Anda di halaman 1dari 11

UKURAN GARIS TEPI

Jidar Atas

30 mm dari birai atas

Jidar Kanan

25 mm dari birai kanan

Jidar Kiri

38 mm dari birai kiri

Jidar Bawah

25 mm dari birai bawah

PERINGATAN
Semua tajuk kecuali judul tesis, rujukan dan lampiran hendaklah
ditaip 50 mm dari birai atas.
Ruang letak jadual dan ilustrasi termasuk keterangan, mestilah
mengikut keperluan 2.1 (a).
Perenggan terakhir dalam sesuatu halaman hendaklah mengandungi
sekurang-kurangnya dua baris teks bertaip. Jika tidak, pindahkan teks
tersebut ke halaman berikutnya sebagai perenggan baru.
Perkataan terakhir pada baris terakhir sesuatu halaman tidak boleh
menggunakan tanda sempang.
Sesuatu halaman baru hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya
satu baris teks.

MENOMBORKAN HALAMAN
LETAK NOMBOR HALAMAN

Letaknya hendaklah di sudut atas sebelah kanan, 15 mm dari birai


atas dan 25 mm dari birai kanan bagi digit terakhir nombor
berkenaan. Gunakan jenis huruf yang sama seperti huruf teks, tanpa
hiasan.

JENIS NOMBOR

Halaman permulaan (bermula dari halaman judul) hendaklah


dinomborkan dengan angka kecil Roman secara berturut-turut : i, ii, iii
dan sebagainya.
Penomboran bahagian hendaklah dieja dengan HURUF BESAR
(misalnya BAHAGIAN SATU).
Nombor halaman teks hendaklah menggunakan angka Arab 1, 2, 3,
.

PERINGATAN
Halaman permulaan (halaman judul) dianggap sebagai halaman i
tetapi nombornya tidak ditaip.
Halaman pertama teks dianggap sebagai halaman 1 tetapi
nombornya tidak ditaip.
Begitu juga bagi halaman pertama setiap permulaan bahagian atau
bab, tidak ditulis nombor halamannya tetapi diambil kira bagi
menomborkan halaman berikutnya.

TERTIB

Susunan dan kandungan tesis hendaklah mengikut tertib seperti yang


berikut :
HALAMAN JUDUL
PENGAKUAN

PENGHARGAAN
ABSTRAK
1

ABSTRACT (Terjemahan Abstrak)

SENARAI KANDUNGAN

SENARAI JADUAL
SENARAI ILUSTRASI
SENARAI SIMBOL /SINGKATAN /TATANAMA /ISTILAH
TEKS
RUJUKAN
LAMPIRAN

ABSTRACT hendaklah didahului dengan terjemahan judul yang ditaip dengan HURUF
BESAR dan dalam bentuk piramid terbalik.
2

Tesis yang disediakan lebih daripada satu jilid, perlu ada Senarai
Kandungan yang lengkap pada setiap jilid.

HALAMAN JUDUL

Halaman ini hendaklah mengandungi maklumat (ditaip satu langkau


dengan HURUF BESAR) dan mengikut susunan seperti yang berikut :
Judul Tesis (Dalam bentuk piramid terbalik - 60 mm dari
birai atas)
Nama
Penuh
Penulis
(Seperti
pengenalan/pasport antarabangsa)

dalam

kad

Tujuan tesis dikemukakan (Calon hendaklah menulis satu


daripada ungkapan berikut, mana-mana yang berkaitan,
dengan menyatakan nama ijazah yang berkenaan).
TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMPEROLEH
IJAZAH
TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI
SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEH IJAZAH
.
Nama Fakulti/Institut/Pusat
Nama Universiti (Tulis UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA)
Nama kampus tempat calon berdaftar (Calon hendaklah
menulis satu daripada yang berikut: BANGI atau KUALA
LUMPUR).
Tahun penyerahan naskhah akhir tesis kepada universiti
(Dua langkau selepas nama kampus dan 40 mm dari birai
bawah)
(Contoh LAMPIRAN C1, LAMPIRAN C2 dan LAMPIRAN C3)

PERHATIAN
Jika Halaman Judul Ini Ditulis Dalam Bahasa Arab Atau Inggeris,
Terjemahannya Dalam Bahasa Melayu Hendaklah Disertakan Pada
Halaman Yang Berikutnya.
(Contoh Lampiran C3 dan Lampiran C4)

PENGAKUAN

Pengakuan hendaklah dimulakan pada halaman baru selepas


halaman judul ditaip di tengah-tengah halaman tersebut. Calon
dikehendaki menulis dan menandatangani pengakuan seperti yang

berikut :

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tarikh

Tandatangan
Nama Calon
Nombor Pendaftaran

atau sekiranya tesis ditulis dalam Bahasa Inggeris, pengakuannya


hendaklah ditulis seperti berikut :

DECLARATION

I hereby declare that the work in this thesis is my own except for
quotations and summaries which have been duly acknowledged.

Date

(Contoh LAMPIRAN D)

PENGHARGAAN

Signature
Name
Registration No.

