Anda di halaman 1dari 4

Biodata Imam As-Syafi'e

Nama lengkapnya Abu Abdullah bin Idris As-Syafie Al-Mutthalibi Al-Quraisyi. Lahir di Gazza, Palestin pd tahun
150 H, tempat wafat Hasyim nenekanda Rasulullah SAW. Ketika masih anak2, ayahnya meninggal dunia. Ia
diasuh oleh ibunya. Kehidupannya sangat sulit. Ketika berumur 2 tahun dibawa ke Makkah dan belajar di sana.
Is rajin belajar dan cerdas.

Semua ilmu yg diperolehnya dicatatnya pd tulang2 hingga penuh satu ruangan. Umur 7 tahun telah hafal Al-
Quran, umur 10 tahun hafal kitab Hadith "Al-Muwathta" karangan Imam Malik, dan umur 15 tahun telah
diizinkan memberi fatwa.

Di antara gurunya di Makkah, Soufyan bin Uyainah dan mufti Muslim bin Khalid Az-Zanji. Umur 20 tahun pindah
ke Madinah, memperdalam ilmunya dengan belajar kepada Imam Malik. Kemudian berangkat ke Iraq, menemui
sahabat2 Abu Hanifah dan mengambil ilmu dari mereka. Mengadakan perjalanan ke Parsi, Iraq bahagian Utara
dan berbagai negara. Setelah 2 tahun mengembara, menetap di Madinah selama 2 tahun. Dari perjalanan ini,
ilmu pengetahuan dan pengalamannya bertambah terutama mengenai masalah kehidupan dan tabiat manusia.

Pd 195 H, pindah ke Baghdad, mengajar dan mengarang beberapa kitab. Selama 2 thn di situ, ramai orang
berpindah mazhab kepadanya. Pendapatnya selama di Baghdad dinamakan dengan "Qaul Qadim" (pendapat
lama). Kemudian pindah ke Makkah dan sesudah 2 thn di situ, pd tahun 198 H, kembali menetap di Baghdad,
kemudian ke Mesir dan memperdalam ilmunya di perguruan tinggi Al-Azhar, Kaherah. Pendapat dan fatwanya
selama di Mesir dinamakan "Qaul Jadid" (pendapat baru).

Syafie adalah seorang imam mutjahid yg banyak diikuti alim ulama, Wali yg soleh, seorang suku Qiraisy yg amat
dalam ilmu pengetahuannya, terutama mengenai hadith.

Dialah yg dimaksudkan Rasulullah SAW dgn sabdanya, "Dialah orang alim dari suku Quraisy yang ilmunya
memenuhi seluruh tingkatan bumi".

Ia pernah melihat Nabi SAW dan beliau memberinya sebuah neraca. Peristiwa itu ditafsirkan orang bahawa
mazhabnya adalah paling adil di antara semua mazhab, dan lebih sesuai dgn sunnah.

Imam Ahmad menyatakan bahawa Syafie membahagi malam itu kepada 3 bahagian: sepertiga utk solat
(ibadah) sepertiga utk ilmu dan sepertiga utk tidur. Dalam sehari semalam membaca Al-Quran satu khatam dan
pada bulan Ramadan dua khatam. Semuanya itu dibacanya dalam solat. Syafie pernah berkata "Aku tidak
pernah makan kenyang sejak berumur 16 tahun, kerana banyak makan itu akan memberatkan badan,
mengeraskan hati, mengurangi kecerdasa, menumpulkan otak, membawa kepada tidur dan melemahkan
kemahuan utk beribadah. Aku tidak pernah bersumpah seumur hidup, baik utk kebenaran mahupun tidak".

Beliau wafat pada waktu Asar, hari jumaat bulan Rejab 204 H, dan dikebukikan di Qarafah. Beberapa tahun
kemudian orang ingin hendak memindahkan jenazahnya ke Baghdad. Tetapi ketika kuburannya dibongkar,
terciumlah bau yg harum dari dalamnya, sehingga pemindahan jenazahnya itu dibatalkan.
Sumber : http://fiqhulmanhaji.fotopages.com/?entry=1404480

Nasihat Nya Tentang Rezeki Dan Takdir

1. Tak semua Dapat Dicapai Akal.

Jika dengan akalmu engkau dapat memperoleh apa yang kau inginkan, takkan engkau
dapati orang yang diberi rezeki. Engkau diberi harta kerana bodoh, tetapi engkau
bukanlah orang gila yang mendapat rezeki.

2. Bertawakkal kepada Allah.

Ya Allah,apabila engkau sudah menyediakan bekal hidupku pada hari ini,


maka kosongkanlah keinginan ku. Jangan engkau sisipkan keinginan untuk
meraih bekal pada hari esok, kerana esok tentu akan ada rezeki yang baru.
Aku berserah diri kepada kehendak Allah. Akan kutinggalkan keinginanku
demi keinginan-Nya.

