Anda di halaman 1dari 5

Amalan Budi Bahasa

Kepentingan IT

[S] Terbang tinggi burung jentayu


Hinggap di balik pokok payang
Bunga kembang akan layu
Budi baik bilakan hilang?

[s] Indah sungguh pohon gaharu


Baunya wangi sewangi kasturi
Internet penghancur generasi baharu
Bagaimana mungkin jadi begini?

[J] Pergi ke kebun menanam halia


Halia ditanam jejaka perkasa
Jadilah insan berhati mulia
Baik hati berbudi bahasa

[J] Tebang buluh beruas-ruas


Dibuat lemang berbuka puasa
Media massa datang meluas
Internet penyiar berita semasa.

Sekolahku Duniaku

Gaya Hidup Sihat

[S] Terbang rendah si burung tempua


Hinggap bertamu di pohon dedalu
Sekolah ialah rumah kedua
Mengapa perlu dikunjung selalu?

[S] Pergi ke sungai menaiki sampan


Sampan diukir cantik berpahat
Generasi muda menjadi harapan
Apakah faedah gaya hidup sihat?

[J] Terbang tinggi si burun tempua


Semakin jauh mengikut haluan
Sekolah penting kepada semua
Untuk menimba ilmu pengetahuan

[J] Bunga mawar mekar indahnya


Lalu dipetik sang putera
Aktiviti sukan banyak faedahnya
Badan sihat hidup sejahtera

Malaysiaku Gemilang

Ibu Mithali

[S] Lebat sungguh rumpun semalu


Tumbuh tinggi pohon lalang
Imej negara dijaga selalu
Bagaimana martabat Malaysia dijulang

[S] Indah namanya si burung kiwi


Duduk berteduh di pohon angsana
Ibu mithali gelaran pertiwi
Tetapi mengapa diabai sahaja?

[J] Harum sungguh bau kasturi


Lama dipakai sukar nak hilang
Pelbagai bidang kita terokai
Negara Malaysia menjadi gemilang

[J] Buah labu di dalam raga


Enak rasanya dibuat bingka
Kasih ibu sampai ke syurga
Walau hatinya sering terluka

Malaysiaku Indah

Batik Malaysia

[S] Sedap sungguh lagu keroncong


Suara merdu indah kurnia
Malaysia ramai dikunjung pelancong
Mengapa indah di mata dunia?

[S] Bunga anggerik tumbuh di hutan


Dipetik orang jual di pekan
Batik Malaysia menjadi pilihan
Bagaimana hendak mempromosikan?

[J] Pohon kedondong pohon cermai


Tanam di tepi rumpun selasih
Negara tercinta aman damai
Malaysia indah suasana bersih

[J] Bunga anggerik bunga raya


Bentuknya cantik indah kurnia
Batik Malaysia indah bergaya
Boleh diketengah persada dunia

Makanan Tradisional

Alam Sekitar

[S] Banyak tikus mati dimakan


Dek disambar si burung hantu
Makanan tradisional makin dilupakan
Mengapa boleh terjadi begitu?

[S] Cenderawasih terbangnya rendah


Peliharaan puteri dibuat temannya
Persekitaran bersih negara indah
Kepada diri apa pentingnya?

[J] Tumbuh merimbun pohonan buluh


Ambil bersama seikat rotan
Masyarakat kini mudah terpengaruh
Makanan barat menjadi ikutan

[J] Bunga selasih di petik nyonya


Kaki terpijak duri semalu
Persekitaran bersih banyakk faedahnya
Badan sihat ceria selalu

Sayangi Warga Emas

Pendidikan Sepanjang Hayat

[S] Cantik sungguh mahkota kurnia


Dipakai bersama cincin suasa
Warga emas nilam dunia
Mengapa perlu dijaga sentiasa?

[S] Hendak dimasak si ikan tuna


Kurang pedas pipiskan lada
Belajar tidak kira dimana
Mengapa penting ilmu di dada?

