Anda di halaman 1dari 10

1.

0 Definisi terapi
Terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu "Therapeia" yang bermaksud satu
perkhidmatan, satu kehadiran yang berkait dengan perkataan Greek (kata kerja)
"therapeuo" yang bermaksud "i wait upon". Oleh itu, terapi adalah satu
perkhidmatan yang diberi kepada pesakit. Secara amnya, terapi ialah kaedahkaedah untuk mengubati penyakit atau masalah tubuh badan dan sebagainya.
Menurut kamus perubatan Mosby (2001), terapi didefinisikan sebagai rawatan
pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit dengan
tujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal. Dalam konteks
pendidikan pula, terapi dapat didefinisikan sebagai kaedah untuk membantu
seseorang individu untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau
kemahiran-kemahiran yang tertentu.
Saya akan tumpuan terapi saya kepada enam terapi yang pentinga iaitu: terapi
bermain, terapi muzik, terapi bercerita, terapi seni dan terapi biblio.

2.0 Terapi Bermain


Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai
sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanakkanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu.
Carr pula dalam teorinya mengatakan bahawa main adalah penting kepada
kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing.
Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak
untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu
kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar.
Terapi main membantu murid mununjukkan komitmen dan fokus yang
sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan.
Terapi permainan adalah suatu terapi interaksi sosial yang menyediakan
kesempatan untuk belajar keterampilan sosial-emosional dan meningkatkan
ketahanan emosional. Sementara kebanyakan anak belajar keterampilan sosial
dari mengamati orang lain atau melalui instruksi yang eksplisit, yang lain belum
belajar atau tidak menerapkan keterampilan sosial pro dan memerlukan
pengajaran tambahan, latihan dan pembinaan. Kecenderungan alami anak-anak
untuk bermain menyediakan cara yang sangat memotivasi untuk melibatkan
mereka dalam belajar keterampilan sosial pro. Anak-anak cenderung dengan
peribadi yang menyelesaikan masalah dengan agresi, kurangnya persahabatan,
pengurusan kemarahan dan pembohong.
Kemajuan permainan pada pengembangan keterampilan dan kompleksitas
dengan fokus yang kuat pada intervensi awal, mulai dari usia 4-14. Permainan
dapat digunakan secara beturutan selama enam sampai lapan minggu dan satu
sesi untuk menutup keterampilan tertentu. Anak-anak muda akan mulai dengan

permainan Persiapan Bersama dan bekerja dengan Teman yang Ramah dan
mungkin untuk Pemikir Ulang.
Anak-anak berusia lapan atau sembilan atau yang lebih tua akan mulai dengan
Teman yang Ramah, Pengusik atau Pemikir ulang, tergantung pada
pengembangan keterampilan yang diperlukan. Permainan dapat digunakan
dengan individu, kelompok atau anak-anak seluruh kelas.

3.0 Terapi Muzik


Terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang
profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan
dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Ia adalah satu teknik
klinikal dan evidence -based yang dijalankan oleh pakar dan berdasarkan kepada
fakta-fakta hasil kajian.. Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran
tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga
wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh
bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap
sebagai ubat yang memulihkan.
Sejarah terapi muzik telah termaktub sejak zaman purba. Di mana
sebuah buku ajaran Cina I Ching menyatakan muzik mempunyai kuasa untuk
menenangkan ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan
gangguan emosi seseorang (http://ms.shvoong.com/huminities/musicology).
Terapi muzik adalah berkesan untuk meningkatkan atau menyediakan
suasana yang lebih tenang. Selain itu, terapi muzik juga melegakan keresahan,
kemurungan dan meringankan stress. Terapi muzik membantu klien (pesakit )
yang mempunyai masalah berkaitan emosi untuk meneroka serta menyelami
perasaan mereka sendiri. Melalui cara ini mereka dapat melakukan perubahan
yang positif terhadap tingkah laku. Selain itu, klien juga dapat mempraktikkan
penyelesaian masalah yang secara tidak langsung merungkaikan dan
menyelesaikan konflik mereka.
Rawatan terapi muzik dapat memperkukuhkan kemahiran berkomunikasi dan
juga kemahiran koordinasi fizikal. Fungsi mental dan fizikal juga dapat
dipertingkatkan dan diperbaiki apabila kaedah rawatan ini digunakan kepada
mereka yang mempunyai masalah berkaitan saraf dan masalah pertumbuhan.
Muzik dapat mengalihkan kesakitan pesakit, menyedari hal itu penggunaan
terapi muzik digunakan secara lebih meluas di hospital-hospital dan klinik
bersalin untuk mengurangkan tekanan dan kesakitan ketika ibu ingin melahirkan
bayi. Selain itu, terapi muzik juga berkesan untuk mereka yang menderita sakit
kepala atau migrain.
Terapi muzik dapat meningkatkan kualiti hidup kepada pesakit-pesakit yang
Alzheimer dan penyakit yang hampir serupa. Cara ini sangat berguna kepada
mereka yang mempunyai masalah pembelajaran , masalah pertuturan dan

