Anda di halaman 1dari 10

CARA NAK TINGGALKAN

MAKSIAT

Taubat???
rasa bersalah dengan dosa, insaf
dan memohon keampunan dari dosadosa serta berazam untuk tidak
ulangi lagi kesilapan tersebut.
Itulah 3 rukun taubat. RASA
BERSALAH, MINTA AMPUN, dan
BERAZAM TAK NAK ULANG DOSA

Sejauh mana taubatmu?


Sejauh mana kita ikhlas dalam taubat? Boleh je kita doa:
Ya Allah, aku menyesal dengan dosa, ampunkan aku ya
Allah, aku berazam untuk tak ulangi dosa aku ya Allah!
Namun hakikatnya, di sudut hati kita, doa tersebut
hanyalah sekadar UCAPAN yang tidak menimbulkan
walau sedikit rasa kesal dan insaf. KEIKHLASAN dalam
bertaubat hanya di ketahui oleh Allah dan diri kita
sendiri! Kalau betul kita ikhlas, perasaan insaf akan
hadir! Menangis adalah antara bukti kita jujur dengan
penyesalan kita

Bukan sekadar tu, perasaan menyesal tu


akhirnya menyebabkan kita usaha sedaya
mungkin untuk tinggalkan dosa-dosa yang
telah kita kesali. Kalau itu berlaku, maka
itulah dia TAUBAT NASUHA.
Setelah kita taubat nasuha dengan sesungguhsungguhnya, namun ATAS KELEMAHAN dan
KECUAIAN kita, tak mustahil untuk kita gelincir
dan jatuh sekali lagi ke dalam dosa yang sama.
Namun, andai kita IKHLAS pada taubat kita yang
pertama, maka Allah akan ampunkan dosa kita
yang awal, dan untuk dosa yang baru kita buat,
kita perlu taubat sekali lagi. Kalau kita tewas lagi,
maka taubat lagi. Begitulah pengampunnya Allah

Kata ibnu qayyim:


Orang yang paling bodoh ialah
orang yang tahu Allah itu maha
pengampun, maka dia jadikan
perkara itu alasan untuk terus dia
melakukan dosa

Hukum diri sendiri


MENGHUKUM DIRI KITA setelah buat maksiat
dan dosa!
Contoh: Setiap kali aku hisap rokok, aku akan
hukum diri aku dengan baca quran 1 juzuk!
Kalau aku tengok video tak elok, aku akan
sedekahkan RM50 kat surau, and then aku
akan puasa 3 hari!!
Kalau aku tak pergi solat Jemaah subuh kat
surau, aku akan denda diri aku dengan baca
buku agama sebanyak 100 muka!

KISAH UMMU MAKTUM NAK KE MASJID


Ada sorang sahabat nama dia Ummu maktum, seorang yang BUTA. Dia nak
pergi masjid untuk solat, dalam perjalanan, dia terjatuh lantas bajunya
kotor. Dia pun patah balik ke rumah, bersihkan baju dan pergi semula ke
masjid buat kali kedua. Tapi, sekali lagi dia terjatuh, dan dia patah balik ke
rumah untuk bersihkan pakaiannya. Kemudian, dia pergi semula ke masjid
buat kali ketiga. Dan, kali ketiga ni, dia hampir terjatuh, tetapi ada seorang
lelaki selamatkan dia dan usung dia sampai ke masjid!
Setelah sampai kat masjid, ummu maktum pun berterima kasih pada lelaki
tu sebab bantu dia jalan hingga ke masjid. Dan bila ummu maktum Tanya
tentang siapakah lelaki itu, lantas lelaki tu jawab:
Aku IBLIS!
Ummu maktum pun terkejut dan bertanya:
Kenapa kau bantu aku pergi masjid sedangkan kau IBLIS??!
Iblis jawab:
Kerana time kau jatuh kali pertama, Allah dah ampunkan semua dosa-dosa
kau. Time kau jatuh kali kedua pulak, Allah ampunkan dosa semua ahli
keluarga kau. Aku takut kalau kau jatuh kali ketiga, Allah akan ampunkan
semua dosa penduduk madinah!! Habis sia-sia aku goda mereka buat dosa

KISAH ABDUL QADIR ALJAILANI(ULAMA DAHULU KALA)


Ada sekali tu, time subuh, ada orang kejut abdul qadir jailani
untuk solat subuh. Bila abdul qadir jailani Tanya, siapakah orang
yang kejut dia, lantas orang tu jawab:
Aku IBLIS!
Pastu Abdul qadir jailani Tanya balik:
Kenapa kau kejut aku subuh sedangkan kau iblis??!
Iblis jawab:
Sebab aku tahu, kalau kau tak dapat solat subuh Jemaah, kau
akan hukum diri kau dengan kau pergi mengajar agama kat
ribuan orang! Aku takut kalau kau mengajar ribuan orang,
mereka semua dapat hidayah dan susahlah kerja aku nanti!

Jangan buat dosa terang terangan


1) IKHTILAT
2) TENGOK MOVIE DAN DENGAR
LAGU LAGHO

Pintu taubat tak akan terbuka hanya


dengan sekali ketuk. Tetapi, ianya
akan tebuka setelah kita ketuk
berkali-kali. Dan ketika itu, kita akan
menangis kenikmatan kerana
akhirnya kita telah bebas dari
penjara dosa dan berlari menuju
cinta Allah!

Anda mungkin juga menyukai