Anda di halaman 1dari 3

MATAPELAJARAN : FIZIK

INKUIRI BERSTRUKTUR

Bidang Pembelajaran

: Memahami inersia

Hasil Pembelajaran

: Menghuraikan hubungkait antara jisim dan inersia

Ramalkan

apakah yang anda perhatikan kepada

duit syiling jika kadboard dijentik.

A) Berdasarkan situasi di atas, jalankan eksperimen dengan menggunakan bahan dan radas
serta langkah-langkah berikut :

Neraca inersia, tiga pemberat bersilinder, plastisin, pengapit G dan jam randik

Rajah 1
1.

Kepitkan dan

ketatkan

satu neraca inersia

dengan pengapit G di sisi meja.


2.
Masukkan satu pemberat bersilinder berjisim 250 g ke dalam rak neraca inersia
seperti dalam Rajah 1
3.
Sesarkan rak neraca inersia secara mengufuk dan catatkan masa untuk 20 getaran dalam
4.

jadual.
Ulang langkah di atas dengan menggunakan dua pemberat dan kemudian tiga pemberat
bersilinder.

5.
7.

Daripada keputusan yang diperoleh, hitungkan tempoh getaran neraca inersia.


Lakarkan satu graf T melawan jisim pemberat, m.

B) Berdasarkan Eksperimen yang telah anda jalankan, tuliskan laporan


eksperimen yang mengandungi perkara-perkara berikut :
1) Tujuan
2) Pernyataan Masalah
3) Hipotesis
4) Pemboleh Ubah
a) Manipulasi
b) Bergerakbalas
c) Dimalarkan
5) Prosedur eksperimen
6) Penjadualan Data (Berdasarkan keputusan eksperimen plotkan graf)
7) Analisis data
8) Kesimpulan Eksperimen

C)

Berdasarkan dapatan eksperimen yang telah anda jalankan, bincang permasalahan


berikut :

Pada kejohanan hari sukan sekolah, Aminah ditugaskan sebagai hakim lorong bagi
pertandingan balapan. Aminah terpaksa mengejar murid yang telah sampai dahulu ke
garisan penamat untuk memberikan nombor. Perkara ini menyebabkan dia merasa
sangat penat. Aminah merasa sangat pelik mengapakah murid yang telah sampai ke
garisan penamat tidak terus berhenti?
Daripada situasi di atas, bantu Aminah untuk menjawab persoalan yang dihadapinya
semasa bertugas sebagai hakim lorong.

Anda mungkin juga menyukai