komunikasi di mana terapi muzik amat membantu golongan yang kurang


bernasib baik ini.
Kajian menunjukkan bahawa keberkesanan teknik terapi muzik memberi
relaksasi secara fisiologi dan psikologi.
Jellison 1975, mendapati muzik latar dapat mengurangkan stress dan membantu
dalam proses relaksasi.
Scartelli & Borling, 1986 membantu proses relaksasi dengan teknik biofeedback.
Hanser 1998, mendapati kajian literature menggunakan keberkesanan muzik
dalam relaksasi.
American Music Therapy Association (2009), terapi muzik sebagai penggunaan
intervensi muzik berasaskan klinikal dan bukti untuk mencapai matlamat
individu dalam perhubungan antara terapeutik oleh professional yang
mempunyai kredential yang telah menamatkan program terapi muzik yang
diiktirak.
Satu tinjauan yang dijalankan di Amerika Syarikat ke atas penuntut kolej
menunjukkan bahawa tahap kecerdikan dapat dipertingkatkan dengan
mendengar muzik gubahan Mozart. Muzik penggubah termasyur itu berupaya
menurunkan denyutan jantung dan membuat anda bersantai.

4.0 Terapi Bercerita


Terapi bercerita ialah suatu aktiviti yang digunakan untuk menyampaikan
peristiwa dengan perkataan, imej dan suara. Elemen-elemen penting yang
terkandung dalam cerita ialah plot, watak-watak serta pandangan dan nilai-nilai
murni.
Nilai-nilai moral yang terkandung dalam cerita, dan kanak-kanak yang
mempunyai motivasi instrinsik yang suka mendengar cerita, terapi bercerita
merupakan pendekatan yang paling berkesan untuk kaunseling kanak-kanak
yang mempunyai tingkah laku bermasalah.
Kegunaan cerita untuk terapi ialah cerita menggambarkan hidup
emosi dalaman. Cerita merangkumi pengalaman emosi. Mereka memberi kanakkanak perkataan yang diperlukan untuk menyatakan perasaan dan konteks
untuk mereka memahami perasaan tersebut. Dengan mendengar cerita, kanakkanak menjadi lebih yakin, kreatif dan cergas sewaktu menghadapi masalah
harian.
Di samping itu, menndengar cerita dapat menyediakan pengalaman hadapan.
Bercerita dengan teknik yang berkesan atau melibatkan secara keseluruhan
minda, deria dan emosi pendengar, seakan-akan hidup sering dengan dunia
cerita itu. Kesannya, pendengar lebih bersedia untuk menghadapi situasi yang
serupa dalam kehidupannya.

