Kepelbagaian Sumber Di Bumi BAB 4
Kepelbagaian Sumber Di Bumi BAB 4
Bumi (earth) adalah satu-satunya planet dalam sistem solar yang didiami oleh hidupan.
Air, udara, tanah, mineral, bahan api fosil dan benda hidup adalah sumber yang paling penting di
bumi.
Air, udara, tanah, mineral dan bahan api fosil adalah sumber yang tidak hidup.
Sumber-sumber asas ini amat diperlukan untuk mengekalkan proses kehidupan manusia dan
semua organisma yang hidup di bumi.
Air
Air meliputi dua-pertiga daripada permukaan bumi. Hanya kira-kira 1% sahaja air bumi
yang digunakan. Kira-kira 97% lagi adalah air laut dan 2% dibekukan dalam bentuk
glasier dan kawasan kutub.
Semua hidupan di bumi memerlukan air untuk terus hidup. Kehilangan air dalam sel
hidup dipanggil dehidrasi (dehydration).
Udara
Semua hidupan memerlukan oksigen untuk bernafas. Tumbuhan memerlukan udara untuk
menjalankan fotosintesis (photosynthesis).
Tanah (soil) yang meliputi kebanyakan permukaan tanah bumi dipanggil kerak (crust).
Tanah adalah suatu campuran zarah mineral dan batu, tinggalan organisma mati, air dan
udara.
Bahan api fosil (fossil fuels) terdiri daripada fosil tumbuhan dan haiwan berusia ratusan
juta tahun. Bahan api fosil terdiri daripada petroleum (minyak), gas asli dan arang batu.
Produk petroleum (seperti petrol dan diesel) digunakan pada kereta, bas, keretapi, dan
kapal terbang.
Gas asli digunakan dalam industri pembuatan, untuk memanas, memasak, atau sebagai
bahan api kenderaan.
Benda-benda hidup
Benda-benda hidup/hidupan (living things) seperti haiwan dan tumbuhan adalah sumber
yang penting bagi manusia untuk mendapatkan makanan, bahan pakaian dan bangunan,
dan bahan api.
Sumber makanan yang diperolehi daripada ayam dan makanan laut dan sayur-sayuran
dan buah-buahan.
Sumber bahan untuk pakaian diperolehi daripada kulit haiwan (seperti biri-biri, ulat
sutera, dan buaya) dan tumbuhan (seperti kapas, pokok getah).
Sumber bahan binaan diperoleh dari kayu, rotan, casuarina, nibung, dll.
Sumber bahan api diperolehi daripada minyak sawit dan pokok getah.
Unsur / Elemen
Elemen (element) atau unsur adalah bahan yang paling ringkas/mudah (simplest substance).
Ianya tidak boleh dipisahkan dengan menggunakan kaedah kimia kepada apa-apa komponen
yang lebih ringkas/mudah lagi.
Semua unsur (element) adalah terdiri daripada hanya satu jenis atom sahaja.
Terdapat beberapa unsur yang mempunyai atom dari jenis yang sama, yang bergabung untuk
membentuk molekul.
Terdapat 112 jenis unsur. Daripada jumlah tersebut, 92 jenis unsur adalah terjadi secara
semulajadi di bumi, manakala 20 dicipta oleh para saintis.
Contoh-contoh unsur:
1. Emas (gold).
2. Zink (zinc).
3. Besi (iron).
4. Oksigen (oxygen).
5. Karbon (carbon).
6. Nitrogen.
7. Hidrogen (hydrogen).
8. Aluminium.
Dalam unsur-unsur seperti oksigen dan kuprum, semua atom adalah sama.
Unsur-unsur boleh dikelaskan kepada logam (metal) dan bukan logam (non-metal).
Logam
87 jenis logam telah dikenal pasti.
Contoh-contoh logam:
Kalium (potassium)
Kalsium (calsium)
Magnesium
Merkuri/raksa (mercury)
Natrium (sodium)
Perak (silver)
Kuprum/tembaga (copper)
Platinum
Emas (gold)
Bukan Logam
17 jenis bukan logam telah dikenal pasti.