[J] Ambil durian dibuat serawa


Mengikut resipi zaman dahulu
Warga emas warga istimewa
Perlu dijaga dirapi selalu

[J] Pagi hari ke padang Temu


Singgah memasak daging serunding
Banyak harta tak ada ilmu
Bagai rumah tidak berdinding

Industri Tani

Dunia Tanpa Sempadan

[S] Buah mangga buah kuini


Sudah masak dipetik selalu
Masyarakat dulu menguasai tani
Masyarakat kini mengapa berlalu?

[S] Langguni pahit tumbuh di taman


Angsana pula tumbuh di kota
Dunia terbuka tanpa sempadan
Apa kesannya pada negara?

[J] Ikan ditangkap si anak tani


Hendak dijual di pekan sehari
Masyarakat dahulu pandai bertani
Kerana teknologi menguasai diri

[J] Berakit ke hulu dengan bergalah


Galah pecah terbelah dua
Dunia terbuka banyak faedah
Malaysia makmur rakyat sejahtera

Perubatan Tradisional

Berjimat Cermat

[S] Pohon sena besarnya dahan


Reput dahan jatuh bersilang
Perubatan moden menjjadi pilihan
Perubatan tradisional kemana menghilang?

[S] Indah sungguh bunga seroja


Siap sedia untuk disunting
Masyarakat kini boros berbelanja
Jimat cermat mengapa penting?

[J] Terbang tinggi si burung helang


Lalu hinggap di pohon remia
Perubatan tradisional kian menghilang
Perubatan moden menguasai dunia

Masak meranum buah ara


Jatuh sebiji di atas papan
Jikalau berjimat setiap perkara
Pasti terjamin masa hadapan

Menghargai Masa

Minda Kelas Pertama

[S] Pagi-pagi pergi ladang


Kaki terpijak duri semalu
Masa diumpama tajamnya pedang
Hargai masa bagaimana perlu?

[S] Pagi-pagi memetik pulasan


Bawa raga bersama-sama
Pelajar menjadi cermin wawasan
Bagaimana mencorak minda kelas
pertama?

[J] Sukan berdayung sama sertai


Singgah sebentar memetik duku
Masa tiba perlu dihargai
Menepati waktu prinsip hidupku

Inflasi

[J i] Burung punai hinggap di tangkai


Kembali terbang tidaklah lama
Minda kelas pertama boleh dicapai
Jadikan membaca amalan utama

[S] Harum mewangi si bunga tanjung


Anak raja di taman larangan
Harga barang kian melambung
Apa punca jadi demikian?

[J ii] Merdu sungguh bunyi kecapi


Air mata jatuh menitis
Dasar pelajaran tersusun rapi
Remaja di didik berfikir kritis

[J] Buah rambutan banyak diikat


Hendak dijual di waktu pagi
Harga barang kian meningkat
Kerana permintaan terlampau tinggi

Semangat Patriotik

Nilai Murni

[S] Terbang tinggi si burung helang


Berenang di tasik sekawan itik
Jati diri remaja kian menghilang
Bagaimana memupuk semangat patriotik?

[S] Rama-rama berwarna-warni


Hinggap sebentar di pohon selasih
Andai diterap nilai murni
Mengapa biadap wujudnya masih?

[J] Berenang di tasik sekawan itik


Anak semilang di tapak tangan
Demi memupuk semangat patriotik
Hayati bersama lagu kebangsaan

[J] Kedidi angsa punai kenari


Bebas bernyanyi di tepi paya
Budi bahasa dan nilai murni
Asas harmoni sejahtera budaya

Kitar Semula

Budaya Tradisional
[S] Cantik sungguh berbaju songket
Tampak indah berseri rupa
Tarian zapin tarian joget
Mengapa kini kian dilupa?
[J] Dayung perahu tuju haluan
Perahu pecah karamnya jangan
Budaya barat menjadi pilihan
Adat susila menjadi sanjungan

[S] Pohon anggur tumbuh di ara


Tumbuh meliar si bunga rumput
Kitar semula agenda negara
Mengapa sukar untuk disahut?
[J] Pergi ke hutan membawa parang
Hendak menebas si pohon palas
Kitar semula dilupa orang
Kerana manusia terlalu malas

Masyarakat Prihatin

Makanan Seimbang

[S] Rama-rama hinggap di dahan


Hinggap di dahan pohon kuini
Bayi dibuang tanpa kasihan
Mengapa demikian jadi begini?

