Anda di halaman 1dari 4

2.

0 Penulisan Esei (Stail bergandingan)


2.1 Pengenalan
Mosston

(1966)

telah

menghasilkan

laporan

berkenaan

kaedah

pengajaran dan tingkah laku. Menurut Nixon dan Locke (1973), laporan tersebut
yang bertajuk Spektra Gaya Pembelajaran dianggap sebagai satu teori yang
paling terulung dan terkini dalam bidang pedagogi Pendidikan Jasmani dalam
sejarah. Laporan tersebut mengatakan terdapatnya 11 stail di mana guru dan
murid memainkan peranan masing-masing dalam pembelajaran dan pengajaran
(pdp) untuk memastian objektif pembelajaran tercapai. Antaranya adalah stail
arahan, stail latihan, stail bergandingan, stail semak kendiri, stail peningkatan,
stail penemuan terbimbing, pengajaran berpusat, hasilan tercapah, reka bentuk
pelajar, pembelajaran penggerak diri dan pembelajaran kendiri. Namun
demikian, topik perbincangan kami adalah stail bergandingan dalam penulisan
esei ini.
2.2 Definisi
Stail bergandingan atau dikenali sebagai timbal balik atau reciprocal style
merupakan satu teknik pengajaran berpasangan yang menggunakan rakan
sebagai pemerhati dan pembimbing mengikut kriteria yang ditetapkan. Ia adalah
satu kaedah afektif dalam perubahan terhadap kaedah mengajar di dalam kelas.
Tiga hubungan penting wujud antara pelaku, pemerhati dan guru dalam stail ini.
Guru akan menjadikan semua subjek menjadi subjek utama, mewujudkan
kriteria, membuat keputusan yang logik, dan mewujudkan maklum balas kepada
pemerhati. Pelaku dan pemerhati pula akan berinteraksi melalui maklum balas
yang diperolehi semasa melakukan tugasan tersebut. Pada masa yang sama,
guru juga akan melihat pembelajaran yang sedang berlangsung dan hanya
pemerhati sahaja yang berkomunikasi dengan guru.
2.3 Objektif
Terdapat dua objektif dalam stail ini. Antaranya adalah objektif ekstrinsik
yang berasaskan isi pembelajaran, dan objektif intrinsik yang berasaskan tingkah

laku murid. Murid dapat membuat pemerhatian secara peribadi, membuat latihan
dengan pengawasan dan

mengenalpasti

perbezaan, persamaan

antara

perlakuan dan kesalahan yang dilakukan melalui objektif ekstrinsik. Bagi objektif
inrinsik pula, ia dapat mengembangkan kemahiran sosial dan komunikasi murid,
melatih

tahap

komunikasi

untuk

mengukuhkan

hubungan

reciprocal,

meningkatkan nilai empati, sikap sabar, toleransi, mempelajari perilaku sosial


seperti belajar mempercayai orang lain dan merasai perasaan melihat rakan
berjaya.
2.4 Peranan Guru berdasarkan Set Praimpak, Impak, Post Impak
Dari segi cara pelaksanaan stail, terdapatnya tiga peringkat yang guru
perlu lalui, iaitu: pra-impak, impak dan pasca impak. Dalam peringkat pra-impak,
guru perlu menyediakan rancangan pembelajaran harian. Selain itu, guru juga
harus menentukan gaya penyampaian isi pelajaran bersesuaian tahap kognitif
murid supaya mereka dapat mengetahui dan memahami isi pelajaran tersebut
dengan baik. Dari segi impak pula, penjelasan dilakukan berkaitan dengan
organisasi murid secara berpasangan, alat bantu mengajar, lembaran kerja dan
tugasan. Keputusan dilakukan semasa p&p dijalankan berdasarkan maklum
balas mengenai sesuatu tugasan yang diberikan. Dalam peringkat pasca impak,.
Guru akan menentukan objektif dan menyediakan senarai semak dan gambar
lakuan kepada murid. Kemudian, murid akan melakukan tugasan tersebut secara
berpasangan. Murid yang bertindak sebagai pemerhati akan membuat
pemerhatian dan menilai perlakuan pasangannya serta membuat perbandingan
dengan kriteria yang ditetapkan dalam senarai borang semak dan gambar
lakuan.
2.5 Kebaikan Stail Bergandingan
Setiap stail mempunyai kebaikan dan keburukannya. Begitu juga dengan
stail bergandingan. Melalui stail pembelajaran ini, isi pelajaran adalah tetap dan
tidak berubah seperti yang tercatat dalam kad tugasan. Murid dapat memahami
isi pelajaran dengan baik.

Mereka mempunyai masa dan peluang untuk

melakukan sesuatu perlakuan dalam hubungan reciprocal secara sendiri.


Mereka akan mempelajarinya dalam masa yang diberikan berdasarkan kriteria
yang terdapat dalam senarai borang semak dan gambar lakuan. Hubungan
sosial diwujudkan antara pemerhati dan pelaku. Hal ini kerana mereka akan
berinteraksi semasa melakukan sesuatu perlakuan. Pemerhati akan menegur
dan menunjukkan cara yang betul kepada pelaku berdasarkan kriteria jika
berlakunya kesalahan. Dengan ini,

murid dapat memberikan maklum balas

antara satu sama lain dalam pembelajaran dan guru dapat mencapai objektif
pembelajarannya.

Guru

juga

dapat

mengembangkan

perlakuan

dan

menggunakan masa yang mencukupi terhadap murid dalam mengambil


keputusan tambahan. Ia secara tidak langsung memberikan peluang kepada
penilai untuk menentukan skor yang diperolehi oleh pelaku.
2.6 Keburukan Stail Bergandingan
Murid menghadapi kesukaran untuk memilih pasangan yang sesuai. Hal
ini kerana persefahaman pasangan berkemungkinan tidak selari dan boleh
menyebabkan ketidakpuasan hati antara satu sama lain. Lama-kelamaan
perselisihan atau konflik akan berlaku jika ia dibiarkan berterusan. Selain itu,
stail ini juga hanya sesuai untuk mereka yang memerlukan bimbingan rakan
sebaya. Mereka biasanya malu untuk bertanya kepada guru dan lebih selesa
apabila mendapat bantuan daripada rakan sebaya. Mereka yang tidak
memerlukan bimbingan daripada rakan lebih suka kepada pembelajaran secara
kendiri atau mendapat bimbingan daripada guru. Mereka berpendapat mereka
menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap guru berbanding dengan rakan
sebaya. Tingkah laku yang baru akan wujud dan boleh menyebabkan
ketidakselesaan kepada murid. Sesuatu perlakuan diubah seperti penggunaan
kaki dominan dalam melakukan sesuatu kemahiran sukan bagi murid yang tidak
biasanya. Sesetengah murid tidak suka ditegur apabila melakukan sesuatu
perlakuan. Hal ini kerana dia merasakan perlakuan tersebut adalah betul
meskipun perlakuannya adalah salah dan seterusnya mengabaikan pendapat
penilai.

Anda mungkin juga menyukai