
melalui
pemerhatian, pengalaman dan penyiasatan. Sains juga dapat
mendidik murid dengan kemahiran saintifik dan nilai-nilai
murni.

DRAF
ii.

iii.

iv.

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

Geografi/ Alam Sekitar


Mengembangkan pemikiran agar peka tentang alam sekitar,
mengetahui punca pencemaran yang mengakibatkan
bencana serta mengambil langkah pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar.

Rancangan Pendidikan Individu (RPI):


adalah....suatu rekod yang mengandungi butiran
sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar yang
menyatakan tentang rancangan pendidikan bagi setiap
murid berkeperluan pendidikan khas.
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan
Khas) 2013

Sejarah
Memberi pengetahuan asas tentang sejarah Malaysia,
mengenali identiti negara, mengetahui negeri-negeri dan
masyarakat di Malaysia serta memupuk dan menyemai
semangat patriotisme dan cintakan negara.

...adalah satu dokumen bertulis yang menjelaskan matlamat


perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid
berkeperluan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh
menyatakan tahap pencapaian murid.
Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI)
Individu Murid-Murid Berkeperluan Khas,
2000

Kemahiran Sosial
Melatih dan membimbing murid dengan
kemahiran
komunikasi dan mengaplikasi interaksi sosial yang positif
serta mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
bermasyarakat.

RPI dirumuskan sebagai suatu rancangan pengajaran berasaskan


penilaian pelbagai disiplin yang disediakan bagi memenuhi
keperluan murid pendidikan khas. Ia dirancang khusus bagi individu
murid, dan dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian
dan penerapan ke atas rancangan pembelajaran dan perkhidmatan
yang disediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak
sekolah tentang keperluan individu murid dan bagaimana keperluan
tersebut dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut,
perlu ada kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa,
dan murid itu sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan

DRAF
pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke
tahap maksimum. PS mempunyai ciri-ciri berikut:
Iaitu
mampu
memberi
maklumat
menyeluruh
tentang penguasaan, pengetahuan, kemahiran, dan
pengamalan nilai murni;
Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring
dengan PdP;
Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai
mengikut kesesuaian dan kesediaan murid; dan
Merujuk
standard
prestasi
yang
dibina
berdasarkan standard kurikulum.

peringkat negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat
sokongan lain.
RPI memperincikan antara lain:
i.
Tahap prestasi sedia ada murid
ii.
Perancangan akademik dan bukan akademik
iii.
Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid
iv.
Objektif pendidikan yang boleh diukur
v.
Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi
mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian
vi.
Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid
vii.
Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu
perkhidmatan dapat disediakan untuk murid, dan
viii.
Perancangan dan persediaan bagi membantu dan
membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran
mereka.

PS boleh dilaksanakan secara:


Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan PdP.
Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit
pembelajaran, semester atau tahun.

PENTAKSIRAN SEKOLAH

Pentaksiran Rujukan Standard


Standard Prestasi diguna untuk melihat kemajuan dan
pertumbuhan (growth) pembelajaran, serta prestasi seseorang
murid. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses
mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham
dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari
berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan.
Pentaksiran sedemikian tidak membandingkan pencapaian
seseorang murid dengan murid lain. Prestasi murid dilaporkan
dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid
dalam pembelajaran. Murid dinilai secara adil dan saksama
sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan,
kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan
dengan orang lain. Pihak sekolah berupaya mendapatkan maklum

Pentaksiran Sekolah (PS) adalah salah satu komponen utama


dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) kerana ia berperanan
mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan
pengajaran guru dan mampu memberi maklumat yang sah tentang
apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam PdP. PS
dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula
dengan perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran,
pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan hingga
pelaporan. PS penting untuk menentukan keberkesanan guru dan
pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan
seimbang. PS merupakan aktiviti berterusan yang menuntut
komitmen yang tinggi, dan hala tuju yang jelas daripada guru dan
7

DRAF
Tafsiran Umum

balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif.


Maklumat
yang
diperolehi
membolehkan
pihak
yang
bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf
dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting
dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan
negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masingmasing.

MAKSUD

Tahu

Tahap Penguasaan (TP) merujuk kepada aras penguasaan tertentu


yang disusun secara hierarki, dan diguna bagi tujuan pelaporan.
Jadual 2 menyenaraikan maksud dan tafsiran umum tentang setiap
TP. Jadual 3 pula menyediakan tafsiran tentang TP yang diguna
pakai dalam mentafsir prestasi murid bagi mata pelajaran
Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar.

