Anda di halaman 1dari 3

Bahagian B

1. Bincangkan faktor politik dan ekonomi yang mendorong perluasan


kuasa British di Myanmar pada abad ke-19.

Selamat Sejahtera diucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi
bijaksana yang sentiasa berpegang kepada neraca keadilan,guru-guru dikasihi dan rakan-
rakan yang bertanding dan warga dewan yang budiman sekalian. Hadirnya saya di pentas
yang indah dan petang yang nirmala ini adalah untuk menyampaikan pidato yang bertajuk
‘Faktor politik dan ekonomi yang mendorong perluasan kuasa British di Myanmar pada abad
ke-19’

Hadirin yang budiman,

Saya ingin mulakan pidato saya dengan sedikit pengenalan. Peluasan kuasa merupakan
aktiviti meluaskan autoriti sesebuah negara menerusi perolehan tanah jajahan bagi menguasai
politik dan ekonomi ke atas negara lain. British meluaskan kuasanya terhadap Myanmar
secara berperingkat sejak Perang Inggeris-Myanmar I (1824-1826). Terdapat pelbagai faktor
dari segi politik dan ekonomi yang mendorong perluasan kuasa British di Myanmar pada
abad ke-19.

Para hadirin sekalian,

(Faktor politik)

Antara faktor politik yang mendorong perluasan kuasa British di Myanmar pada abad
ke-19 adalah masalah sempadan Arakan. Konflik ini berlaku apabila Raja Bodawpaya
menakluki Arakan pada tahun 1784. Perkara ini menyebabkan Myanmar mempunyai
sempadan yang sama dengan British di wilayah Chittagong. Pelarian di Kawasan Arakan
menggunakan wilayah British di India untuk menentang Kerajaan Myanmar. Masalah Arakan
menjadi semakin rumit apabila Chin Byan, pemimpin pemberontak Arakan menyerang
Arakan dari pangkalannya di Chittagong dan menawan Mrohaung. Myanmar mengesyaki
pelarian Arakan akan meminta bantuan dari British. Ini memburukkan lagi hubungan antara
British dengan Myanmar yang membawa kepada peperangan. Jelaslah bahawa, faktor politik
yang mendorong perluasan kuasa British di Myanmar pada abad ke-19 adalah masalah
sempadan Arakan.

Sehubungan dengan itu, ancaman Perancis juga menjadi faktor politik yang
mendorong perluasan kuasa British di Myanmar pada abad ke-19. British bimbang Perancis
akan merancang untuk mempergunakan Myanmar sebagai tapak untuk menyerang British di
India memandangkan kedudukan Myanmar berhampiran dengan India, Perancis juga telah
membina pangkalannya di Mergui, Myanmar demi mencapai hasratnya. British bertindak
untuk menghantat utusan ke Myanmar untuk memujuk istana Myanmar supaya tidak
membenarkan Perancis menggunakan pelabuhannya tetapi Myanmar enggan berbuat
demikian. Jelaslah bahawa, ancaman Perancis juga menjadi faktor politik yang mendorong
perluasan kuasa British di Myanmar pada abad ke-19.

Para hadirin sekalian,

(Faktor ekonomi)

Potensi ekonomi di Myanmar menjadi faktor ekonomi yang mendorong


perluasan kuasa British di Myanmar pada abad ke-19. Myanmar mempunyai potensi ekonomi
yang boleh mendatangkan keuntungan kepada British. Myanmar terdiri daripada tanah lanar
yang subur dan luas khususnya di delta Irrawaddy. Hal ini menarik perhatian British untuk
menjadikan penanaman padi sawah sebagai tanaman dagangan di Myanmar. Myanmar turut
kaya dengan pelbagai hasil bumi yang diperlukan bagi memenuhi permintaan dan bekalan
bahan mentah untuk perindustrian di Britain seperti petroleum, bijih timah dan bijih besi.
Myanmar juga kaya dengan hasil hutan yang sangat berharga dan tinggi nilainya seperti kayu
jati yang berkualiti tinggi. Hasil hutan yang dimiliki oleh negara Myanmar sangat berharga
dan sangat diperlukan oleh industry perkapalan.Jelaslah bahawa, Potensi ekonomi di
Myanmar menjadi faktor ekonomi yang mendorong perluasan kuasa British di Myanmar
pada abad ke-19.

Sidang hadiran yang dihormati,

Sebelum saya mengakhiri pidato ini, jelaslah terdapat pelbagai faktor dari segi politik dan
ekonomi yang mendorong perluasan kuasa British di Myanmar pada abad ke-19. British
berjaya akhirnya berjaya menguasai Myanmar sepenuhnya pada tahun 1896 serta menjadi
sebahagian daripada Raj British.

Sekian Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai