Anda di halaman 1dari 13

Wahai lelaki...

Kenapa kau cuba menegakkan benang yang basah. Bila ditanya kenapa kau bercouple, kau
mengatakan untuk berkahwin dengannya. Tetapi sudah berapa ramai wanita yang kau pegang,
bergambar... adakah kau nak mengahwini semuanya itu.
Apakah perasaan kau jika kau melihat anak kau atau ibu kau bergambar dengan lelaki yang
bukannya kau kenal atau bukan ayah kau... marah bukan? Begitu juga ayah atau abang kepada
perempuan yang kau main-mainkan.
Adakah kau menganggap wanita itu permainan, boleh dipegang- pegang, ditangkap gambarnya
dan bila sudah bosan ditinggalkan...adakah kau menganggap ibu kau permainan?... Jika tidak,
kenapa kau mengganggap wanita lain permainan sedangkan wanita lain juga seorang ibu dan
bakal menjadi ibu kepada anaknya.
Renungkan kembali wahai lelaki. Lindungilah wanita itu sebagaimana kau melindung ibu kau
sendiri kerana mereka itulah yang bakal menjadi ibu kepada anak-anakmu. Janganlah kau
melihat pada rupa paras dan betuk badan. Lihatlah wanita itu pada akhlak dan agamanya.
Wahai wanita...
Adakah kau menganggap diri kau itu hanya permainan lelaki... dipegang, ditangkap gambarmu
dan ditinggalkan setelah bosan
denganmu?
Apakah kau sanggup menjawab soalan anak- anakmu bila mereka melihat kau bergambar
dengan lelaki yang bukan bapa mereka...apakah suamimu dapat menerima seorang wanita yang
bergambar dan berpegang tangan dengan lelaki lain yang tidak dikenalinya?!
Wahai wanita...peliharalah tubuhmu itu dengan pakaian yang baik, dengan akhlak yang mulia
dan pandanglah lelaki itu dengan akhlak dan sikap mereka, bukannya rupa dan bentuk badan.
Wassalam... sa

