Anda di halaman 1dari 19

MODUL

MURID SIHAT MURID SELAMAT


PRASEKOLAH

BPSH

MODUL MURID SIHAT MURID SELAMAT PRASEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Kata Alu-Aluan
Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah dan syabas
kepada Jawatankuasa Murid Sihat Murid Selamat (MSMS) prasekolah kerana berjaya
menghasilkan modul ini. Saya amat yakin modul yang dihasilkan ini dapat menjadi panduan
kepada guru prasekolah dan pihak yang berkaitan dalam melaksanakan program MSMS dengan
teratur dan terancang. Saya amat berharap agar para pentadbir dan guru serta agensi pelaksana
yang terlibat dengan prasekolah dapat memanfaatkan modul ini bagi meningkatkan lagi kualiti
pendidikan prasekolah. Modul ini juga amat sesuai dijadikan panduan bagi tujuan perancangan
dan pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran yang menyeronokkan di dalam dan luar bilik
darjah.

Program Murid Sihat Murid Selamat prasekolah dapat mempertingkatkan pengurusan kendiri
yang berkualiti selaras dengan perkembangan sahsiah murid dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial bagi melahirkan modal insan bertaraf dunia.

Program Murid Sihat Murid Selamat prasekolah menekankan amalan kebersihan, kesihatan dan
keselamatan secara berkesan. Melalui program ini usaha mempertingkatkan pengurusan
kesihatan dan keselamatan boleh dipupuk agar menjadi amalan sepanjang hayat murid
prasekolah. Justeru itu adalah menjadi harapan agar modul ini dapat direalisasikan di semua
kelas prasekolah secara menyeluruh dan bersepadu.

Sekian, terima kasih.

DATO HAJI MAZLAN BIN MOHAMAD D.S.A.P.,D.I.M.P


1

BPSH
KPM

BPSH
KPM

MODUL MURID SIHAT MURID SELAMAT PRASEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENGENALAN

Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek kesihatan dan keselamatan amat wajar ditekankan
kepada murid prasekolah memandangkan generasi muda harus dididik dan diterapkan tentang
kepentingan penjagaan keselamatan, kebersihan dan kesihatan seawal usia kanak-kanak.

Program-program yang terkandung dalam Modul Murid Sihat Murid Selamat (MSMS) ini amat
relevan untuk dijadikan panduan bagi tujuan perancangan dan pelaksanaan di peringkat
prasekolah sebagai aktiviti sokongan kepada pembelajaran dan pengajaran. Ia juga dilaksanakan
bagi menyokong hasrat Program Bersepadu Sekolah Sihat dan Selamat bagi melahirkan
"Generasi Berilmu, Sihat dan Progresif" melalui amalan gaya hidup sihat. Rasionalnya, melalui
aktiviti-aktiviti yang dicadangkan dapat memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai aspekaspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan kepada murid prasekolah.

Modul ini mengandungi cadangan aktiviti sebagai panduan dan

pelaksanaannya boleh

diubahsuai mengikut lokasi dan keperluan. Cadangan aktiviti diharap dapat memberi peluang
bagi membina ketahanan dan jati diri yang tinggi dalam kalangan murid dari aspek jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial sebagai benteng untuk mengelakkan diri dari pelbagai ancaman
gejala sosial. Di samping membentuk keterampilan dan keperibadian murid yang unggul, ia juga
dapat mewujudkan amalan budaya bersih, sihat dan selamat di sekolah serta persekitaran dengan
sokongan keluarga dan komuniti setempat.

MODUL MURID SIHAT MURID SELAMAT PRASEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

OBJEKTIF
1. Melahirkan modal insan yang berkeperibadian unggul menerusi pemupukan pengetahuan,
sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan.
2. Meningkatkan jalinan permuafakatan strategik antara sekolah dengan agensi-agensi kerajaan
dan bukan kerajaan bagi membentuk jalinan kerjasama dalam usaha merealisasikan Murid
Sihat Murid Selamat.
3. Membina ketahanan dan memelihara diri, persekitaran kelas prasekolah yang bersih, sihat
dan selamat.
4. Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat dan selamat dalam kalangan murid
dan komuniti walau di mana mereka berada.
5. Membentuk generasi yang mempunyai tahap keyakinan diri dan daya kepimpinan yang
tinggi.

