Anda di halaman 1dari 8

BAB 6 BRITISH MENGEKSPLOITASI

EKONOMI (TANAH MELAYU, SARAWAK


DAN SABAH)
6.1 Kegiatan Pertanian Dagangan (Teks m/s:
126-128)
- peringkat awal diusahakan jenis tanaman
tradisional seperti lada hitam, gambir, buah
pala, cengkih, ubi kayu, tebu dan nanas
- diusahakan kerana mendapat pasaran yang
baik
- British hanya menggalakkan peladang Eropah
dan orang asing untuk mengusahakan
pertanian dagangan
- penduduk tempatan tidak digalakkan terlibat
a) Lada hitam dan gambir
- untuk tujuan eksport
- diusahakan di Pulau Pinang, Selangor, Negeri
Sembilan dan Sarawak
- kurun
ke-19
lada
hitam
dan
gambir
diperkenalkan di Johor melalui Sistem Kangcu
- di Johor tanaman ini diusahakan oleh orangorang Cina dari Singapura
- tanaman ini menjadi hasil eksport penting
Johor sehingga awal kurun ke-20
- gambir biasanya digunakan sebagai bahan
pewarna dan mencelup sutera
b)Buah pala dan cengkih
- banyak ditanam di Pulau Pinang
- tanaman buah pala diutamakan kerana
harganya lebih tinggi
- dieksport ke Eropah dan China
- cengkih yang dikeringkan sesuai dijadikan
ubat
- 1850-an
tanaman
ini
merosot
kerana
harganya tidak stabil
c) Tebu
- ladang tebu banyak dibuka di Seberang Perai
dan Perak
- permintaan terhadap gula meningkat di
pasaran dunia
- 1830-an Seberang Perai merupakan pusat
pengeluaran gula utama di negeri-Negeri Selat
- tahun 1900 Perak mencul sebagai pusat
pengeluar gula terbesar di Tanah Melayu
- gula menjadi eksport penting Tanah Melayu
selama hampir 50 tahun
d)Ubi kayu
- meruapakan tanaman eksport penting Tanah
Melayu
- banyakditanam di Melaka, Negeri Sembilan
dan Selangor
e) Nanas
- industri mengetin nanas berpusat di Perak,
Selangor dan Johor
- sebelum Perang Dunia II Tanah Melayu
merupakan pengeksport nanas dalam tin
kedua terbesar di dunia
6.2 Tanaman Baru Memantapkan Ekonomi
(teks m/s: 128-129)

- kurun ke-20 tanaman dagangan tradisional


kurang penting kerana harganya tidak stabil di
pasaran dunia
- British memperkenalkan tanaman baru seperti
kopi, kelapa sawit, tembakau dan teh
a) Kopi
- diusahakan secara besar-besaran di Perak,
Selangor, Negeri Sembilan dan Johor
- harga kopi meningkat di pasaran dunia
b)Kelapa sawit
- berasal dari Afrika
- diperkenalkan di Kuala Selangor
- 1920-an minyak kelapa sawit mula dieksport
- ladang kelapa sawit dibuka di Perak dan Johor
- Johor menjadi pengeksport utama kelapa sawit
c) Tembakau
- ladang dibuka di Pulau Pinang dan Pahang
d)Teh
- diusahakan di Cameron Highlands, Pahang
- teh yang dihasilkan di Tanah Melayu bermutu
tinggi dan dikenali sebagai Teh Ceylon
6.3 Perkembangan Perusahaan Getah (Teks
m/s: 130-133)
- akhir kurun ke-19 harga kopi jatuh di pasaran
dunia
- getah diperkenalkan sebagai tanaman pilihan
untuk memulihkan ekonomi
- kurun ke-20 getah menjadi eksport penting
Tanah Melayu
(i)Sejarah Asal-Usul Getah
- berasal dari Brazil
- getah di Tanah Melayu dari jenis Hevea
Brasiliensis
- tahun 1876 sebanyak 70 000 biji getah dari
Brazil dibawa ke England oleh Henry Wickham
- kemudian disemai di Kew Garden, England
- sebanyak 300 benih getah dihantar ke negaranegara naungan british terutamanya Sri Lanka
- 1877 sebanyak 22 batang anak getah dibawa
ke Singapura dan ditanam di Botanical Garden
- dari Singapura beberapa batang anak getah
dibawa ke Kuala Kangsar dan ditanam di
halaman kediaman Residen Perak
- Pengarah Botanical Garden Singapura iaitu
H.N.Ridley
yang
bertanggungjawab
menggalakkan tanaman getah di Tanah
Melayu
(ii)Perkembangan Getah
- awal kurun ke-20 harga getah melambung
tinggi di pasaran dunia
- permintaan meningkat kerana perkembangan
perusahaan membuat motokar di Eropah dan
Amerika Syarikat
- ladang-ladang getah dibuka besar-besaran di
Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Johor
- 1920-an Tanah Melayu menghasilkan 53%
daripada jumlah pengeluaran getah dunia
- Tanah Melayu muncul pengeluar getah
terbesar dunia