Selain itu, cerita dapat mengajar cara penyelesaian masalah secara


kreatif. Lazimnya, cerita mengandungi masalah atau konflik yang harus
diselesaikan. Cerita membawa pendengar menghayati setiap langkah untuk
menyelesaikan masalah konflik tersebut. Cara ini mengajar kanak-kanak lebih
kreatif, pintar akal dan ketabahan. Cerita juga menunjukkan tindakan dan akibat.
Cerita memberi contoh kegagalan dan kejayaan, lesedihan dan kegembiraan.
Mereka mencerminkan akibat setiap keputusan watak, sama ada positif atau
negative. Ini memberi tunjuk ajar kepada kanak-kanak untuk membuat
keputusan positf pada masa kelak.
Cerita juga mencerminkan keadaan manusia yang universal. Melalui
peristiwa yang distruktur secara emosi, cerita memberi persepsi dalam emosi
pendengar dan pengalamannya, dan mengingatkan pendengar walaupun wujud
perbezaan antara satu sama lain, semua manusia menghadapi rintangan hidup
yang sama.
Helen Keller, dalam The Story of My Life menulis, mendengar cerita
merupakan cara yang paling mudah dan secara semulajadi untuk kanak-kanak
menguasai bahasa yang membolehkan mereka menyusun, menstruktur,
memanipulasi, memikir dan mempersepsikan dunia secara rasional.
Guru atau kaunselor boleh menjadikan teknik bercerita sebagai satu
pendekatan terapi kepada murid-murid di mana guru boleh meneroka dan cuba
mendekati murid bermasalah dengan bercerita. Murid yang bermasalah kadangkadang sukar untuk meluahkan perasaan mereka secara terbuka kepada guru
atau kaunselor. Oleh itu, guru perlu mencari sumber yang berkaitan dalam
masalah yang sedang dihadapi atau pengalaman hidup yang pernah dilalui oleh
murid tersebut.Berdasarkan sumber tersebut, guru perlu mereka dan mencipta
jalan cerita yang sesuai supaya berkaitan dan sesuai dengan masalah yang
dihadapi. Apabila murid mendengar cerita tersebut dia akan terdorong untuk
mendengar lantas meluahkan perasaan atau masalah yang dihadapi secara tidak
langsung. Malah, jika murid masih malu atau tiada keyakinan untuk bercerita
kepada kaunselor, guru perlulah menyatakan pengakhiran cerita yang baik dan
boleh dijadikan panduan dan pengajaran kepada murid tersebut. Hal ini supaya
murid dapat membuat keputusan atau menyelesaikan masalah berpandukan
penutup cerita yang disediakan oleh guru.Tujuan bercerita yang lain juga ialah
untuk menerapkan nilai murni, pengajaran dan unsur-unsur teladan yang baik
kepada murid. Oleh itu, seorang pencerita hendaklah bijak membuat pemilihan
jalan cerita supaya kanak-kanak dapat dipupuk dengan nilai-nilai yang positif.
Jalan cerita yang baik untuk kanak-kanak adalah cerita yang ringkas, mudah
difahami, menarik, menggunakan bahasa yang sesuai danmempunyai nilai moral
yang tinggi supaya murid dapat menghayati pengajaran yang ingin disampaikan
pada akhir sesi bercerita. Nilai-nilai murni boleh diserapkan secara langsung dan
juga tidak langsung. Penyerapan nilai murni secara langsung selalunya
dilaksanakan oleh pencerita semasa akhir sesi penceritaan. Manakala
penyerapan secara tidak langsung dapat diselitkan semasa penceritaan tersebut
berlangsung.Terapi bercerita ini merupakan suatu teknik yang paling berkesan
bagi menyemai kemahiran berkomunikasi kepada kanak-kanak (Trencher,