Contoh-contoh bukan logam:
Hidrogen (hydrogen)
Oksigen (oxygen)
Fluorin (fluorine)
Klorin (chlorine)
Karbon (carbon)
Fosforus (phosphorus)
Bromin (bromine)
Iodin (iodine)
Nitrogen
Sulfur (sulphur)
Kebanyakan bukan logam wujud dalam bentuk gas pada suhu bilik (room temperature). Tetapi,
terdapat juga beberapa bukan logam yang wujud sebagai pepejal dan cecair.
Contoh-contoh bentuk bukan logam pada keadaan suhu bilik:
1. Pepejal (cth: karbon, sulfur, iodin, selenium, fosforus)
2. Cecair (cth: bromin)
3. Gas (cth: hidrogen, helium, oksigen, fluorin, neon, klorin, argon, krypton, xenon, radon)
Sebatian
Sebatian (compounds) terbentuk apabila dua atau lebih jenis unsur (element) bergabung secara
kimia (combine chemically).
Zarah terkecil dalam suatu sebatian adalah molekul (molecule). Contoh: Air (water) adalah suatu
sebatian. Molekul air terdiri daripada dua atom hidrogen dan satu atom oksigen yang bergabung
secara kimia.
Keterangan di bawah menunjukkan beberapa jenis sebatian serta komponen-komponennya.
Benzena (Benzene)
Metana (Methane)
Ammonia
Air (Water)
Satu sudu gula dimasukkan ke dalam tabung uji yang kering dan dipanaskan dengan kuat
(heated strongly).
Pemerhatian:
1. Gula berwarna putih sebelum pemanasan.
2. Semasa pemanasan pepejal hitam (karbon) terbentuk.
3. Selepas pemanasan dan dibiarkan sejuk, titisan air terpeluwap (condense) pada dinding
tabung uji.
Kesimpulan:
Gula dipecahkan kepada karbon (unsur) dan air (sebatian) apabila dipanaskan.
Sedikit merkuri oksida (mercury oxide) dimasukkan ke dalam tabung uji yang kering dan
dipanaskan.
Pemerhatian:
1. Merkuri oksida berwarna kuning sebelum pemanasan.
2. Semasa pemanasan, gas yang dilepaskan didapati boleh menyalakan kayu uji berbara.
2. Merkuri berwarna perak (silver) terbentuk pada dinding tabung uji.
Kesimpulan:
Merkuri oksida dipecahkan kepada merkuri (unsur) dan oksigen (unsur) apabila
dipanaskan.
Pemerhatian:
Gas tidak berwarna dikumpulkan ke dalam kedua-dua tabung uji, P dan Q. Gas dalam P
menyalakan kayu uji berbara, manakala gas dalam Q menghasilkan bunyi 'pop' apabila
diuji dengan kayu uji yang menyala.
Kesimpulan:
Air adalah sebatian daripada unsur oksigen dan unsur hidrogen. Pemecahan air oleh arus
elektrolisis menghasilkan gas oksigen dalam P tiub dan gas hidrogen dalam tiub Q.
2. Memecahkan sebatian kuprum (II) klorida (copper (II) chloride)
Pemerhatian:
Gas berwarna kuning kehijauan (greenish-yellow) dan berbau sengit (pungent smell)
dikeluarkan pada elektrod positif. Mendakan kuprum berwarna perang kemerahan
(reddish brown copper precipitate) didapati terhasil pada elektrod negatif.
Kesimpulan:
Sebatian kuprum (II) klorida dipisahkan kepada unsur-unsurnya, iaitu klorin (gas
berwarna kuning kehijauan) dan kuprum (pepejal berwarna perang kemerahan) apabila
arus elektrik melaluinya.
Campuran
Campuran (mixtures) adalah terdiri daripada dua atau lebih bahan (substances) yang
digabungkan secara fizikal (combined physically), contohnya, dengan mengacau (stirring).
Bahan-bahan di dalam campuran tidak bersatu (do not unite) oleh tindak balas kimia. Jadi,
komponen-komponen di dalam campuran boleh dipisahkan dengan secara fizikal (physical
means).
Campuran homogen (homogenous mixture) terbentuk apabila bahan dicampur dengan sama
rata dan identiti setiap bahan tidak dapat dikenal pasti dengan mudah. Contohnya, larutan garam
biasa dan minuman ringan.
Campuran heterogen (heterogenous mixture) terbentuk apabila bahan boleh dikenal pasti
dengan mudah. Contohnya, udara.