- Syarikat-syarikat
Eropah
menguasai
perusahaan getah di Tanah Melayu seperti
Sime Darby, Guthrie, Harrisons and Crosfield
dan United Plantation
- Penduduk tempatan mengusahakan tanaman
secara kebun kecil
Faktor-Faktor Perkembangan Perusahaan
Getah
a) Permintaan Getah Meningkat
- diperlukan
dalam perusahaan membuat
motokar di Amerika Syarikat dan Eropah
- diperlukan untuk membuat kasut, pakaian,
tayar kenderaan, alat perubatan dan penebat
elektrik
b)Kejatuhan Harga Kopi
- harga
kopi
jatuh
kerana
pengeluaran
berlebihan di Brazil dan serangan serangga
perosak
- peladang terpaksa beralih kepada tanaman
getah
c) Tenaga Buruh Mencukupi
- buruh dari India dibawa masuk secara besarbesaran untuk bekerja di ladang-ladang getah
d)Usaha H.N.Ridley
- memperkenalkan kaedah menoreh mengikut
sistem ibedem atau
sistem tulang ikan
herring
- kaedah torehan ini meningkatkan pengeluaran
susu getah
e) Pelaburan Modal
- banyak syarikat besar Eropah melabur dalam
perusahaan getah di Tanah Melayu seperti
Sime Darby dan Guthrie
f) Cukai Rendah
- British mengenakan cukai tanah dan cukai
eksport yang rendah
- Tujuannya untuk menggalakkan ladang-ladang
baru dibuka
Sebab-Sebab Kejatuhan Perusahaan Getah
- tahun
1920-1930-an
berlaku
zaman
kemelesetan ekonomi dunia
- harga getah jatuh dan memberi kesan kepada
perusahaan getah
Langkah-Langkah Menstabilkan Harga
Getah
- diperkenalkan Rancangan Stevenson dan
Perjanjian Peraturan Getah Antarabangsa
a) Rancangan Sekatan Stevenson 1922
- tujuan untuk mengurangkan pengeluaran dan
meningkatkan harga getah
- disertai negara naungan British seperti Tanah
Melayu dan Sri Lanka
- Belanda dan Indonesia enggan menyertai
rancangan ini sebaliknya terus meningkatkan
pengeluaran getah
- tahun 1928 rancangan ini ditamatkan oleh
British apabila gagal mencapai matlamat

b) Perjanjian Peraturan getah Antarabangsa


1934
- tujuan untuk mengurangkan pengeluaran
getah dan menstabilkan harga
- disertai oleh Tanah Melayu, Sabah, Sarawak,
Sri
Lanka,
India,
Myanmar,
Indonesia,
IndoChina dan Thailand
- setiap negara dikehendaki mengurangkan
pengeluaran mengikut kuota yang ditetapkan
- berjaya meningkatkan semula harga getah di
pasaran dunia sebelum Perang Dunia II
Pengeluaran Getah Tiruan
- Amerika Syarikat memperkenalkan getah
tiruan selepas Perang Dunia II
- menjadi pesaing kepada getah asli
- dihasilkan apabila bekalan getah asli dunia
terputus akibat Perang Dunia II
- getah asli keluaran Tanah Melayu bermutu
tinggi dan dapat menandingi getah tiruan
6.4 Perkembangan Perusahaan
Perlombongan
(Teks m/s: 134-138)
- British memajukan kegiatan perlombongan
- Hasil galian adalah seperti bijih timah, emas,
arang batu, bauksit, bijih besi dan ilmanit
a) Emas
- 1890-an dilombong secara komersial di raub,
Pahang
- Raub merupakan kawasan lombong emas
terbesar Tanah Melayu
- diusahakan oleh syarikat dari Australia
b)Arang batu
- dilombong di Batu Arang, Selangor
- digunakan sebagai bahan api
c) Bauksit
- sejenis logam yang digunakan untuk membuat
aluminium
- dilombong di Bukit Pasir dan Teluk Ramunia di
Johor, Teluk Emas di Melaka
d)Bijih besi
- dilombong di Bukit Besi, Terengganu dan
Rompin, Pahang
- lombong bijih besi juga dibuka di Kedah, Perak
dan Johor
e) Ilmanit
- galian
yang
dikeluarkan
sebagai
sampingan perlombongan bijih timah
- dihasilkan di batang Padanf, Perak