1991:86). Tugas seorang guru atau kaunseling bukan sahaja mendidik dan
mengajar bagi memenuhi bidang akademik sahaja. Namun aspek sosial seperti
yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlulah dititikberatkan
oleh guru supaya murid dapat menjadi seorang modal insan yang seimbang,
harmonis, berdikari,fleksibel dan cemerlang dalam pelbagai bidang. Apabila guru
menggunakan teknik bercerita sebagai terapi, murid-murid akan diminta
berkumpul membentuk bulatan atau sebagainya. Semasa proses penyampaian,
sesi soal jawab akan berlaku antara murid dengan guru. Guru perlu mengambil
kesempatan ini dengan mencungkil keberanian murid untuk menyuarakan
pendapat di hadapan kawan-kawannya yanglain. Selain itu, murid-murid akan
berbincang dan berbual dengan rakan-rakan tentang cerita tersebut. Oleh itu,
tanggungjawab guru untuk menyediakan suasana pembelajaran sosial yang
sihat dan positif dalam kalangan murid-murid. Selain itu, dengan terapi bercerita,
murid juga dapat menambah keyakinan diri untuk mengekspresikan perasaan
dan idea di mana pendekatan ini memerlukanpenglibatan murid secara aktif.
Proses bercerita merupakan salah satu aktiviti yang berpusatkan murid. Oleh itu
murid memerlukan keyakinan diri yang tinggi untuk menjalankan aktiviti yang
diarahkan oleh guru seperti bercerita, menjawab soalan dan aktiviti susulan.
Murid akan berusaha dan berlatih untuk mempersembahkan cerita yang menarik
dan sesuai berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh guru mengikut perspektif
individu. Bimbingan dan nasihat akan diberikan oleh guru semasa proses
penyampaian supaya murid dapat membaiki kesalahan dan mempertingkatkan
keupayaan diri. Di samping meningkatkan keyakinan diri, murid juga dapat
meluahkan perasaan dan idea mereka dengan cara yang sihat di mana mereka
tidak perlu bergaduh, menjerit atau merosakkan harta benda jika mereka
berhadapan dengan masalah. Dengan terapi bercerita, mereka dapat
mengaitkan diri mereka dalam cerita tersebut dan sekaligus menyelesaikan
masalah dengan bimbingan dan pendapat guru dan kawan-kawan.

5.0 Terapi Seni


Terapi seni adalah proses pemulihan sikap dan emosi yang boleh samasama kita fikirkan. Gabungan antara kaedah psikologi, perlakuan, bakat dan
disiplin diri boleh dijadikan ruang untuk terapi seni diolah sebagai mekanisme
pemulihan.
Terapi seni juga adalah kaedah untuk menggalakkan pesakit meluahkan
perasaan pemikiran mereka yang tidak boleh dilahirkan dengan perkataan
melalui seni terutama lukisan.
Menurut American Art Association, terapi seni adalah satu profesion kesihatan
mental yang menggunakan proses kreatif dalam lukisan untuk menambah baik
dan menyempurnakan fizikal, mental dan emosi individu di bawah semua
peringkat umur. Terapi seni boleh diertikan sebagai suatu bentuk terapi ekspresif
yang menggunakan media warna, kapur, pensil dan marker diintergerasikan
dengan terapi psikoterapiutik dan teknik proses kreatif.

Melalui ekspresi seni pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan


keperluan dalaman dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam
pencarian resolusi. Penghasilan seni yang terbatas dan pelajar yang kekurangan
ini mendapat nafas baru dalam memartabatkan lagi dunia seni melalui
rekabentuk seni luar. ( Judith Peck)
Menurut Frostig & Essix ( 1998 ) The responsible of an Art or Expressive
Therapist within a school setting is to help student express and contain their
internal conflicts, while facililitating their ability to implement change.
Melalui ekspresi seni pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan
keperluan dalaman dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam
pencarian resolusi. Penghasilan seni yang terbatas dan pelajar yang kekurangan
ini mendapat nafas baru dalam memartabatkan lagi dunia senimelalui
rekabentuk seni luar. ( JudithPeck )
Menurut Frostig & Essix ( 1998 ) The responsible of an Art or Expressive
Therapist within a school setting is to help student express and contain their
internal conflicts, while facililitating their ability to implement change.
Gambaran ini mungkin dalam bentuk lukisan, gambar, seni pahat ataupun bahan
seni yang dicipta dari tanah liat.
Selanjutnya, pakar terapi ataupun kaunselor akan mengajak klien untuk
membincangkan karya yang dihasilkan. Melalui proses ini, klien akan diminta
supaya bersikap terbuka dalam meluahkan dan bercakap tentang segala emosi
dan perasaan-perasaan terpendam yang dihadapi olehnya.

Kaunselor akan berusaha membantu klien menyelesaikan masalah dan


merungkai kegusaran yang dihadapi oleh klien berdasarkan interpretasi
kaunselor terhadap gambaran ekspresif melalui hasil seni yang dihasilkan oleh
klien.
Melalui kaedah terapi seni ini, klien berupaya menggali perasaannya serta
menyelesaikan masalah yang membelenggunya dengan cara yang berkesan dan
tidak menakutkan serta menyakitkan dengan bantuan daripada kaunselor.

