Anda di halaman 1dari 5

PERATURAN PERTANDINGAN MERENTAS DESA

MSS DAERAH KULIM BANDAR BAHARU


KALI KE 13, 2014
1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-undang Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Peraturanperaturan Am Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan Peraturan Pertandingan Merentas Desa
Majlis Sukan Sekolah Daerah Kulim Bandar Baharu.
2. TARIKH PERTANDINGAN
Tarikh
Masa
Tempat

: 08 Februari 2014 ( Sabtu )


: 8.00 pagi
: SMK Taman Mutiara

3. JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan akan diadakan secara individu dan berpasukan:
4. KATEGORI DAN JARAK LARIAN
Kategori
A
B
C
D

Peringkat Umur
Lelaki bawah 18 tahun
Perempuan bawah 18 tahun
Lelaki bawah 15 tahun
Perempuan bawah 15 tahun

Jarak
8 km
6 km
6 km
6 km

5. PENDAFTARAN PESERTA
5.1

Setiap sekolah dikehendaki mendaftar satu pasukan sahaja bagi setiap kategori.

5.2

Setiap sekolah hanya dibenarkan mendaftar tidak melebihi enam ( 6 ) orang peserta dalam setiap
kategori.

5.3

Pendaftaran peserta hendaklah menggunakan Borang Pendaftaran Rasmi yang disediakan dan
disahkan oleh Pengetua / Penolong Kanan sekolah masing-masing. ( Sila muat turun dari emel
yang dikirim ke sekolah masing-masing atau portal PPDKBB ).

5.4 Setiap sekolah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa setiap peserta yang didaftarkan sihat
dan berkemampuan untuk menyertai pertandingan ini.
5.5 Borang penyertaan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat emel berikut :

merentasdesa.kbb@gmail.com
atau
Jawatankuasa Pertandingan
Merentas Desa MSSDKBB 2014,
d/a Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara,

5.6 Tarikh tutup penyertaan ialah pada jam 12.00 tengah hari, 5 Februari 2014.
5.7 Salinan kad pengenalan / surat beranak yang disahkan hendaklah diserahkan kepada JK
Pertandingan semasa pendaftaran hari pertandingan.
6. KELAYAKAN PESERTA
6.1

Kelayakan Am.
6.1.1

Pelajar-pelajar adalah warganegara Malaysia.

6.1.2

Pelajar-pelajar yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM tidak layak menyertai
pertandingan ini.

7. HAD UMUR PESERTA


7.1

Had umur peserta-peserta bagi pertandingan MSSDKBB adalah seperti berikut:


7.1.1

18 tahun dan ke bawah ( Lahir pada tahun 1996, 1997 dan 1998 )

7.1.2

15 tahun dan ke bawah ( Lahir pada tahun 1999, 2000 dan 2001 )

7.2

Kiraan umur adalah pada 1 Januari tahun pertandingan.

7.3

Seseorang peserta dibenarkan menyertai pertandingan dalam kumpulan umurnya sahaja.

7.4

Semua peserta hendaklah bersedia menunjukkan kad pengenalan atau salinan sijil kelahiran yang
disahkan oleh Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan sekolah peserta berkenaan jika ada
bantahan.

8. PUNGUTAN MATA BAGI ACARA BERPASUKAN


8.1

Pencapaian terbaik LIMA (5) peserta bagi setiap kategori yang menamatkan larian akan
menentukan pungutan mata pasukan..

8.2

Pasukan yang mendapat agregat terendah akan diisytiharkan sebagai pemenang.

8.3

Jika berlaku seri, kedudukan peserta tempat kelima akan diambil kira bagi menentukan pasukan
pemenang

9. PENENTUAN JOHAN KESELURUHAN


9.1

Johan keseluruhan adalah berdasarkan kepada jumlah agregat terendah yang dikumpulkan
daripada keempat-empat kategori.

9.2

Sekiranya seri sekolah yang mendapat kedudukan pertama terbanyak akan dikira sebagai
pemenang.

9.3

Jika masih seri, tempat kedua dan seterusnya akan dikira bagi menentukan pemenang.

10. HADIAH
10.1 Hadiah akan diberikan kepada pemenang individu tempat pertama hingga ke lima belas bagi
setiap kategori yang dipertandingkan.