hasil

Perkembangan Perlombongan Bijih Timah


- bijih timah merupakan galian terpenting di
Tanah Melayu
- British menguasai Tanah Melayu adalah juga
kerana bijih timah
- Sebelum dieksport bijih timah diproses
menjadi jongkong timah
- Perkembangannya dapat dilihat dalam dua
peringkat iaitu peringkat sebelum dan selepas
campur tangan British

a) Peringkat Sebelum Campur Tangan British di


Tanah Melayu
- kegiatan
melombong
adalah
bercorak
tradisional
- diusahakan oleh orang Melayu
- menggunakan cara mendulang dan melampan
- tahun 1820-an orang Cina dibawa masuk
bekerja di lombong bijih timah kepunyaan
pembesar melayu di daerah Lukut, Sungai
Ujong, Larut dan Klang
- orang Cina dan Eropah dibenarkan membuka
lombong bijih timah dengan memajak tanah
daripada pembesar-pembesar Melayu
b)Peringkat Selepas Campur Tangan British di
Tanah Melayu
- perlombongan
bijih
timah
semakin
berkembang dengan penglibatan orang Cina
- banyak lombong baru dibuka di Ampang,
Kuala Lumpur dan di Lembah Kinta, Perak
- orang Cina memperkenalkan sistem lombong
dedah, pam kelikir dan palung
akhir kurun ke-19 orang Cina menguasai
kegiatan melombong bijih timah
Faktor-Faktor Perkembangan Bijih Timah
- akhir kurun ke-19 Tanah Melayu merupakan
penyumbang utama bijih timah dunia iaitu
sebanyak 55%
- perkembangannya adalah kerana faktor
seperti Revolusi Perindustrian dan kaedah
melombong yang lebih moden
a) Revolusi Perindustrian di Eropah
- permintaan bijih timah semakin meningkat
- bijih timah digunakan dalam perusahaan
mengetin makanan
b)Kaedah Melombong Bijih Timah Lebih Moden
- diperkenalkan oleh syarikah-syarikat Eropah
awal kurun ke-20
- menggunakan
kapal
korek
untuk
menghasilkan lebih banyak bijih timah
- tahun 1912 kapal korek pertama kali
digunakan oleh Syarikat Malayan Tin Dredging
di Batu Gajah, Perak
- pada tahun 1929 terdapat 107 buah kapal
korek di Tanah Melayu
- 1930-an orang Eropah menguasai perusahaan
bijih timah sebanyak 68%
Kejatuhan Harga Bijih Timah dan Langkah
Mengatasi
- 1930-an harga bijih timah jatuh akibat
kemelesetan ekonomi dunia
- 1931 ditandatangani Perjanjian Bijih Timah
Antarabangsa sebagai langkah memulihkan
semula harga bijih timah
- negara-negara terlibat ialah Tanah Melayu,
Bolivia, Nigeria dan Indonesia
- semua negara bersetuju untuk mengurangkan
pengeluaran bijih timah
- hasilnya pada tahun 1934 Majlis Bijih Timah
Antarabangsa ditubuhkan
- tujuan untuk menyelaraskan pengeluaran bijih
timah
- kesannya dapat menstabilkan semula harga
bijh timah

6.5 Pengeluaran Hasil Hutan


(Teks m/s: 139-141)
- Tanah Melayu kaya dengan hasil hutan seperti
kayu-kayan, rotan, damar, madu lebah, kapur
barus, getah perca dan getah jelutung
- diusahakan secara tradisional melalui kegiatan
meramu
- semasa pentadbiran British hasil-hasil ini
menjadi kegiatan ekonomi bercorak komersial
- british menggalakkan pengeluaran hasil hutan
untuk dieksport ke China, Amerika Syarikat
dan Eropah
- tahun 1901 Brritish menubuhkan Jabatan
Perhutanan
- tujuan untuk menguruskan pengeluaran hasil
hutan dengan lebih sistematik
a) Damar
- diperoleh daripada getah pelbagai jenis pokok
di hutan
- damar digunakan untuk menutup renggangan
pada papan perahu
- dieksport untuk dijadikan varnis iaitu bahan
untuk menggilap permukaan papan atau rotan
b)Getah perca
- diperoleh daripada pokok getah perca yang
tumbuh dalam hutan
- digunakan untuk membuat peralatan bedah,
bola golf dan bahan penebat kabel telegraf
dasar laut
- untuk mendapatkan getah perca batang pokok
ditetak bagi mengeluarkan susunya
- kemudian susu dikumpul dalam bekas dan
dibentuk menjadi bebola atau jongkong
c) Getah jelutung
- kegunaannya untuk dijadikan ramuan getah
pengunyah dan sebagai pelekat dalam industri
gigi palsu
- tahun 1920-an getah jelutung dikumpul
menggunakan tabung buluh
- ia biasanya dieksport
d)Rotan
- dihasilkan untuk kegunaan dalam negeri dan
juga banyak dieksport ke China
- kegunaan rotan untuk dijadikan bakul, tikar
,tongkat, tangkai payung dan perabot
e) Pembalakan
- banyak dieksport ke China dan Britain
- antara kayu balak yang diusahakan ialah
cengal, meranti dan keruing
- digunakan sebagai bahan binaan, membuat
perabot dan perahu
- 1928 British memperkenalkan lesen kilang
papan untuk mengawal kegiatan pembalakan
dan industri berasaskan kayu
Kegiatan Dwiekonomi
- diperkenalkan oleh British terhadap penduduk
di Tanah Melayu
- ia melibatkan kegiatan ekonomi dagangan dan
ekonomi tradisional

