Anda di halaman 1dari 11

Di Sebalik Wajah

(Abang Saifuddin Abang Bohari)

Sinopsis
Cerita Di Sebalik Wajah mengisahkan seorang remaja iaitu Doktor Fikri yang cacat kulitnya
iaitu balar. Nama Doktor Fikri diberikan oleh bapanya sempena nama seorang doktor yang
telah mendoakan keselamatan ibunya sewaktu melahirkannya.

Disebabkan nama dan

kecacatan kulitnya yang balar Doktor Fikri sering diejek dan diketawakan. Namun begitu,
dia tabah menerima segala dugaan yang menimpa dirinya.

Pertukaran ke sekolah

Menengah Kebangsaan Menggatal banyak memberikan pengalaman baharu kepadanya.


Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz dapat menerima kehadirannya di sekolah itu.
Mereka berkawan baik sehinggalah Doktor Fikri dianiaya oleh tiga orang murid iaitu Narius,
Jais dan Jamadi yang juga sering mengganggu murid lain.
Satu laporan salah laku mereka telah dibuat kepada guru disiplin iaitu Cikgu Wahab. Hal ini
menyebabkan mereka berdendam kepada Doktor Fikri.

Narius dan kawan-kawannya

meletakkan buku-buku perpustakaan dan beberapa dompet ke dalam beg sekolah Doktor
Fikri. Guru disiplin telah membuat pemeriksaan mengejut ke setiap kelas. Doktor Fikri telah
dipanggil dan disoal siasat namun dia hanya mendiamkan diri. Selepas kejadian tersebut,
kawan-kawannya mula menjauhkan diri kecuali Josy yang masih setia memberikan
perangsang dan semangat serta memintanya bersabar dengan dugaan yang menimpa.
Semasa sukan tahunan sekolah, Doktor Fikri gagal menamatkan larian 1500 meter dan
pengsan. Dia juga kehilangan basikal yang baru dibeli dengan duit simpanannya sendiri.
Pada suatu hari seorang murid mengadu kepada Cikgu Wahab bahawa dia ternampak
Narius dan rakan-rakannya mencuri basikal doktor Fikri. Hal ini dilaporkan ke balai polis.
Narius dan rakan-rakannya ditangkap atas pelbagai kesalahan yang dilakukan.

Mereka

ditahan di lokap. Jais dan Jamadi dijamin oleh keluarga masing-masing. Narius tidak dapat
dibebaskan kerana keluarganya miskin.
mengambil semula basikalnya.

Doktor Fikri dan bapanya dipanggil untuk

Semasa di balai polis, Doktor Fikri ternampak Narius

sedang menangis di samping bapanya yang sudah uzur. Doktor Fikri meminta ayahnya
menjamin Narius.
Semenjak hari itu, Narius, Jais dan Jamadi insaf dan berubah menjadi baik.

Mereka

mengaku kepada murid lain bahawa merekalah yang menganiaya Doktor Fikri. Namun,

pada masa yang sama, Doktor Fikri berhijrah ke Jepun kerana bapanya bertugas di sana.
Setelah setahun, Doktor Fikri dan keluarganya balik bercuti di Malaysia. Kepulangan Doktor
Fikri disambut dengan gembira oleh rakan-rakannya. Keluarga Doktor Fikri mengisi cuti
mereka dengan bersama-sama mendaki puncak Gunung Kinabalu seperti yang dihasratkan
oleh Doktor Fikri.

Tema
Ketabahan seorang remaja menghadapi kekurangan diri dalam kehidupan hariannya.
Doktor Fikri yang cacat kulitnya iaitu balar, terpaksa menerima ejekan, sindiran dan
cemuhan daripada pelajar-pelajar lain di sekolahnya.

Persoalan

1. Persoalan rajin membaca


Contoh: Doktor Fikri sentiasa mengisi masa lapangnya dengan membaca dan kerap
pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku.
2. Persoalan menghargai persahabatan
Contoh: Josy tetap berkawan dengan Doktor Fikri walau apa jua rintangan dan tuduhan
yang dilemparkan kepadanya.
3. Persoalan kasih sayang antara ahli keluarga
Contoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah memberikan sepenuh kasih sayang kepada
Doktor Fikri. Semua kemahuan Doktor Fikri dipenuhi oleh mereka.
4. Persoalan keinsafan
Contoh: Narius, Jais dan Jamadi berubah sikap dan insaf atas kesalahan mereka
terhadap Doktor Farid, lebih-lebih lagi setelah Doktor Farid menyuruh bapanya
menjamin Narius di balai polis.
5. Persoalan aplikasi Ilmu
Contoh: Doktor Farid mengaplikasi pengetahuan menanam sayur-sayuran, memelihara
ayam dan menjualnya di Tamu daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup yang
dipelajarinya.
6. Persoalan kemahiran menguasai ilmu elektronik
Contoh: Kemahiran menguasai ilmu elektronik perlu diterapkan pada peringkat awal
pendidikan lagi seperti yang dijalankan di Jepun bagi memastikan remaja lebih ke arah
inovasi.