BPSH
KPM

MODUL MURID SIHAT MURID SELAMAT PRASEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PROGRAM 1 : KELASKU SAYANG

Matlamat
Melahirkan murid-murid yang menghargai dan mencintai kelas prasekolah terutama dari aspek
kepentingan kebersihan, keselamatan diri dan persekitaran.
Objektif
Mendidik dan menggalakkan murid-murid mengamalkan nilai-nilai kebersihan dan keselamatan
diri semasa berada di kelas prasekolah.
Penglibatan
1. Guru Besar
2. Guru Penolong Kanan HEM/Kokurikulum
3. Guru
4. Pembantu Pengurusan Murid
5. Murid
6. Ibubapa/Penjaga
7. Agensi berkaitan
Tempoh Pelaksanaan : Februari hingga Mac
Aktiviti :
1. Gotong royong :
a.

Mural

b.

Hias taman (landscape)

c.

Tatarias kelas dengan konsep yang betul

2. Pertandingan kebersihan kelas peringkat sekolah


3. Lawatan dan sesi penerangan tentang langkah-langkah keselamatan (taman permainan, taman
asuhan, tandas, dapur dan kawasan persekitaran sekolah).

BPSH
KPM

MODUL MURID SIHAT MURID SELAMAT PRASEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PROGRAM 2 : TANDAS BERSIH DAN SELAMAT


Matlamat
Meningkatkan tahap kesedaran cara penggunaaan tandas dengan betul terutama dari sudut
kebersihan, keselamatan dan keceriaan.
Objektif
1. Mendidik murid cara penggunaan tandas dengan betul dan selamat.
2. Mendidik murid supaya mengamalkan nilai positif seperti mengelakkan pembaziran
terutama penggunaan air, elektrik, sabun dan tisu.
3. Mendidik murid supaya menjaga kebersihan dan keselamatan diri sewaktu berada di tandas.
Penglibatan
1. Guru Besar
2. Guru Penolong Kanan HEM/Kokurikulum
3. Guru
4. Pembantu Pengurusan Murid
5. Murid
6. Ibubapa/Penjaga
Tempoh Pelaksanaan : Sepanjang tahun
Aktiviti :
1. Simulasi menggunakan tandas dengan betul.
2. Kuiz penggunaan tandas.
3. Menghias tandas.
4. Pertandingan keceriaan dan kebersihan tandas di peringkat sekolah, PPD dan JPN.

BPSH
KPM

MODUL MURID SIHAT MURID SELAMAT PRASEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PROGRAM 3 : HAPUSKAN NYAMUK


Matlamat
Meningkatkan tahap kesedaran murid terhadap bahaya dan ancaman nyamuk.
Objektif
Mendidik murid tentang kepentingan menjaga kebersihan kelas dan kawasan yang berpotensi
menjadi tempat pembiakan nyamuk.
Penglibatan
1. Guru Besar
2. Guru Penolong Kanan HEM/Kokurikulum
3. Guru
4. Pembantu Pengurusan Murid
5. Murid
6. Ibubapa/Penjaga
7. Pejabat Kesihatan Daerah
Tempoh Pelaksanaan

: Mac

Aktiviti :
1. Kempen Membanteras Kawasan Pembiakan Nyamuk.
1.1 Gotong-royong memusnahkan kawasan pembiakan nyamuk.
1.2 Semburan kabus dari Pejabat Kesihatan Daerah atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
1.3 Pameran dari Pejabat Kesihatan.
1.3.1 Edaran poster bahaya nyamuk.
2. Pertandingan menghasilkan buku skrap tentang penyakit yang dibawa oleh nyamuk.
3. Pertandingan membuat kolaj (poster) anti nyamuk.
4. Main peranan nyamuk membawa penyakit.