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana
hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu
kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X
sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan,
otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat
mencuci hati dan menenangkan minda.
4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga
menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak
3X.
5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendahrendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)
7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam
sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku
nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,
aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum
tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya CUBALAH!!
8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana
bimbang akan mati bila-bila masa)
10) Kekalkan wuduk
11) Bersedekah
12) Belanja orang makan.
13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat
14) Berkawan dengan ulama
15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Assalamualaikum semua..Baru-baru ini seorang sahabat kita pun pergi ke sebuah masjid di shah
alam ini untuk mendengar sebuah ceramah agama. Ceramah itu telah pun disampaikan oleh seorang
doktor yang alim lagi waraq'. Pada mulanya ceramah ini berasa agak kurang menarik kerana dia
beranggapan bahawa ia lari dari tajuk tetapi setelah agak lama di san barulah dia dapat menghayati
pengisian ceramah beliau. Jemaah masjid pun semakin memenuhi ruang masjid. Para ibu pun tidak
ketinggalan untuk menyertainya. Begini ceritanya....
Pada suatu malam kira-kira dalam jam 3.00pagi, doktor ini telah pun dikejutkan oleh satu panggilan
telefon. Kebisingan bunyi telefon itu telah membuatkan doktor ini bangun lalu menjawap panggilan
tersebut.ternyata ia dibuat dari hospital dari tempat di bekerja. Nurse itu memberitahu bahawa ada
satu kes kemalangan telah berlakudan mangsa sekarang telah pun berada di unit kecemasan dan dia
benar-benar memerlukan khidmat beliau sekarang ini juga. Apabila telah sampai di hospital,doktor
itu mendapati mangsa adalah sorang remaja dalam lingkungan 18 tahun dan berbangsa melayu.
Keadaan dia amat tenat sekali dan harapan adalah 40-60. tulang pehanya patah, tulangnya telah
terkeluar, tengkuknya patah dan berlaku pendarahan yang teruk di kepala dan kaki. Namun doktor ini
berusaha untuk memasukkan botol darah yang baru untuk tujuan penggantian,namun ia hanya
dapat bertahan hanya sementara sahaja. Ketika itu keadaan di tidak stabil dan tidak sedarkan
diri.Sebelum itu dia telah muntah dengan banyak dan baunya amat busuk sekali.
Setelah beberapa ketika,remaja terbabit mula membuka mata dan keadaan nya masih lagi
dalam keadaan mabuk. Namun doktor ini segera mendapatkan dia lalu mula bertanyakan beberapa
keadaan untuk memastikan keadaan kepalanya.:
Doktor: dimana awak sekarang?
Remaja: saya rasa di kandang lembu.
Doktor:okey tak pe..( lantas doktor itu terus memberikan satu tuntikan penenang untuk dia
berehat.) namun setelah beberapa ketika remaja itu kembali membuka mata dan doktor itu sekali lagi
mengajukan soalan yang sama kepada dia.
Doktor: dimanakah awak berada sekarang?
Mangsa: saya rasa di kandang kuda..
Doktor itu terus bertanya lagi danlagi agar dapat memulihkan keadaannya. Setelah agak lama
bertanya,barulah dia mengetahui yang remaja terbabit telah meminum arak sebelum berlumba. Dia
berlumba dengan rakan-rakannya pada kelajuaan 180km/j. cukup dengan hanya sebuah motor kriss.
Patutl dia muntah tadi..!! bisik doktor itu.. remaja terbabit mendapat kemalangan apabila
motorsikalnya tak dapat dikawal lagi kerana terlalu laju lalu melanggar sebuah tembok batu.
Keadaan motorsikalnya amat teruk sehingga terputus-2. sebelum kelangan itu berlaku,dia telah pun
melanggar seorang warga tua yang berusia 80 tahun dan orang tua itu telah pun meninggal di
tempat kejadian.. sungguh menyedihkan.. apabila mendengar berita iu dari doktor berkenaan,remaja
itu pun menangis teresak-esak dan benar-benar menyesal diatas apa yang telah dibuatnya.

Lantas doktor itu bertanya lagi..adakah kamu pernah bersolat sebelum ini.? Lalu dia menjawab yang
dia tak pernah solat sejak baligh..masya'Allah. doktor itu tahu yang sekarang ini "time is running
out" so dia mesti berbuat sesuatu sebelum remaja itu pergi mengadap Allah s.w.t yang maha kuasa
tanpa sebarang bekalan iman. Lalu doktor itu cuba menyuruh remaja terbabit untuk mengucap tetapi
gagal.
Jam sekarang menunjukkan pukul 5.56 pagi. Tiba-tiba kedengaran azan subuh sayup-sayup
kedengaran. lantas doktor itu mengajak remaja itu untuk solat subuh buat kali yang pertama sejak
baligh. Lantas dengan bantuan doktor dan jururawat, remaja berkenaan dapat mengambil wuduk
secara ala kadar je. Kemudian doktor itu mengajar dia bersolat dengan menggunakan isyarat mata
sahaja. Dan dari situ doktor itu dapat melihat betapa ikhlas dan insafnya remaja itu untuk bertaubat.
Ketika itu juga iar matanya tak putus-putus mengalir. Sebelum itu remaja itu sering kali bertanya
kepada doktor, adakah taubat saya di terima Allah?..dengan nada yang sebak.
Setelah solat keadaan nya masih lagi kritikal. Sujurus kemudian kedua ibubapanya yang telah
bercerai datang. Tiba-tiba remaja itu terus menyalahkan kedua ibu bapanya kerana kerana merekalah
dia jadi begini.. so dengan izin Allah s.w.t kedua orang tuanya pun terus mendirikan solat yang mana
tak didirikan sebelum ini.. Maha Suci Allah.. Allah Maha Kuasa... setelah selasai bersolat, doktor itu
pun memberitahu kepada kedua orang tuanya yang anak mereka akan pergi bila-bila masa sahaja.
Dengan itu si ibu pun mendekatkan mulutnya ke telinga remaja itu lalu cuba mengajar dia mengucap
kalimah shahadah. Tetapi malang sekali dia tak dapat berbuat demikian.. ini kerana masih ada lagi
arak dalam badannya. Nabi s.a.w telah bersabda yang mana tak sempurnalah iman seseorang
selama 40 hari jika ada arak dalam badan seseorang. Lalu doktor itu pun berkata kepada remaja
terbabit yang jika kamu mahu benar-benar bertaubat dengan sebenar taubat insya'Allah Allah akan
mengampuni kamu. Remaja itu terus menangis.
Dalam lebih kurang jam 6.45 pagi, remaja itu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Setelah
disahkan kematiannya ,kemudian mayatnya telah dibawa ke bilik mayat dan doktor itu mengikutnya.
Maha Suci Allah, berlaku satu agi keajaiban. Lebih kurang jam berlalu tiba-tiba doktor itu tadi
terdengar satu suara yang amat dikenalinya -suara remaja itu tadi. Dia telah dapat mengucap 2
kalimah shahadah. Doktor itu terperanjat dan terus mengalirkan air mata...
Sama-samala kita mengambil pengajaran dan iktibar dari apa yang berlaku.. Nabi s.a.w telah
bersabda: Barangsiapa dapat mengucap dua kalimah shahadah di akhir kalmaya, maka wajib syurga
baginya.. sama-samalah kita mengambil sedikit pengajaran dari apa yang telah berlaku pada kawan
kita..
Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari Allah juga tapi atas kelemahan saya..
Wasslam..