Tahu dan
Faham

Tahu, Faham
dan Boleh
Buat
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat dengan
Beradab
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat dengan
Beradab
Terpuji
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat dengan
Beradab
Mithali

TAHAP
PENGUASAAN

TAFSIRAN UMUM
Murid tahu perkara asas, atau boleh
melakukan kemahiran asas atau
memberi respons terhadap perkara
yang asas.
Murid menunjukkan kefahaman untuk
menukar bentuk komunikasi atau
menterjemah serta menjelaskan apa
yang telah dipelajari.
Murid menggunakan pengetahuan
untuk
melaksanakan
sesuatu
kemahiran pada suatu situasi.
Murid
melaksanakan
sesuatu
kemahiran dengan beradab, iaitu
mengikut prosedur atau secara
sistematik.
Murid
melaksanakan
sesuatu
kemahiran pada situasi baharu,
dengan mengikut prosedur atau
secara sistematik, serta tekal, dan
bersikap positif.
Murid
berupaya
menggunakan
pengetahuan dan kemahiran sedia ada
untuk digunakan pada situasi baharu
secara sistematik, bersikap positif,
kreatif dan inovatif, serta boleh
dicontohi.

Jadual 2: Maksud dan tafsiran umum tentang Tahap Penguasaan


8

DRAF
Tafsiran Mata Pelajaran
TAHAP
PENGUASAAN
1

Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Pentaksiran


Sekolah
TAFSIRAN

Murid tahu perkara berkaitan atau boleh memberi


respons pada sebarang perkara berkaitan.

Murid tahu dan faham perkara yang dipelajari atau


boleh memberi respons pada perkara yang dipelajari

Murid tahu dan faham perkara yang dipelajari dan


boleh mengaplikasikannya pada situasi sebenar.

Setiap guru perlu merancang PdP dengan merujuk kepada


Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Kebijaksanaan
guru adalah perlu dalam merancang dan melaksanakan PdP yang
berkesan dan bersesuaian. Pada waktu yang sama, guru perlu
mentaksir dan menentukan tahap keupayaan murid berdasarkan
Standard Prestasi yang telah disusun mengikut kelompok standard
kandungan dan standard pembelajaran. Guru seharusnya memberi
peluang kepada setiap muridnya untuk mencapai tahap keupayaan
yang lebih baik dengan melaksanakan proses bimbingan dan
pengukuhan.

Murid tahu, faham dan boleh mengaplikasikan


perkara yang dipelajari dengan beradab iaitu boleh
mengikut cara yang betul.

Standard Pembelajaran merangkumi perkara yang perlu dipelajari


dan disampaikan dalam PdP. Standard Prestasi pula mengandungi
panduan untuk mentaksir murid mengikut tahap penguasaan
seperti yang dihasratkan. Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran mengintegrasikan standard
kurikulum
dan
pentaksiran sekolah dalam satu dokumen.

Murid
boleh
menguasai
dan
mengaplikasi
pengetahuan dan kemahiran pada situasi baharu
dengan mengikut cara yang betul serta tekal dan
bersikap positif.
Murid berupaya menguasai dan mengaplikasi
pengetahuan dan kemahiran pada situasi baharu
dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan boleh
berbicara mengenainya dengan menggunakan ayat
yang sesuai serta boleh dicontohi.

Beberapa kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh


dijalankan adalah:
Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek
kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Kaedah
pemerhatian adalah untuk menilai proses yang dilakukan murid,
bukan hasil akhir yang diperoleh.

Jadual 3: Tafsiran Tahap Penguasaan bagi


matapelajaran Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar

DRAF
Ujian: Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau
lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan
objektif atau subjektif. Contoh ujian lisan adalah kuiz.
Persembahan secara lisan: Persembahan secara lisan adalah
penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan
pengetahuan murid tentang kemahiran yang dipelajari.
Senarai semak: Senarai semak merupakan laporan individu
tentang penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang diuji dalam sains
adalah pengetahuan, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai
murni.
Portfolio: Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secara
individu atau kumpulan. Contoh portfolio adalah buku skrap dan
folio.
Esei: Esei mempamerkan tentang kemahiran murid
menyampaikan maklumat secara saintifik dan sistematik.

untuk

10

DRAF

PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL


DAN ALAM SEKITAR

11

DRAF

12

1.

STANDARD
KANDUNGAN

STANDARD
PEMBELAJARAN

(murid dibimbing untuk.)

(murid berupaya untuk .)

1.1 Mengetahui
keperluan
asas
manusia

1.1.1

1.1.2

Menyatakan dan menghargai


keperluan asas manusia
untuk hidup:
i.
makanan
ii.
air
iii.
udara
iv.
tempat perlindungan
Menyata dan memerihalkan
kepentingan air, makanan,
udara dan tempat
perlindungan

DRAF
MANUSIA

STANDARD PRESTASI
(murid boleh..)

