Anda di halaman 1dari 3

MOHD SHAHRIN BIN BAKAR

50278

Analisis Filem Pendek - 32C Fall In Love


Cerita ini mengisahkan tentang kisah cinta Pak Guard dan juga Cashier KK Shop.
Pada suatu malam, Pak Guard telah mendatangi kedai KK Shop untuk membeli barang.
Namun, kehadiran dia di kedai tersebut adalah disengajakan kerana dia ingin menjumpai
gadis idamannya yang menjadi Cashier di kedai tersebut. Malangnya, dia tidak mempunyai
keberanian untuk mendekati gadis tersebut dan meluahkan perasaannya kepada si dia. Tibatiba, mereka berdua didatangi seorang lelaki yang memakai kot hujan berwarna kuning dan
bertopeng untuk merompak kedai tersebut.
Perompak tersebut mengarahkan gadis Cashier tadi untuk membuka mesin
menyimpan duit itu. Setelah dibuka didapati tidak banyak duit yang ada dalam simpanan
mesin duit tersebut. Berlaku soal jawab antara perompak tersebut dengan gadis Cashier itu,
di mana si perompak mempersoalkan di manakah perginya semua duit kedai itu lalu si gadis
tadi menjawab bahawa perniagaan mereka tidak berjalan dengan lancar kerana kenaikan
harga minyak. Secara tidak langsung, isu semasa digunakan kerana harga minyak
sememangnya tidak menentu dan boleh mempengaruhi kewangan masyarakat secara tidak
langsung.
Kemudian, si perompak menjadikan si Pak Guard dan Gadis Cashier sebagai
tahanannya. Dia mengikat mereka berdua bersama sama. Pada masa itu, perompak sedang
asyik memilih barang di kedai tersebut untuk di rompak selain daripada wang yang dimiliki
kedai tersebut. Ketika sedang asyik memilih, si perompak mendapat satu panggilan iaitu
panggilan daripada teman wanitanya. Dengan riak mata yang sedih, si perompak tiba2
terhenti seketika daripada melakukan aktivitinya dan berdiri kaku kerana teman wanitanya
ingin memutuskan hubungan mereka. Perompak itu merasa sangat sedih dan memerlukan
tempat untuk dia bersedih, kebetulan tahanannya tadi ada di tempat kejadian dia terus
mengadu kepada mereka berdua mengenai teman wanitanya yang ingin memutuskan
hubungan mereka. Si perompak tiba-tiba menghalakan pisaunya kepada Pak Guard dan
menyuruh dia untuk meluahkan perasaannya kepada Gadis Cashier yang diminatinya itu
tadi.
Si perompak telah lama memerhati mereka berdua di dalam kedai tersebut dan itulah
sebabnya dia menyuruh si Pak Guard untuk meluahkan perasaannya terhadap gadis itu tadi.
Pada masa yang sama, si perompak tahu bahawa Pak Guard tiada keyakinan diri dan tidak
berani untuk meluahkan perasaannya. Oleh itu, si perompak tetap memaksanya untuk
melakukannya. Gadis tersebut merasa malu dan kekok terhadap kelakuan si perompak

