Anda di halaman 1dari 7

Biodata Imam As-Syafi'e

Nama lengkapnya Abu Abdullah bin Idris As-Syafie Al-Mutthalibi Al-Quraisyi. Lahir di Gazza, Palestin pd tahun
150 H, tempat wafat Hasyim nenekanda Rasulullah SAW. Ketika masih anak2, ayahnya meninggal dunia. Ia
diasuh oleh ibunya. Kehidupannya sangat sulit. Ketika berumur 2 tahun dibawa ke Makkah dan belajar di sana.
Is rajin belajar dan cerdas.

Semua ilmu yg diperolehnya dicatatnya pd tulang2 hingga penuh satu ruangan. Umur 7 tahun telah hafal Al-
Quran, umur 10 tahun hafal kitab Hadith "Al-Muwathta" karangan Imam Malik, dan umur 15 tahun telah
diizinkan memberi fatwa.

Di antara gurunya di Makkah, Soufyan bin Uyainah dan mufti Muslim bin Khalid Az-Zanji. Umur 20 tahun
pindah ke Madinah, memperdalam ilmunya dengan belajar kepada Imam Malik. Kemudian berangkat ke Iraq,
menemui sahabat2 Abu Hanifah dan mengambil ilmu dari mereka. Mengadakan perjalanan ke Parsi, Iraq
bahagian Utara dan berbagai negara. Setelah 2 tahun mengembara, menetap di Madinah selama 2 tahun. Dari
perjalanan ini, ilmu pengetahuan dan pengalamannya bertambah terutama mengenai masalah kehidupan dan
tabiat manusia.

Pd 195 H, pindah ke Baghdad, mengajar dan mengarang beberapa kitab. Selama 2 thn di situ, ramai orang
berpindah mazhab kepadanya. Pendapatnya selama di Baghdad dinamakan dengan "Qaul Qadim" (pendapat
lama). Kemudian pindah ke Makkah dan sesudah 2 thn di situ, pd tahun 198 H, kembali menetap di Baghdad,
kemudian ke Mesir dan memperdalam ilmunya di perguruan tinggi Al-Azhar, Kaherah. Pendapat dan fatwanya
selama di Mesir dinamakan "Qaul Jadid" (pendapat baru).

Syafie adalah seorang imam mutjahid yg banyak diikuti alim ulama, Wali yg soleh, seorang suku Qiraisy yg
amat dalam ilmu pengetahuannya, terutama mengenai hadith.

Dialah yg dimaksudkan Rasulullah SAW dgn sabdanya, "Dialah orang alim dari suku Quraisy yang ilmunya
memenuhi seluruh tingkatan bumi".

Ia pernah melihat Nabi SAW dan beliau memberinya sebuah neraca. Peristiwa itu ditafsirkan orang bahawa
mazhabnya adalah paling adil di antara semua mazhab, dan lebih sesuai dgn sunnah.

Imam Ahmad menyatakan bahawa Syafie membahagi malam itu kepada 3 bahagian: sepertiga utk solat
(ibadah) sepertiga utk ilmu dan sepertiga utk tidur. Dalam sehari semalam membaca Al-Quran satu khatam
dan pada bulan Ramadan dua khatam. Semuanya itu dibacanya dalam solat. Syafie pernah berkata "Aku tidak
pernah makan kenyang sejak berumur 16 tahun, kerana banyak makan itu akan memberatkan badan,
mengeraskan hati, mengurangi kecerdasa, menumpulkan otak, membawa kepada tidur dan melemahkan
kemahuan utk beribadah. Aku tidak pernah bersumpah seumur hidup, baik utk kebenaran mahupun tidak".

Beliau wafat pada waktu Asar, hari jumaat bulan Rejab 204 H, dan dikebukikan di Qarafah. Beberapa tahun
kemudian orang ingin hendak memindahkan jenazahnya ke Baghdad. Tetapi ketika kuburannya dibongkar,
terciumlah bau yg harum dari dalamnya, sehingga pemindahan jenazahnya itu dibatalkan.

