Anda di halaman 1dari 3

Tugasan ISL 3

1. Dalam kumpulan bertiga melaksanakan aktiviti berikut :


- Membina peta cerita mengenai kepekaan deria.
- Bayangkan diri anda berada dalam situasi berikut :
a. Tepi laut,stesen keretapi,pasar malam
- Kenalpasti dan senaraikan perkara perkara yang anda tinjau dalam salah
satu situasi di atas.

Manusia mempunyai 5 kepekaan deria yang asas iaitu deria lihat, deria dengar,
deria rasa , deria sentuh dan deria hidu. Kepekaan deria-deria ini membantu
manusia dalam kehidupan seharian untuk melakukan aktiviti aktiviti yang
dikehendaki. Kerosakan yang berlaku pada salah satu deria manusia akan
membataskan aktiviti aktiviti yang hendak dilakukan.

DENGAR
- kita
mendengar
mengunaka
n organ
telinga

LIHAT
- kita
melihat
mengunaka
n organ
mata

HIDU
- kita
menghidu
mengunaka
n hidung

DERI
A

SENTUH
- kita
sentuh
mengunaka
n organ
tangan

RASA
- kita
merasakan
mengunaka
n lidah

PASAR MALAM

DERIA

KEPEKAAN

LIHAT

1. Melihat orang ramai sedang bersesak sesak untuk


bergerak dari satu gerai ke satu gerai.
2. Melihat para peniaga sedang sibuk melayan
pengunjung yang singgah di gerai mereka.
3. Melihat para pengunjung tawar menawar harga
dengan peniaga

DENGAR

1. Mendengar suara para peniaga mempromosikan


barangan jualan masing masing.
2. Mendengar suara pengunjung sedang tawar menawar
harga barangan dengan peniaga.
3. Mendengar suara bayi menangis kerana tidak selesa
dengan suasana pasar malam.

RASA

1. Merasai kerangupan keropok lekor yang dibeli dari


gerai makanan.
2. Merasai kemanisan air tebu yang dibeli dari kedai
minuman.

HIDU

1. Menghidu bau masakan yang sedang digoreng dari


kedai makanan.
2. Menghidu bau harum dari gerai yang menjual minyak
wangi.
3. Menghidu bau hanyir dari gerai yang menjual ikan dan
daging.

SENTUH

1.
2.
3.
4.

Menyentuh permukaan buah durian yang tajam.


Menyentuh permukaan buah tembikai yang licin.
Menyentuh permukaan buah cempedak yang kasar.
Menyentuh permukaan baju yang lembut.

Di hujung minggu sebegini, aktiviti yang sesuai untuk mengisi masa lapang
adalah mengujungi pasar malam. Ketika tiba di hujung minggu, ramai pengunjung
telah berada di sana.
Kami memulakan langkah di pasar malam dengan mengunjungi gerai yang
menjual pakaian. Ketika tiba di gerai di sebut, terdapat beberapa orang pengunjung
sedang melihat dan memilih pakaian yang dijual di situ. Kami mencari baju yang
sesuai. Kami menyentuh permukaan setiap baju di situ dan merasai kelembutan kain
yang digunakan untuk menghasilkan baju. Setelah melihat pakaian dijual di situ kami
ke gerai buah buahan yang berada tidak jauh disitu. kami mengambil beberapa
jenis buah disitu dan merasai permukaan buah yang berlainan rasa. Buah duria
permukaan kulitnya rasanya tajam, buah cempedak permukaan rasanya kasar dan
buah tembikai pula licin.
Kemudian kami bergerak untuk melihat gerai gerai lain yang terdapat di
pasar malam tersebut. Ketika itu, saya melihat orang ramai bersesak sesak
bergerak dari satu gerai ke satu gerai yang lain. Kami juga melihat para peniaga
sibuk melayan para pengunjug yang berkunjung ke gerai mereka. Di samping itu,
kami juga melihat para pengunjung sedang tawar menawar harga dengan para
peniaga.
Ketika berjalan di pasar malam tersebut, kami mendengar para peniaga
mempromosi barangan jualan masing masing untuk menarik para pengunjung.
Kami juga mendengar suara para pengunjung sedang menawar harga barang yang
hendak dibeli dari para peniaga. Kedengaran juga suara bayi menangis kerana tidak
selesa dengan suasana pasar malam yang hingar- bingar.
Ketika berjalan di laluan antara gerai gerai tersebut, kami mengidu
beberapa bau yang menyenangkan dan kurang menyenangkan. Antara bau yang
menyenangkan, kami mengidu bau masakan yang sedap dari gerai yang menjual
makanan. Kami menghidu bau haru dari kedai yang menjual minyak wangi. Kami
juga mencium bau yang kurang menyenangkan iaitu bau hanyir dari gerai basah
yang menjual ikan dan daging.
Setelah penat kami berehat sebentar dengan membeli minuman dan
makanan. Ketika minum kami dapat merasai kemanisan air tebu. Manakala
makanan, kami merasai kerangupan keropok lekor yang dibeli.

Anda mungkin juga menyukai