TAHAP
PENGUASAAN

TAFSIRAN

Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai keperluan


asas manusia untuk hidup.

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan


keperluan asas manusia untuk hidup dengan menggunakan bahan
bantu belajar.

Menyatakan mengenai keperluan asas manusia untuk hidup dan


kepentingannya kepada manusia dengan memberi contoh-contoh
yang berkaitan dengannya.

Memilih gambar-gambar yang berkaitan keperluan asas manusia


untuk hidup dengan betul.

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai keperluan asas


manusia dan kepentingannya dalam kehidupan seharian pada
situasi baharu dengan mengikut cara yang betlul sera tekal dan
bersikap positif.

Menggabungkan pengetahuan berkenaan keperluan asas manusia


pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan
boleh berbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yang
sesuai serta boleh dicontohi.
13

DRAF
2. HAIWAN

STANDARD
KANDUNGAN

STANDARD
PEMBELAJARAN

(muriddibimbinguntuk.)

(murid berupaya untuk .)

2.1 Mengetahui
keperluan
asas haiwan

2.1.1

Menyebut keperluan asas


haiwan untuk hidup:
i.
makanan
ii.
air
iii. udara
iv. tempat perlindungan

STANDARD PRESTASI
(murid boleh..)

TAHAP
PENGUASAAN

TAFSIRAN

Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai keperluan


asas haiwan untuk hidup.

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan


keperluan asas haiwan untuk hidup dengan berpandukan bahan
bantu belajar.

Menyatakan mengenai keperluan asas haiwan untuk hidup dengan


memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

Memilih gambar-gambar haiwan dan keperluan asas haiwan untuk


hidup dengan betul.

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai keperluan asas


haiwan pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan
bersikap positif.

Menggabungkan pengetahuan berkenaan keperluan asas haiwan


pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan
boleh berbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yang
sesuai serta boleh dicontohi.

14

DRAF

STANDARD
KANDUNGAN

STANDARD
PEMBELAJARAN

(murid dibimbing untuk.)

(murid berupaya untuk .)

2.2 Memahami
jenis
haiwan

2.2.1 Mengelaskan jenis haiwan


mengikut makanan yang
dimakan:
i. haiwan yang makan
tumbuhan
ii. haiwan yang makan
haiwan lain
iii. haiwan yang makan
tumbuhan dan haiwan
lain

2.2.2

Mengelaskan haiwan
mengikut habitat:
i. darat
ii. air
iii. darat dan air

STANDARD PRESTASI
(murid boleh..)

TAHAP
PENGUASAAN

TAFSIRAN

Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai haiwan.

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan


haiwan dan makanan yang dimakannya serta habitatnya dengan
berpandukan bahan bantu belajar.

Membezakan haiwan mengikut makanan yang dimakan serta


habitatnya dengan memberi contoh-contoh yang berkaitan
dengannya.

Mengasingkan gambar-gambar haiwan mengikut makanan yang


dimakan dan habitatnya dengan betul.

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai jenis haiwan


mengikut makanan yang dimakan dan habitatnya pada situasi
baharu dengan mengikut cara yang betul serta tekal dan bersikap
positif.

Menggabungkan pengetahuan berkenaan jenis haiwan mengikut


makanan yang dimakan dan habitatnya pada situasi baharu
dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan boleh berbicara
mengenainya dengan menggunakan ayat yang sesuai serta boleh
dicontohi.
15

3.

STANDARD
KANDUNGAN

STANDARD
PEMBELAJARAN

(murid dibimbing untuk.)

(murid berupaya untuk .)

3.1 Mengetahui
keperluan
asas
tumbuhan

3.1.1

Menyatakan keperluan
asas tumbuhan untuk
hidup
i. air
ii. udara
iii. cahaya matahari

DRAF
TUMBUHAN

STANDARD PRESTASI
(murid boleh..)

TAHAP
PENGUASAAN

TAFSIRAN

Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai keperluan


asas tumbuhan untuk hidup.

Memberi respons terhadap apa yang dipelajari berkaitan keperluan


asas tumbuhan untuk hidup dengan menggunakan bahan bantu
belajar.

Menerangkan mengenai keperluan asas tumbuhan untuk hidup


dengan memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

Mengasingkan gambar-gambar tumbuhan dan keperluan asas


tumbuhan untuk hidup dengan betul.

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai keperluan asas


tumbuhan pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal
dan bersikap positif.

Menggabungkan pengetahuan berkenaan keperluan asas


tumbuhan untuk hidup pada situasi baharu dengan mengikut cara
yang betul, kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan
menggunakan ayat yang sesuai serta boleh dicontohi.