3. Cita-Cita Manusia.

Semua orang mempunyai cita-cita, namun tidak semuanya Allah kabulkan cita-cita
itu. Semua orang pasti berkata tentang cara meraih harta dan kekayaan,Padahal
ketakwaan kepada Allah merupakan sesuatu yang paling banyak faedahnya
bagi dirinya.
Hujani aku dengan permata selonggok gunung dan banjiri aku dengan ketulan
emas! Jika aku hidup, aku masih boleh makan dan jika aku mati, kubur tetap
menantiku.

4.Tawakkal Dalam Mencari Rezeki

Kuserahkan penerimaan rezekiku hanya kepada Allah penciptaku,kerana aku yakin


dialah sebaik-baik pemberi rezeki. Apabila sesuatu telah ditakdirkan menjadi rezekiku,
tak mungkin dia terlepas dariku meskipun dia berada didalam lautan. Ke mana aku pergi,
rezeki Allah pasti selalu mengunjungku walaupun aku tidak memintanya. Tak mungkin
ada kehidupan tanpa rezeki, sebab dia telah membagi-bagikan rezeki.

5.Kerjakanlah Sesuatu Yang Mampu.

Jika kulitmu gatal, garulah dengan kukumu sendiri. Itu bererti kau telah menyelesaikan
tugasmu sendiri.Jika engkau bercita-cita, gapailah cita-citamu itu dengan segenap
kemampuanmu.

6.Kepuasan

Aku melihat bahawa kepuasan itu pangkal kekayaan, lalu kupegang erat-erat
hujungnya.Aku ingin meraih kepuasan itu secara menyeluruh. Aku ingin menjadi
orang kaya tanpa harta, dan dapat memerintah orang-orang seperti seorang raja.

7.Zuhud Dan Tempat Kembalinya Orang Zalim.

Wahai dunia, kau membawa malapetaka bagi penduduk dunia. Tak nampak sesuatu
pun dari mereka yang telah memperoleh dunia, kecuali pergi pada pagi dan pulang
pada petang dengan dipenuhi kedekut. Kuhunus pedangku dan kutebas batang
harapanku terhadap mereka yang penuh menaruh perhatian kepada dunia.
Ketika durjana telah mendapat kesempatan untuk mewujudkan kedurjanaan,
dia akan leluasa dalam berbuat kejahatan. Tunggulah saat-saat kehancurannya, kerana
bencana itu akan tiba, tanpa diperhitungkan sebelumnya.
Sering kita saksikan para durjana yang beraksi.Mereka menyebar, ibarat cahaya bintang
merangkak di celah-celah kegelapan malam. Mereka adalah orang-orang yang tak sedar,
akan peristiwa dasyat, hingga ajal menjemput dan merenggut roh mereka.
Pada saat itu harta dan pangkat tak lagi boleh diharapkan, kecuali amal kebaikan yang
dicatat pada buku amalan. Dia akan memperoleh balasan atas apa yang telah diperbuatnya
dan Allah akan menurunkan siksa yang sangat pedih.

8.Tipuan Palsu.

Aku melihat tipu muslihat dunia ketika dia bertenggek di atas kepala manusia dan
membincangkan manusia-manusia yang terkena tipuannya. Bagi mereka, orang
sepertiku nampak amat tak berharga. Aku disamakan olehnya dengan anak kecil
yang sedang bermain di jalanan
9.Bahtera Orang Beriman

Allah ciptakan hamba-hamba yang cerdas. Mereka meninggalkan dunia dan


menghindari fitnah.Mereka melihat dunia dan isinya. Ketika mereka tahu bahawa
dunia ini bukan tempat tinggal yang abadi.Bagi mereka,dunia tak ubahnya bagai
samudera yang sangat dalam, bahteranya adalah amal saleh dan iman.

10.Mencintai Akhirat.

Duhai orang yang senang memeluk dunia fana, yang tak kenal pagi dan petang
mencari dunia, hendaklah engkau tinggalkan pelukan mesramu kepada duniamu itu.
Kelak engkau akan berpelukan dengan bidadari di syurga. Apabila engkau berharap
menjadi penghuni syurga abadi, maka hindarilah jalan menuju api neraka.

11.Persiapan Untuk Mati.

Betapa banyak orang ketawa padahal kematian berada di atas ubun-ubunnya.


Jika dia mengetahui kematian itu, pasti dia akan mati kerana bersedih hati.Barangsiapa
tidak diberitahu tentang saat kematiannya pada esok, pastilah fikirannya akan melayang
kepada rezeki yang akan diraihnya setelah hari esok.

Jika anda berminat untuk mendownload file ini anda boleh layari.
dl.slashelite.com/zaman-dan-takdir.zip

-TAMAT-

Anda mungkin juga menyukai