Penghargaan kepada sebarang bantuan yang telah diberi oleh orang


perseorangan atau pertubuhan dalam penyediaan tesis calon
hendaklah dirakam di halaman ini dengan perkataan PENGHARGAAN
ditaip di tengah-tengah halaman tersebut. Calon tidak digalakkan
menulis penghargaan terlalu panjang.
Dedikasi tidak dibenarkan.

ABSTRAK DAN TERJEMAHANNYA

Abstrak dan terjemahannya hendaklah masing-masing dimulakan


pada halaman baru selepas penghargaan. Perkataan ABSTRAK
hendaklah ditaip 30 mm dari birai atas dan di tengah-tengah antara
jidar kiri dengan jidar kanan. Panjang abstrak hendaklah antara 200
hingga 300 patah perkataan. Pada umumnya penulisan abstrak
mestilah bersifat penjelasan maklumat dan tidak bersifat penulisan
kritikan.
Abstrak biasanya merangkumi maklumat-maklumat berikut :
Objektif dan matlamat kajian
Perkaedahan
kegunaannya

kajian

seperti

kaedah,

teknik

dan

Penemuan baru seperti teori baru, istilah, tafsiran atau


penilaian yang dinyatakan dengan tepat
Abstrak tidak merangkumi maklumat berikut :
Tambahan, pembetulan atau sebarang maklumat yang
tidak terdapat di dalam tesis
Jadual, ilustrasi dan rujukan langsung kepadanya
Pemerihalan terperinci tentang eksperimen, tinjauan
pustaka, organisma, kaedah piawai, teknik dan alat.
Rujukan dan sorotan susastera

Bagi penulisan dalam bahasa Melayu, abstraknya hendaklah dalam


bahasa Melayu dan diikuti dengan terjemahannya dalam bahasa
Inggeris berserta judul yang diterjemahkan ditaip 30 mm dari birai
atas, satu langkau dan dalam bentuk piramid terbalik sebelum
perkataan ABSTRACT.
(Contoh LAMPIRAN E1 DAN LAMPIRAN E2)
Bagi penulisan yang dibuat dalam bahasa lain selain daripada bahasa
Melayu, abstrak hendaklah dalam bahasa tersebut dan diikuti dengan
terjemahannya dalam bahasa Melayu. Juga perlu disertakan
perluasan abstrak dalam bahasa Melayu tidak melebih 1000 patah
perkataan.

SENARAI KANDUNGAN

Senarai kandungan hendaklah dimulakan pada halaman baru dengan


perkataan KANDUNGAN ditaip di tengah-tengah antara jidar kiri
dengan jidar kanan dan mengandungi senarai bahan yang terdapat
dalam kandungan tesis, iaitu tajuk-tajuk Bahagian, Bab dan subtajuksubtajuk yang berkenaan. Tajuk-tajuk dan subtajuk berkenaan
hendaklah selaras seperti yang terdapat dalam teks.
(Contoh LAMPIRAN F)

SENARAI JADUAL

Dimulakan pada halaman baru dengan perkataan SENARAI JADUAL


ditaip di tengah-tengah antara jidar kiri dengan jidar kanan. Senarai
ini hendaklah mengandungi tajuk jadual yang disertakan dalam
penulisan dan tajuk-tajuknya hendaklah seperti tajuk yang terdapat
pada jadual berkenaan.
(Contoh LAMPIRAN G1)
SENARAI ILUSTRASI

Dimulakan pada halaman baru dengan perkataan SENARAI ILUSTRASI


ditaip di tengah-tengah antara jidar kiri dengan jidar kanan dan
hendaklah mengandungi senarai tajuk rajah, gambar rajah, gambar
foto, peta, graf dan sebagainya. Tajuk-tajuk berkenaan hendaklah

seperti yang terdapat di dalam tesis.


(Contoh LAMPIRAN G2 & LAMPIRAN G3)

SENARAI SIMBOL

Senarai simbol/singkatan/tatanama dan istilah hendaklah diletakkan


pada halaman baru selepas halaman senarai ilustrasi. Susunan
mengikut urutan abjad.
(Contoh LAMPIRAN G4)

SENARAI KES YANG DISEBUT

Senarai kes yang disebut hendaklah diletakkan pada halaman baru


dengan perkataan SENARAI KES YANG DISEBUT ditaip di tengahtengah antara jidar kiri dengan jidar kanan. Susun mengikut urutan
abjad
(Contoh LAMPIRAN G5)

SENARAI STATUT

Senarai Statut hendaklah diletakkan pada halaman baru dengan


perkataan SENARAI STATUT ditaip di tengah-tengah antara jidar kiri
dengan jidar kanan. Susun mengikut urutan abjad.
(Contoh LAMPIRAN G6)

TEKS
PANJANG TESIS

Doktor Falsafah
Sarjana

tanpa

tidak melebihi 100,000 patah perkataan


kerja

tidak melebihi 60,000 patah perkataan

kursus
Sarjana
kursus

dengan

kerja

tidak melebihi 30,000 patah perkataan

CATATAN
Jumlah Perkataan Tidak Termasuk Catatan Bawah, Petikan,
Lampiran, Formula, Jadual, Gambarajah Dan Sebagainya.