a) Ekonomi Dagangan
- British
lebih
mengutamakan
ekonomi
dagangan seperti kegiatan perlombongan,
perladangan dan perdagangan
- dimajukan terutama di kawasan pantai barat
Tanah Melayu
- dijalankan
secara
besar-besaran
menggunakan teknologi moden dan disokong
kemudahan asas yang baik seperti sistem
perhubungan dan pengangkutan yang teratur
- lebih berorientasikan eksport
- dikuasai syarikat asing khususnya syarikat
Eropah
- tertumpu pada perlombongan bijih timah dan
perusahaan getah
- melibatkan tenaga buruh yang ramai
- melibatkan pelaburan modal yang besar
- teknologi moden seperti mesin hidraulik
banyak
digunakan
dalam
kegiatan
perlombongan bijih timah
b)Ekonomi Tradisional
- kegiatan ekonomi tradisional ini diabaikan oleh
british
- diusahakan oleh orang Melayu di luar bandar
- bercorak sara diri
- tertumpu pada kegiatan menanam padi dan
menangkap ikan
- menggunakan peralatan tradisional seperti
kerbau untuk membajak sawah padi
- melibatkan modal kecil
Kesan Kegiatan Dwiekonomi
- berlaku perkembangan tidak seimbang
- mewujudkan
jurang
ekonomi
antara
masyarakat bandar dengan masyarakat luar
bandar
6.6 Perkembangan Ekonomi Membawa
Perubahan
(Teks m/s: 142-158)
- kemajuan
pesat
ekonomi
terutama
perlombongan bijih timah dan perusahaan
getah membawa pelbagai perubahan
- perubahan dialami antaranya penggunaan
buruh-buruh luar, kemajuan pengangkutan
dan
perhubungan,
kemudahan
sosial,
pendidikan
vernakular
dan
kemunculan
bandar-bandar baru
i) Penggunaan Buruh Luar
- British menggalakkan kemasukan imigran Cina
dan India
- tujuan sebagai tenaga buruh di lombong bijih
timah dan ladang getah
- British memastikan ia mencukupi demi
kepentingan British untuk membolot kekayaan
Tanah Melayu
a) Orang Cina
- dibawa masuk bekerja di lombong bijih timah
di Perak, Selangor dan negeri Sembilan
- berasal dari China Selatan
- kebanyakan dibawa masuk melalui Sistem
Kontrak