Manfaat Bismillahhirohmannirohim
Kalimat BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM adalah sangat singkat namun
kadangkala sangat sulit untuk di ucapkan.
Dalam hadis Rasullullah dikatakan: Barang siapa yang membaca
BMILLAHIRROHMANIRROHIIM sebanyak 21 kali sebelum tidur maka:
1. Dia akan dihindari dari meninggal dalam keadaan
terkejut/mendadak.
2. Dia akan dihindari dari meninggal/bahaya tenggelam.
3. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya kebakaran.
4. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya rompakan.
Alkisah ada seorang Isteri yang selalu membaca
BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM setiap kali melakukan sesuatu, dalam
membuka, menutup dan mengunci pintu/almari, menaruh dan
mengambil
barang/sesuatu, membuka dan memakai pakaian, masuk dan keluar
rumah,
naik dan turun dari kenderaan, dll.
Pokoknya selalu membaca BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM pada saat
akan
melakukan sebarang aktiviti.
Sehingga dengan kebiasaannya tersebut sang suami merasa kesal
dan
akhirnya terlintas dibenaknya untuk menguji sang isterinya
tersebut.
Lalu suatu ketika sang suami memberikan emas kepada isterinya

dan
mengatakan "Wahai isteriku, ini aku amanahkan emas kepadamu.
Simpanlah
baik-baik". Lalu sang isteripun menerimanya dengan mengucapkan
BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM dan membuka almari dengan
mengucapkan
BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM dan menaruh emas tersebut dengan
mengucapkan
BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM dan menutup/mengunci almari dengan
mengucapkan BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM.
Setelah beberapa hari dan kebetulan si isteri tidak ada
dirumah, maka
sang suami mengambil emas tersebut dari dalam almari dan
membuangnya
ke laut. Lalu ia kembali kerumah, dan ketika isterinya pulang
dia pun
meminta kepada isterinya untuk mengambilkan emas yang
diamanahkan
beberapa waktu lalu. Lalu sang isteri pun masuk ke kamar dan
dengan
mengucapkan BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM dia pun membuka pintu
almari
tempat ia menyimpan emas tersebut. Lalu mengambil emas yang
saat itu
dalam keadaan basah (air laut) lalu menyerahkannya kepada
suaminya.
Melihat emas tersebut basah sang isteripun menjadi bingung dan
bertanya kepada suaminya, lalu sang suamipun bersujud dan
beristighfar
dan setelah itu menceritakan kejadian yang sebenarnya bahwa
dia
(suami) telah membuang emas tersebut ke laut tanpa pengetahuan
sang
isteri dengan tujuan untuk mengetahui manfaat dari
BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM.
Dari cerita diatas maka kita dapat melihat kesaktian dari
kalimat
BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM selain dari itu masih banyak lagi
manfaatnya, yaitu:
Kita disarankan untuk membaca BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM ketika
kita
akan mengambil dan menaruh pakaian di gantungan, baik yang
pakaian
baru mahupun yang baru kita gunakan. Tujuannya adalah agar
pakaian
tersebut tidak digunakan oleh makhluk lain (gol. Jin), ini
dapat kita
lihat apabila kita menaruh pakaian maka ketika kita gunakan
kadang

