Anda di halaman 1dari 12

Sebab-sebab Burma Dijajah

1. Politik
• Dasar Imperialisme Burma
• Kemerosotan Hubungan Diplomatik
• Kebimbangan Ancaman Perancis
2. Ekonomi
• Kepentingan Perdagangan
3. Sosial
• Adat Kasut
Dasar Imperialisme Burma
• Raja Bodawpaya telah menakluki Arakan.
• Tindakan ini menyebabkan Burma
memiliki sempadan yang sama dengan
British di wilayah Chittagong.
• Raja Bagyidaw mengamalkan dasar
imperialisme ke atas India.
• Jeneral Maha Bandula menawan Assam.
• Tindakan ini meyakinkan British bahawa
Burma bercita-cita ke atas Benggala.
Kemerosotan Hubungan Diplomatik

Keangkuhan Burma dan syak wasangka kedua-


dua pihak menyebabkan:
Utusan-utusan British gagal selesaikan masalah
sempadan Arakan-Chittagong.
Keengganan Burma adakan hubungan diplomatik
secara langsung dengan Gabenor Jeneral British di
India.
Burma enggan tubuhkan kedutaannya di Calcutta
seperti dalam Perjanjian Yandabo.
Raja Tharawaddy enggan akui Perjanjian Yandabo.
Pada akhir pemerintahan Raja Mindon Min,
hubungan diplomatik British-Burma mulai merosot.
Raja Mindon Min hampa kerana British gagal
pulangkan Pegu.
Kemerosotan Hubungan Diplomatik

Raja Mindon Min juga tidak puas


hati kerana layanan buruk British
terhadap Ketua Perwakilan Burma
ke London pada 1872 yang
diperkenalkan kepada Ratu
Victoria oleh Setiausaha Negara
India dan bukan oleh Setiausaha
Luar Negeri.
Kebimbangan Ancaman Perancis
• British bimbang peluasan pengaruh
Perancis di Burma akan mengancam
kedudukan British di India.
• British tidak ingin Burma Hulu di bawah
pengaruh Perancis.
• Perjanjian Perancis dengan Burma
meletakkan Konsul Perancis di Mandalay.
• Perancis dapat konsesi drp Raja Thibaw.
Kepentingan Perdagangan
• British ingin memperluaskan
perdagangan mereka di Burma.
• Pedagang British terpaksa membayar
harga tinggi untuk barangan Burma.
• Pedagang British tidak puas hati
monopoli Raja Burma ke atas kebanyakan
barangan.
• Mereka mengadu dikenakan cukai yang
tidak adil. Gabenor Pegu Maung Ok
memeras pedagang British.
Maung Ok menuduh 2 orang Kapten
British, Sheppard dan Lewis membunuh
dan menipu. Mereka dipaksa membayar
denda 1000 Rupee.
Peristiwa ini beri peluang British
meluaskan pengaruh di Burma.
British ingin perolehi konsesi dagang di
Burma Hulu dan gunakannya sebagai
tapak membuka jalan perdagangan dari
Bhamo ke China yang berpotensi tinggi.
Raja Thibaw menuduh Syarikat
Bombay-Burma milik British
mengambil kayu jati melebihi had
yang ditentukan dan merasuah
pegawai Burma.
Denda sebanyak 23 juta Rupee
dikenakan ke atas syarikat itu.
Denda ini beri alasan British takluk
Burma Hulu.
Adat Kasut
Burma anggap utusan British sebagai
pembawa ufti yang mesti patuhi adat
menyembah Raja Burma iaitu
menanggalkan kasut dan diduduk bersila
di lantai ketika mengadap raja.
Istana Burma anggap adat ini wajib
dipatuhi semua utusan asing sebagai
tanda menghormati budaya Burma dan
mengakui keagungan Burma.
Adat Kasut
 British menganggap ini satu penghinaan dan
membawa kepada terputusnya hubungan
diplomatik.
 Lord Northbrooke telah memutuskan
hubungan diplomatik dengan Burma setelah
menerima aduan oleh utusan Lord Forsythe ke
istana Mindon Min.
 Beliau tidak mahu tunduk kepada adat ini
yang dianggap menghinakan.
 Paksaan ini salah satu faktor tercetus Perang
British-Burma III.
SUDAHKAH
ANDA HABIS
MENCATAT?
Terima Kasih

TEOH SAY BENG


SMK KAPIT
2006

Anda mungkin juga menyukai