[S] Pasang meriam berdas-das


Jatuh terbakar di tengah pekan
Badan sihat otak cerdas
Bagaimana mahu dikekalkan?

[J] Sibuk mengail si ikan keli


Keli dikail di pagi hari
Gejala sosial banyak sekali
Kerana nafsu menguasai diri

Terbang melayang burung merpati


Makan seekor anak tenggiri
Piramid makanan perlu diikuti
Untuk menjamin kesejahteraan diri

Remaja Memimpin

Pakaian Tradisional

[S] Indah berkelip bintang kejora


Dari jauh tampak kelihatan
Remaja wawasan harapan negara
Apakah prinsip yang diinginkan?

[S] Pokok bakau tumbuh di paya


Lalu diambil dibuat benda
Malaysia kini gah bergaya
Mengapa menjadi pilihan ibunda?

[J] Anak melayu pandai berdrama


Berbaju melayu segak bersampin
Negara maju meningkat nama
Mencermin akal minda memimpin

[J] Burung ketitir indah namanya


Terbang tinggi di atas padang
Pakaian tradisional banyak rupanya
Sedap sekali mata memandang

Kebersihan Diri

Warisan Sejarah

[S] Masuk ke hutan membawa parang


Membawa nasi buat bekalan
Kebersihan diri perlu dijaga
Mengapa perlu dijadi amalan?

[S] Cantik menawan puteri bergajah


Manik bersulam indah peraga
Cukup terseksa hidup terjajah
Mengapa merdeka tidak terjaga?

[J] Bunga melur saya kalungkan


Buat semua handai taulan
Mengapa ia perlu diamalkan
Kerana kebersihan dituntut Tuhan

[J] Pokok kesum di tepi telaga


Pawana bertiup di pagi hari
Warisan sejarah perlu dijaga
Agar generasi teguh jati diri

Keselamatan Jalan Raya

Peranti Komunikasi

[S] Buah tempatan sedap dimakan


Enak durian dari rambutan
Pemanduan berhemat sangat diperlukan
Mengapa perlu menjadi ikutan?

[S] Burung tempua hinggap di dahan


Sambil bersiul mencari teman
Laman sesawang menjadi pilihan
Mengapa rosak generasi sezaman?

[J] Pagi hari mudik ke pekan


Singgah ke pantai membeli gamat
Pemanduan berhemat sanga diperlukan
Pandu cermat jiwa selamat

[J] Tampan sungguh si anak raja


Gagah perkasa menunggang kuda
Video lucah pilihan remaja
Meracun minda generasi muda

Pusingan 1 (SMK Taman Selasih)


Tema: Rukun Negara (jual)
Bintang bertalur malamnya pajang
Terang bintang dipancar bulan
Rukun negara menjadi tunjang
Mengapa hidup bebas menjadi
pilihan?
Tema: 1 Malaysia (beli)
Pergi ke pekan naik pedati
Kuda berlari deras dipacu
Pelbagai kaum hormat menghormati
Agar negara terus di mercu

Pusingan 2 (SMK
Tema: Pengaruh Iklan (jual)
Kumbang terbang bersama unggas
Unggas bermain di dalam hutan
Media massa kian meluas
Mengapa boros mejadi ikutan?
Tema : Jualan Murah (beli)
Mawar merah kembang mewangi
Dipetik dara sering dipuja
Jualan murah sering dikunjungi
Tekad diri hemat berbelanja

Anda mungkin juga menyukai