AZMYE A.
1
2
“Anggap saja ini satu cerita palsu untuk menghilangkan bosan
seorang penganggur.”
Azmye A.
3
4
Isi Kandungan
5
“Masa adalah kesempatan, kau kehilangannya saat kau
kehilangan diri sendiri.”
Saat itu, dunia adalah makhluk buas. Meragut hidup kami yang
tidak punya apa-apa. Kebebasan adalah satu materi yang perlu
dikejar dalam keadaan kaki dirantai besi oleh diri sendiri. Aku
cuba bertenang. Menarik nafas dalam. Menidakkan segala
kebisingan termasuk lagu yang begitu sedih sekali kedengaran
kuat di poket celana aku. Lemahkah aku jika menangis kerana
lagu? Lucu sekali.
Aku adalah penipu kan?. Menipu diri sendiri? Atau semua kita
adalah penipu. Menipu yang sebenarnya kita tidaklah sedih
mana? Sebenarnya sedih itu tidak wujud. Apa yang ada adalah
kegembiraan dan kebahagiaan. Kita adalah makhluk yang
gembira. Kan?
Aku, untuk keluar dari rumah seperti seekor ular menukar kulit.
Seperti jin keluar dari alamnya. Atau lebih kurang seperti bayi
yang keluar sebelum harinya tiba. Semata-mata untuk
menemukan titik normal dan hidupku tidak dihurung awan gelap
dan pandangan kabur. Semata-mata untuk itu aku keluar rumah.
Menahan debar-debar kerisauan berminggu-minggu untuk
bertemu dengan ahli terapi agar meluruskan kesilapan yang
sedang aku lakukan. Kembali dalam keadaan aman dan tiada
siapa tahu aku pergi kemana siang tadi balik ke rumah berjalan
kaki lebih dari 5 kilometer di kota ini.
8
Menurut hatiku yang berkata-kata, ada baiknya kita tidak
memikirkan soalan rumit kerana banyak lagi persoalan ringan
yang dapat kita fikirkan jawapannya. Mengapa kita sering
terjebak pada pemikiran yang rumit dan kenapa bila kita tahu
jawapannya kita masih tidak berpuas hati dengan apa yang telah
didapatkan.
Apakah itu jalan cahaya? Jalan cahaya itu adalah jalan yang di
mana betapa sesat pun kita, kita tidak melakukan tindakan yang
menjerumuskan kita kedalam lubang kegelapan berulang kali.
9
Sebenarnya, apa yang hendak aku ceritakan tidak kesampaian.
Masih begitu banyak yang berselirat dalam dada. Masih tidak
tenang dan hari demi hari juga aku inginkan ajalku cepat tiba.
10
tuju,tiada angan dan cita-cita bahkan keinginan untuk menikmati
hidup pun sudah tiada. Saat itulah mati dan hidup sudah hampir
serupa.
Ketika manusia mulai putus asa pada Tuhannya, tiada lagi alasan
terbesar yang ada di bumi ini untuk mengakhirkan kehidupan
selain masalah ini. Apakah aku menyalahkan ahli-ahli agama
kerana membuatkan aku putus asa pada Tuhan. Sebenarnya
tidak juga. Mereka tidak salah. Mungkin aku yang salah sering
sangka buruk dan melontarkan makian pada mereka.
13
Tolong beritahu aku bahawa rahmat Tuhan itu masih ada buat
orang seperti aku. Tolong beritahu aku, Tuhan tidak berpihak
kepada sesiapa dalam soal keadilan. Tolong beritahu aku, kalau
Tuhan juga menyayangiku seperti mana dia menyayangi hamba-
hambaNya yang beriman.
14
“Mungkin besok kita seorang yang bahagia?.”
15
Apakah dengan mencuba untuk menukar selera kepada
menghisap barang-barang yang dianggap terlarang seperti
rokok,ganja,mushroom,lsd,violence,drugs,dadah minum arak itu
kebahagiaan?
Apakah banyak teman wanita itu kebahagiaan?
Apakah hidup tanpa masalah itu kebahagiaan?
Apakah beribadat 24 jam itu kebahagiaan?
Ada yang cacat seluruh tubuh, tapi hatinya kuat dan sempurna.
Walaupun cacat, dia langsung tidak terfikir untuk menamatkan
hidupnya. Walaupun miskin atau susah, dia sentiasa
16
bersemangat dan kalau pun lemah, dia tidak sampai kepada
tahap ingin mengakhirkan hidupnya.
17
“Selagi belum penat, kau ingin mengalah, tapi takut.”
Apa yang aku pelajari selama berulang alik bertemu terapist dan
bertukar pandangan sesama manusia bermasalah, salah satunya
tentang istilah. Manusia disebabkan banyak bercakap sering
tersalah perkataan dan istilah. Disebabkan terlalu bingit kepala
rasanya tidak dapat dipastikan apa. Dia tidak tahu apa yang
sedang dia alami. Kalau pun tahu, dia tidak tahu bagaimana untuk
menceritakannya. Kalau pun dia ceritakan, mesti sukar dan apa
jadi adalah tersalah istilah.