Keterangan di bawah menunjukkan beberapa jenis campuran serta komponennya.
Udara
Komponen: Nitrogen, oksigen, karbon dioksida, gas lengai (inert gas), habuk,
mikroorganisma, wap air.
Tanah
Komponen: Air, pasir, tanah liat, tanah gambut, kerikil, humus.
Air laut
Komponen: Natrium klorida, air, magnesium, kalsium, oksigen.
Air limau
Komponen: Garam, gula, limau.
Jeruk buah-buahan
Komponen: Buah-buahan, garam, gula, cuka air.
Kari
Komponen: Santan kelapa, gula, garam, rempah, serbuk cili.
Makanan ringan
Komponen: Garam, gula, perisa, pewarna, pengawet.
Darah
Komponen: Hormon, sel darah, nutrien, mineral, air, plasma, oksigen.
Bahan yang terdapat di dalam suatu campuran boleh dipisahkan secara fizikal dengan
menggunakan proses-proses berikut:
1. Penurasan (Filtration)
2. Pengayakan (Sieving)
3. Penyejatan (Evaporation)
4. Penyulingan (Distillation)
5. Kromatografi (Chromatography)
6. Pengekstrakan (Extraction)
7. Menggunakan magnet (Using a magnet)
8. Pemendakan (Precipitation)
Campuran boleh bertukar kepada suatu sebatian dengan cara pemanasan (heating). Sebagai
contoh, serbuk besi (ferum) dan sulfur membentuk suatu sebatian yang dipanggil ferum (II)
sulfida apabila ianya dipanaskan.
Melarutkan (dissolves) bahan makanan dan oksigen bagi memudahkan ianya diangkut
(transported) oleh darah ke sel-sel yang memerlukan.
Melarutkan bahan buangan (waste products) seperti urea untuk disingkirkan (expelled)
dari sel-sel badan.
Mengawal dan mengekalkan suhu badan pada 37C. Haba yang berlebihan didalam
badan akan disingkirkan bersama-sama dengan peluh (sweat) dan air kencing (urine).
Penyejatan (evaporation) peluh akan menyejukkan permukaan kulit.
Mengawal kepekatan (thickness) darah supaya darah mudah untuk dipam oleh jantung
ke seluruh badan.
Menyejukkan tumbuhan melalui proses transpirasi (penyejatan air pada permukaan daun
melalui stoma).
Air (water) juga penting kepada manusia untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seperti
perlombongan, perkapalan dan pengangkutan, penjanaan kuasa, pengairan, rekreasi, memasak,
minum, dan juga membasuh.
Udara mengandungi oksigen yang mana ianya penting (vital) untuk pernafasan.
Tumbuhan memerlukan air dan mineral untuk membesar (grow). Tanpa air didalam tanah
(soil), mineral tidak boleh dilarutkan (dissolve), dan ianya akan menyebabkan
pertumbuhan dan perkembangan sesuatu tumbuhan itu terbantut (stunted).
Tanah (soil) adalah habitat (habitat semula jadi) bagi makhluk-makhluk kecil seperti
semut, larva serangga, bakteria, dan cacing tanah.
Makhluk-makhluk ini boleh hidup di dalam tanah kerana terdapat air dan udara yang
terperangkap didalam gumpalan tanah.
Untuk menghasilkan kraftangan daripada tanah liat (clay) dan kaca (glass).
Sebagai sumber untuk bekalan bahan api (fuels) seperti petroleum, gas asli (natural gas),
dan arang batu (coal).
Untuk pengekstrakan logam-logam seperti timah (tin), emas (gold), dan besi (iron).
Logam-logam adalah bahan utama dalam pembinaan bangunan-bangunan dan jentera.
Bahan api digunakan untuk menjalankan jentera dan enjin kenderaan bagi membantu
meringankan buruh manusia.
Pakaian yang dihasilkan daripada benda-benda hidup diperlukan bagi memanaskan badan
serta melindungi diri dari sejuk dan hujan.
Bahan binaan dari benda-benda hidup diperlukan bagi membina rumah dan bangunanbangunan untuk perlindungan daripada cuaca melampau, dan juga untuk membuat
perabot, kraftangan dan kapal-kapal.