BPSH
KPM

MODUL MURID SIHAT MURID SELAMAT PRASEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PROGRAM 4 : KENALI PAPAN TANDA JALAN RAYA

Matlamat
Meningkatkan tahap pemahaman murid prasekolah tentang simbol dan makna papan tanda di
jalan raya.
Objektif
Mendidik murid tentang keselamatan diri di jalan raya semasa pergi dan balik sekolah.
Penglibatan
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Guru Besar
PK HEM
AJK 3K
Guru
Ibubapa/penjaga
Agensi Luar.

Tempoh Pelaksanaan

: Julai dan Oktober

Aktiviti :
1. Lawatan ke Pusat Latihan Memandu / Pusat Simulasi Memandu.
2. Membina diorama lalu lintas dengan meletakkan simbol jalan raya, kenderaan atau
sebagainya.
3. Pertandingan lalu lintas.
4. Minggu Keselamatan Jalanraya:
4.1

Kolaj

4.2

Suai-padan (puzzle) simbol jalan raya.

4.3

Pertandingan mewarna simbol jalan raya.

4.4

Simulasi penggunaan lalu lintas yang betul.

4.5

Kuiz Interaktif lalu lintas

4.6

Permainan Interaktif lalu lintas


7

BPSH
KPM

MODUL MURID SIHAT MURID SELAMAT PRASEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PROGRAM 5 : SAYANGI DIRI


Matlamat
Meningkatkan tahap kesedaran murid dalam penjagaan diri.
Objektif
Memberi pendedahan dan kesedaran kepada murid menjaga keselamatan diri dari aspek :
a.
b.
c.
d.

Batas-batas pergaulan
Penjagaan aurat
Anggota sulit
Tindakan bagaimana cara mengelakkan diri apabila didekati oleh orang yang tidak
dikenali.

Penglibatan
1. Guru Besar
2. PK HEM
3. Guru
4. Pembantu Pengurusan Murid
5. Ibu bapa
6. Komuniti, PDRM.
Tempoh Pelaksanaan

: Januari hingga Oktober

Aktiviti :
1. Tunjukcara menyelamatkan diri.
1.1

Lakonan atau simulasi cara menyelamatkan diri.

1.2

Kenali situasi yang mengancam keselamatan diri.

1.3

Tidak menerima pelawaan atau hadiah daripada orang yang tidak dikenali.

1.4

Kenali sentuhan yang selamat dan tidak selamat.

BPSH
KPM

MODUL MURID SIHAT MURID SELAMAT PRASEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

2. Penerangan tentang batas-batas pergaulan, penjagaan aurat, anggota sulit dan orang yang
tidak dikenali.
3. Tayangan video tindakan menyelamatkan diri (Laman web: www.ingat.com)

Ulasan tentang video di dalam laman web berkenaan adalah tentang cara-cara menyelamatkan
diri daripada orang yang tidak dikenali.

BPSH
KPM

MODUL MURID SIHAT MURID SELAMAT PRASEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PROGRAM 6 : KEMPEN KESEDARAN HAK KANAK-KANAK

Matlamat
Melahirkan kanak-kanak yang mempunyai kesedaran tentang hak-hak mereka.

Objektif
Mendidik kanak-kanak memahami tentang hak kehidupan sebagai kanak-kanak.
Penglibatan
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Guru Besar
PK HEM
AJK Keceriaan,Kesihatan dan Keselamatan(3K)
Guru
Pembantu Pengurusan Murid (PPM)
Ibu bapa
Agensi kerajaan/NGO

Tempoh Pelaksanaan

: Satu hari (Februari hingga Oktober)

Aktiviti :
1.

Menganjurkan ceramah Apa Hak Kanak-kanak kepada semua yang terlibat bersamasama murid prasekolah (Contoh : SUHAKAM, JKM, Pakar Motivasi).

2.

Mengadakan kuiz pengetahuan kepada murid prasekolah berkaitan hak kanak-kanak.

3.

Tayangan video berkaitan hak kanak-kanak.