PENDAHULUAN

Teks boleh dimulakan dengan pendahuluan. Bahagian ini boleh


dimasukkan sebelum bahagian pertama atau bab pertama. Jika
penulisan mempunyai pendahuluan, perkataan PENDAHULUAN
hendaklah ditulis dengan huruf besar dan diletakkan 50 mm dari birai
atas dan di tengah-tengah antara jidar kiri dengan jidar kanan. Baris
pertama teks hendaklah dimulakan 3 langkau di bawah perkataan
PENDAHULUAN.
BAHAGIAN

Sesuatu tesis tidak perlu dipecahkan kepada bahagian, kecuali dalam


keadaan tertentu. Setiap bahagian hendaklah dimulakan pada
halaman baru. Perkataan BAHAGIAN SATU hendaklah ditulis 50 mm
dari birai atas dan di tengah-tengah antara jidar kiri dengan jidar
kanan. Tajuk-tajuk kecil atau isi bahagian hendaklah dimulakan 3
langkau di bawah perkataan BAHAGIAN, dan hendaklah memenuhi
keperluan jidar. Bagi bahagian-bahagian seterusnya keperluan yang
disebutkan ini hendaklah juga dipatuhi.
(Contoh LAMPIRAN H)
BAB

Teks juga mungkin bermula terus dengan bab, iaitu BAB 1. Bab juga
boleh merupakan pecahan di bawah bahagian. Bab 1 ditulis 50 mm
dari birai atas dan di tengah-tengah antara jidar kiri dengan jidar
kanan.

Tajuk bab dimulakan 3 langkau di bawah perkataan BAB 1, dan


terletak di tengah-tengah antara jidar kiri dengan jidar kanan.
Subtajuk atau isi bab pula dimulakan 3 langkau di bawah tajuk bab
dan hendaklah memenuhi keperluan jidar.
Bagi bab-bab seterusnya, keperluan-keperluan yang disebutkan ini
hendaklah juga dipatuhi.
(Contoh LAMPIRAN I)

ISI TEKS

Isi teks mengandungi keterangan lanjut mengenai penyelidikan yang


boleh dibahagi dalam bentuk bahagian, bab dan subtajuk. Sekiranya
sesebuah tesis memerlukan jadual dan ilustrasi, panduan berikut
hendaklah dipatuhi.
Tajuk jadual hendaklah ditulis di atas jadual. Apabila
kedudukan sesuatu jadual itu melintang, bahagian atasnya
hendaklah terletak di sebelah tulang belakang tesis.
Jadual hendaklah dinomborkan mengikut bab.
Tajuk ilustrasi hendaklah di tulis di bawah ilustrasi. Apabila
kedudukan sesuatu ilustrasi itu melintang, bahagian
atasnya hendaklah terletak di sebelah tulang belakang
tesis. Ilustrasi hendaklah dinomborkan mengikut bab.

PETIKAN

Petikan yang disisipkan di dalam ayat hendaklah tidak melebih 40


patah perkataan dan mesti dimulai dan diakhiri dengan tanda petik
.
Seluruh petikan yang melebihi 40 patah perkataan hendaklah ditaip
berasingan pada perenggan yang baru satu setengah langkau dengan
ensotan tanpa tanda petik.

SENARAI RUJUKAN

Senarai rujukan hendaklah dimulakan pada halaman yang baru


dengan perkataan RUJUKAN ditaip 30 mm dari birai atas dan di
tengah-tengah antara jidar kiri dengan jidar kanan. Bahagian ini
hendaklah mengandungi senarai bahan yang dirujuk di dalam teks.
Bahan yang tidak dirujuk di dalam teks tidak perlu disenaraikan.
Penyenaraian bahan adalah mengikut Sistem Pengarah Tarikh Gaya
UKM. Kesemua bahan rujukan hendaklah disusun mengikut abjad.
Untuk penjelasan selanjutnya, sila rujuk Bahagian Dua Panduan ini.

LAMPIRAN

Tesis tidak semestinya mengandungi lampiran. Sekiranya perlu,


bolehlah dimasukkan glosari, data kajian, jadual, contoh soal selidik,
dan sebagainya yang terlalu panjang untuk dimasukkan ke dalam
teks atau yang tidak diperlukan secara langsung bagi menjelaskan
perkara yang dibincangkan dalam teks.
Lampiran boleh disusun sebagai LAMPIRAN A, LAMPIRAN B,
bergantung pada jenis dan banyaknya bahan yang disertakan sebagai
lampiran. Perkataan LAMPIRAN A hendaklah ditulis 30 mm dari birai
atas dan ditengah-tengah antara jidar kiri dengan jidar kanan.
Lampiran juga boleh diberi tajuk tertentu.
Lampiran (jika disertakan) hendaklah disenaraikan mengikut tajuknya
di dalam Senarai Kandungan.

http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/panduan/format.html

Anda mungkin juga menyukai