Anda di halaman 1dari 3

Pengalamanku hidupku

Kisah yang akan dikongsi ini adalah kisah yang tidak dapat dilupakan kerana
ianya adalah pengalaman pertama dalam hidupku menananti kelahiran anak sulung.
Pengalaman yang mengajar aku menjadi lebih dewasa, lebih bertanggung jawab dan
lebih menghargai kurniaan Ilahi. Semoga apa yang bakal dikongsi ini dapat di
jadikan panduan dan pengajaran dalam hidup kita semua.

Setelah mengetahui isteriku mengandung, akulah orang yang paling gembira.


Kegembiraanku tidak dapat di gambarkan dengan kata-kata. Dari sehari ke sehari
aku menjaga isteriku dengan penuh kasih sayang ibarat menatang minyak yang
penuh. Segala suka duka yang dilaluinya aku turut merasainya. Aku dapat
merasakan betapa sukarnya seorang ibu yang membawa kandungan ke sana ke
mari dengan harapan agar anak yang bakal dilhirkan itu menjadi anak yang baik
budinya, luhur akhlaknya dan yang paling mustahak ialah anak yang soleh dan
solehah. Ketika usia kandungan menjangkau sembilan bulan, aku dan isteri di hantui
perasaan risau mengenangkan tarikh bersalin semakin hampir. Tambahan pula
ketika itu aku terpaksa berjauhan selama empat hari kerana mengikuti Program
Pendidika Luar yang telah diadakan di Pulau Pangkor. Dalam hati ini hanya Allah
sahaja yang tahu betapa risau dan gundah gulananya perasaanku. Setiap kali nadi
berdenyut, setiap itulah aku terkenangkan wajah isteri yang sedang sarat, menanti
hari untuk melahirkan zuriat kami. Apa yang termampu aku lakukan hanyalah berdoa
agar segala-galanya dipermudahkan bagiku. Setelah selesai aku bergegas pulang ke
Kuala Lumpur.Alhamdulillah, aku bersyukur kehadhratMu kerana member
kesempatan kepadaku untuk menemani isteriku di saat dia memerlukan sokongan
daripadaku.

Tanggal 12 November 2010 iaitu hari isteriku di jangka bersalin, aku dan isteri
terus menanti saat dan ketikanya namun akhirnya 12 November berlalu begitu
sahaja. Begitulah seterusnya aku menanti hari demi hari. Tidak ada petanda bahawa
isteri aku akan bersalin. Setiap kali selepas solat aku berdoa agar dipermudahkan
segala urusan aku dan isteriku. Setelah sembilan hari berlalu, aku meminta isteriku
menyiapkan diri untuk ke hospital Temerloh. Setibanya di sana pada pukul 2.15
petang, isteriku terus diperiksa oleh jururawat. Hampir satu menunggu, isteriku
selesai diperiksa. Dia meminta supaya aku mengangkat beg yang berisi pakaiannya
dan pakaian anak untuk dibawa ke wad Kenanga 4 di mana isteriku akan
ditempatkan di situ sementara menunggu masa untuk bersalin. Aku terus membuat
apa yang dipintanya. Sebelum masa melawat tamat, aku sempat berpesan supaya
isteriku memperbanyakkan berdoa, berzikir dan berselawat.

Selesai solat isyak, aku menghubungi isteriku bertanyakan keaadannya.