4.

Permainan memilih gambar-gambar berkaitan dengan hak kanak-kanak

10

BPSH
KPM

MODUL MURID SIHAT MURID SELAMAT PRASEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PROGRAM 7 : KELUARGA SIHAT KELUARGA BAHAGIA


Matlamat
Melahirkan kanak-kanak yang mempunyai pengetahuan tentang kepentingan amalan gaya hidup
sihat.
Objektif
Meningkatkan kesedaran murid dan ibu bapa terhadap konsep keluarga sihat.
Penglibatan
1.Guru Besar
2.PK HEM
3.AJK 3K
4.Guru
5.Pembantu Pengurusan Murid(PPM)
6.Pejabat Kesihatan Daerah (PKD)
7.Ibu bapa
Tempoh Pelaksanaan

: Satu hari (Februari hingga Oktober)

Aktiviti :
1. Klinik gigi bergerak (kerjasama dengan Pejabat Pergigian Daerah).
a. Tunjukcara menggosok gigi dengan betul.
2. Main peranan doktor gigi dan pesakit.
3. Pemeriksaan kesihatan bersama ibu bapa dan murid prasekolah (kerjasama dengan
Pejabat Kesihatan Daerah).
4. Ceramah kesihatan (pemakanan dan gaya hidup sihat).
5. Kuiz kesihatan (Tunjuk perbezaan gambar makanan yang rosak/baik dan kesannya
terhadap kanak-kanak).

11

BPSH
KPM

MODUL MURID SIHAT MURID SELAMAT PRASEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

6. Pameran, info dan sudut kesihatan (Pameran makanan berkhasiat, penjagaan


kesihatan,gaya hidup sihat).
7. Program Larian Gaya Hidup Sihat
8. Nyanyian serta aksi gaya hidup sihat bersama keluarga.

Gigi Cantik Berseri

Marilah kawan berus gigi,


Gigi ku cantik dan berseri,
Gosok ke atas dan kebawah,
Gosok ke kiri dan ke kanan.
Shhshh.shhh.shhh.(bunyi menggosok gigi)
Gigi ku putih dan berseri,
Gosoklah gigi setiap hari,
Supaya gigi kita kuat.

Makanlah makanan berkhasiat,


Buah-buahan dan sayuran,
Minum susu setiap hari,
Senyuman adik manis sekali.

(Melodi : Bapaku Pulang )

12

BPSH
KPM

MODUL MURID SIHAT MURID SELAMAT PRASEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PROGRAM 8 : LATIHAN KEBAKARAN


Matlamat
Memberi kesedaran dan pengalaman kepada murid supaya dapat mengamalkan langkah-langkah
keselamatan dan pencegahan kebakaran.
Objektif
Memberi pendedahan dan mendidik murid tentang sumber, bahaya kebakaran, langkah-langkah
keselamatan dan pencegahan kebakaran.
Penglibatan
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Guru Besar
PK HEM
AJK 3K
Guru,
Ibubapa
Agensi/Bomba
NGO

Tempoh Pelaksanaan

: 1 hari

Aktiviti :
1.

Sehari Bersama Bomba


1.1 Lawatan ke balai bomba berdekatan
1.2 Mengadakan latihan kebakaran dan simulasi cara menyelamat diri daripada bencana
kebakaran bersama anggota Bomba dan Penyelamat.
1.3 Tunjuk cara oleh pihak Bomba dan Penyelamat.
1.4 Pameran alatan keselamatan Bomba dan Penyelamat.

2.

Menubuhkan Kelab 3K Bomba (Kelab Keselamatan Kebakaran Kanak-Kanak) mendaftar


dengan agensi bomba berdekatan.

3.

Mengadakan pertandingan mencipta model alat pemadam api daripada bahan terbuang.

13

BPSH
KPM

MODUL MURID SIHAT MURID SELAMAT PRASEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PROGRAM 9 : JOM MINUM SUSU

Matlamat
Meningkatkan kesedaran dan pengalaman kepada murid prasekolah tentang kebaikan minum
susu.
Objektif
1. Membimbing murid membudayakan amalan minum susu.
2. Mendidik murid supaya memenuhi keperluan kalsium harian.
Penglibatan
1.
2.
3.
4.
5.