Sumber : http://fiqhulmanhaji.fotopages.com/?entry=1404480

Pesanannya Tentang Akhlak Mulia.

1. Perbanyak Amal Mulia.

Nafsuku padam ketika ubun-ubunku menyala.Malamku gelap ketika bintang bersinar


terang. Wahai burung hantu yang hinggap di atas ubun-ubunku! Ketika burung gagak terbang
dariku, kau kunjungi daku dan kau lihat tubuhku semakin rapuh. Memang setiap tempat yang
kau kunjungi bererti itulah tempatnya kerapuhan.

Masihkah dapat ku nikmati manisnya hidup, meskipun rambutku semakin menipis dan
ubanku semakin menyebar, sulit untuk dihitamkan? Ketika usia senja seseorang telah datang
dan rambutnya semakin memutih, hendaknya dia segera memupus kekelaman serta
kekelabuan hari-harinya dengan kebaikan.

Tinggalkan hal-hal yang buruk! Kerana hal itu haram dilakukan oleh orang yang bertakwa.
Tunaikan zakat tersebut sama dengan zakat harta bila telah sampai nisabnya.

Berlaku baiklah kepada orang lain. Kerana dengan begitu, kelak engkau akan dapat menguasai
mereka. Sebaik-baik pekerjaan adalah memanfaatkan mereka.

Jangan berjalan di atas bumi dengan penuh keangkuhan. Ketahuilah bahawa tidak lama
lagi bumi ini akan menelanmu.

2. Akhlak Yang Baik.

Jika aku dicaci maki oleh orang yang hina, itu petanda bahawa darjatku akan bertambah.
Kerana tidak akan muncul keaiban kecuali akibat perbuatan seseorang. Jika jiwaku belum
menjadi mulia atas diriku, akan kutempatkan di kalangan orang-orang yang hina. Jika semua
upayaku kumaksudkan hanya untuk kepentinganku sendiri, maka kau akan menemukan diriku
memiliki banyak kesempatan untuk itu. Tetapi aku berusaha melakukan sesuatu untuk
kepentingan kawan-kawanku. Sungguh merupakan suatu cela atas orang yang kenyang,
sementara dia membiarkan kawan-kawannya kelaparan.

Suatu ketika aku pernah mendapat penghinaan dari orang bodoh, namun aku tak
menanggapinya. Mereka semakin bodoh, dan aku semakin bijak. Ibarat batang kayu cendana,
semakin hangus dibaka, semakin harum baunya.

Jika orang-orang bodoh bertutur kata di depanmu, janganlah engkau tanggapi!


Sebaik-baik tanggapan untuk mereka adalah dengan bersikap diam. Jika kau berbicara di
hadapan mereka, janganlah sampai terbawa arus pendapat yang diciptakan mereka.
Dan jika kau berpaling dari mereka, wajah mereka akan nampak pucat lesi.

3. Jiwa Yang Kerdil.

Longgokan wang yang dapat membuat orang-orang yang sebelumnya membisu


menjadi banyak bicara. Hati mereka tak pernah mengenal kelebihan orang lain dan tidak
tahu pula darjat kemuliaan mereka sendiri.

4. Jiwa Yang Mulia.

Tanggalnya gigi, siksa di penjara, tercabutnya jiwa, ditolaknya cinta, dingin yang
mencengkam, hukuman gantung, menyamak kulit binatang tanpa sinar matahari,
menyantap daging, memburu burung, menanam bijian ditanah yang gersang, memadamkan
kobaran api, menanggung malu, menjual rumah dengan harga murah, menjual kasut,
dan menghadapi keganasan sebatan, semua itu masih lebih ringan daripada harus berdiri
di depan pintu rumah orang berada sambil meminta belas kasihannya.

5. Tiga Penyebab Datangnya Penyakit.

Terdapat tiga perkara yang dapat merosak manusia di samping juga dapat menyebabkan
orang sihat menjadi sakit, iaitu membiasakan minum minuman keras, terlalu banyak
bersetubuh dan terburu-buru memasukkan makanan ketika di mulut masih ada maknan.