Perhatian :
Berbalik pada istilah. Hal yang kita sering sebut adalah penat.
Benarkah kita penat. Atau kita cuma marah pada keadaan yang
tidak menyebelahi kita? Atau kita sedang memarahi Tuhan yang
tidak pernah merehatkan kita, Kononnya?. Atau kita cuma terlalu
kecewa? Atau.. atau.. atau....
Rasanya, aku tidak perlu menulis panjang lebar. Buku ini langsung
tiada manfaatnya buat para pembaca termasuk penulisnya
sekali.
Aku faham kalau kau tidak faham. Kerana aku sering digelar gila
sejak kecil. Tapi apa kaitannya? Hahahaha
20
“Tidurlah walaupun dengan tidur tidak dapat menyelesaikan
masalah.”
Biarlah kita tidak tahu siapa yang mencurangi kita. Biarlah kita
tidak tahu siapa yang memusuhi kita. Biarlah kita tidak tahu siapa
yang membenci kita.
22
“Siapa mahu hidupku? Siapa yang mahu menjual hidupnya?
Bagaimana cara berjual beli dengan kehidupan sedang kau
tidak mengenggamnya?.”
23
Aku? Aku tidak ingin rumah besar. Cukuplah ada tempat
berteduh siang dan malam, panas dan hujan. Aku? Aku tidak
inginkan kenderaan, kerana berjalan kaki lebih menyihatkan,
kalau pun ingin memudahkan, aku cukup dengan basikal.
Aku? Aku tidak perlu makanan sedap, asalkan ada untuk
menguatkan.
Aku? Aku tidak perlukan fesyen pemakaian, kerana yang
menyukaiku, akan menyukai segala pakaianku.
25
“Maafkan aku, mungkin aku orang gila.”
Pada mukasurat yang telah lalu, aku telah beritahu kan? Tentang
aku sering dikatakan gila sejak kecil.
Kalau semua persoalan yang aku tanyakan ini ada pada diriku.
Maka benarlah aku orang gila.
Jadi, selepas kau tahu aku orang gila, apakah kau masih ingin
membaca buku ini? Apakah faedahnya buatmu? Semakin pintar?
Semakin pandai?
28
“Hidup ini untuk apa?.”
30
Bila semua kesusahan, penderitaan, kekecewaan bertubi-tubi
datang ke dalam kehidupan kita. Barulah kita sedar, sebenarnya
hidup ini bukan semata-mata untuk meneruskan zuriat. Bukan
semata-mata beranak pinak cari duit. Bukan semata-mata itu.
Ada satu benda yang asalnya tujuan hidup semua manusia adalah
sama. Bukan orang tua kita yang tetapkan nilai hidup kita. Bukan
orang tua kita yang tentukan kita hendak jadi apa, hidup kita
untuk apa.
31
“Kenapa tidak mati saja?.”
Pada bab ini aku sarankan agar janganlah dibaca bagi mereka
yang sering terfikir untuk bunuh diri.
Aku tidak ingin disebabkan penulisan aku, kamu membuat
keputusan mengakhirkan hidup.
Apakah ertinya hidup saat tiada apa lagi yang boleh kita
harapkan. Kita tidak mampu mengubahkan keadaan yang sudah
pun terjadi. Kalau pun kita boleh kembali ke masa lalu. Kita masih
tidak berpuas hati kerana perkara yang telah berlaku itu telah
pun berlaku. Apa yang kita mampu ubah adalah apa yang berlaku
32
sekarang. Kita inginkan dunia ini terhenti. Saat itu kita ingin
semuanya berubah.
33
puas hati termasuk Tuhan sekali. Aku pernah memikirkannya
juga walaupun masalah kita tidak sama.
34
hidupku sendiri. Kalau kau merasa jijik dengan apa yang aku tulis,
aku lebih jijik terhadap diriku sendiri sentiasa sejak sekian lama.
35
“Ma, anakmu ini bajingan sekali.”
Ma, anakmu penat beradu nasib bekerja. Jadi dia memilih untuk
menganggur saja. Ternyata pilihan itu salah dan menyusahkan
kedua orang tua. Tapi apakah ada manusia tahu apa isi hatinya?.
Tentang kebenciannya pada kehidupan. Tentang isu yang hangat
di kepalanya?. Tentang pendapatnya yang janggal dari manusia
normal? Tentang kesukarannya melakukan kontak rapat dengan
sesiapa saja?. Tentang masalah mental yang dianggap gila?
Tentang dirinya yang perlukan bantuan semua orang?
37
Bukankah itu menyusahkan. Entah apa alasan lagi yang patut aku
buat untuk menyatakan bahawa aku layak hidup di bumi. Kalau
hidup, hidupnya tiada erti. Kalau mati, matinya tiada siapa
tangisi.
38
“Kita adalah makhluk yang berkata-kata, mungkin ada baiknya
kata-kata itu ditulis daripada dipendam saja. ”
Azmye Asli
Keningau, Sabah
8 Disember 2022
39