Anda di halaman 1dari 27

TAMADUN CINA

HASIL PEMBELAJARAN
1. 1. menghuraikan asas-asas dan
nilai-nilai tamadun Cina;
2. menerangkan ciri-ciri utama
tamadun Cina; dan
3. mengenal pasti sumbangansumbangan penting tamadun Cina
kepada tamadun dunia.

Konsep dan Takrif


Bangsa Cina adalah digabungkan oleh 5 kaum

besar dipanggil dengan nama Zhonghua Minzu


(bangsa
Tionghua). Pada peringkat awal, bangsa Cina
dikenali sebagai bangsa Huaxia -bangsa Han dan
bangsa Tang pada dinasti Tang (618-890M).
Bangsa Cina terdiri daripada beberapa kumpulan

etnik besar iaitu Han, Hui, Manchu, Mongol dan


Zang (Tibet).

Negara merujuk kepada semangat untuk

mengkeluargakan seluruh unit kecil


kenegaraan iaitu gabungan Guo (negara) dan
Jia (keluarga).
Konsep Zhong (taat) merupakan asas dalam
sistem kenegaraan manakala Xiao (berbakti)
merupakan sistem kekeluargaan.
Sistem kekeluargaan inilah yang menjadi asas
kepada sistem kenegaraan.
Dalam budaya Cina, semangat bangsa lebih
diutamakan daripada semangat negara.

Wilayah
Huang He (Sungai Kuning)- pusat

pertumbuhan tamadun Cina di utara dan


Chang Jiang -pusat pertumbuhan
tamadun Cina di selatan.
Tanda-tanda tamadun paling awalkebudayaan masyarakat di Yangshao dalam
wilayah Shanxi &kebudayaan masyarakat di
Longshan di wilayah Shandong dan
peradaban zaman Gangsa di wilayah
Jiangxi.

Masyarakat dan Budaya


Dari segi hierarki sosial, masyarakat Cina

terbahagi kepada 4 kelas yang utama;


golongan cerdik pandai, peniaga, tukang
dan petani.
Sistem kemasyarakatan Cina berasaskan kpd
sistem kekeluargaan. Ia menekankan kuasa
bapa. Sistem ini menitikberatkan nilai dan
etika masyarakat.
Nilai politik- kuasa raja adalah kuasa mutlak.

Sistem Keluarga Dan Orientasi Nilai


Dalam Masyarakat Cina
Sistem etika dan orientasi nilai yang terdapat

dalam masyarakat Cina banyak dipengaruhi oleh


pemikiran Konfusius yang memberikan penekanan
terhadap unsur moral dan etika yang tinggi.
Sistem hubungan kekeluargaan dalam masyarakat
Cina terbahagi kepada 5 aspek(konsep Wu Lun)
i. Hubungan ibubapa dengan anak.
ii. Hubungan suami dan isteri.
iii. Hubungan antara adik-beradik.
iv. Hubungan antara kawan.
v. Hubungan antara raja dan rakyat.

konsep Wu Chang ;5 nilai utama iaitu

i. Ren (kemanusiaan). Merujuk kepada sifatsifat mulia dalam aspek moral, cinta kasih,
kebajikan, kebenaran dan perasaan kenal diri.
ii. Yi (kesaksamaan/ keadilan). Sentiasa
membela kebenaran.
iii. Li (tatasusila/ kesopanan). perlakuan
yang benar dlm upacara keagamaan,
diperluaskan maknanya mencakupi adat istiadat
dan tradisi sekumpulan masyarakat.
iv. Zhi (kebijaksanaan/ hikmah).
v. Xin (amanah/ kepercayaan). Sentiasa
menepati janji dan boleh dipercayai oleh
orang lain.

Status Wanita Dalam Masyarakat Cina


Tradisional.
Sistem kekeluargaan memusatkan kuasa kaum
lelaki (patriachy) dan nasab kaum lelaki
(patrilineal) yang mengutamakan waris lelaki
sebelah bapa.
Anak-anak lelaki dianggap sebagai sumber
ekonomi kerana menyara hidup keluarganya.
kaum wanita harus meninggalkan keluarga mereka
dan menganggotai keluarga suami mereka.
Anak lelaki akan meneruskan zuriat dan amalan
pemujaan nenek moyang dalam sesebuah keluarga.
Kedudukan seseorang wanita akan ditinggikan
sebagai seorang ibu.

Pemujaan Roh Nenek Moyang.


Tujuan:
i. menguatkan autoritarian keluarga.
ii. membantu kedua-dua pihak iaitu

yang hidup dan yang mati.

Hubungan Keluarga, Masyarakat & Negara

Sistem sosial masyarakat dipengaruhi

oleh sistem keluarga dan dipercayai


bahawa negara yang penduduknya
menitikberatkan persaudaraan dan
persahabatan adalah negara yang baik.
Di dalam negara, keluarga dianggap
saling bertanggungjawab sesama
mereka. Menghukum seseorang yang
terlibat dengan jenayah seorang diri
adalah tidak memadai.

