Anda di halaman 1dari 1

Mari Bercerita

Kisah Pemotong Kayu yang Jujur

(Pencerita) Pada satu hari, Pak Amir pergi ke hutan untuk mencari kayu api.
Apabila lalu di kawasan tasik, Pak Amir tergelincir dan kapak buruknya terjatuh
ke dalam tasik itu. Maka datanglah Pari-pari Tasik kepada Pak Amir.
Pari-pari

: Kenapa dengan kau?

Pak Amir

: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.

Pencerita

: Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.

Pari-pari

: Inikah kapak kamu?

Pak Amir

: Tidak. Ini bukan kapak aku.

Pencerita

: Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Pari-pari

: Inikah kapak kamu?

Pak Amir

: Tidak, kapak aku buruk sahaja.

Pencerita

: Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Pari-pari

: Inikah kapak kamu?

Pak Amir

: Ya, itulah kapak buruk aku.

(Pencerita) Pari-pari Tasik suka sikap Pak Amir yang jujur itu lalu memberikan
ketiga-tiga kapak itu kepadanya sebagai hadiah kejujurannya.

Anda mungkin juga menyukai