Mestikah kutaburkan permata ke hadapan biri-biri dungu, atau mestikah aku bersajak
di depan pengembala kambing?

Jika Allah masih menganugerahi aku dengan kasih Nya, akan kutemukan orang-orang
pandai dan bijak.Akan ku sebarkan ilmuku, dan kumanfaatkan kecintaan mereka, Jika tidak,
maka ilmuku akan selalu kusimpan.

Barang siapa mengajari orang bodoh,akan sia-sia. Barang siapa melarang orang lain
yang berhak mendapat ilmu, dia itu zalim.
6. Meruntuhkan Kehormatan Orang Lain.

Wahai orang yang telah menghancurkan kehormatan orang lain dan yang memutuskan tali
kasih, kau akan hidup penuh kehinaan. Jika engkau orang merdeka dan dari keturunan orang
yang baik-baik, pastilah kau tidak akan menodai kehormatan orang lain.

Barang siapa pandai menimbang orang lain,tentulah orang lain pun akan menimbang
dirinya dengan segenap kebajikannya. Aku telah mengujimu dan kau telah menguji
keperibadianku.

7. Buruk Sangka

Prasangka buruk itu sumber fitnah. Ketika seseorang melemparkan tuduhan dalam
keadaan lapar, di hanya mengungkapkan prasangka baik dan ucapan yang enak didengar.

8. Terimalah Maaf Dengan Tulus

Terimalah permintaan maaf sahabatmu yang melakukan kesalahan baik dia jujur ataupun
tidak. Dengan sebegitu bererti telah taat kepadamu orang yang engkau terima dari segi
lahiriah dan telah membuatmu mulia orang yang bermaksiat kepadamu secara
sembunyi-sembunyi.

9. Diam Membawa Keselematan

Banyak orang berkata, “Mengapa engkau diam padahal engkau dimusuhi?”


Lalu kukatakan keapada mereka, “Menanggapi suatu permusuhan sama dengan
melakukan kejahatan”. Bersikap diam dalam menghadapi orang bodoh atau orang gila
merupakan kebajikan jiwa. Di dalam sikap diam juga terdapat penjagaan bagi
kehormatan. Tidakkah engkau lihat! Harimau itu ditakuti dan disegani ketika mereka
diam, sedangkan anjing di jalan raya banyak yang dilempari kerana selalu menyalak.”

10. Keutamaan Orang Pendiam

Aku menganggap diam sebagai perniagaan. Meskipun tak ada untung nya tetapi paling
tidak aku tak rugi. Diam ibarat barang niaga yang membawa keuntungan bagi pemiliknya.
11. Sang Dermawan

Jika kamu tidak boleh bersikap dermawan ingatlah bahawa hari-harimu yang telah berlalu
tak akan kembali. Bukankah tanganmu boleh mengepal dan membuka? Apa yang boleh engkau
harapkan ketika kau sendiri. Ketika bumi mencengkam dirimu dengan kuku-kuku besinya?
Saat itlah pasti engkau berharap untuk dapat kembali ke dunia, padahal hari-hari itu takkan
pernah kembali.

12. Ciri-Ciri Orang Warak

Seorang yang memiliki sifat warak tidak akan pedulikan keburukan orang lain, kerana
disibukkan aibnya sendiri. Ibarat orang sakit, dia tak mungkin menghiraukan penyakit
orang lain kerana sibuk memperhatikan penyakitnya sendiri.

13. Menyimpan Rahsia

Bila seseorang membuka rahsia peribadinya di depan orang ramai, kemudian dia
mencela orang lain, maka orang tersebut dianggap tak waras.Bila dia merasa dadanya
sempit akibat rahsia peribadinya, maka ketahuilah bahawa dada tempat menyimpan
rahsia tersebut lebih sempit lagi.