16

DRAF

STANDARD
KANDUNGAN

STANDARD
PEMBELAJARAN

(murid dibimbing untuk.)

(murid berupaya untuk .)

3.2 Memahami
kepelbagaian
tumbuhan

3.2.1

Membezakan tumbuhan
di darat dan air

STANDARD PRESTASI
(murid boleh..)

TAHAP
PENGUASAAN

TAFSIRAN

Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai tumbuhan di


darat dan air.

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan


tumbuhan yang tumbuh di darat dan air dengan menggunakan
bahan bantu belajar.

Membezakan antara tumbuhan di darat dan air dengan memberi


contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

Mengasingkan gambar-gambar tumbuhan mengikut tempatnya


samada di darat atau di air dengan betul.

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai kepelbagaian


tumbuhan pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal
dan bersikap positif.

Menggabungkan pengetahuan berkenaa kepelbagaian tumbuhan


pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan
boleh berbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yang
sesuai serta boleh dicontohi.

17

4.

STANDARD
KANDUNGAN

STANDARD
PEMBELAJARAN

(murid dibimbing untuk.)

(murid berupaya untuk .)

4.1 Mengetahui
asas
kemahiran
sosial

4.2 Mengaplikasi
kemahiran
sosial di
pejabat pos
atau bank

4.1.1

Menyatakan cara
berkomunikasi di pejabat
pos atau bank
i.
membuat permintaan
secara sopan
ii.
berbalas ucapan
iii.
memberi ucapan
penghargaan

4.2.1 Melaksanakan aktiviti-aktiviti


di pejabat pos atau bank
dengan menggunakan
ucapan bertatasusila dan
tingkah laku yang
bersesuaian.

DRAF
KEMAHIRAN SOSIAL

STANDARD PRESTASI
(murid boleh..)

TAHAP
PENGUASAAN

TAFSIRAN

Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai cara-cara


berkomunikasi dan perlakuan di tempat awam

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan


cara-cara berkomunikasi dan perlakuan yang betul ketika berada di
pejabat pos/ bank dengan berpandukan bahan bantu belajar.

Menyata dan mengapalikasikan kemahiran sosial melalui


pengucapan bertatasusila dan perlakuan yang betul ketika berada
di pejabat pos/ bank .

Membandingbeza cara berkomunikasi dan perlakuan yang betul


dengan tidak betul ketika berada di pejabat pos/ bank.

Menghubungkaitkan pengetahun dan kemahiran sosial yang betul


ketika di pejabat pos/ bank pada situasi baharu dengan cara yang
betul serta tekal dan bersikap positif.

Menggabungkan pengetahuan berkenaan cara berkomunikasi dan


perlakuan yang baik ketika di pejabat pos/ bank dengan mengikut
cara yang betul, kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan
menggunakan ayat yang sesuai serta boleh dicontohi.

18

DRAF

STANDARD
KANDUNGAN

STANDARD
PEMBELAJARAN

(murid dibimbing untuk.)

(murid berupaya untuk .)

4.3 Menjelaskan
dengan contoh
keadaan di
pejabat pos
atau bank

4.3.1 Menyatakan keadaan di


pejabat pos atau bank

STANDARD PRESTASI
(murid boleh..)

TAHAP
PENGUASAAN

TAFSIRAN

Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai keadaan di


pejabat pos/ bank.

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari mengenai


keadaan di pejabat pos/ bank dengan menggunakan bahan bantu
belajar.

Menceritakan keadaan di pejabat pos atau bank dengan memberi


contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

Menyatakan perbezaan keadaan di pejabat pos/ bank dengan


tempat awam yang lain dengan betul.

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai keadaan di pejabat


pos/ bank pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal
dan bersikap positif.

Menggabungkan pengetahuan dan kemahiran sosial ketika di


pejabat pos/bank pada situasi baharu dengan mengikut cara yang
betul, kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan
menggunakan ayat yang sesuai serta boleh dicontohi.

19

5.

STANDARD
KANDUNGAN

STANDARD
PEMBELAJARAN

(murid dibimbing untuk.)

(murid berupaya untuk .)

5.1 Mengetahui
sistem suria

5.1.1

Mengenal sistem suria


i. Bulan
ii. Bumi
iii. Matahari

DRAF
ALAM SEKITAR

STANDARD PRESTASI
(murid boleh..)

TAHAP
PENGUASAAN

TAFSIRAN

Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai Bulan, Bumi


dan Matahari.

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan


dengan Bulan, Bumi dan Matahari dengan menggunakan bahan
bantu belajar.

Menerangkan mengenai sistem suria dengan memberi contohcontoh yang berkaitan dengannya.

Membandingbeza gambar Bulan, Bumi dan Matahari daripada segi


bentuk, saiznya dan kedudukannya secara sistemetik dalam sistem
suria.