Guru Besar
PK HEM
Guru,
Ibubapa
Agensi

Tempoh Pelaksanaan

: Sepanjang tahun

Aktiviti :
1.

Pelancaran Jom Minum Susu.


1.2 Dirasmikan oleh Guru Besar.
1.3 Kerjasama dengan agensi luar (Nestle).
1.4 Persembahan oleh kanak-kanak prasekolah berkaitan amalan minum susu.

2.

Menjemput waris menyediakan susu mengikut sukatan yang betul di kelas.

3.

Murid prasekolah menyediakan susu mengikut sukatan yang betul.

4.

Membudayakan murid prasekolah minum susu secara berkala atau berterusan.

14

BPSH
KPM

MODUL MURID SIHAT MURID SELAMAT PRASEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PROGRAM 10 : SENAM TARI

Matlamat
Menggalakkan penyertaan aktif murid prasekolah dalam aktiviti fizikal dan kecergasan.
Objektif
Meningkatkan tahap kecergasan murid prasekolah dan membudayakan amalan gaya hidup sihat
Penglibatan
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Guru Besar
PK HEM
PK KoKurikulum
Guru
Komuniti
Agensi & NGO
Kementerian Kesenian dan Kebudayaan Negeri (KKBN),
Majlis Sukan Negeri

Tempoh Pelaksanaan

: Mac, Jul, Okt

Aktiviti :
1.

Persembahan oleh murid prasekolah pada hari istimewa:


1.1. Hari Kanak-kanak
1.2. Hari Guru
1.3. Mesyuarat Agung PIBG
1.4. Hari 1Murid 1Sukan
1.5. Perhimpunan sekolah

2.

Mengadakan kerjasama persembahan bersama kelas prasekolah atau tadika swasta


berhampiran.

3.

Pertandingan senam tari secara berkumpulan mengikut zon atau daerah.


15

BPSH
KPM

MODUL MURID SIHAT MURID SELAMAT PRASEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PROGRAM 11 : KENALI MAKANAN SIHAT/SEIMBANG

Matlamat
Memberi pemahaman kepada murid-murid prasekolah mengenai amalan makanan secara sihat.
Objektif
1. Memupuk amalan pengambilan makanan seimbang setiap hari.
2. Meningkatkan pemahaman tentang piramid makanan.
3. Mendidik murid-murid prasekolah supaya dapat mengenali, membezakan dan mengambil
makanan mengikut saranan kumpulan makanan.
Penglibatan
1.
2.
3.
4.
5.

Guru Besar
PK HEM/Kokurikulum
Guru Prasekolah dan PPM
Murid Prasekolah
Ibubapa/Penjaga

Tempoh Pelaksanaan

: Mac, Julai, Oktober

Aktiviti :
1. Melengkapkan model piramid makanan
1.1 Murid menggunting dan menampal gambar makanan mengikut aras piramid makanan.
2. Membuat mural piramid makanan pada dinding (Penglibatan bersama ibu bapa).
3. Pertandingan Master Chef Kid. (ibu dan anak)
3.1 Merancang menu pemakanan sihat (makanan dimasak / tanpa dimasak).
3.2 Penyediaan bahan dan peralatan pertandingan (menu dan cara pelaksanaan mengikut
kesesuaian tempat dan perancangan guru)

16

BPSH
KPM

MODUL MURID SIHAT MURID SELAMAT PRASEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

JAWATANKUASA PENULIS
MODUL MURID SIHAT MURID SELAMAT PRASEKOLAH
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Penasihat

: YBhg. Tan Sri Abd Ghafar bin Mahmud


Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Pengerusi

: YBhg. Dato Haji Mazlan bin Mohamad D.S.A.P., D.I.M.P


Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH)