11. NOMBOR PESERTA


11.1 Setiap peserta hendaklah memakai sepasang nombor yang ditentukan oleh jawatankuasa
pengelola. Nombor mestilah dipakai di depan dan di belakang serta disematkan dengan pin pada
setiap penjuru kain.
11.2 Nombor peserta disediakan oleh pasukan masing-masing (berserta pin). Nombor bagi setiap
sekolah adalah seperti berikut:
a) Sekolah Menengah
BIL
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30

SMK
SMK
SMK
SMK
SMK
SMK
SMK

SEKOLAH
St. Annes Convent
Sultan Badlishah
Chio Min
St Patrick
Padang Serai
Tunku Panglima Besar
Serdang

SMK Taman Jelutong


SMK Sultan Ahmad Tajudin
SMK Sungai Kob
SMK Lubuk Buntar
SM Vokasional
SMK Junjung
SMK Keladi
SMK Taman Kenari

SMK Kulim
SMK Mahang
SMK Labu Besar
Mak. Ren. Sains MARA PDRM
SMK Lunas
SMK Sungai Karangan
SMK Dato Lela Pahlawan
SMK Selama
SMK Serdang Baru
SABK Islahiah
SMK Taman Mutiara

NOMBOR
001-099
100-199
200-299
300-399
400-499
500-599
600-699
700-799
800-899
1000-1099
1100-1199
1200-1299
1300-1399
1400-1499
1500-1599
1600-1699
1700-1799
1800-1899
1900-1999
2000-2099
3000-3099
4000-4099
5000-5099
6000-6099
7000-7099
8000-8099
9000-9099
2100- 2199
900-999
2200 - 2299

ABJAD
A
B
C
D
E
F
H
HT
TJ
J
G
U
V
Y
T
TK
TS
PB
AM
K
M
W
S
L
P
R
N
SB
SA
TM

12. PAKAIAN
Peserta hendaklah memakai pakaian yang sesuai dan kemas ketika bertanding dan semasa upacara
penyampaian hadiah.
13. PEMBATALAN PESERTA
Peserta-peserta yang tidak lengkap tanda-tanda pengenalan dan pengesahan larian yang dinyatakan
semasa taklimat akan dibatalkan penyertaannya.
14. BANTAHAN
14.1 Sebarang bantahan hendaklah dibuat dengan mematuhi prosedur Peraturan 146 KOAM.
14.2 Bantahan tentang keputusan pertandingan hendaklah dilakukan tidak lewat dari lima belas (15)
minit selepas keputusan rasmi diumumkan.
14.3 Sebarang bantahan bertulis oleh pengurus pasukan yang bertanggungjawab kepada Juri Rayuan
mestilah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM300.00 tunai (Ringgit Malaysia Tiga
Ratus sahaja).
15. HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA
15.1 Pihak Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik berhak memutuskan
sebarang perkara yang tidak dinyatakan dalam Undang-undang Kesatuan Olahraga Amatur
Malaysia (KOAM), Peraturan-peraturan Am MSSM dan Peraturan Pertandingan Merentas Desa
MSSDKBB. Segala keputusan adalah muktamad.
15.2 Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan harta benda
peribadi peserta dan pegawai atau kemalangan, kematian, kecatatan anggota, kehilangan anggota
badan atau sebarang kecederaan lain berlaku sebelum, pada dan selepas pertandingan ini.
15.3 Walau bagaimanapun, pihak pengelola tetap berusaha untuk mengambil langkah-langkah yang
perlu bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin semasa
pertandingan ini dijalankan setakat mana yang munasabah.

Disediakan oleh;
PTPS Balapan dan Padang
Majlis Sukan Sekolah Daerah
Kulim Bandar Baharu

ATURCARA KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD KULIM BANDAR BAHARU 2014


MASA

PERISTIWA

7.30

Semua peserta melapor diri / pendaftaran peserta / memanaskan badan

8.00 pagi

Semua peserta berkumpul untuk Taklimat Larian oleh Pegawai Kejohanan

8.15 pagi

Peserta bawah 15 tahun Lelaki dilepaskan

8.25 pagi

Peserta bawah 15 tahun Perempuan dilepaskan

8.35 pagi

Peserta bawah 18 tahun Lelaki dilepaskan

8.45 pagi

Peserta bawah 18 tahun Perempuan dilepaskan

9.45 pagi

Semua peserta dijangka telah menamatkan larian

10.30 pagi

Keputusan dipamerkan untuk semakan

11.00 pagi

Semua peserta berkumpul untuk majlis penyampaian hadiah

11.15 pagi

Upacara Penyampaian Hadiah dan Penutup

Anda mungkin juga menyukai