- ada juga yang datang ke Tanah Melayu secara


persendirian dan bekerja di sektor pertanian
dan menjadi pekerja mahir di bandar
Sistem Kontrak
- orang Cina dibawa masuk ke Tanah Melayu
melalui majikan
- tambang perjalanan dibayar oleh majikan
- majikan juga menyediakan makanan, pakaian
dan tempat tinggal
- mereka dikehendaki bekerja dengan majikan
sehingga hutang tambang selesai
- selepas tamat kontrak mereka bebas bekerja
dengan majikan lain
b)Orang India
- dibawa masuk bekerja di ladang-ladang getah
- berasal dari selatan India
- dibawa masuk melalui Sistem Kangani
- ada juga orang India bekerja membina jalan
kereta api, jalan raya dan menjadi buruh di
bandar dan pelabuhan
Sistem Kangani
- kangani bermaksud penyelia atau ketua
pekerja di ladang getah
- kangani ini dihantar oleh pemilik ladang ke
India untuk mencari tenaga buruh
- kangani
menguruskan
tambang
dan
perjalanan buruh-buruh sehingga selamat tiba
di ladang majikan
- kangani dibayar komisen berdasarkan jumlah
buruh yang dapat dibawa masuk
- buruh-buruh dibayar gaji tetap dan diletakkan
di bawah jagaan kangani
- buruh dikehendaki bekerja dengan pemilik
ladang sehingga segala hutang tambang
selesai
Kesan Kemasukan Buruh
- mewujudkan pengenalan kaum mengikut
kegiatan ekonomi seperti
- orang Cina - tinggal di kawasan lombong dan di
bandar
bekerja sebagai pelombong dan peniaga
- orang India tinggal dan bekerja di ladang
getah
- orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar
(desa)
- menjalankan kegiatan pertanian bercorak
tradisional dan nelayan
- masyarakat peribumi terus terpinggir dan
terpisah
daripada
arus
perkembangan
ekonomi
- dasar British mewujudkan jurang ekonomi
antara kaum
- mewujudkan masyarakat berbilang kaum yang
terdiri daripada pelbagai keturunan yang
mengamalkan cara hidup, bahasa dan agama
yang berbeza
Perkembangan Sistem Pengangkutan dan
Perhubungan
- British memerlukan sistem pengangkutan dan
perhubungan yang cekap dan pantas
- tujuan untuk membawa hasil ekonomi
terutama bijih timah dan getah ke pelabuhan
untuk dieksport

- pengangkutan seperti landasan kereta api dan


jalan raya
- perhubungan seperti perkhidmatan pos,
telegraf dan telefon

a) Perkembangan Landasan Kereta api


- perkhidmatan kereta api diperkenalkan
Tanah Melayu akhir kurun ke-19
- terdapat tiga fasa perkembangan;

di
-

Fasa Pertama (1885-1896)


- dibina untuk keperluan perlombongan bijih
timah
- landasan kereta api yang pendek dibina
menghubungkan kawasan lombong dengan
pelabuhan
- tujuan memudahkan bijih timah dieksport
- antara landasan kereta api yang dibina ialah
dari
- Taiping ke Port Weld (Kuala Sepetang
- Kuala Lumpur ke Port Swettenham (Pelabuhan
Klang)
- Seremban ke Port Dickson
- Ipoh dan batu Gajah ke Teluk Anson (Teluk
Intan)
- tahun 1886 landasan kereta api dari Kuala
Lumpur ke Klang telah dirasmikan yang
dihadiri oleh Sultan Abdul Samad dan
Frederick Weld, Gabenor Negeri-Negeri Selat
Fasa Kedua (1897-1909)
- tiga tujuan pembinaan landasan kereta api
pada peringkat ini iaitu;
- untuk menghubungkan kawasan utara dengan
selatan
apabila
Negeri-Negeri
Melayu
Bersekutu ditubuhkan
- untuk memenuhi keperluan ekonomi seperti
bijih timah dan getah yang semakin
berkembang pesat
- untuk memudahkan pentadbiran British
- tahun 1903 kereta api Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu ditubuhkan
- ditukar nama kepada Kereta Api Tanah Melayu
KTM tahun 1948
- hari ini dikenali sebagai Kereta Api Tanah
Melayu Berhad KTMB
Fasa Ketiga (1910-1931)
- landasan kereta api dibina selepas British
berjaya memperluaskan pengaruhnya di
negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
- tujuannya adalah untuk;
- menghubungkan seluruh Tanah Melayu (hanya
Terengganu yang tiada landasan kereta api)
- sebagai pengangkutan awam bagi penduduk
Tanah Melayu
- memenuhi keperluan ekonomi dan pentadbiran
British
Perkembangan Jalan raya
- peringkat awal jalan raya dibina untuk
menghubungkan kawasan lombong bijih timah
dan pertanian dengan stesen kereta api
- jalan raya telah dibina menghubungkan Kuala
Lumpur dengan Ipoh dan Seremban
- awal kurun ke-20 rangkaian jalan raya
meningkat akibat meningkatnya penggunaan

kenderaan bermotor seperti kereta, lori dan


bas
jalan-jalan yang sedia ada diturap untuk
disesuaikan dengan kenderaan bermotor
banyak
jalan
raya
dibina
untuk
menghubungkan kawasan kegiatan ekonomi
dengan pelabuhan dan untuk menghubungkan
bandar-bandar besar dengan bandar-bandar
kecil
tahun 1939 terdapat satu jaringan jalan raya
yang menghubungkan seluruh Tanah Melayu
tumpuan jalan raya adalah di kawasan yang
mempunyai
kepentingan
ekonomi
dan
memudahkan pentadbiran British

