Anda di halaman 1dari 2

SKRIP UNTUK PRESENTATION SEJARAH

KUMPULAN 10
PERMULAAN Selamat sejahtera kepada semua kami dari
kumpulan 10 ingin membentangkan tentang perluasan kuasa British
di Melaka. Untuk permulaan Melaka merupakan Pelabuhan strategik
di Selat Melaka yang berjaya dikuasai oleh British selepas kejayaan
menduduki Pulau Pinang dan Singapura. British menguasai Melaka
melalui strategi Pakatan dengan Belanda.

Jadi faktor Pakatan British-Belanda berlaku antara dua kuasa Eropah


untuk menamatkan pertikaian di Alam Melayu. Faktor pertama adalah
menamatkan pertikaian British dan Belanda berkaitan dengan
Singapura, British Berjaya memajukan Singapura dalam tempoh yang
singkat dan bertkad untuk mempertahankan kedudukan di Singapura.
Brritish yakin yang Singapura akan menjadi Pelabuhan bebas dan
pangkalan tentera yang penting di Alam Melayu.
Manakala Belanda, mendakwa Singapura di bawah lingkugan
pengaruhnya dan menuntut British beredar dari Singapura. Ini sebab
mereka bimbang kemajuan Singapura menjejaskan perdagangan di
Betawi, pelabuhan utama Belanda di Alam Melayu.
Faktor kedua pula adalah dasar persahabatan British dan Belanda di
Eropah. Persahabatan ini penting kerana kedudukan Belanda
berdekatan dengan Britain. British mengambil pengalaman semasa
perang Napoleon, Perancis menjadikan Belanda sebagai pangkalan
serangan Britain pada tahun 1795. Belanda perlu berbaik-baik dengan
British kerana mereka menjaga jajahan Belanda di Timur semasa
Perang Napoleon.
Faktor ketiga pula adalah penyelesaian untuk perdamaian antara
Belanda dan British. Proses ini penting bagi Belanda dan British
kerana mereka mahu mengelakkan peperangan yang pernah berlaku
pada abad ke-17 dan ke-18. Selain itu Belanda tidak mahu terbeban
dalam masalah kewangan yang semakin lemah selepas Perang
Napoleon.
KESANNYA Pakatan British dan Belanda menyebabkan
termetereinya Perjanjian London 1824 atau Perjanjian Inggeris-
Belanda 1824. Perjanjian ini bertujuan menamatkan pertikaian dan
hubungan tegang antara dua kuasa Eropah tersebut demi menjaga
kepetingan masing-masing di Alam Melayu. Melalui perjanjian ini
juga, British dapat menguasai Melaka apabila berlaku pertukaran
wilayah antara British dan Belanda.

Nota tambahan:
Ejaan betul -> Termetrai
Cara sebutan -> Termeterei
Maksud -> Terlaksana

Perang Napoleon:
Perang Napoleon merupaka satu siri konflik diantara Empayar Perancis
Pertama iaitu dibawah Napoleon, dan negara bersekutu Eropah oleh
penentang kerajaan yang berlansung dari tahun 1803 sehingga 1815.

Anda mungkin juga menyukai