Peraturan Pertandingan Bola Baling MSSPP
Peraturan Pertandingan Bola Baling MSSPP
Pertandingan dijalankan mengikut undang-undang BOLA BALING ANTARABANGSA, MSSM, MSSPP kecuali
yang tersebut dalam peraturan berikut.
1.
PENDAFTARAN :
1.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftarkan 12 pemain sahaja dengan menggunakan borang
pendaftaran yang disediakan.
1.2 Setiap pasukan yang mendaftar dimestikan mendaftar nama pegawai berikut bagi pasukan masingmasing.
1.2.1 Pengurus Pasukan
1.2.2 Jurulatih
2.
3.
PAKAIAN
3.1 Semua pemain dikehendaki memakai jersi, baju T atau bips yang sama warnanya dengan nombor
masing-masing di depan dan belakang.
3.2 Di mana terdapat dua pasukan yang memakai pakaian yang sama warnanya, keputusan siapa yang
menukar pakaiannya ialah pasukan yang namanya disebut dahulu dalam borang pertandingan.
3.3 Semua pemain diwajibkan memakai kasut serta sarung kaki. Kasut yang berstud enam, berpaku dan
membahayakan keselamatan pemain lain tidak dibenarkan sama sekali.
3.4 Ketua pasukan tidak perlu memakai tanda( captain arm guard )
4.
SAIZ BOLA
4.1 Saiz 1 : L12 / P12
4.2 Saiz 2 : L15 / P15 / P18
4.3 Saiz 3 : L18
5.
MASA PERMAINAN
5.1 Setiap permainan terdiri daripada dua bahagian. 15 minit setiap separuh masa dan rehat 3 minit.
(15.3.15)
* diputuskan dalam mesyuarat pengelolaan peringkat zon dan negeri.
5.2 Masa Rehat Pasukan (1 minit )
(a)
(b)
(c)
6.
Setiap pasukan dibenarkan meminta 1 minit masa rehat (Team Time-Out) sekali bagi
setiap separuh masa.
Pegawai yang berdaftar bagi setiap perlawanan sahaja dari mana-mana pasukan
dibenarkan memohon masa rehat dengan menyerahkan KAD HIJAU berukuran 15
cm x 20 cm kepada Penjaga Masa (Time Keeper).
Situasi yang dibolehkan untuk memberi kebenaran berhenti untuk masa rehat 1
minit : Semasa pasukannya mengawal bola.
Selepas pasukannya terkena jaringan gol atau semasa balingan gol dari
pasukan sendiri setelah bola tersasar keluar.
SISTEM PERTANDINGAN
6.1 Pertandingan ini dijalankan secara LIGA / KALAH MATI
6.2 Pasukan yang mendapat jumlah mata yang terbanyak dikira MENANG.
SISTEM KALAHMATI
7.1 Bagi perlawanan secara kalahmati, jika kedudukan seri selepas sepenuh masa langkah-langkah
berikut akan dipatuhi untuk memutuskan pemenangnya:
7.1.1 Perlawanan masa tambahan 5 minit setiap separuh masa akan dijalankan setelah rehat
selama lima minit.
7.1.2 Jika masih seri balingan 7 meter akan di jalankan.
8.
9.
KELEWATAN
Hanya 10 minit akan diberi kepada sesuatu pasukan yang lewat. Selepas itu, pihak lawannya akan
diberikan kemenangan dengan 3 mata dan dengan bilangan gol 3 0.
10. BANTAHAN
10.1 Segala bantahan mestilah dibuat secara bertulis menggunakan borang yang disediakan,dalam masa
30 minit setelah keputusan diumumkan dan disertakan RM300.00. Wang tersebut tidak akan
dikembalikan jika didapati bantahan itu tidak diterima.
10.2 Keputusan Juri adalah muktamad.
11. JURI RAYUAN