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenal pasti sistem suria


pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan
bersikap positif.

Menggabungkan pengetahuan berkenaan sistem suria pada


situasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan boleh
berbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yang sesuai
serta boleh dicontohi.

20

DRAF

STANDARD
KANDUNGAN

STANDARD
PEMBELAJARAN

(murid dibimbing untuk.)

(murid berupaya untuk .)

5.2 Mengetahui
kejadian siang
dan malam

5.2.1 Memerihalkan kejadian siang


dan malam

STANDARD PRESTASI
(murid boleh..)

TAHAP
PENGUASAAN

TAFSIRAN

Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai kejadian


siang dan malam.

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari mengenai


kejadian siang dan malam dengan menggunakan bahan bantu
belajar.

Menerangkan mengenai kejadian siang dan malam dan memberi


contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

Mengelaskan kejadian siang dan malam berdasarkan gambaryang berkaitan dengannya mengikut cara betul.
.

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai kejadian siang dan


malam pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan
bersikap positif.

Menggabungkan pengetahuan berkenaan kejadian siang dan


malam pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul,
kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan menggunakan
ayat yang sesuai serta boleh dicontohi.

21

DRAF

STANDARD
KANDUNGAN

STANDARD
PEMBELAJARAN

(murid dibimbing untuk.)

(murid berupaya untuk .)

5.3 Memahami
unsur cuaca

5.3.1

Memerihalkan unsur cuaca


i.
cahaya matahari
ii.
hujan
iii.
angin
iv.
suhu

STANDARD PRESTASI
(murid boleh..)

TAHAP
PENGUASAAN

TAFSIRAN

Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai cuaca.

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari mengenai


cuaca dengan berpandukan bahan bantu belajar.

Memberi respons/ menerangkan mengenai cuaca dan memberi


contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

Memilih gambar-gambar yang berkaitan dengan cuaca dan unsurunsurnya dengan betul.

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai cuaca dan


kepentingannya dalam kehidupan seharian pada situasi baharu
dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.

Menggabungkan pengetahuan berkenaan cuaca pada situasi


baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan boleh
berbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yang sesuai
serta boleh dicontohi.

22

DRAF

STANDARD
KANDUNGAN

STANDARD
PEMBELAJARAN

(murid dibimbing untuk.)

(murid berupaya untuk .)

5.4 Mengetahui
iklim di Malaysia

5.4.1 Memerihalkan ciri-ciri iklim


Khatulistiwa
i. panas dan lembab
sepanjang tahun
ii. suhu sekata 27C-32C

STANDARD PRESTASI
(murid boleh..)

TAHAP
PENGUASAAN

TAFSIRAN

Memberi respons secara pada sebarang persoalan mengenai iklim


di Malaysia.

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan iklim


di Malaysia dengan menggunakan bahan bantu belajar.

Menerangkan mengenai iklim di Malaysia dengan memberi contohcontoh yang berkaitan dengannya.

Memilih gambar-gambar yang berkaitan dengan iklim di Malaysia


dengan betul.

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai iklim di Malaysia


pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan
bersikap positif.

Menggabungkan pengetahuan berkenaan iklim di Malaysia pada


situasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan boleh
berbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yang sesuai
serta boleh dicontohi.

23

6.

STANDARD
KANDUNGAN

STANDARD
PEMBELAJARAN

(murid dibimbing untuk.)

(murid berupaya untuk .)

6.1 Mengetahui
kepentingan
petroleum

6.1. 1 Menyatakan kegunaan


petroleum
6.1.2 Menghasilkan buku skrap
berkaitan petroleum seperti
menggunting dan menampal
gambar dan logo yang
berkaitan dengan petroleum
atau sebagainya

DRAF
PETROLEUM

STANDARD PRESTASI
(murid boleh..)

TAHAP
PENGUASAAN

TAFSIRAN

Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai petroleum.

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan


kepentingan petroleum dalam kehidupan dengan menggunakan
bahan bantu belajar.

Menghasilkan buku skrap mengenai petroleum dan kegunaannya


dalam kehidupan.

Mengelas gambar-gambar berkaitan petroleum dan


kepentingannya dalam kehidupan seharian dengan betul.

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai petroleum dan


kegunaanya dalam kehidupan pada situasi baharu dengan cara
yang betul serta tekal dan bersikap positif.

Menggabungkan pengetahuan berkenaan kepentingan petroleum


dalam kehidupan pada situasi baharu dengan mengikut cara yang
betul, kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan
menggunakan ayat yang sesuai serta boleh dicontohi.

24

7.

STANDARD
KANDUNGAN

STANDARD
PEMBELAJARAN

(murid dibimbing untuk.)