Proses Pencinaan.
Ditakrifkan sebagai proses pembudayaan

yang melaluinya orang dan unsur bukan


Cina dicinakan.
Kedudukan geografi China yang terasing
membolehkannya membina dan
mempertahankan budaya Cina.
Proses pencinaan berlaku dalam pelbagai
cara spt peperangan atau penaklukan
politik, perpindahan atas sebab politik @
ekonomi, amalan anak raja / keluarga
cagaran, menguasai dengan umpan,
pendidikan dan indoktrinasi.

Bahasa & Sistem Tulisan


Diseragamkan Hanyu (bahasa) & Hanzi

(Tulisan).
Ejaan menggunakan sistem Pinying.
Sistem tulisan berdasarkan 3 unsur utamamakna, bunyi & bentuk.

Pandangan Semesta
Tian- sumber kewujudan. Yang maha agung,

penentu dinasti, penentu kebahagiaan


manusia.
Dao- jalan/cara kelakuan, semula jadi, prinsip
agung, azali.
Taiji- hakikat yg mutlak.
Ying Yang- 2 kuasa yg bertentangan.
Wuxing- 5 unsur yg menggerakkan alam
semesta (tanah, kayu, logam, api & air).
Zhongyong- tidak terlebih @ terkurang.

Kepelbagaian Falsafah dan


Agama dalam Tamadun Cina
Kepercayaan Tradisional- Yang

membentuk langit & Ying


membentuk bumi, shen (roh baik)
membantu manusia & gui (roh jahat)
membawa bencana.

Konfusianisme
Konfusius (551 SM-479 SM)

merupakan pengasas dalam aliran


Konfusianisme. Ideologi ini
dikembangkan oleh Konfusius, Mengzi
dan Xunzi.
Menekankan akhlak mulia,
mengingati nenek-moyang, falsafah
dan etika, hidup bersederhana dan
taat setia.

Buddhisme Cina
Menerapkan konsep wu-wei & wu-

hsin bagi mengelakkan karma.


Menerima konsep hati sejagat iaitu
setiap makhluk dapat merasa
bahawa ia memiliki sifat Buddha.

Daoisme
Falsafah Dao mengajar doktrin

tentang mengikuti alam (wu-wei).


-Agama Dao mengajar doktrin
bekerja ke arah menentang alam
(prinsip dan teknik tentang
bagaimana mengelak daripada
kematian).

Moisme
bersifat utilitarian (menekankan

aspek kegunaan atau faedah).


Menekankan konsep kasih-sayang
sejagat, menentang peperangan,
berjimat-cermat dan tidak menyerah
kepada nasib.

Legalisme
Menekankan undang-undang

(fa), autoriti (shih) dan kaedah


atau tataurus negara (shu).

Islam di China
Menyesuaikan konsep Taiji, Teori

Pengenalan dan Ming dengan


ajaran Islam seperti konsep
Keesaan dan Kekuasaan Allah
dan konsep Takdir.

Institusi Politik & Sistem


Pemerintahan
Pemikiran politik tradisional terbentuk
sebelum Dinasti Qin (221SM-207SM)
Pemikiran politik Cina dipengaruhi oleh aliran
falsafah konfusianisme (pemerintahan
berdasarkn akhlak), Daoisme (tabii), aliran Fa
(undang2) dan Moisme (kebajikan).
Sesebuah dinasti akan berpegang pd satu
ajaran falsafah berbeza dgn falsafah dinasti
yg lain.

Pencapaian dlm pelbagai


bidang:
Puisi:
Shi Jing- 305 puisi yg dikumpul Konfusius.
Kesusasteraan
4 Klasik- Yi Jing, Shu Jing, Li Ji & Chun Qiu.
Dinasti Tang merupakan zaman keemasan

puisi
Dinasti Song merupakan zaman keemasan
lirik
Prosa:
3 jenis genre- Fu, pianwen, bagu wenzhang.

Drama:
Dinasti Yuan, merupakan zaman keemasan drama. Tokoh
utama adalah seperti Guan Han Qing dan Wang Shi Fu.
Chuan Qu dan Kun Qu merupakan bentuk drama yang lain
Fiksyen:
Dinasti Ming dan Qing merupakan zaman keemasan fiksyen
Sanguo Yanyi (roman tiga negara)
Honglou Meng (mimpi lonteng merah)
Shuihu Zhuan (kisah pinggir air)
Xiyou Ji (perjalanan ke barat)
Jin Ping Mei (emas vas plum)

PENCAPAIAN DLM PELBAGAI


BIDANG

KESIMPULAN
Tamadun Cina memiliki kekuatan dari pelbagai

aspek bagi mengekalkan kelangsungan


peradabannya. Antaranya ialah kekuatan
budayanya. Budaya Cina turut diperkukuhkan
dengan pencapaian cemerlangnya dalam
bidang kesusateraan yang banyak memainkan
peranan kepada pemantapan budaya Cina. Di
samping itu juga, tamadun Cina banyak
memberi sumbangan kepada dunia dalam sains
dan teknologi. Ini ketara apabila Cina amat
sinonim dengan Empat Ciptaan Agung.

Anda mungkin juga menyukai