Kaunselor atau pakar terapi harus pandai mengawal situasi terapi ini agar
klien tidakmerasa tertekan atau merasa didesak untuk meluahkan perasaan.
Manfaat terapi seni ini telah dibuktikan secara ilmiah di mana sebuah kajian di
University of Granada, Sepanyol telah berjaya membuktikan bahawa terapi ini
boleh membantu mengatasi gangguan mental.
Elizabeth Perez yang merupakan salah seorang pengkaji mengikuti
perkembangan 20 orang pesakit yang menderita penyakit gangguan mental akut
dari Therapeutic Community of theNorthen Area of the Virgen de las Nieves
Hospital, Granada selama lebih dari setahun. Pesakit-pesakit tersebut telah
mengikuti kaedah terapi seni ini secara sukarela selama dua hari dalam
seminggu. Selama mengikuti terapi, mereka juga mengadaptasi lukisan karya

pelukis seperti Amedeo Modigliani, EdvardMunch, Vincent Van Gogh dan


sebagainya untuk menambahkan pandangan mereka.
Para pesakit ini menggunakan lukisan untuk menggambarkan keinginan
terpendam, perasaan serta emosi dari hati dan fikiran mereka.
Selama proses ini berjalan menurut Perez, pesakit-pesakit tersebut boleh
mengungkapkan serta meluahkan perasaan dan emosi mereka.
Dengan itu, mereka boleh menghilangkan perasaan yang tidak mereka ingini dan
menyesuaikan dengan apa sebenarnya yang sepatutnya dan diingini oleh
mereka.
Terdapat dua kajian dijalankan tentang keberkesanan terapi seni sebagai
pemangkin emosi dalam sahsiah pelajar.
i. Teori mengenai mengapa kanak kanak suka bermain adalah serupa
seperti mengapa mereka melukis, di mana mereka berharap menjadi dewasa
dan dapat mengawal keadaan sekeliling. Di dalam keadaan ini, melukis memberi
kanak kanak keupayaan untuk menguasai penuh terhadap media, objek objek
dan situasi yang mewakili mereka di dalam gambar. ( Silk & Thomas , 1990).
( Eve C .Jarboe, 2002 ).
ii. Kebanyakan orang dari pelbagai peringkat umur mempunyai kebolehan untuk
meluahkan perasaan mereka melalui permainan dan seni.Mereka juga
mempunyai kebolehan untuk keluar dari aktiviti ini, untuk mencerminkan diri
mereka dan untuk mencipta idea baru yang menuju kepada kebaikan ( Dyer
Friedman & Sanders , 1997; Rubin 1978). ( Eve C .Jarboe, 2002 )

6.0 Terapi Biblio


Terapi Biblio ialah penggunaan buku-buku untuk menolong orang menyelesaikan
masalah. Konteks kanak-kanak kaunseling biblioterapi adalah bahan bacaan
penulisan yang terbimbing. Bertujuan untuk memperoleh pemahaman atau
menyelesaikan masalah sejajar dengan keperluan terapeutik kanak-kanak. Ia
juga dikenali sebagai bimbingan melalui bacaan.
Shrodes (1950):- proses interaksi dinamik antara personaliti pembaca
dengankesusasteraan di bawah bimbingan seorang yang terlatih.
Harris dan Hodges (1995):- terapi ini merangkumi penggunaan pembacaan
bahan- bahan bertulis untuk membantu pembaca berkembang dari segi
kesedaran kendiri.
Pardeck dan Pardeck (1998):- Terapi Biblio melibatkan rawatan melalui bukubuku.
Konsep terapi biblio ialah membaca untuk pengalaman rawatan. Ia juga
merangkumi pemilihan bahan membaca untuk klien yang mempunyai

pengalaman yang relevan dengan situasi yang tertulis dalamnya. Ia juga


merangkumi pendekatan terapi bercerita. Terapi biblio ini telah diluaskan hingga
dipadankan dengana ktiviti perbincangan atau bermain.
Kegunaan terapi biblio ialah mengurangkan stress atau tekanan yang dihadapi.
Contohnya, bahan-bahan seperti Chickens Soup dapat membantu seseorang
yang murung akibat satu pengalaman trauma untuk pulih ( dari segi emosi ).
Membaca adalah satu proses terapi yang boleh bantu hilangkan kebosanan
( misalnya ketika beratur menunggu sesuatu ). Menghilangkan ketegangan
( panas baran, marah, tidak sabar). Meningkatkan perkembangan kanak-kanak.
Dapat menyelesaikan masalah murid. Membantu murid memperoleh ilmu.

