Anda di halaman 1dari 6

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN

ASBAB AL-NUZUL AYAT 221 SURAH AL-BAQARAH

PENGAJARAN AYAT 221 SURAH AL-BAQARAH

ISLAM LIBERAL

BAHAYA PEMIKIRAN ISLAM LIBERAL


Manhaj Islam Liberal
IManhaj Islam Liberal Terhadap agama Islam
IIManhaj Islam Liberal terhadap Al-Quran
IIIManhaj Islam Liberal terhadap Nabi Muhammad S.A.W
IVManhaj Islam Liberal terhadap Hadith-Hadith
VManhaj Islam Liberal terhadap Ilmu-ilmu Islam
VIManhaj Islam Liberal terhadap hukum fiqh

9
10
11
12
13
14

BAHAYA ISLAM LIBERAL TERHADAP PENGKAJIAN HUKUM


IKebebasan berijtihad dan penolakan terhadap Autoriti agama
( golongan Ulama)
15
IIHilangnya kepercayaan terhadap tradisi keilmuan Islam
16
IIIMencabar kewibawaan sumber hukum yang telah disepakati
17
IVIslam Liberal mengunakan asas dan fahaman yang pincang,
menyeleweng dan tidak sesuai dalam menetapkan hukum islam. 18
VMeletakan sepenuhnya kepercayan terhadap tradisi keilmuan barat 19
KESAN PEMIKIRAN ISLAM LIBERAL
iPertembungan antara perundangan Syariah dan Sivil
iiPolicing-moral
iiiPluralisme Agama
ivAurat Wanita

20
21
22
23

KESIMPULAN

25

2. Tafsir Abi Suud, jld.I,h. 169.

PENDAHULUAN
Hukum perkahwinan dalam surah al-baqarah ayat 221 dan asbabun nuzul ayat .


221. dan janganlah kamu berkahwin Dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka
beriman (memeluk ugama Islam); dan Sesungguhnya seorang hamba perempuan Yang beriman itu lebih
baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. dan janganlah kamu
(kahwinkan perempuan-perempuan Islam) Dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman
(memeluk ugama Islam) dan Sesungguhnya seorang hamba lelaki Yang beriman lebih baik daripada
seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (yang demikian ialah kerana orangorang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke syurga dan memberi keampunan Dengan
izinNya. dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia,
supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya). [QS.al-Baqarah {2}221]

Imam Syafie menyatakan Allah menghalalkan perempuan-perempuan mukminat


yang menderhaka dan mengecaulikan budak-budak perempuan mukminat yang halal
untuk dinikahi. Walau bagai manapun dengan catatan orang yang hendak menikahi
mukminat tidak memiliki kemampuan untuk menikahi perempuan merdeka sekaligus
khawatir akan terjadi zina bila tidak menikahi mereka,bahawa seorang budak muslimah
tidak boleh dinikahi sebelum orang yang hendak menikahinya memenuhi syarat itu.
(HR.Ibnu Mundzir, Ibnu Abi Hakim dan Wahidi dari Muqatil.
Abdillah bin Rawahah mempunyai seorang hamba sahaya wanita berkulit hitam.
Pada suatu ketika dia marah dan memukulnya. Abidillah bin Rawahah merasa
menyesal atas perbuatan itu, kemudian pergi menghadap Baginda Rasullah S.A.W
kemudian menceritakan perbuatan yang telah dilakukan terhadap hamba sahaya,
Rasullah kemudian bertanya kepadanya Bagaimana keadaan hamba sahaya mu itu?
Jawab Abidillah bin Rawaha dia berpuasa, Sholat, berwhuduk dengan baik dan
bersaksikan bahawa tiada tuhan selain Allah dan engkau Rasullah adalah utusan Allah
S.W.T Rasullah S.A.W bersabda Wahai Abidillah, dia itu seorang yang beriman maka
Abdillah menipali sabda Rasullah demi zat yang mengutusmu dengan hak, aku
merdekakanya dan mengahwininya, Peristiwa perkahwinan Abidillah bin Rawahah itu
2. Tafsir Abi Suud, jld.I,h. 169.

telah mencetus penghinaan dan rasa sinis terhadap kaum Muslimin yang lain. Mereka
mengatakan :Abidillah bin Rawahah telah menikahi hamba sahaya yang beriman.
Sehubungan dengan itu Allah S.W.T memberikan peringatan kepada mereka dengan
menurunkan ayat ke-221 surah AL-Baqarah.