MOHD SHAHRIN BIN BAKAR


50278
tersebut namun dia tidak dapat berbuat apa-apa, hanya mampu menurut sahaja kehendak
perompak itu tadi. Setelah itu, kedai tersebut didatangi seorang wanita tua berpakaian sukan.
Lalu, si perompak mendatangi wanita tua itu, dan menanyakan kehendak wanita tua itu tadi.
Dengan spontan si perompak telah menjadi cashier untuk sementara waktu. Wanita tua
tersebut datang ke kedai itu kerana ingin membeli sekotak rokok. Ketika wanita tua itu
menanyakan harga sekotak rokok tersebut, dia terkejut. Kerana, harga sebelumnya adalah
murah berbanding pada masa itu. Lalu si perompak mengatakan bahawa harga rokok sekotak
tersebut naik kerana harga minyak sekarang naik dan mempengaruhi kebanyakan harga
barangan.
Di sini, sekali lagi isu harga minyak telah timbul. Terdapat unsur pengulangan pada
babak tersebut. Selain itu, pengarah filem pendek ini sengaja menimbulkan isu tersebut
kerana ingin mengkritik isu semasa di negara kita. Ini jelas ditunjukkan pada babak di mana,
si perompak menanyakan kepada wanita tua itu tadi bahawa dia datang ke sini menggunakan
apa, lalu wanita tua itu menjawab dia datang dengan menggunakan basikal kerana harga
minyak naik, untuk berjimat dia terpaksa menggunakan basikal daripada menggunakan kereta
atau motosikal. Selain itu, wanita tua itu juga bengang dengan harga rokok itu tadi naik
daripada RM10.50 menjadi RM12.00 dan sekarang dia terpaksa membayar lebih RM1.50
untuk membeli rokok itu. Daripada harus membayar sebanyak itu untuk setiap sekotak rokok
lebih baik rompak sahaja dia kata wanita tua itu. Di sini jelas babak tersebut adalah bertujuan
untuk mengkritik mengenai isu harga minyak. Selain itu, babak tersebut juga menunjukkan
unsur ironi di mana, wanita tua itu tadi berkata rompak sahaja dia padahal sedang berlaku
rompakan di kedai tersebut.
Setelah wanita tua itu beredar daripada kedai tersebut, Si perompak mendapati Pak
Guard yang menjadi tahananya tadi hilang. Dia menjadi curiga dan mula mencari di mana
lelaki itu bersembunyi. Tiba-tiba Pak Guard tadi datang dan menerjah Si Perompak dan
berlakulah pergelutan antara mereka. Semasa berlakunya pergelutan itu tadi, tiba-tiba telefon
bimbit si perompak berbunyi kerana teman wanitanya menelefon semula. Setelah itu, si
perompak meminta Pak Guard untuk berhenti menahannya kerana panggilan itu penting
untuknya. Mereka mencapai kata sepakat untuk melepaskan diri masing-masing dengan
kiraan sehingga tiga. Ketika si perompak menjawab panggilan tersebut, dia tanpa banyak
bicara telah meninggalkan kedai tersebut dengan serta merta. Pak Guard tersebut hairan,
kerana dia pergi meninggalkan kedai begitu sahaja tanpa membawa hasil rompakannya tadi.
Lalu, lelaki itu pergi membuka ikatan pada tangan gadis tadi. Semasa membuka ikatan

MOHD SHAHRIN BIN BAKAR


50278
tersebut, lelaki itu sekali lagi bertanya kepada gadis itu. Adakah dia suka juga kepada lelaki
itu. Namun, perempuan itu hanya tersenyum dan mendiamkan diri.
Seterusnya, mereka berdua duduk di satu sudut sambil menikmati mi cawan dan
membahaskan perihal si perompak tadi. Sambil mereka menikmati mi cawan tersebut,
mereka juga saling mengenali sesama mereka. Pada masa yang sama, gadis tersebut
merancang untuk memakan mi cawan lagi untuk esok bersama lelaki itu dan lelaki itu terus
bersetuju. Maksudnya, gadis ini menerima luahan hati lelaki tadi, cuma dia memerlukan masa
untuk mengenali lelaki tersebut. Babak seterusnya ialah, satu lesen kedai telah ditunjuk dan
berlakulah satu twist dalam filem ini. Iaitu, sebenarnya pada awal lagi, perompak itu tadi
adalah pemilik kedai tersebut dan merancang untuk menyatukan mereka berdua.
Apa yang diceritakan oleh si perompak kepada mereka berdua tadi adalah benar di
mana, teman wanita itu gemar dengan mi. Ini adalah oleh kerana, pada babak yang terakhir, si
pemilik kedai berjalan dengan teman wanitanya yang sedang memakan mi cawan dan
menggunakan pakaian seperti orang yang bekerja membuat mi atau menjual mi di geraigerai. Si pemilik kedai ataupun si perompak tadi telah menceritakan kepada teman wanitanya
apa yang berlaku dan mengapa dia berpakaian sedemikian dan cerita tersebut tamat.

Anda mungkin juga menyukai