Kemajuan Pengangkutan Laut dan Udara


- kemajuan
ekonomi
membawa
kepada
pengenalan perkhidmatan kapal wap dan
kapal terbang
Kapal Wap
- tahun 1890 Syarikat Straits Steamship
ditubuhkan di Singapura
- tujuan untuk memberi perkhidmatan kapal
wap kepada pelabuhan di Negeri-Negeri
Melayu
- kapal susur pantai ini membawa bekalan
makanan,
jentera
dan
buruh
untuk
perusahaan perlombongan bijih timah
- contoh: kapal wap The SS Perak memberikan
perkhidmatan dari Singapura ke Pelabuhan
Klang
Kapal Terbang
- tahun 1937 perkhidmatan penerbangan awam
diperkenalkan oleh Syarikat Wearne Air
Service iaitu hak milik Wearne bersaudara
- syarikat ini beribu pejabat di Singapura
- memulakan penerbangan dalam negeri antara
Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang
- kapal terbang pertama yang digunakan oleh
Syarikat Wearne adalah dari jenis kipas dua
iaitu D.H.Rapides
Kemajuan Sistem Perhubungan
- antara yang ditekankan ialah sistem pos dan
telegraf, telefon dan radio
- tujuan supaya perhubungan antara negeri di
Tanah Melayu dengan negeri-negeri lain dapat
dibuat dengan pantas
- mula diperkenalkan di kawasan kegiatan
ekonomi,
pusat
pentadbiran,
pelabuhan
seterusnya
berkembang
ke
kawasan
petempatan
- tahun 1870-an pejabat pos dan telegraf dibina
di Taiping, Perak
- kurun ke-20 setiap daerah di Perak boleh
menghubungi Taiping melalui Telegraf
- tahun 1910 pejabat pos dan telegraf dibina di
Pulau Pinang
Kemajuan Perkhidmatan Kesihatan dan
Kemudahan Asas Lain
a) Perkhidmatan Kesihatan
- masalah kesihatan wujud
pertambahan
penduduk

akibat daripada
yang
pesat,

pembukaan kawasan hutan untuk kegiatan


ekonomi dan petempatan baru
persekitaran tempat kerja dan kediaman yang
kotor menyebabkan penyakit seperti taun,
beri-beri dan malaria mudah merebak
penyakit malaria dan beri-beri dianggap
penghalang pada perkembangan ekonomi
British kerana menyebabkan banyak kematian
di kalangan buruh Cina dan India
British
mengambil
langkah
mendirikan
hospital, pusat perubatan dan Institut
Penyelidikan Perubatan untuk mengatasi
masalah kesihatan
tahun 1889 hospital kerajaan terawal didirikan
di jalan Tanglin (Kuala Lumpur) di Taiping dan
Pulau Pinang
pusat-pusat kesihatan kecil juga didirikan di
Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
untuk memudahkan penduduk di luar bandar
1890 Lembaga Kesihatan ditubuhkan untuk
memastikan kebersihan bandar
1901
Institut
Penyelidikan
Perubatan
ditubuhkan di Kuala Lumpur
tujuannya untuk membuat penyelidikan bagi
mencari
punca,
rawatan
dan
langkah
mencegah penyakit berbahaya seperti malaria
dan beri-beri

b)Sistem Pengairan Untuk Penanaman Padi


- pada peringkat awal lagi di Kedah terdapat
sistem pengairan sempurna untuk tanaman
padi iaitu terusan
- terusan ini mula dibina tahun 1885 dan siap
pada tahun 1895 yang diberi nama Terusan
Wan Mat Saman
- ia dibina oleh wan Mat Saman bin Wan Ismail
(Perdana Menteri Kedah yang pertama)
- terusan ini sepanjang 35 kilometer dari Alor
Setar ke Gurun, Kedah
- ia dibina menggunakan tenaga manusia dan
peralatan tradisional seperti cangkul
- untuk membina terusan ini unggun api
dinyalakan pada jarak tertentu sebagai
penanda untuk memastikan terusan digali
dengan lurus
- berdasrkan terusan inilah kerajaan British
memodenkan sistem pengairan di Tanah
Melayu
tahun 1931 Jabatan Parit dan tali Air
ditubuhkan untuk memajukan tanaman padi
- banyak bekalan makanan diperlukan akibat
pertambahan penduduk
- kawasan sawah padi yang luas telah dibuka di
Sungai Manik, Perak dan Tanjung Karang,
Selangor
c) Bekalan Tenaga Elektrik
- tenaga elektrik diperkenalkan akibat daripada
kemajuan ekonomi
- awal kurun ke-20 tenaga elektrik mula
disalurkan ke Pulau Pinang dan Kuala Lumpur
- 1930 Empangan Hidroelektrik Chenderoh
dibuka untuk menampung keperluan tenaga
elektrik
- empangan ini dikendalikan oleh The Perak
River Hydro-Electric Power Company Limited
- tujuan
asal
pembinaan
adalah
untuk
mendapatkan kuasa elektrik bagi kegunaan