(murid berupaya untuk .)

7.1

Mengetahui
sejarah
penubuhan
Malaysia

7.1.1

Memerihal hari
penubuhan Malaysia
i.
tarikh
ii. peristiwa

DRAF
SEJARAH MALAYSIA

STANDARD PRESTASI
(murid boleh..)

TAHAP
PENGUASAAN

TAFSIRAN

Memberi respons secara pada sebarang persoalan mengenai


sejarah Malaysia.

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan


sejarah penubuhan Malaysia berdasarkan tarikh dan peristiwa
dengan menggunakan bahan bantu belajar.

Menerangkan mengenai sejarah penubuhan Malaysia dengan


memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

Memilih gambar-gambar berkaitan dengan sejarah penubuhan


Malaysia dengan betul.

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai sejarah penubuhan


Malaysia pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal
dan bersikap positif.

Menggabungkan pengetahuan berkenaan sejarah penubuhan


Malaysia pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul,
kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan menggunakan
ayat yang sesuai serta boleh dicontohi.

25

8.

STANDARD
KANDUNGAN

STANDARD
PEMBELAJARAN

(murid dibimbing untuk.)

(murid berupaya untuk .)

8.1 Mengetahui
identiti
Malaysia

8.1.1 Menamakan identiti Malaysia


i.
bunga kebangsaan
ii. bahasa kebangsaan

DRAF
IDENTITI MALAYSIA

STANDARD PRESTASI
(murid boleh..)

TAHAP
PENGUASAAN

TAFSIRAN

Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai identiti


Malaysia.

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan


bunga kebangsaan dan bahasa kebangsaan dengan berpandukan
bahan bantu belajar.

Menerangkan mengenai bunga dan bahasa kebangsaan dengan


memberikan contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

Membandingbezakan identiti Malaysia dengan identiti negeranegera lain.

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai identiti Malaysia


dengan semangat patriotisme pada situasi baharu dengan cara
yang betul serta tekal dan bersikap positif.

Menggabungkan pengetahuan berkenaan identiti Malaysia pada


situasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan boleh
berbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yang sesuai
serta boleh dicontohi.

26

9.

STANDARD
KANDUNGAN

STANDARD
PEMBELAJARAN

(murid dibimbing untuk.)

(murid berupaya untuk .)

9.1

Mengetahui
ciri fizikal
objek

9.1.1 Menamakan objek yang


timbul dan objek yang
tenggelam di dalam air

DRAF
OBJEK

STANDARD PRESTASI
(murid boleh..)

TAHAP
PENGUASAAN

TAFSIRAN

Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai objek yang


timbul dan yang tenggelam di dalam air .

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan ciri


fizikal objek yang timbul dan tenggelam di dalam air dengan
menggunakan bahan bantu belajar.

Membezakan antara objek yang timbul dengan yang tenggelam


serta memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

Membandingbezakan antara objek yang timbul dengan objek yang


tenggelam dengan betul.

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai konsep tenggelam


dan timbul sesuatu objek pada situasi baharu dengan cara yang
betul serta tekal dan bersikap positif.

Menggabungkan pengetahuan mengenai ciri-ciri fizikal objek yang


timbul dan tenggelam pada situasi baharu dengan mengikut cara
yang betul, kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan
menggunakan ayat yang sesuai serta boleh dicontohi.

27

DRAF

STANDARD
KANDUNGAN

STANDARD
PEMBELAJARAN

(murid dibimbing untuk.)

(murid berupaya untuk .)

9.1.2

Menamakan objek yang


menyerap dan objek yang
tidak menyerap air.

STANDARD PRESTASI
(murid boleh..)

TAHAP
PENGUASAAN

TAFSIRAN

Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai objek yang


menyerap air dan yang tidak menyerap air.

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan ciri


fizikal objek yang menyerap air dan tidak menyerap air dengan
menggunakan bahan bantu belajar.

Membezakan antara objek yang menyerap dengan yang tidak


menyerap air serta memberi contoh-contoh yang berkaitan
dengannya.

Membandingbezakan antara objek yang menyerap atau tidak


menyerap air dengan betul.

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai konsep penyerapan


sesuatu objek pada situasi baharu dengan cara yang betul serta
tekal dan bersikap positif.

Menggabungkan pengetahuan mengenai ciri-ciri fizikal objek yang


menyerap dan tidak menyerap air pada situasi baharu dengan
mengikut cara yang betul, kreatif dan boleh berbicara mengenainya
dengan menggunakan ayat yang sesuai serta boleh dicontohi.

28

10.

STANDARD
KANDUNGAN

STANDARD
PEMBELAJARAN

(murid dibimbing untuk.)