Timbalan Pengerusi

: Tuan Haji Aminudin bin Adam


Timbalan Pengarah (Sekolah) BPSH

Setiausaha

: Puan Asiah binti Hamzah


Ketua Penolong Pengarah
Sektor Pengurusan Prasekolah BPSH

Penolong Setiausaha

: Puan Noor Akmar binti Jais@Mat Jaih


Ketua Unit Koakademik
Sektor Pengurusan Prasekolah BPSH
: Puan Maheran binti Ab. Rahman
Penolong Pengarah
Sektor Pengurusan Prasekolah BPSH

AHLI
Puan Junidah binti Raib
Bahagian Pemakanan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Tuan Emil bin Taihin


Ketua Cawangan Bahagian Keselamatan Bangunan
Jabatan Bomba dan Penyelamat, Putrajaya

Puan Norlida binti Zulkafly


Bahagian Pemakanan, KKM

Encik Mohd Saidi bin Embong


Jabatan Pelajaran Negeri Pahang

Puan Hajjah Nik Asiah binti Salleh


Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan

Encik Jairun bin Maiba


Jabatan Pelajaran Negeri Sabah

Puan Musleha binti Mohd Ghozali


Jabatan Pelajaran Negeri Johor

Puan Sariah binti Mos


Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak

17

BPSH
KPM

MODUL MURID SIHAT MURID SELAMAT PRASEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Cik Saharawati binti Haron


Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu

Puan Zanipah binti Yahaya


Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

Encik Rosli bin Mohd Nor


Jabatan Pelajaran Negeri Melaka

Encik Rosli bin Ishak


Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang

Encik Ab. Wahab bin Mat Rashid


Jabatan Pelajaran Negeri Perlis

Encik Johannallah bin Junait


Pejabat Pelajaran Daerah Klang, Selangor

Puan Ainon binti Haji Hashim


Jabatan Pelajaran Negeri Perak

Johanna Rowena KQ Joharry


Jabatan Pelajaran Negeri Labuan

Puan Salmah binti Abd. Wahab


Pejabat Pelajaran Daerah Pendang, Kedah

Puan Rozazawati binti Ramli


PPW Keramat Kuala Lumpur

Foo Lee Yen


Pejabat Pelajaran Daerah Ranau, Sabah

Encik Nasir bin Salem


Pejabat Pelajaran Daerah Kuching, Sarawak

Puan Azlin binti Mohamed Azhari@Khalid


Sekolah Kebangsaan Brickfields

Encik Mohd Sanusi bin Abdul Wahab


SK Trolak Utara, Sungkai, Perak

Puan Asni binti Sulaiman


Sekolah Sungai Bedaun, WP Labuan

Puan Noor Alfizah binti Ali Nordin


SK Gombak Setia,Selangor

Puan Salmizar binti Harun


Sekolah Keb. Seri Kemudi, Bachok, Kelantan

Puan Norazlina binti Saniman


Sekolah Kebangsaan Larkin Dua, Johor Bharu

Puan Roslina binti Mohd Nor


Sekolah Kebangsaan Chabau, Asahan, Melaka

Puan Lesiah binti Sabil


Sekolah Kebangsaan Bongkud, Ranau, Sabah

Puan Maisarah binti Ismail


Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(3)

Puan Noor Hamizah binti Isahak


Sekolah Kebangsaan Telok Kechai

Encik Ridzuan bin Rosli


Sekolah Kebangsaan Dato Ahmad Musa

Encik Mohd Fuad bin Bakar


Sekolah Kebangsaan Tasek Mutiara

Encik Azaizuddin bin Ismail @ Abdullah


Sekolah Keb. Balai Besar, Dungun, Terengganu

Encik Mohd Razuki bin Daud


Sekolah Keb. Sungai Isap, Kuantan, Pahang

Encik Mohd Zakwan bin Zainudin


Sekolah Keb Jimah Baru, Negeri Sembilan

Encik Mohd Dzuraidi bin Abu Talib


Sekolah Keb. Sentul Pasar, Kuala Lumpur

18

BPSH
KPM

Anda mungkin juga menyukai