Anda di halaman 1dari 1

Pada suatu hari tinggal seorang pakcik yang 

miskin.Kerja pakcik ini adalah


menebang pokok untuk mendapatkan kayu .Kayu pokok yang ditebang itu
akan dijual untuk mendapatkan duit.Dia hanya mempunyai sebuah rumah
usang  dan sebilah kapak buruk untuk menebang pokok.
ada suatu hari,pakcik itu menebang separti biasa.Tiba-tiba,kapak yang
digenggam itu terlepas dan jatuh ke dalam sungai.Dia berasa sedih kerana
satu-satunya kapak dia telah hilang.Kemudian,sesuatu benda keluar
daripada sungai itu.Ia berwarna putih seperti bidadari.Bidadari itu
membawa tiga bilah kapak.Satu daripadanya ialah kapak emas.Satu lagi
kapak ialah kapak berlian manakala yang terakhir ialah kapak pakcik itu
yang buruk.Bidadari itu bertanya”Yang manakah antara tiga kapak ini kamu
punya?tanya bidadari itu.Pakcik itu pun berkata”Saya punya kapak hanya
diperbuat daripada kayu”.”Tahniah kerana kamu jujur.Sekarang ambillah
ketiga-tiga kapak ini?”.Pakcik itu pulang dengan perasaan gembira .Dia
memberitahu seluruh kampung tentang kejadian itu.
Apabila seluruh kampung telah mengetahui kejadian itu ,seorang lelaki
bernama Encik Malek berasa cemburu.Dia pergi ke sungai itu untuk
menebang pokok.Selepas itu,dia dengan sengaja menjatuhkan kapaknya
berharap agar bidadari itu akan keluar.Sangkaannya tepat,bidadari itu
keluar membawa tiga bilah kapak.”Yang mana satukah kamu punya
kapak”tanya bidadari.”Saya punya kapak diperbuat daripada
berlian”bohong Encik Malek.Bidadari itu terus masuk ke dalam air.Bidadari
itu tahu yang dia menipu.

Encik Malek balik dengan perasaan kecewa.Dia tidak dapat kapak emas


atau berlian sebaliknya kapak dia pula yang hilang.Dia sedar yang menipu
hanya membawa kepada kerugian.

MORAL:Bersikap jujur membawa kepada keuntungan,bersikap tamak


hanya membawa kepada kerugian

Anda mungkin juga menyukai