Anda di halaman 1dari 5

Laporan

Program Bina Insan Guru ( B.I.G ) merupakan satu program yang wajib
diserta oleh semua guru pelatih Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Tujuan
program ini diadakan adalah untuk menerapkan guru-guru pelatih dengan ciriciri, potensi dan citra diri seorang insan guru, pembinaan self-esteem,
membina daya saing yang tinggi di samping mampu membuat refleksi diri
dalam menghadapi cabaran yang akan dihadapi dalam profesion perguruan
serta menerapkan kefahaman dan penghayatan nilai dan etika keguruan
kepada semua guru pelatih. Setiap guru pelatih dapat membina pemikiran
positif dan memiliki motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan. Dalam
perjalanan menjadi seorang guru yang cemerlang dan professional,
pengalaman memainkan peranan yang sangat penting kepada kami.
Pengalaman

menekankan

menjadikan

seseorang

guru

lebih

berilmu

pengetahuan kerana ilmu adalah asas bagi setiap guru bagi melaksanakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Saya bersyukur kepada Pengarah Kampus Tengku Ampuan Afzan,
Encik Haji Othman Bin Ramli , AAP , AMP telah memberi peluang untuk saya
menyertai program Bina Insan Guru (BIG) yang telah dilaksanakan di Taman
Negara, Pahang pada 18 March hingga 21 March 2013 yang lalu. Program ini
sebenarnya berbeza dengan sukan rekreasi pada tahun yang lalu kerana
program BIG ini adalah terdiri daripada aktiviti-aktiviti lasak yang sekaligus
menguji ketahanan mental dan fizikal saya. Saya juga begitu bersyukur dan
berbangga kerana dapat bertahan sehinggalah BIG ini berakhir selepas 4 hari
3 malam. Dalam keseluruhan program ini, saya memperolehi dan mendapati
banyak pengalaman, kebaikan dan faedah daripada aktiviti-aktiviti yang
diadakan.
Semasa program ini dilaksanakan, saya berpendapat bahawa demi
memastikan segala aktiviti yang dirancangkan dapat melaksanakan dengan
lancar dalam masa yang ditetapkan, pengurusan masa adalah sangat penting
terhadap kami. Sekiranya, kami tidak menguruskan masa dengan baik,
semua perkara akan terpaksa dijalankan dengan kadar yang lebih cepat dan
menyebabkan kami menghadapi masalah iaitu kekurangan masa bagi
1

sesuatu aktiviti yang akan kami sertai. Selain itu, saya akan memelihara sikap
menepati masa sejak program BIG kerana saya tidak boleh mengulang lagi
kesalahan saya. Sebabnya ialah semasa menjalankan aktiviti Moral yang
diamanahkan oleh tutor kami, Miss Tan pada pukul 6.30 am, tetapi rakanrakan dan saya telah lewat ke aktiviti tersebut selama 15 minit dan
menjadikan pensyarah kami marah. Miss Tan juga menghukumkan kami yang
telah lewat supaya kami boleh mengingati kesalahan kali ini dan tidak
mengulang kesalahan ini lagi. Pendek kata, saya berpendapat bahawa sikap
menepati masa haruslah dipupuk dari semasa ke semasa bagi memastikan
sesuatu aktiviti tersebut dapat dijalankan dengan lebih lancar.
Program BIG ini merupakan satu media yang membolehkan saya
memahami akan diri saya dengan lebih mendalam. Dalam Latihan dalam
Kumpulan (LDK) ini, kami telah diminta membuat kajian soal selidik minat
kerjaya supaya kami lebih memahami apa pekerjaan yang lebih kami sesuai.
Saya sedar bahawa ciri sosial memainkan ciri yang penting sekali bagi
pekerjaan sebagai seorang guru kerana kami perlulah sentiasa berhadapan
dengan murid dan mendidik mereka. Jika kami tidak suka berkomunikasi
dengan orang lain, maka kami sukar menjalankan tugas kami dengan baik
dan lancar. Seterusnya, pensyarah kami juga telah memberi beberapa video
yang berkaitan kehidupan guru di kawasan pedalaman serta kerjaya
seseorang yang mengalami kecacatan dalam kehidupan mereka. Melalui
beberapa video ini, saya berkagum pada mereka kerana mereka berani
menghadapi segala masalah yang susah. Sebagai contoh, orang yang cacat
itu tidak pernah berputus asa dan berusaha untuk mencapai sesuatu perkara
dengan usaha sendiri di samping guru yang bersemangat sanggup mengajar
murid-murid walaupun kawasan persekitaran di sana sangat buruk. Videovideo tersebut telah meningkatkan semangat saya untuk menjadi seorang
guru yang bertanggungjawab, tidak mudah putus asa dan bersentiasa
berpusatkan murid dalam melakukan semua perkara.
Pada pendapat saya, seorang guru yang cemerlang dapat mengenali
dan menilai diri sendiri dengan baik. Saya perlu merefleksi semua perkara
dan aktiviti yang telah dilakukan agar boleh mencari sebarang kelemahan
untuk dibalik pulih atau tidak mengulang kesalahan lagi. Saya juga dapat
2