7. Persoalan berdikari
Contoh: Doktor Farid berusaha sendiri untuk mencapai cita-cita yang diinginkannya
walaupun mendapat tentangan awal daripada ayahnya.
Doktor Fikri berjaya
mengusahakan kebun sayur dan membela ayam.
8. Persoalan pasrah menerima ketentuan Tuhan
Contoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah pasrah menerima takdir Tuhan apabila anak
yang dilahirkan cacat iaitu balar kulitnya.
9. Persoalan taat akan perintah agama
Contoh: Cikgu Saiful dan keluarganya sering sembahyang bersama-sama di rumah.

Binaan Plot

Secara kronologi peristiwa disusun mengikut urutan masa


Permulaan
Memperkenalkan watak Doktor Fikri iaitu anak kepada Cikgu Saiful dan Puan Halipah yang
dilahirkan cacat iaitu balar kulitnya.

Perkembangan
Doktor Fikri berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal dalam tingkatan dua.

Perumitan
Doktor Fikri sering diejek oleh pelajar lain, dibuli dan difitnah oleh Narius, Jais dan Jamadi.

Puncak
Narius, Jais dan Jamadi mengaku kesalahan mereka yang memfitnah Doktor Fikri.

Peleraian
Doktor Fikri dan keluarga pulang bercuti ke Malaysia setelah setahun tinggal di Jepun.
Mereka sekeluarga dalam perjalanan mendaki Gunung Kinabalu.
Teknik Plot
1. Dialog
Nama saya Doktor Fikri. Doktor Fikri berdiri dan duduk semula.
Doktor? Cikgu Asnawi tergelak.
2. Monolog
Sewaktu melangkah meninggalkan bilik sembahyang itu dia berkata, Ya Allah,
lahirkanlah lebih ramai doktor Melayu yang kuat beribadat kepada-Mu.
3. Monolog dalaman
Comelkah anakku? Adakah menyerupai rupaku? Cerahkah kulitnya? Ya Allah mogamoga kulit anakku putih, tidak seperti kulitku yang hitam legam ini. Itulah soalan-soalan
yang timbul dalam fikirannya yang belum lagi melihat anak sulungnya.
4. Imbas kembali
Cikgu Saiful teringat kembali perbualan dengan Puan Halipah semasa menghantarnya ke
klinik Doktor Nadia bagi pemeriksaan ibu mengandung.
5. Imbas muka
Doktor Fikri bermimpi diserang oleh seekor naga semasa tidur di rumah rehat Panalaban.
6. Pemerian
Peristiwa pengarang menggambarkan penantian Cikgu Saiful menunggu kelahiran anak
sulungnya semasa di hospital.
7. Konflik
Doktor Fikri tidak mahu membayar cukai keselamatan yang dipaksa oleh Narius, Jais dan
Jamadi.
8. Kejutan
Pembaca dikejutkan dengan peristiwa Doktor Fikri tiba-tiba berpindah ke Jepun kerana
ayahnya bertugas di sana.
9. Suspen
Pembaca tertanya-tanya mengapa Doktor Fikri tidak hadir ke sekolah selama dua hari.

Watak dan Perwatakan


Watak Utama
Doktor Fikri

Pelajar tingkatan dua berumur 14 tahun


Cacat kulit - balar
Tabah menghadapi dugaan seperti diejek sifat fizikalnya
Rajin membaca sentiasa membaca buku jika ada masa lapang
Penyayang menyayangi keluarga dan rakan-rakan
Berdikari berusaha sendiri untuk menambah tabungan dengan menjual hasil
tanaman dan ayam ternakannya

Watak Sampingan
Cikgu Saiful

Bapa Doktor Fikri


Penyayang amat sayang kepada Doktor Fikri
Bertanggungjawab sentiasa bertanggungjawab terhadap keluarga
Taat kepada agama melakukan sembahyang berjemaah bersama-sama keluarga

Puan Halipah

Ibu Doktor Fikri


Bertanggungjawab menyediakan bekal makanan untuk Doktor Fikri ke sekolah
Prihatin sentiasa memeriksa buku latihan Doktor Fikri apabila Doktor Fikri pulang
dari sekolah
Penyayang memberikan sokongan moral semasa Doktor Fikri mengambil bahagian
dalam acara sukan

Josy

Pelajar Tingkatan Dua Melati Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal


Prihatin sentiasa mengambil berat tentang masalah Doktor Fikri dan memberikan
semangat kepadanya
Teguh pendirian tidak mudah mempercayai fitnah yang dilemparkan oleh Narius
dan rakan-rakannya terhadap Doktor Fikri

Narius
Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal
Berbadan besar
Bermasalah disiplin selalu membuli Doktor Fikri/ cuba memeras ugut Doktor Fikri/
mencuri basikal Doktor Fikri
Insaf akan kesalahan lalu berubah menjadi seorang pelajar yang baik apabila
Cikgu Saiful menjaminnya setelah ditahan di lokap kerana kesalahan cuba
mengopak cermin kereta.

Cikgu Wahab

Guru Disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal


Garang merotan pelajar yang melakukan kesalahan
Bertimbang rasa membenarkan Sanin makan di kantin di luar waktu rehat setelah
Sanin memberikan alasan bahawa dia terlalu lapar

Dayang Mahani

Pelajar Tingkatan Dua Mawar Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal


Kawan Doktor Fikri
Mudah terpengaruh percaya bahawa Doktor Fikri seorang pencuri setelah Cikgu
Wahab menjumpai barang curi di dalam beg Doktor Fikri lalu terus memulaukannya

Latar
Latar Masa
Pagi peristiwa Doktor Fikri datang lewat ke sekolah dan ditegur oleh Cikgu Wahab,
guru disiplin sekolah.
Petang Narius, Jais dan Jamadi sedang menunggu Doktor Fikri di bawah sebatang
pokok yang rendang untuk meminta duit cukai keselamatan.
Malam Keluarga Cikgu Saiful tidur di rumah rehat Panalaban sebelum meneruskan
perjalanan mereka mendaki Gunung Kinabalu.

Latar Tempat
Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal
Tempat Doktor Fikri dan rakan-rakannya bersekolah.
Rumah Cikgu Saiful
Rakan-rakan Doktor Fikri datang membantunya membungkus sayur-sayuran untuk di
jual di Tamu.
Pasar Tamu
Doktor Fikri dan rakan-rakanya menjual sayur-sayuran di pasar Tamu tetapi tidak lama
Kerana hujan turun dengan lebatnya.
Gunung Kinabalu
Doktor Fikri dan keluarganya dalam perjalanan untuk mendaki puncak Gunung
Kinabalu.
Balai polis
Doktor Fikri dan ayahnya mengambil semula basikal yang dicuri oleh Narius, Jais dan
Jamadi. Cikgu Saiful juga menjamin Narius keluar dari lokap tersebut atas permintaan
Doktor Fikri.
Hospital Ratu Elizabeth
Cikgu Saiful menunggu isterinya Puan Halipah melahirkan anak sulung mereka.

Latar Masyarakat
Masyarakat pelajar
Doktor Fikri, Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz belajar di Sekolah
Menengah Kebangsaan Menggatal.
Masyarakat guru
Cikgu Wahab, Cikgu Girlie dan Cikgu Fatmawati mengajar di Sekolah Menengah
Kebangsaan Menggatal.
Masyarakat yang prihatin
Josi amat prihatin kepada Doktor Fikri yang sering diejek dan disihkan oleh pelajar lain.
Masyarakat yang bertanggungjawab
Cikgu Saiful dan Puan halipah merupakan ibu bapa yang bertanggungjawab
menjalankan tugas sebagai ibu bapa.

Masyarakat yang taat kepada perintah agama


Cikgu Saiful dan keluarganya sering menunaikan sembahyang bersama-sama bagi
mengeratkan kasih sayang antara ahli keluarga.
Masyarakat penyayang
Cikgu Saiful dan Puan Halipah amat menyayangi doktor Fikri walaupun anak mereka
cacat.
Masyarakat yang pasrah kepada ketentuan Tuhan
Cikgu Saiful dan Puan Halipah pasrah mendapat anak mereka yang cacat kulitnya.