perusahaan melombong bijih timah di Lembah


Kinta
Kemunculan dan Perkembangan Bandar
Baru
- pertengahan kurun ke-19 banyak petempatan
baru dibuka di kawasan kegiatan ekonomi
terutama di kawasan lombong bijih timah
- petempatan
kemudiannya
berkembang
menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan
- perkembangan lombong bijih timah adalah
faktor utama munculnya bandar-bandar baru
di Tanah Melayu seperti Taiping, Ipoh, Kuala
Lumpur dan Seremban
a) Ipoh
- terletak di Lembah Kinta
- dibuka sejak kurun ke-16 dan didiami oleh
orang Melayu
- nama bandar Ipoh berasal dari nama pokok
Ipuh iaitu sejenis pokok yang getahnya
digunakan sebagai racun pada sumpitan dan
anak panah untuk berburu
- tahun 1880-an Lembah Kinta menjadi
tumpuan pelombong Cina apabila pengeluaran
bijih timah di daerah Larut merosot
- Ipoh berkembang menjadi bandar yang sibuk
- tahun 1935 Ipoh dijadikan ibu negeri Perak
bagi menggantikan Taiping
b)Taiping
- terletak di daerah Larut
- nama asalnya Kelian Pauh
- tahun 1840-an ramai orang Cina dibawa
masuk ke Larut untuk memajukan lombong
bijih timah
- selepas Perang Larut tamat British menyusun
semula pentadbiran di Larut
- nama Taiping bermaksud kedamaian yang
abadi
- berkembang menjadi sebuah bandar moden
dan dijadikan ibu negeri Perak
c) Kuala Lumpur
- pertengahan kurun ke-19 Raja Abdullah
(pembesar daerah Klang) meneroka kawasan
berhampiran pertemuan Sungai Gombak dan
Sungai Klang untuk membuka lombong bijih
timah
- ia kemudian dikenali sebagai Kuala Lumpur
kerana kawasan itu berlumpur
- tahun 1860-an ramai orang Cina dibawa
masuk
untuk
menjalankan
kegiatan
melombong bijih timah di sekitar Kuala
Lumpur
- Kuala Lumpur terus berkembang daripada
sebuah perkampungan lombong bijih timah
menjadi pusat perdagangan yang maju
- Yap
Ah
Loy
antara
orang
yang
bertanggungjawab
membangunkan
Kuala
Lumpur
- 1880 Kuala Lumpur dijadikan ibu negeri
Selangor menggantikan Klang
- British menjadikan Kuala Lumpur sebagai
pusat bandar yang dilengkapi dengan pelbagai
kemudahan pentadbiran dan perniagaan
- 1896
Kuala
Lumpur
dijadikan
pusat
pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

- 1897 Bangunan Sultan Abdul Samad telah


dibina dan menjadi pusat pentadbiran
Kerajaan Persekutuan
- kini bangunan ini menempatkan Mahkamah
Persekutuan Malaysia, Mahkamah Rayuan dan
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
- pada hari ini Kuala Lumpur adalah ibu negara
Malaysia yang pesat membangun
Kepelbagaian Pendidikan Dalam
Masyarakat Berbilang Kaum
- sistem pendidikan vernakular di negara kita
wujud
akibat
daripada
pembentukan
masyarakat berbilang kaum dan dasar British
yang kurang memberi perhatian kepada
bidang pendidikan
- British membenarkan sekolah Melayu, Cina
dan Tamil berkembang mengikut cara masingmasing
- sekolah Inggeris hanya tertumpu di kawasan
bandar
a) Sekolah Vernakular Melayu
- didirikan untuk memberi pendidikan sekular
kepada anak-anak petani dan nelayan
- anak-anak Melayu diajar menulis, membaca
dan mengira serta sedikit ilmu geografi, seni
pertukangan dan perkebunan
- pendidikan di peringkat rendah adalah
sehingga darjah enam
- sekolah Melayu terawal dibuka di NegeriNegeri Selat iaitu Sekolah Melayu Gelugor
(1816) dan Sekolah Melayu Bayan Lepas di
Pulau Pinang dan Sekolah Melayu di Langgar,
Pekan, Pahang
- sekolah Melayu kemudiannya dibuka di
Seberang Perai, Melaka dan negeri-negeri
Melayu yang lain
- British tidak berhasrat memajukan pendidikan
anak Melayu
- pendidikan sekadar menjadikan anak-anak
Melayu sebagai petani dan nelayan yang lebih
baik daripada ibu bapa mereka
- sekolah menengah tidak disediakan untuk
anak-anak Melayu menyambung pelajaran
- lulusan sekolah Melayu hanya layak menjadi
guru, polis dan menjawat jawatan rendah di
jabatan ketajaan
- lulusan
sekolah
Melayu
berpeluang
melanjutkan pelajaran ke maktab-maktab
perguruan yang ditubuhkan untuk melatih
guru-guru sekolah Melayu
- antara maktab perguruan yang ditubuhkan
sebelum Perang Dunia II ialah;
- 1900 Maktab Perguruan Melaka
- 1922 maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung
Malim, Perak - MPSI
(dinaiktaraf tahun 1997 kepada universiti UPSI)
- 1935 Maktab Perguruan Perempuan Melayu
Melaka
b)Sekolah Vernakular Cina
- diusahakan sendiri oleh masyarakat Cina dan
tertumpu di kawasan bandar
- peringkat awal sekolah Cina menggunakan
pelbagai loghat bahasa Cina seperti Teochew,
Hokkien, Kantonis dan Hakka