mengenali potensi diri yang ada agar saya dapat merebut semua peluang
yang ada dalam meningkatkan potensi yang baik dan cemerlang dalam
kerjaya saya di bidang pendidikan itu sendiri. Ini bukan sahaja boleh
membantu melahirkan seseorang guru yang seimbang dari semua bidang
dan juga dapat memberikan semua yang terbaik kepada murid-murid saya.
Seseorang guru yang bakal perlulah mempunyai nilai rasional dan berdisiplin
dan dapat menunjukkan kepekaan sendiri terhadap segala aktiviti di
persekitaran saya.
Semasa melakukan aktiviti jungle tracking, saya berbangga kerana
mempunyai seorang pendaki yang professional mengikuti kami ke hutan
rimba. Apabila di hutan, beliau menjelaskan ciri-ciri dan fungsi pelbagai jenis
tumbuhan untuk kami. Saya terkejut dan lebih memerhatikan tumbuhtumbuhan tersebut kerana saya berpeluang untuk melihat banyak tumbuhan
yang tidak pernah saya lihat selama ini dan juga mendapat banyak
pengetahuan tentang tumbuh-tumbuhan yang telah dijelaskan. Selain itu,
sikap kerjasama juga sangat penting terhadap kami semasa berusaha untuk
mencapai aktiviti jungle tracking dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Sebagai contohnya, kami dapat mengalami banyak cabaran dalam sepanjang
aktiviti kembara darat dijalankan seperti menyeberangi beberapa sungai yang
berbatu-batu, air sungai yang deras dan lain-lain. Kami menyusuri sungai
sambil menikmati keindahan alam semula jadi yang disuburi flora yang
menghijau. Selain itu, saya juga berpeluang untuk memasak dan menjamu
selera bersama rakan-rakan saya di hutan. Selepas makan, saya dan rakanrakan saya bermain air di tepi sungai kerana air sungainya sangat jernih.
Justerunya, saya mulai suka aktiviti jungle tracking kerana aktiviti sangat
mencabar dan dapat memupuk sikap berdikari, bertanggungjawab dan
bekerjasama serta dapat lebih mendekati alam sekitar.
Sebelum menjalankan aktiviti berakit, kami telah membuat water
confident selama 15 minit supaya kami boleh menyelamatkan sendiri apabila
menghadapi kecemasan. Dalam aktiviti water confident, kami berseronok
kerana boleh berenang di sungai bersama rakan-rakan saya. Seorang ahli
kumpulan kami sangat takut air dan tidak berani bermain air atau berenang di
sana. Oleh itu, kami menolong dan menjaganya semasa water confident
3