(murid berupaya untuk .)

10.1 Mengetahui
tentang
tenaga
elektrik

10.1.1 Mengenal pasti sumber


tenaga elektrik
i.
bateri
ii.
dinamo

DRAF
ELEKTRIK

STANDARD PRESTASI
(murid boleh..)

TAHAP
PENGUASAAN

TAFSIRAN

Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai tenaga


elektrik.

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan


sumber tenaga elektrik dengan menggunakan bahan bantu belajar.

Menerangkan mengenai sumber tenaga elektrik dengan memberi


contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

Membandingbeza antara sumber tenaga elektrik dari bateri dan


dinamo dengan betul.

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai sumber tenaga


elektrik dan kepentingannya dalam kehidupan pada situasi baharu
dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.

Menggabungkan pengetahuan berkenaan sumber tenaga elektrik


pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan
boleh berbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yang
sesuai serta boleh dicontohi.

29

DRAF

STANDARD
KANDUNGAN

STANDARD
PEMBELAJARAN

(murid dibimbing untuk.)

(murid berupaya untuk .)

10.1.2 Membina litar ringkas elektrik


dengan menggunakan
bateri dan mentol

STANDARD PRESTASI
(murid boleh..)

TAHAP
PENGUASAAN

TAFSIRAN

Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai litar ringkas


elektrik.

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan litar


ringkas elektrik dan komponennya dengan menggunakan bahan
bantu belajar.

Membina litar ringkas elektrik yang lengkap.

Memilih komponen-komponen yang berkaitan dengan pembinaan


litar ringkas elektrik dengan betul.

Menghubungkaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada


mengenaii litar elektrik pada situasi baharu dengan cara yang
betul serta tekal dan bersikap positif.

Menggabungkan pengetahuan berkenaan litar elektrik pada


situasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan boleh
berbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yang sesuai
serta boleh dicontohi.

30

DRAF

STANDARD
KANDUNGAN

STANDARD
PEMBELAJARAN

(murid dibimbing untuk.)

(murid berupaya untuk .)

10.2

Mengetahui
konduktor
dan
penebat
elektrik

10.2.1 Menamakan konduktor


elektrik
i.
logam
ii.
air
10.2.2 Menyenaraikan bahan
penebat elektrik
i.
kayu
ii.
getah
iii.
kain
iv.
kaca

STANDARD PRESTASI
(murid boleh..)

TAHAP
PENGUASAAN

TAFSIRAN

Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai konduktor


dan bahan penebat elektrik.

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan


konduktor dan penebat elektrik dengan menggunakan bahan
bantu belajar.

Menerangkan mengenai konduktor dan penebat elektrik dengan


memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

Membezakan antara konduktor dan penebat elektrik berdasarkan


bahannya dengan betul.

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai kegunaan konduktor


dan penebat elektrik pada situasi baharu dengan cara yang betul
serta tekal dan bersikap positif.

Menggabungkan pengetahuan berkenaan konduktor dan penebat


elektrik pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul,
kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan menggunakan
ayat yang sesuai serta boleh dicontohi.

31

11.

STANDARD
KANDUNGAN

STANDARD
PEMBELAJARAN

(murid dibimbing untuk.)

(murid berupaya untuk .)

11.1 Memahami
kejadian
jerebu

11.1.1 Memerihalkan kejadian


jerebu
11.1.2 Menyenaraikan punca
jerebu

DRAF
BENCANA ALAM

STANDARD PRESTASI
(murid boleh..)

TAHAP
PENGUASAAN

TAFSIRAN

Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai kejadian


jerebu.

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan


kejadian jerebu dengan menggunakan bahan bantu belajar.

Menerangkan mengenai kejadian dan punca jerebu dan memberi


contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

Membandingbeza antara keadaan sebelum dengan selepas


kejadian jerebu berdasarkan gambar yang betul.

Menghubungkaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada


mengenai kejadian dan punca jerebu dengan menggunakan
pelbagai sumber secara tekal.
Menggabungkan pengetahuan berkenaan kejadian dan punca
jerebu pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul,
kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan menggunakan
ayat yang sesuai serta boleh dicontohi.

32

DRAF

STANDARD
KANDUNGAN

STANDARD
PEMBELAJARAN

(murid dibimbing untuk.)

(murid berupaya untuk .)

11.1.3 Menyatakan kesan kejadian


jerebu
11.1.4 Menyatakan langkahlangkah keselamatan
apabila berlaku jerebu

STANDARD PRESTASI
(murid boleh..)

TAHAP
PENGUASAAN

TAFSIRAN
Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai kesan
kejadian jerebu kepada manusia dan persekitaran.