terasa gatal dan tidak nyaman. Memang kita bisa mengatakan


bahwa itu
adalah pengaruh lembab ataupun sebagainya namun pada dasarnya
pakaian
tersebut telah digunakan oleh makhluk lain dengan cara mereka.
Kita juga disarankan untuk membaca
"Bismillahi-Alladhi-Lailahaillahu-Yaa-Dhal-Jalal" Tujuannya
adalah
agar makhluk ghaib apapun tidak dapat melihat kita sebagaimana
kita
tidak dapat melihat mereka.
Keutamaan kalimat BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM adalah lebih untuk
kaum
wanita (pria juga) karena banyak juga dari golongan wanita
yang tanpa
disedari olehnya sendiri(wanita tersebut) bahwa dia telah
melakukan
hubungan fizikal dengan golongan jin. Mungkin terdengar tidak
masuk
akal namun ini benar adanya. Oleh kerana itu kepada kaum
wanita
mulailah membiasakan diri untuk membacanya.
Demikian sedikit penjelasan dan cerita mengenai keuntungan
yang dapat
kita peroleh dari mengucapakan BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM dalam
melakukan aktiviti kita sehari-hari, semoga setelah membaca
ini kita
semua mulai dapat membiasakan diri untuk mengucapkan
BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM dalam melakukan aktiviti kita
sehari-hari,
Amin.

Ingatkah Anda Kepada Mati

Tanda-Tanda Saat-Saat Kematian


a) 100 hari :
Seluruh badan rasa bergegar.
b) 60 hari :
Pusat rasa bergerak-gerak.
c) 40 hari :
Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan
jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang
dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat
kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu
akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut
tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
d) 7 hari :
Mengidam makanan.
e) 5 hari :
Anak lidah bergerak-gerak.
f) 3 hari :
Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
g) 2 hari :
Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
h) 1 hari :
Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu
subuh and asar.
i) Saat akhir :
Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang
solbi (di bahagian belakang badan)
Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir
sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi
bercakap-cakap.
******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan
masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang
kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya
melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai
kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat
yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai
ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi
satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik
rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan
kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang
lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari
dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang
dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka

malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang


disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat
melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang
beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa
kepada
orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah
kerana
sangat rindunya pada syurga dan melihat terus
pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."
Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail
A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang
yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan
dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang
disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya
apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T.
menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.
Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin
itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut
orang mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui
jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan
lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka
dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan
apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah
S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang
mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari
arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala
anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.
Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk
mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini
telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala
anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh
orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba
pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga
gagal melakukan sebab kaki berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini
sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat
dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan
menghadiri majlis-majlis ilmu."
Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin
dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah
telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga

ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."


Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin
dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri
mata maka berkata mata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini
sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan
mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah
S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan
tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."
Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka
malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.
Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada
Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi
setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar
R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di
syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di
udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di
gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka
Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok
manusia yang akan dijabat tangannya oleh para
malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah. Sekian untuk ingatan kita bersama. Wassallam.
p/s: Kalau rajin.Tolong sebarkan kisah ini kepada
saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah
salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Puase Enam
Setiap amalan ada kesan dan hasilnya. Ibadat puasa Ramadhan mampu menjadikan kita orang yang
bertakwa. Inilah intipati dari Ramadhan. Kelazatan puasa memuncak ketika berakhirnya Ramadhan. Kita
inginkan keberkatan Ramadhan ini berpanjangan hingga setahun, tapi apakan daya ia datang hanya
sebulan saja.
Sungguhpun begitu, kita masih berpeluang meneruskan puasa selepas 1 Syawal. Adalah menjadi amalan
sunat mengerjakan puasa 6 hari dalam bulan Syawal. Ia boleh dilakukan mulai 2 Syawal hingga 7 Syawal
secara berterusan atau mana-mana 6 hari dalam bulan tersebut. Nabi Muhammad saw. bersabda
"Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, maka orang
itu seolah-olah berpuasa setahun penuh."
Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal mana-mana kekurangan
dalam amalan fardhu. Sebaiknya kita mengambil peluang ini untuk berpuasa 6 di bulan Syawal. Selain
mendapat pahala puasa setahun, kita juga dapat memperbaiki kekurangan dalam ibadat puasa bulan
Ramadhan.
Bagi kaum perempuan yang tidak dapat berpuasa penuh dalam bulan Ramadhan kerana kedatangan haid,
puasa Sunat 6 hari dalam Syawal ini memberi peluang terbaik untuk mengqadha' di samping mendapatkan
pahala berpuasa sunat. Kebiasaan mentaakhirkan qadha sehingga hampir Ramadhan akan datang adalah
satu amalan yang tidak sepatutnya dilakukan. Amalan wajib jika ditinggalkan mestilah disegerakan sebagai
menunjukkan sikap pengabdian diri kita terhadap Allah. Apakah makna dan tujuan kita melambatkan qadha'
puasa wajib? Tidak lain menunjukkan seolah-olah kita keberatan untuk menunaikan kewajiban yang telah
kita tinggalkan. Bukankah Allah tahu apa yang tersirat di hati kita?
Natijah dari amalan puasa ialah taqwa dan kasih akan Allah. Tanda kasih akan Allah ialah berkhidmat
kepadaNya. Siapa mencintai Allah dia akan berbahagia di alam akhirat, sebaliknya siapa mencintai dunia
dan isinya, ketahuilah dunia akan meninggalkan kita. Kelazatan dunia walaupun bagus tetapi ia tidak kekal.
Ia berakhir sebaik saja kita menemui ajal. Sebaliknya kelazatan akhirat kekal abadi tanpa batasan waktu.
Di antara tanda kita mengasihi akan Allah ialah mulut sentiasa berzikir (mengingati / menyebut) Allah, hati
tidak lalai mengingati sesuatu selain Allah. Setiap amalan yang dilakukan diperiksa terlebih dulu adakah
untuk nafsu atau Allah. Mana yang dirasakan untuk Allah diteruskan. Apabila melihat sesuatu hati terus
teringat kepada Allah yang menjadikannya. Selain itu, sentiasa mendampingi orang alim (ulama) kerana
mereka ialah pewaris nabi. Kita sedar kita adalah bersama orang yang kita cintai di akhirat nanti. Jika hati
menyintai nabi dan para ulama, insyallah kita bersama mereka di akhirat . Bagaimana pula agaknya kalau
kecintaan beralih kepada para artis dan penyanyi? Nauzubillah...
Sebagai akhirnya, sama-samalah kita berdoa supaya kita dapat bertemu Ramadhan tahun depan dan
seterusnya.
"Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan orang yang merindui Ramadhan kerana kami sedar di
syurga terdapat sebuah pintu bernama Ar-Rayyan yang tidak boleh dimasuki oleh sesiapa kecuali orang
yang berpuasa saja. Kami juga sedar Ya Allah bahawa puasa merupakan benteng terkuat dari azab neraka.
Oleh itu jadikanlah kami orang yang rajin mengerjakan puasa wajib dan sunatnya. Kau peliharakanlah kami
dari azab api neraka yang tidak mampu bagi kami untuk menanggungnya.." Amin.

Anda mungkin juga menyukai