Anda di halaman 1dari 2

Segalanya bermula dengan solat sunat hajat. Aku, menunaikan solat sunat hajat sebab malu.

Malu
dengan keluarga aku, tapi bukannya aku ikhlas melakukannya. Waktu itu bulan Ramadan, dimana
terawih dilakukan setiap malam dengan rumah keluarga mak sedara aku yang memelihara agamanya.
Solat hajat aku lakukan menggantikan solat sunat rawatib yang mereka lakukan sebelum solat Isyak
berjemaah. Aku bukannya rajin solat. Aku selalu tinggalkan solat kerana aku tidak rasa sedikit pun takut
pada Allah SWT. Aku pesakit Bipolar Disoder 2. Aku salahkan ubat sehingga hari ini kerana membuatkan
aku berasa “numb” dan “mental confusion” setiap hari.

Hari ini hari terakhir aku tinggalkan solat wajib. Itulah azam aku. InshaaAllah. Aku mimpi aku berada di
sakaratul maut semalam. Sekarang 10 terakhir Ramadan, dan semalam aku memohon semasa dua solat
hajat aku buat supaya memberi aku hidayah. Aku rasa aku dah dapat. Aku memohon Allah agar
menyedarkanku seperti dulu, dimana aku seorang yang taat akan agama. Mungkin ini effect aku
kurangkan dose ubat juga. Kata lagi rasa ego itu. Ya sekarang aku rasa ego yang selalu bersuara. Cuba
kau pejam mata, tarik nafas, letakkan diri kau ditempat yang tinggi tidak kira dimana atau apa
circumstances yang kau ada. Kau rasa yakin berlebihan. Ya itulah ego kau. Rasa hebat, rasa positif sahaja
konon-kononya, rasa no mercy, penuh dengan rasa kalau aku tak buat semua benda adalah disebabkan
keegoaan aku dibumi ini. Ya aku menulis ni pun dalam keadaan mengantuk atau ubat itu tengah
berkesan atau kopi yang aku minum untuk aku segarkan diri daripada ubat jahanam ini. Sudah enam
tahun aku makan ubat ini. Namun setiap hari tetap sama susahnya. Jadi itulah sebab aku kurangkan
dose ubat. Aku tak tahu apa yang lebih menyakitkan. Aku tak dapat pin point benda tu sehingga hari ini.
Ubat Seroquel XR telah betul-betul membunuh diriku atau mungkin Bipolar. Aku tidak pasti, betul aku
tidak pasti. Setahun aku berubat kampong, ya itu menolongku menghilangkan rasa sayu yang aku rasai
dahulu. Sekarang aku tidak merasainya lagi. Ya sekarang rasa sedih telah hilang sepenuhnya. Apakah
aku?

Aku mimpi aku melanjutkan lagi pelajaranku dalam bidang perubatan semalam. Aku bertemu dengan
rakan-rakan aku dahulu dalam mimpiku. Semua peristiwa manis dan pahit di sekolah perubatan
berulang kembali dalam mimpiku. Semua, dari tahun satu, hingga aku mengulangi tahun satu, dan
sehingga aku terpaksa memasukki wad kerana pensyarahku suspek aku ada masalah mental. Sampai
disitu, semuanya berulang kembali dalam mimpi itu. Berulang seperti rasanya aku menempuhi hari-hari
itu. Sehingga aku dimasukkan wad, dalam mimpi itu, aku bermimpi dalam mimpi. Aku bermimpi aku di
sakaratul maut seperti yang digambarkan selalu didalam drama Astro Oasis. Aku tahu aku banyak dosa
meninggalkan solat sejak dahulu dan satu dosa lagi aku lakukan yang tidak sanggup aku ceritakan dalam
ini. Takut pecah tembelang ku rasakan. Biarlah rahsia itu rahsia aku dan Allah sahaja.

Pada sakaratul maut dalam mimpiku, aku sepertinya akan mati dalam tidurku semalam. Ada entiti yang
berpakaian serba hitam dan berbadan besar sedang membacakan semua dosa aku. Suasana menjadi
panas, suasana menjadi seperti waktu senja. Dan selain dia, ada lagi barisan orang yang berpakaian
serba hitam, di belakangnya aku nampak api yang sedang bernyala-nyala. Ya, panas itu daripada api itu.
Aku berpeluh-peluh dan dalam keadaan bersungkur, semasa entiti yang berbadan besar itu membaca
semua dosaku, dan akan berkata akan mencabut nyawaku dalam tidur kali ini. Aku menjerit menangis,
menjerit “Tolonglah bagi peluang aku yang paling terakhir! Akan aku berubah menjadi baik kembali!
Takkan aku melakukan dosa besar lagi dalam keadaan aku sedar!” Namun kata-kata ku tidak diendahkan
olehnya. Suasana bertukar menjadi gelap, seperti lampu yang ada di bilik wad itu terpadam,
menandakan masa aku sudah tiba. Aku menjerit lagi. Memohon agar diberikan kembali ke dunia sekali
lagi. Aku menangis. Aku menangis. Aku menangis. Lalu kata entity besar berjubah hitam atau aku
bingung kata dari mana ia dating, berkata; baiklah sekali ini sahaja lagi. Sekali ini sahaja aku berikan
peluang bagimu untuk hidup dan membetulkan kesilapan lalumu. Sekali ini aku benarkanmu kembali ke
dunia untuk bertaubat. Sekali ini sahaja. Didalam mimpi itu, dengan keadaan yang sangat menyedihkan
dalam hati ini, aku mengangguk dengan muka yang penuh sedih. Aku menggangguk merasakan aku
perlu memakai tudung jika berada dengan ayah saudara aku yang selama ini aku tidak memakai tudung
jika bersama mereka. Ya Allah, berat rasa itu. Namun ini adalah peluang terakhir bagiku kerana selepas
ini kurasakan akan aku temui ajalku.

Sekarang aku menulis dalam keadaan mamai dan keliru seperti biasa. Mungkin kesan ubat itu yang
sungguh memilukan. Aku bangun pagi tadi. Namun sekarang sudah pukul 5.30 petang. Ya aku baru
bangun. Seperti semalam aku tidur selama 16 jam. Kelmarin, 14 jam. Sepertinya tidak cukup. Aku
sekarang berasa lemah seluruh badan. Aku masih belum solat Zohor dan Asar kerana penat. Badanku
dan mindaku walhal telah aku tidur 16 jam semalam. Aku berasa stress sebab adikku. Tapi dia mungkin
hanya penyebab egoku alasan itu timbul. Ya aku berasa penat. Tidurku bukan lagi perkara yang
menyegarkan. Ia memenatkan, pada hari-hari tertentu.

Sebelum aku tertidur semula selepas terjaga dari mimpi sakaratul maut itu, aku mimpi lagi. Mimpi yang
seakan benar. Aku menjadi “superhero” seperti dalam movie-movie Inggeris. Ya mimpi itu. Amat
memalukan seperti aku boleh memilih mimpi apa yang akan aku mimpikan.

Anda mungkin juga menyukai