PENJELASAN AYAT SECARA LAFZIAH.


La Tankih al-Musyrikaat. Maksudnya adalah jangan mengahwini perempuan Musyrik.
Orang Musyrik adalah mereka yang menyembah berhala, tidak beriman kepada salah
satu agama Samawi. Ada yang berpendapat, musyrik disini mencakupi perempuan Ahli
Kitab juga, kerena mereka adalah termasuk orang-orang musyrik.
Allah S.W.T berfirman




30. dan orang-orang Yahudi berkata: "Uzair ialah anak Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih
ialah anak Allah". Demikianlah perkataan mereka Dengan mulut mereka sendiri, (Iaitu) mereka menyamai
perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh
berpaling dari kebenaran?
31. mereka menjadikan pendita-pendita dan Ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain
dari Allah, dan juga (Mereka mempertuhankan) Al-Masih Ibni Maryam, padahal mereka tidak
diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah)
melainkan dia. Maha suci Allah dari apa Yang mereka sekutukan.

Amatun mukminah: Perkataan Al-Ammah ertinya perempuan yang dimiliki ( hamba


sahaya ). Dasar katanya adalah amwun, kemudian huruf waw dihapus. Bentuk
jamaknya ialah imaa. Ini selari dengan firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran
2. Tafsir Abi Suud, jld.I,h. 169.

32. dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang
Yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberikan
kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah
kurniaNya), lagi Maha mengetahui.

HURAIAN AYAT SECARA UMUM.


ALLAH S.W.T menyebutkan, Wahai kaum mukminin, janganlah kamu mengahwini
perempuan musyrik hingga mereka mahu beriman kepada Allah S.W.T dan Hari
Kiamat. Sungguh, seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih afdal daripada
perempuan kafir musyrik yang merdeka, sekalipun kecantikan, harta benda dan
kedudukan serta yang lain daripada dirinya menarik hati dan perasaan kamu.
Janganlah kamu menikahi anak-anak kamu dengan para lelaki musyrik, hingga mereka
mahu beriman kepada Allah S.W.T dan Rasul-NYA. Menikahkan mereka dengan
seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik bagi kamu daripada menikahkanya
dengan lelaki merdeka musyrik. Meskipun keadaan, kedudukan dan ketampanannya
menarik hati dan perasaan kamu.
Sesungguhnya kaum Musyrik sama ada yang lelaki mahupun yang perempuan haram
bagi kamu untuk menikah dengan mereka. Sebab mereka itu boleh menjerumus kamu
ke dalam api neraka. Sementara Allah S.W.T mengajak kamu menuju amalan yang
boleh menjadikan kamu sebagai penduduk syurga. Allah S.W.T menjelaskan dan dalildalilnya kepada Manusia, agar mahu saling mengingatkan dalam kebaikan dan
keburukan.
SEBAB TURUNYA AYAT 221 SURAH AL-BAQARAH.
Diriwayatkan bahawa ayat ini turun berkenaan Murthid bin Abi Murthid al-Ghunawi yang
membawa sejumlah tawanan dari Mekah ke Madinah, sedang dia di Masa Jahiliyah,
menjalin hubungan dengan seorang wanita yang namanya wanita itu si Anaq.
Kemudian wanita itu mengunjungi Murthid dan bertanya: Tidakah kamu masih bujang?
Murthid menjawab Sayang, Islam telah menjadi penghalang antara kita
2. Tafsir Abi Suud, jld.I,h. 169.

Lalu wanita itu bertanya lagi: Tidakah kamu bermaksud mengahwini aku? Dia
Menjawab, Benar, namun aku menghadap Rasullah s.a.w untuk meminta izin
kepadanya. Lantas turunla ayat ini.
Menurut al-sayuti, peristiwa tersebut bukanlah sebab turunya ayat ini, tetapi
merupakan sebab turunya ayat dalam surah al-Nur ayat 3.