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan


kesan kejadian jelebu dan langkah langkah keselamatan apabila
berlaku jerebu dengan berpandukan bahan bantu belajar.

Menyatakan mengenai kesan jerebu dan langkah-langkah


keselamatan apabila berlakunya kejadian jerebu serta memberi
contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

Membandingbezakan antara kesan kejadian jerebu dengan


kejadian banjir/ tanah runtuh dengan menggunakan gambar yang
betul.

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai kesan jerebu serta


langkah-langkah keselamatan ketika kejadian jerebu pada situasi
baharu dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.

Menggabungkan pengetahuan berkenaan kejadian jerebu pada


situasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan boleh
berbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yang sesuai
serta boleh dicontohi.

33

12.

STANDARD
KANDUNGAN

STANDARD
PEMBELAJARAN

(murid dibimbing untuk.)

(murid berupaya untuk .)

12.1 Mengetahui
kepentingan
teknologi
hijau

12.1.1 Menamakan aktiviti-aktiviti


berkaitan teknologi hijau,
antaranya pengurangan
penggunaan:
i. tenaga elektrik
ii. racun serangga
iii. polistirena dan beg plastik

DRAF
TEKNOLOGI HIJAU

STANDARD PRESTASI
(murid boleh..)

TAHAP
PENGUASAAN

TAFSIRAN

Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai teknologi


hijau.

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan


kepentingan teknologi hijau dengan berpandukan bahan bantu
belajar.

Menyatakan kepentingan dan aktiviti -aktiviti yang berkaitan


dengan teknologi hijau.

Mengelas gambar-gambar mengenai aktiviti-aktiviti yang berkaitan


teknologi hijau mengikut kepentingannya dengan betul.

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai kepentingan teknologi


hijau ke atas alam sekitar pada situasi baharu dengan cara yang
betul serta tekal dan bersikap positif.

Menggabungkan pengetahuan berkenaan dengan teknologi hijau


pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan
boleh berbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yang
sesuai serta boleh dicontohi.
34

13.

STANDARD
KANDUNGAN

STANDARD
PEMBELAJARAN

(murid dibimbing untuk.)

(murid berupaya untuk .)

13.1 Mengetahui
bendera
negerinegeri di
Malaysia

13.1.1 Mengenal bendera negerinegeri di Malaysia

DRAF
NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA

STANDARD PRESTASI
(murid boleh..)

TAHAP
PENGUASAAN

TAFSIRAN

Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai bendera


negeri-negeri di Malaysia.

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan


bendera negeri-negeri di Malaysia dengan menggunakan bahan
bantu belajar.

Menerangkan mengenai bendera negeri-negeri di Malaysia dengan


memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

Membandingbezakan antara bendera-bendera negeri di Malaysia


dengan betul.

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai bendera negerinegeri di Malaysia pada situasi baharu dengan cara yang betul
serta tekal dan bersikap positif.

Menggabungkan pengetahuan berkenaan bendera negeri-negeri


di Malaysia pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul,
kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan menggunakan
ayat yang sesuai serta boleh dicontohi.

35

DRAF
MASYARAKAT DI MALAYSIA

14.

STANDARD
KANDUNGAN

STANDARD
PEMBELAJARAN

(murid dibimbing untuk.)

(murid berupaya untuk .)

14.1 Mengetahui
agamaagama
utama
masyarakat
Malaysia

14.1.1 Menyatakan agama-agama


utama masyarakat Malaysia
i. Islam
ii. Buddha
iii. Hindu
iv. Kristian
14.1.2 Menamakan tempat
beribadat mengikut agama
i. Islam
ii. Buddha
iii. Hindu
iv. Kristian

STANDARD PRESTASI
(murid boleh..)

TAHAP
PENGUASAAN

TAFSIRAN

Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai agamaagama utama masyarakat Malaysia.

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan


tempat beribadat dan agama-agama utama masyarakat di
Malaysia dengan berpandukan bahan bantu belajar.

Menyatakan mengenai tempat beribadat dan agama-agama utama


masyarakat di Malaysia dengan memberi contoh-contoh yang
berkaitan dengannya.

Mengelaskan agama-agama utama masyarakat Malaysia mengikut


tempat-tempat beribadatnya dengan betul.

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai agama-agama utama


masyarakat Malaysia pada situasi baharu dengan cara yang betul
serta tekal dan bersikap positif.

Menggabungkan pengetahuan berkenaan agamaagama utama


masyarakat Malaysia pada situasi baharu dengan mengikut cara
yang betul, kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan
menggunakan ayat yang sesuai serta boleh dicontohi.

36

TERBITAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
ARAS 4-8 BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917
http//www.moe. gov.my/bpk

Anda mungkin juga menyukai