14. Hiasan Diri

Jagalah dirimu dan hiasilah dirimu dengan budi pekerti mulia! Nescaya engkau akan hidup
sejahtera, dan tutur kata orang-orang terhadap mu akan menjadi indah.Janganlah memusuhi
manusia, kecuali dengan sikap ramah. Nescaya waktu akan menolong mu dan sahabat akan
mengasihimu.Jika hari ini rezekimu sulit, sabarlah sampai esok. Mudah-mudahan keuntungan
menghampirimu.Tidak baik mencintai orang berwajah banyak kerana dia akan mengikuti arah
angin ke mana pun dia bertiup.
15.Bersikap Lembut

Aku mengenal banyak orang, tetapi aku tak pernah merasa dengki kepada mereka. Itulah
sebabnya mereka sayang kepadaku. Bagaimana mungkin seseorang akan berlemah-lembut
kepada seorang pedengki, bila pedengki itu tidak menghendaki sesuatu pun selain hilangnya
nikmat dari orang tersebut.

16. Menjaga Diri.

Jagalah dirimu baik-baik nescaya isterimu akan menjaga dirinya dengan baik.
Hindari perbuatan keji yang tidak layak dilakukan oleh seorang Muslim. Zina itu ibarat hutang,
jika kau lakukan hal itu maka isterimu dan anak-anakmu yang akan membayarnya.

17. Menjaga Lidah

Jagalah lidahmu kawan! Agar ia tidak menyengatmu, kerana lidah tak ubahnya ular berbisa.
Banyak orang binasa akubat lidahnya, padahal dulu mereka dihormati kawan-kawannya.

18. Rahsia Peribadi

Jika hidupmu ingin selamat dari nista, agamamu mulia dan hartamu terjaga, jangan
sekali-sekali kau buka rahsia peribadi seseorang. Kerana semua orang mempunyai rahsia
peribadi dan mereka juga mempunyai lidah.Jika kedua matamu terbelalak mencari keaibanmu,
biarkanlah. Katakanlah saja, “Hai mataku, ketahuilah bahawa semua manusia punya mata”

19.Menilai Diri Sendiri

Nilailah orang yang menilaimu dengan ukuran yang dipakainya sewaktu dia menilaimu.
Siapa pun yang datang dan berbaik hati padamu, sambutlah dengan hati lapang , dan siapa
saja membenci mu layanilah. Kembalilah kepada Tuhan, kerana segala sesuatu yang datang
kepadamu berasal dari-Nya.
20. Jiwa Akan Mulia Dengan Hidup Sederhana

Kubunuh sifat-sifat tamakku, maka tenanglah jiwaku. Jiwaku akan hina kalau aku
tetap tamak.Ku hidupkan rasa puas yang telah lama mati, kerana dengan menghidupkannya
harga diri dapat terjaga. Jika sifat rakus bersarang di hati seorang hamba, maka dia akan
menjadi orang yang hina-dina.

21. Diam Itu Lebih Baik

Tak ada baiknya banyak bicara jika engkau telah mengetahui inti perbicaraanya.
Bagi seorang pemuda lebih baik diam daripada berbicara yang tidak pada tempatnya.
Seorang pemuda memiliki watak yang dapat dilihat dari raut mukanya.

22. Berpaling Daripada Orang Bodoh

Berpalinglah dari orang-orang bodoh, kerana yang dikatakan bermula dari kebodohannya.
Tak akan bahaya Sungai Eufrat yang dalam itu, jika ada anjing yang menyeberanginya.

Islam Adalah Agama Yang Benar, Lakukanlah apa sahaja yang kau inginkan
selagi ianya tidak menyalahi dari undang-undang tuhan. Sesungguh nya neraka
jahannam itu benar dan azab nya amat pedih. Sedarlah wahai manusia.

Jika anda berminat untuk mendownload ebook ini anda boleh lah layari ke,
dl.slahelite.com/akhlak-yang-mulia.zip

-TAMAT-

Anda mungkin juga menyukai