3. lelaki Yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan Dengan perempuan Yang berzina atau
perempuan musyrik; dan perempuan Yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya
melainkan oleh lelaki Yang berzina atau lelaki musyrik. dan perkahwinan Yang demikian itu terlarang
kepada orang-orang Yang beriman.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a, bahawa ayat ini turun berkenaan dengan
Abdullah bin Rawahah, dimana dia pernah mempunyai hamba sahaya iaitu seorang
perempuan hitam, dan ketika dia marah kepadanya, maka hamba itu ditampar.
Kemudian dia merasa tidak sedap hati lalu datang menghadap Rasullah s.a.w dan
menyampaikan kepadanya apa yang dia alami dengan wanita tadi.
Lalu Nabi s.a.w bertanya kepadanya, bagaimana keadaan wanita itu wahai
Abdillah? maka jawabnya Wanita itu berpuasa, Sholat, memperbaiki whuduknya dan
mengucap syahadat Asyhadu alla ilaha illallah wa asyhadu anna Muhammadan
Rasullah. Kemudian Nabi s.a.w bersabda: Wahai Abdillah dia adlah mukminah.
Kemudian Abdullah berkata demi zat yang mengutuskan mu dengan benar, aku
akan meemrdekakan dan mengahwininya. Lalu dia pun mengahwininya. Maka orangorang pun lantas mengejek: Abdullah mengahwini perempuan-perempuan musyrikah
kerana menyukai status social mereka yang tinggi maka turunlah ayat. 1

TAFSIR (HURAIAN) AYAT


Apa yang dimaksudkan dengan Nikah didalam ayat ini ialah mengahwini
bukan menyetubuhi, sehingga dikatan (kepadanya sebagai bantahan):
bahawa memang tidak ada dalam al-Quran mengunakan bahasa sindiran
dan diantara kehalusan lafa-lafaz Al-Quran.
Didalam Firman Allah s.w.t: Lebih baik daripada perempuan Kafir
musyrik sekalipun keadaanya menarik hati kamu. Terdapat satu isyarat
Halus, bahawa yang harus diperhatikan dalam memilih jodoh ialah akhlak
dan agama, bukan kecantikan, ketinggian status social dan hartanya.
2. Tafsir Abi Suud, jld.I,h. 169.

Sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi s.a.w: yang bermaksud


janganlah kalian mengahwini perempuan-perempuan kerana kecantikan
mereka, sebab boleh kecantikan mereka akan menghancurkan mereka.
Janganlah kalian mengahwini perempuan-perempuan kerana hartanya,
kahwinilah perempuan-perempuan kerana agama mereka. Sesunguhnya
hamba perempuan yang hitam dan buruk rupanya namun baik agamnya
adalah lebih baik2

HUKUM YANG TERKANDUNG DIDALAM AYAT 221 SURAH ALBAQARAH


Kesimpulan daripada hukum-hukum yang terdapat dalam ayat ini dapat
disimpulkan adalah seperti berikut:
1. Hukum menikahi wanita ahli kitab



dan janganlah kamu berkahwin Dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka
beriman (memeluk ugama Islam)

Ayat ini menunjukan haramnya mengahwini perempuan- perempuan Majusi dan


penyembah berhala. Walaubagaimanapun perempuan- perempuan Ahli kitab (Yahudi
dan Nasrani), boleh dinikahi sebab Allah telah berfirman: Makanan (sembelihan)orang
yang diberi Ahli Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal (pula) bagi mereka.
Dan dihalalkan mengahwini perempuan- perempuan yang menjaga kehormatanya
dalam kalangan perempuan- perempuan yang beriman dan perempuan- perempuan
yang menjaga kehormatanya dikalangan orang yang diberi al-kitab. Maksudnya,
perempuan- perempuan yang menjaga kesucian diri dari kalangan Ahli kitab. Ini Adalah
pendapat Jumhur ulama, termasuk ulama mazhab yang ke-empat.
Ibnu Umar r.a berpendapat haram mengahwini perempuan- perempuan ahli
kitab, dan kalau ditanya tentang lelaki ( Muslim ) yang mengahwini perempuanperempuan Nasrani dan Yahudi dia menjawab (dikahwini) orang-orang Islam tidak
melihat kesyirikan yang lebih besar daripada seorang perempuan yang berkata Isa
adalah Tuhan, atau Tuhannya adalah Manusia hamba Allah s.w.t dan Syiah Imamiyah.
2. Tafsir Abi Suud, jld.I,h. 169.

Anda mungkin juga menyukai