7.0 Peranan Guru Biasa sebagai guru bimbingan.


Peranan guru biasa dalam bimbingan dan kaunseling. Bilangan murid di
sesebuah sekolah adalah berbeza. Disetengah-setengah sekolah terdapat
beberapa puluh orang murid sahaja dan setengah-setengahnya lebih daripada
dua ribu orang. Sekiranya, setiap tugasan bimbingan diserahkan kepada guru
bimbingan, maka kes-kes murid yang memerlukan pekhidmatan bimbingan akan
berhimpun. Oleh itu, setiap guru, sama ada guru biasa atau guru bimbingan
hendaklah memainkan peranannya dalam membantu meningkatkan kebajikan
murid-muridnya.
Terdapat perbezaan di antara guru biasa dengan guru bimbingan. Guru biasa
tidak menghadiri kursus bimbingan selama lapanminggu dalam masa cuti atau
lain-lain kursus di Maktab Perguruan Ilmu Khas atau dimana-mana university.
Walaubagaimanapun, guru biasa pernah didedahkan kepada konsep bimbingan
dan kaunseling selama lapan minggu dalam masa cuti sekolah, kursus enam
bulan atau setahun di Maktab Perguruan Ilmu Khas , kursus diploma di Universiti
Kebangsaan Malaysia, kursus sarjana muda pendidikan ( Bimbingan dan
Kaunseling) di Universiti Putra Malaysia dan kursus sarjana di universityuniversiti tempatan atau luar negeri.
Bimbingan merupakan sebahagian daripada tugas pengajaran. Sama ada
dikehendaki atau tidak. Seseorang guru tidak dapat mengelakkan daripada tugas
memberi bimbingan. Dalam pengajarannya setiap hari, murid-murid mungkin
mengemukakan pelbagai masalah mengenai pelajaran dan sosioemosi. Guru
perlu berusaha untuk mengendalikan penyelesaian masalah-masalah tersebut.
Oleh sebab guru biasa kurang pengetahuan dan latihan dalam bidang
bimbingan, maka tugas-tugas mereka biasanya teridir daripada:
Yang pertama, guru biasa memainkan peranan yang penting dalam membimbing
murid di bawah jagaannya. Guru membimbing murid membuat penyesuaian
peribadi, social, emosi dan akademik dengan persekitaran sekolah, peraturanperaturan tatatertib dan sebagainya, khasnya dalam awal persekolahan.