Ketika itu dia mula terasa sakit hendak bersalin. Apa yang aku mampu hanyalah
berdoa meminta kepadaNya agar di permudahkan baginya. Aku masih setia menanti
di bilik menunggu sambil menyaksikan pelawanan badminton sukan Asia di antara
Malaysia dengan Indonesia. Mata terasa mengantuk tetapi aku gagahi juga menahan
mataku daripada tertutup. Apabila jam mengenjak ke angka satu pagi, aku tewas
juga. Aku segera masuk ke dalam kereta yang diletakkan berhampiran bilik
menunggu. Aku terlelap seketika dan tersedar pada pukul 2.00 pagi apabila
mendengar deringan telefon. Panggilan isteriku membuatkan aku terkesima. Aku
dimaklumkan bahawa isteriku akan dibawa masuk ke bilik bersalin kerana pintu
rahim sudah terbuka. Aku berdoa lagi. Hanya itu yang mampu aku lakukan. Aku
kembali semula ke bilik menunggu. Perasaanku tidak keruan. Sekejap aku bangun,
sekejap aku duduk. Setelah satu jam berlalu, aku dipanggil oleh doktor yang
bertugas. Sekali lagi aku berdebar- debar. Doktor memaklumkan bahawa isteriku
terpaksa dibedah kerana bayi sudah membuang air besar dalam kandungan dan di
khuatiri tertelan najisnya yang mungkin boleh mangakibatkan keadaan yang lebih
teruk. Dalam keadaan yang mendesak aku membenarkan pembedahan dijalankan
dengan harapan kedua-duanya akan selamat.

Aku diminta untuk menunggu di ruang menunggu di luar dewan bedah.


Mulutku tidak henti-henti berdoa. Hampir sejam menanti dengan penuh sabar masih
tiada jawapan tenteng isteriku. Aku mulai risau mengenangkan nasibnya. Kebetulan
ketika itu aku terlihat doktor lalu aku bertanyakan keadaan isteriku. Menurut
penjelasan doktor tersebut, isteriku bersalin secara biasa di dalam dewan bedah
namun anak yang dilahirkan menghadapi masalah kerana sudah tertelan najisnya di
dalam kandungan. Sekali lagi aku di uji oleh yang Maha Esa. Aku kembali semula ke
dewan bersalin untuk bertanyakan keadaan isteri dan anakku. Aku dimaklumkan
anakku ditempatkan di Unit Rawatan Rapi akibat jangkitan kuman dalam paru-paru
manakala isteriku selamat dan di tempatkan di Wad Kenanga 3. Setelah mendapat
penjelasan aku segera menuju ke Wad Kenanga 3 untuk melihat keadaan isteriku.
Seawal jam 8 pagi, aku di benarkan melawat anakku di Unit Rawatan Rapi.
Hibanya rasa hati apabila kali pertama menatap zuriat sulungku dalam keadaan tiub
pernafasan disumbat ke dalam mulut, wayar bantuan denyutan jantung melekat di
dadanya. Dalam keadaan seperti ini aku hanya mampu berdoa meminta pertolongan
daripada Allah Maha Kuasa. Bermula daripada hari itu sehingga hari ke tujuh
kelahirannya, itulah rutin harianku. Aku datang melawat anakku, membelai tubuh
kecil yang tak bermaya itu, bercakap dengannya dan mendoakanagar kesihatannya
pulih seperti sediakala. Alhamdulillah setinggi syukur aku panjatkan ke hadhrat ilahi
kerana dari sehari ke sehari kesihatannya semakin pulih walaupun sehingga coretan
ini ditulis dia masih di rawat di hospital. Semoga dengan kehadiran isteriku
menemaninya dapat mempercepatkan proses penyembuhanmu sayang.

Buat isteriku yang tercinta, abang bersyukur kerana di anugerahkan Allah


seorang teman hidup yang sanggup berkongsi susah dan senang bersama. Abang
harap Sayang dapat menempuhi ujian Allah ini dengan hati yang redha dan tabah.
Untuk anak tersayang Muhammad Nizar Zakwan, abah doakan agar Adik cepat
sembuh dan cepat boleh pulang. Tak sabar rasanya untuk bermain dengan Adik.
Kalian berdua adalah insan yang paling bermakna dalam hidupku. Semoga sinar
kebahagiaan akan menjadi milik kita bersama. Amin Ya Rabbal A’alamin.

Anda mungkin juga menyukai