Anda di halaman 1dari 1

Laporan Minggu Bahasa Inggeris SJK(T) Ladang New Coconut,2015

Minggu Bahasa Inggeris telah berlangsung dengan jayanya pada 6- 10 April


2015, bertempat di sekitar SJK(T) Ladang New Coconut. Objektif penganjuran
Minggu Bahasa Inggeris adalah untuk membudayakan dan memperluaskan
penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan para pelajar. Program ini juga bertujuan
untuk memperkukuhkan kemahiran berbahasa Inggeris melalui pertandinganpertandingan berorientasikan bahasa di samping menyemai minat para pelajar
dengan mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Antara program-program yang dianjurkan sepanjang Minggu Bahasa Inggeris
berlangsung adalah word puzzle , finding meaning,dictation, reciting poem and
Watching English movie. Word puzzle dipertandingkan pada hari pertama Minggu
Bahasa Inggeris bertempat di kantin dan diuruskan oleh Cik.Vikneswari. Acara
diteruskan lagi dengan pertandingan finding meaning yang diuruskan oleh
Cik.Vimoshiny. Walau bagaimanapun acara Cuma mendapat tiga penyertaan sahaja.
Walau bagaimanapun, pertandingan tetap diteruskan dan setiap peserta
semestinya mendapat tempat.
Pertandingan Dictation dijalankan pada hari ketiga program. Pertandingan ini
berlangsung di setiap kelas dan dikendalikan oleh semua guru kelas. Sejurus
selepas pertandingan ini tamat, acara diteruskan lagi dengan pertandingan reciting
Poem yang dikendalikan oleh CikSuvarnamuhe. Pertandingan ini bertempat di
kantin.
Pada hari terakhir berlangsungnya. Acara penutup bagi Minggu Bahasa
Inggeris adalah tayang filem. Filim ini ditayangkan Cuma untuk mencungkilkan
minat dalam bahasa Inggeris. Secara keseluruhannya, kesemua program yang
dirancang sepanjang Minggu Bahasa Inggeris berjalan dengan lancar walaupun
terdapat satu acara yang tidak mendapat sambutan pelajar. Ternyata obkektif
pertama, kedua dan ketiga berjaya mencapai matlamatnya.
Disediakan oleh,

(CIK.M.VIMOSHINY)
Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris

Anda mungkin juga menyukai