supaya dia tidak akan berasa takut pada air lagi. Selepas itu, kami pun
bermula menjalankan aktiviti berakit. Kami dikehendaki membina rakit dalam
5 orang sekumpulan sebelum berakit. Seseorang yang berpengalaman telah
mengajar kami kemahiran membina sebuah rakit. Dalam pandangan saya,
kami dikehendaki bijak mengemudi rakit agar tidak hanyut dibawa arus dalam
proses membina rakit,. Sekiranya rakit yang dibina tidak kuat ikatannya, rakit
ini boleh berkecai semasa berakit. Kekuatan dari segi fizikal dan mental serta
semangat kerjasama perlulah kami miliki dalam proses ini. Kami dibekalkan
dengan baju keselamatan dan setiap cabaran di aktiviti berakit akan diketuai
oleh

penyelamat

yang

berpengalaman

dan

sentiasa

sedia

unuk

menghulurkan bantuan di saat kecemasan. Berakit bermula dengan santai


pada permulaan perjalanan dapat memahirkan kami untuk mengemudi rakit
dan keadaan yang beransur mencabar pada jeram air. Saya berpeluang
untuk mendekati fauna dan merasai keunikan alam sekitar. Kerjasama antara
kumpulan dan fobia dengan air dapat disemaikan di samping pengalaman
dan keseronokan yang tidak dapat saya lupakan.
Malam terakhir telah diadakan malam yang diserta oleh semua guru
pelatih iaitu Malam kebudayaan. Pelbagai persembahan yang telah diadakan
mengikuti kreativiti kumpulan masing-masing seperti tarian India, tarian
China, drama dan sebagainya. Ada yang tersirat aksi dan telatah mereka
yang luca membuatkan kami ketawa . Salah dua ahli kumpulan yang
bernama Arnold dan Ah Chua telah menarik perhatian semua orang kerana
gerak-geli mereka serupa penari India semasa menari tarian India. Selain itu,
pensyarah kami juga menyanyi lagu Anak Kampung bersama kami.
Beberapa Sarawakian seperti Tina, Arnold, Pei Chin dan beberapa orang lagi
menari di depan semasa pensyarah menyanyi manakala kami menyanyi
bersama mereka sambil bertepuk tangan dengan beberapa pattern. Kami
berseronok pada malam itu dan tidak akan saya lupakan. Kami juga
mengambil kesempatan dengan menangkap gambar yang cantik untuk
ditunjukkan kepada keluarga dan rakan-rakan masing-masing serta juga
sebagai kenangan.
Sepanjang program ini dijalankan, saya telah mendapat banyak
pengetahuan dan melakukan banyak perkara yang tidak pernah saya lakukan
4

dalam

seumur

hidup

seperti

memasang

rakit,

mendirikan

gajet,

menghidupkan api, memasak di hutan dan lain-lain. Melalui BIG, saya telah
berjaya memupuk nilai-nilai moral yang baik dalam diri sendiri seperti sikap
toleransi, bertanggungjawab, tolong-menolong antara rakan-rakan dengan
saya, kesabaran, keberanian dan ketabahan. Saya juga percaya dan
berpegang kuat kepada prinsip yang bermakna kita haruslah berani mencuba
sesuatu yang baharu dan tidak mengalah kalah sehinnga kita cuba dengan
sedaya upaya. Semua perkara akan berhasil dan menampakkan kejayaan
sekiranya kita berusaha gigih untuk mencapai sesuatu. Sebelum pergi BIG,
saya sangat takut dan risau kerana saya tidak pernah menyertai program
seperti ini maka saya sangat suka dan berminat untuk menyertai program BIG
sekarang. Saya berharap agar program seperti ini boleh diadakan lagi dan
boleh pergi bersama-sama rakan-rakan IPG dan pensyarah-pensyarah IPG.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakanrakan saya dan pensyarah-pensyarah saya kerana mereka telah memberi
banyak bantuan dan tunjuk ajar kepada saya sepanjang aktiviti dilaksanakan.

Anda mungkin juga menyukai