Gaya Bahasa

Kata Ganda
Contoh: kelima-lima, sofa-sofa, terhinggut-hinggut, jari-jemari, warna-warni
Peribahasa
Contoh: buku lima, keras hati
Pengaruh bahasa asing
Contoh: bahasa Arab (Allah, nauzubillahiminzalik), bahasa Inggeris (nurse)
Hiperbola
Contoh: Apabila cahaya matahari yang terlalu tajam menembusi ruang di dalam kelas
itu, matanya hampir tertutup.
Simile
Contoh: Ada yang menepuk-nepuk meja, ada pula yang bersuara seperti katak
memanggil hujan.
Pengulangan kata atau repitisi
Contoh: Sap! Sap! Sap!
Sinkope
Contoh: Ampun cikgu, saya tak buat lagi!
Personifikasi
Contoh: Hanya daun-daunnya yang melambai lembut seolah-olah berbisik kepada
pelajar yang berada di dalam pagar itu.

Nilai

Nilai kasih sayang


Contoh: Cikgu Saiful, Puan Halipah dan Doktor Fikri saling menyayangi antara satu
sama lain.
Nilai keinsafan
Contoh: Narius akhirnya insaf akan semua kesalahan yang dilakukannya terhadap
Doktor Fikri.
Nilai keberanian
Contoh: Doktor Fikri berani melawan Narius, Jais dan Jamadi yang meminta wang
yang kononnya sebagai cukai keselamatan terhadap pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Menggatal.
Nilai ketabahan
Contoh: Doktor Fikri tabah menghadapi ejekan, sindiran dan fitnah yang dilemparkan
kepadanya.
Nilai kerajinan
Contoh: Doktor Fikri rajin membaca buku dan mengusahakan kebun sayur-sayuran
serta ternakan ayamnya.

Nilai menghormati orang tua


Contoh: Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz bersalaman dengan Puan
Halipah semasa mereka berkunjung ke rumah Doktor Fikri.

Pengajaran

Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga.


Contoh: Cikgu Saiful, Puan Halipah dan Doktor Fikri yang saling menyayangi antara
satu sama lain.
Kita hendaklah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan.

Contoh: Narius akhirnya insaf akan semua kesalahan yang dilakukannya terhadap
Doktor Fikri.

Kita haruslah berani memperrtahankan hak kita.


Contoh: Doktor Fikri berani melawan Narius, Jais dan Jamadi yang meminta wang
yang kononnya sebagai cukai keselamatan terhadap pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Menggatal.
Kita perlu tabah menghadapi sebarang masalah dalam kehidupan.
Contoh: Doktor Fikri tabah menghadapi ejekan, sindiran dan fitnah yang dilemparkan
kepadanya.
Kita haruslah mengamalkan sikap rajin.
Contoh: Doktor Fikri rajin membaca buku dan mengusahakan kebun sayur-sayuran
serta ternakan ayam.
Kita haruslah menghormati orang yang lebih tua daripada kita.
Contoh: Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz bersalaman dengan Puan
Halipah semasa mereka berkunjung ke rumah Doktor Fikri.

Latihan

1.

Berdasarkan novel Di Sebalik Wajah karya Abang Saifuddin Abang Bohari, jelaskan
tiga persoalan yang terdapat di dalam novel tersebut.
(6 markah)

2.

Novel Di sebalik wajah karya Abang Saifuddin Abang Bohari mengandungi pengajaran.
Hurakan dua pengajaran daripada novel tersebut.
(4 markah)

Jawapan:
1. Tiga persoalan yang terdapat di dalan novel yang dikaji:

Persoalan kasih sayang antara ahli keluarga


Contoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah memberikan sepenuh kasih sayang
kepada Doktor Fikri. Semua kemahuan Doktor Fikri dipenuhi oleh mereka.

Persoalan rajin membaca


Contoh: Doktor Fikri sentiasa mengisi masa lapangnya dengan membaca dan

10

kerap pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku.

Persoalan pasrah menerima ketentuan Tuhan


Contoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah pasrah menerima takdir Tuhan apabila
anak yang dilahirkan cacat iaitu balar kulitnya.

2. Dua pengajaran yang terdapat di dalam novel yang dikaji:

Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga.


Contoh: Cikgu Saiful, Puan Halipah dan Doktor Fikri yang saling menyayangi
antara satu sama lain.

Kita perlu tabah menghadapi sebarang masalah dalam kehidupan.


Contoh: Doktor Fikri tabah menghadapi ejekan, sindiran dan fitnah yang
dilemparkan kepadanya.

11

Anda mungkin juga menyukai