- pendidikan sekolah rendah untuk orang Cina


diberikan selama enam tahun
- ada
juga
sekolah
Cina
menyediakan
pendidikan sehingga ke peringkat menengah
- menggunakan
buku-buku
dan
sukatan
pelajaran dari negara China
- guru-guru juga dibawa dari China
- tahun 1920 British mula memberi perhatian
kepada sekolah Cina
- 1938 Sekolah Foon Yew, Johor Bharu, Johor
ditubuhkan
- Enakmen Pendaftaran Sekolah diperkenalkan
oleh British untuk mengawal sekolah-sekolah
Cina di Tanah Melayu
- menurut enakmen ini;
(i) semua sekolah yang didirikan mesti
didaftarkan
(ii) Pengarah Pelajaran diberi kuasa untuk
menutup sekolah yang tidak menurut syarat
pengurusan, sukatan pelajaran dan peraturan
kesihatan yang ditetapkan british
c) Sekolah Vernakular Tamil
- diusahakan oleh orang perseorangan dan
pertubuhan masyarakat India
- kebanyakannya didirikan di kawasan ladang
getah
- sukatan pelajaran, buku, guru-guru dibawa
dari India
- ada kalanya penyelia ladang (Kangani) akan
mengajar di sekolah tersebut
- memberikan pendidikan di peringkat rendah
sahaja dan kebanyakannya hingga ke darjah
empat
- tahun 1912 British memperkenalkan UndanUndang Buruh yang mewajibkan pengusaha
ladang menyediakan sekolah dan guru untuk
anak-anak pekerjanya
- keadaan ini menyebabkan bilangan sekolah
Tamil bertambah
- terdapat juga sekolah Tamil didirikan di bandar
seperti Sekolah thamboosamy Pillai dan
Sekolah Vivekananda di Kuala Lumpur
- masyarakat India yang kaya akan menghantar
anak-anak mereka ke sekolah Inggeris yang
lebih sempurna
d)Sekolah Vernakular Inggeris
- mula didirikan di Negeri-Negeri Selat seperti
Penang Free School (1816) dan Malacca Free
School (1826)
- sekolah Inggeris kemudiannya didirikan di
Negeri-Negeri Melayu dan tertumpu di
kawasan bandar
- pada peringkat awalnya didirikan oleh
mubaligh-mubaligh kristian
- menyediakan pendidikan sehingga peringkat
menengah dan terbuka kepada semua kaum
- sukatan pelajaran mengikut sistem pendidikan
di England
- lulusan
sekolah
Inggeris
berpeluang
melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang
seperti perubatan, kejuruteraan, guaman dan
pentadbiran
- lulusan juga diberi keutamaan menjawat
jawatan yang baik dalam perkhidmatan
kerajaan

- 1894 sekolah menengah Inggeris iaitu Victoria


Institution ditubuhkan oleh mubaligh Kristian
di Kuala Lumpur
- 1905 Kolej Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan
- tujuan untuk memberi pendidikan Inggeris
hingga ke peringkat menengah kepada anakanak raja dan golongan bangsawan Melayu
- anak-anak golongan bangsawan Melayu dilatih
untuk berkhidmat dengan kerajaan Inggeris
- kesannya lahir kumpulan pemimpin Melayu
yang berpendidikan Inggeris
- British tidak mahu memberi pendidikan
Inggeris yang tinggi kepada orang Melayu
- 1930-an bilangan anak-anak Melayu masih
kurang berbanding kaum-kaum lain iaitu
Melayu (15%), Cina (50%), dan India (27%)

-----------------------------------------------------

Anda mungkin juga menyukai