Anda di halaman 1dari 2

MENCARI GULA- GULA DALAM TEPUNG1.

Perlawanan ini melibatkan 10 orang peserta.


2. Gula- gula disediakan sebanyak 10 biji dan tersimpan di dalam pinggan yang
berisi tepung gandum.
3. Peserta pertama akan berlari kehadapan dan meniup tepung tersebut dan
mengambil hanya sebiji gula-gula.
4. Setelah mendapat gula-gula peserta tadi akan berlari semula ke arah kumpulan
masing- masing dan meletakkan gula- gula di hadapan kumpulannya.
5. Seterusnya peserta ke-2 akan berlari ke arah pinggan tepung tadi dan
mengulangi proses yang samasehinggalah kepada peserta yang ke-10.
6. Kumpulan yang terpantas menggumpul kesemua 10 biji gula- gula tersebut
adalah pemenang.
* Mana- mana kumpulan yang melanggar peraturan akan dibatalkan permainan.

BALING DAN SAMBUT BELON BERISI AIR1.


Perlawanan ini melibatkan 10 orang peserta.
2. Masa pertandingan ditetapkan selama 3 minit.
3. Setiap kumpulan dibekalkan 10 biji belon yang berisi air.
4. Salah seorang peserta akan berdiri di tepi bekas belon yang disediakan di
hadapan. Peserta ini merupakan pembaling belon.
5. Pembaling belon akan membalingkan belon itu kepada ahli kumpulannya yang
berada di hadapan sekali dan hendaklahmenyambut belon itu dengan cermat.
6. Belon yang selamat disambut akan diletakkan ke dalam bekas yang disediakan.
7. Kemudian peserta yang seterusnya akan mengulangi proses yang sama
sehinggalah masa tamat.
8. Mana- mana belon yang gagal disambut tidak akan diambil kira.
9. Belon yang gagal disambut hendaklah dihantar semula kepada pembaling belon
untuk dibaling semula kepada ahli kumpulannya.
10. Lontaran dibuat sekali sahaja kepada peserta yang berada dihadapan.
11. Kumpulan yang berjaya memungut lebih banyak belon yang masih berkeadaan
baik dianggap menjuarai pelawanan.

* Mana- mana kumpulan yang melanggar peraturan akan dibatalkan permainan.

Anda mungkin juga menyukai