Anda di halaman 1dari 3

Deria Pendengaran

Deria pendengaran (sense of hearing) adalah deria yang boleh mengesan sumber bunyi
yang dihasilkan oleh objek bergetar.
Deria keseimbangan adalah deria yang bertanggungjawab
keseimbangan (equilibrium) apabila badan bergerak.

untuk

mengawal

Telinga (ear) adalah organ pendengaran manusia.


Manusia mempunyai dua telinga yang terletak di sisi kepala.
Struktur telinga manusia:

Struktur dan fungsi telinga manusia.

Telinga terbahagi kepada tiga bahagian iaitu, telinga luar, telinga tengah dan
telinga dalam.

Telinga luar dan telinga tengah dipenuhi dengan udara, manakala telinga dalam
dipenuhi dengan cecair.
Fungsi bahagian-bahagian telinga adalah seperti berikut:
Bahagian
Struktur / Ciri-ciri
Fungsi
Telinga luar:
Berbentuk corong dan
Mengumpul dan
Cuping telinga
terdiri daripada tulang
mengarahkan gelombang
(Pinna)
rawan.
bunyi ke dalam telinga.
Salur telinga
Tiub sempit yang
Menghantar gelombang
(Ear canal)
menghala ke arah
bunyi ke gegendang
gegendang telinga.
telinga.
Gegendang telinga
Membran nipis yang
Bergetar dan menghantar
(Eardrum)
memisahkan bahagian
gelombang bunyi ke
telinga luar daripada
osikel.
telinga tengah.
Telinga tengah:
Terdiri daripada tiga tulang Mempertingkatkan getaran
kecil:
gelombang bunyi
Osikel
sebanyak 22 kali sebelum
(Ossicles)
Tukul (Hammer):
menghantar ke tingkap
Menyentuh gegendang
bujur.
telinga.

Andas (Anvil):
Menyambungkan tulang
tukul kepada tulang rakap.
Rakap (Stirrup): Melekat
pada tingkap bujur.
Tiub Eustachia
(Eustachian tube)
Tingkap bujur
(Oval window)

Telinga dalam:
Koklea
(Cochlea)

Salur separuh bulat


(Semicircular canals)

Saraf auditori
(Auditory nerves)

Tiub sempit yang


menyambungkan bahagian
telinga tengah ke tekak.
Membran nipis yang
berbentuk bujur antara
telinga tengah dan telinga
dalam.
Tiub bergelung yang
penuh dengan cecair.
Dinding dalamnya
mempunyai hujung saraf
yang sensitif terhadap
getaran gelombang bunyi.
Tiga saluran yang terletak
pada sudut kanan di
antara satu sama lain.
Mempunyai kantung kecil
yang dipenuhi dengan
cecair dan hujung saraf
yang sensitif terhadap
keseimbangan fizikal
badan.
Sekumpulan saraf yang
menyambungkan sel-sel
deria ke otak.

Mengimbangi tekanan
udara di kedua-dua belah
gegendang telinga.
Menghantar getaran bunyi
dari bahagian telinga
tengah ke telinga dalam.
Mengubah getaran bunyi
kepada impuls.

Mengimbangi kedudukan
badan.

Menghantar impuls dari


koklea ke otak untuk
ditafsirkan sebagai bunyi.

Tiub Eustachia dan salur separa bulat adalah bahagian telinga yang tidak terlibat
dalam pendengaran.
Tiub Eustachia mengimbangi tekanan pada kedua-dua belah gegendang telinga.

Salur separuh bulat mengawal keseimbangan badan (body equilibrium).


Salur separuh bulat terdiri daripada tiga tiub yang diisi dengan sejenis cecair
yang dipanggil 'endolymph'.
Pergerakan kepala akan mempengaruhi keadaan endolymph.

Pergerakan endolymph akan merangsang sel-sel deria untuk mengeluarkan


impuls.

Impuls tersebut akan dihantar ke otak untuk mengesan kedudukan dan arah
pergerakan kepala.

Mekanisme pendengaran telinga


1.
Bunyi dihantar dari satu kawasan ke kawasan lain dalam bentuk gelombang
(waves).
2.
Cuping telinga mengumpul gelombang bunyi dan mengarahkannya terus kepada
salur telinga.
3.
Salur telinga mengarahkan gelombang bunyi tersebut ke gegendang telinga.
4.
Telinga bergetar apabila ia menerima gelombang bunyi.
5.
Getaran gelombang bunyi digandakan/dipergiatkan/dipertingkatkan (intensified)
sebanyak 22 kali oleh osikel.
6.
Getaran yang dipertingkatkan itu kemudiannya dihantar ke koklea melalui
tingkap bujur.
7.
Getaran tingkap bujur menyebabkan endolymph dalam koklea untuk bergetar
dan merangsang sel-sel saraf di dalam koklea.
8.
Sel-sel saraf di dalam koklea mengubah getaran cecair kepada impuls.
9.
Impuls dihantar dari koklea ke otak melalui saraf auditori untuk ditafsirkan
sebagai bunyi.

Anda mungkin juga menyukai