Murid menghadapi masalah dan kekeliruan apabila mereka memasuki


situasi pembelajaran baru. Mereka memerlukan penyesuaian diri. Dalam hal ini,
murid perlu diperkenalkan dengan system pendidikan dan matlamat kurikulum,
sukatan pelajaran, kaedah atau cara belajar, situasi persekitaran dan peraturan
sekolah, serta kepentingan mata pelajaran terhadap masa depan kerjaya
mereka. Program orientasi merupakan salah satu cara yang sesuai untuk
mencapai matlamat ini.
Harus juga diwujudkan peluang-peluang untuk setipa murid
mengembangkan daya kebolehan mengikut kemampuan dan kebolehan mereka.
Untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran, perlulah ada rancangan pelajaran
mulai dari peringkat awal pembelajaran. Dalam hal ini, murid perlu diberi
bimbingan untuk aktiviti pelajaran yang sesuia mengikut kebolehan dan minat
masing-masing. Jadi, peranan guru di sini ialah memberi kesedaran kepada para
murid di peringkat awal, sehingga mereka berjaya menanamkan sikap suka
belajar dalam diri mereka. Ini akan membawa pencapaian objekif pelajaran
dengan berkesan.
Peranan guru yang lain ialah mengesan masalah atau keadaan-keadaan
yang tidak memuaskan yang boleh menjejaskan pencapaian akademik para
murid, di samping mengembangkan peribadi dan social para murid serta
memberi BImbingan dan Kaunseling mengenainya. Pada bila-bila masa, tiap-tiap
individu sering menghadapi kesulitan yang berpunca dari dalaman diri sendiri,
wujud konflik dalam jiwa, kekecewaan, rasa tersingkir, merendah diri dan bosan
dalam kehidupan dan pelajaran. Semua ini merupakan gejala-gejala tidak sihat
yang memerlukan bimbingan daripada guru kaunselor. Masalah atau konflik yang
dihadapi oleh murid-murid sekolah menengah perlu mendapat perhatian dan
bantuan daripada guru. Bimbingan ini membantu individu mengatasi masalahmasalah peribadi akibat kekurangan kemampuan individu untuk menyesuaikan
diri dengan aspek-aspek perkembangan yang begitu cepat. Masalah kejutan
budaya, krisis keluarga, persahabatan jantina, soal kewangan dan kerjaya adalah
antara masalah yang memerlukan bimbingan guru.
Guru harus menolong murid membentuk tabiat kerja yang baik dan
menghargai kerja yang diamanahkan. Ini bermakna guru harus membantu murid
memupuk tabiat melaksanakan kerja yang diamanahkan dengan sempurna.
Guru memainkan peranan sebagai kaunselor, haruslah bekerjasama
dengan ibu bapa dalam hal perkembangan murid, khasnya dalam bidang
kurikulum dan kokurikulum. Guru haruslah berkenal mesra dengan ibu bapa dan
murid supaya dapat mengetahui latar belakang murid sekolahnya. Butir-butir
penting hendaklah dicatatkan sebagai panduan untuk guru. Guru haruslah
menyediakan kad rekod himpunan. Tujuan menyediakan kad rekod himpunan ini
adalah untuk mengetahui butir-butir lengkap tentang maklumat pelajar serta
latar belakang mereka. Dalam rekod ini, guru dapat mengatur rancangan
pelajaran dan aktiviti kokurikulum yang sesuai untuk murid-murid tersebut. Kad
rekod himpunan merupakan suatu system untuk merekod butir-butir murid dari
semasa ke semasa. Ini membolehkan guru mengenali setiap murid dengan lebih

dekat dan memahami masalah mereka serta memudahkan guru memberi


bimbingan dan kauseling untuk mereka.

8.0 Kesimpulan
Sebagaimana yang telah dihuraikan, intervensi merupakan suatu teknik
kanseling yang digunakan dalam sesi terapi. Terapi untuk kanak-kanak adalah
berlainan dengan remaja dan orang dewasa. Ini kerana kanak-kanak masih
kurang matang serta menghadapi masalah kekurangan perbendaharaan kata
yang cukup untuk menjelaskan gangguan mental dan emosi yang abstrak.
Oleh itu, kemahiran melaksanakan intervensi kanak-kanak melibatkan pelbagai
jenis kemahiran komunikasi. Antaranya ialah kemahiran bermain, bercerita,
melukis, bermain alat muzik dan menyanyi. Ini adalah kerana kanak-kanak
mudah menggunakan media main, cerita, lukisan dan alat muzik untuk
menggambarkan pemikiran dan emosi secara semulajadi. Melalui aktiviti-aktiviti
bermain, bercerita, melukis dan bermain alat muzik, terapis dapat menghayati
dunia dalaman kanak-kanak dengan lebih tepat lagi, mendianogsis punca
gangguan mental dan emosi mereka dan seterusnya menggunakan kemahiran
pelaksanaan intervensi kaunseling untuk membimbing kanak-kanak kea rah
menyelesaikan masalah yang dihadapi.

9.0 Rujukan

1. Cheong, L.K. (2012). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak. Selangor:


Oxford
Fajar Sdn. Bhd.
2. Choong Lean Keow (2010). Bimbingan dan Kaunseling, Kuala Lumpur:
Percetakan Season Sdn.Bhd.
3. Mok Soon Sang (2011). Edisi Kedua. Bimbingan dan Kaunseling Kanakkanak, Siri Pengajian Profesional. Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
4. Ee Ah Meng (1997). Edisi Kedua. Perkhidmatan Bimbingan Dan
Kauseling. Siri Pendidikan Fajar Bakti. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai