Anda di halaman 1dari 19

0

PENGARUH PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN TERHADAP


GAYA HIDUP MURID ORANG ASLI DI NEGERI SEMBILAN

OLEH:
WAN MOHD TARMIZI BIN WAN ISMAIL
M20131001249

LAPORAN AKHIR DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK


MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN SAINS SUKAN
** (MOD KERJA KURSUS )

(UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS)


2015

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Gaya hidup boleh dikatakan dapat mempengaruhi tahap kecergasan fizikal dan mental
seseorang murid. Ia akan memberi impak yang baik dan positif jika gaya hidup yang
dilalui dalam keadaan yang membantu meningkatkan prestasi mereka dan juga
sebaliknya.

Gaya hidup seseorang murid asli mahupun murid biasa juga boleh membantu tahap
kecergasan fizikal mereka. Menurut Jeffreys (2006), gaya hidup yang dilalui oleh
seseorang murid itu dapat mempengaruhi prestasi murid tersebut. Murid asli yang
tinggal di luar bandar mempunyai gaya hidup tersendiri berbanding dengan murid

biasa yang tinggal di bandar. Kanak-kanak Orang Asli menjalankan rutin harian
dengan membantu ayah mengutip hasil hutan, membersih kebun serta mendaki bukit
bagi mencari rezeki untuk keluarga (Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), 2002).
Berbanding dengan kanak-kanak di kawasan bandar lebih dipengaruhi faktor
persekitaran serta teknologi seperti permainan video, menonton televisyen dan lainlain lagi (Bathrellou, Lazarou, Panagiotakos & Sidosis 2007). Adakah gaya hidup
yang dilalui oleh murid asli dipengaruhi oleh hasil pembelajaran Pendidikan
Kesihatan di sekolah?

Gaya hidup merupakan cara hidup seseorang dan menggambarkan keseluruhan diri
seseorang itu dalam berinteraksi dengan lingkungannya. Seterusnya, gaya hidup juga
dikatakan sebagai penyepaduan dan keseimbangan fizikal, mental, emosi, intelektual,
sosial, dan aspek rohani setiap orang (Edginton, Jordan, Degraaf & Edginton, 1995).
Menurut Brettschneider & Naul (2004), gaya hidup adalah satu konsep yang
kompleks. Gaya hidup seharusnya mengandungi norma dan nilai fizikal, sosial, dan
kelakuan mental setiap individu, berkait dengan umur, jantina dan latar belakang
budaya.

Beliau juga menyatakan fungsi utama gaya hidup adalah pembangunan

kendiri, pernyataan dan pengekalan kepada kompetensi, prestasi dan identiti setiap
individu itu. Definisi ini menunjukkan gaya hidup seseorang murid itu merupakan
faktor yang kuat untuk mempengaruhi kecergasan, kesihatan, prestasi serta
kompetensi mereka.

1.1.1

Latar belakang Orang Asli di Semenanjung Malaysia

Orang Asli adalah masyarakat asal yang menghuni Semenanjung Malaysia. Mereka
merupakan kaum minoriti iaitu 0.6% daripada jumlah keseluruhan populasi penduduk
Malaysia.

Terbahagi kepada 3 kumpulan etno-linguistik iaitu Senoi, Melayu-

Proto/Melayu Asli dan Negrito. Dalam kajian ini penyelidik memilih murid asli
daripada suku kaum Temuan dan Semelai yang berada dalam kumpulan Melayu Asli.
Menurut Khor & Zalilah (2008) kumpulan kedua terbesar Orang Asli adalah Melayu
Proto/Melayu Asli dengan anggaran 42.7% atau 63,900 orang daripada keseluruhan
populasi Orang Asli di Malaysia seramai 149,723 orang (JHEOA, 2006).
Kebanyakkan kaum ini tinggal di kawasan tengah dan selatan tanah air seperti
Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Selangor. Kaum yang tergolong dalam kumpulan
Melayu Asli adalah seperti Temuan, Semelai, Jakun, Orang Kanaq, Orang Seletar, dan
Orang Kuala.

Berhubungkait dengan kajian ini, pengkaji akan menggunakan murid asli dari
kumpulan Melayu Asli iaitu suku kaum Temuan dan Semelai sebagai sampel kajian.
Ini adalah kerana suku kaum ini merupakan masyarakat orang asli yang tinggal di
Negeri Sembilan di mana tempat kajian ini dijalankan.

1.2

Latar Belakang Kajian

Kepimpinan negara menekankan pentingnya modal insan kelas dunia untuk


meningkatkan daya saing negara dalam era global berteraskan ilmu pengetahuan.
Oleh itu, bidang pendidikan dilihat sebagai agenda utama negara bagi memastikan

tiada rakyat yang tercicir dalam mengharungi arus permodenan yang semakin pesat
kini. Pendidikan adalah perkara yang penting dan perlu dialami oleh semua lapisan
peringkat usia tanpa mengira perbezaan fahaman budaya dan agama. Ismail et al.,
(2011) beranggapan pendidikan merupakan satu usaha yang dilakukan oleh
seseorang bagi mencapai cita-cita dan hasrat murni seorang manusia. Adalah sesuatu
yang membanggakan apabila semua masyarakat di negara ini dapat mengalami
sendiri pengalaman sebagai pelajar dan memperolehi pendidikan di pelbagai
peringkat samaada sekolah rendah, sekolah menengah mahupun institut pengajian
tinggi.

Kenyataan Ismail et al., (2011) seterusnya menyatakan semua pihak perlu berganding
bahu di dalam proses menghasilkan modal insan berkualiti daripada semua aspek.
Melaluinya masyarakat berilmu mampu membuka minda dan meluaskan pemikiran ke
arah yang lebih kehadapan dan maju.

Masyarakat Orang Asli juga merupakan

sebahagian anggota masyarakat di negara ini yang perlu diberikan perhatian dalam
bidang pendidikan ini. Menurut Ibrahim et al., (2008) secara umumnya masyarakat
Orang Asli di Semenanjung Malaysia merupakan kelompok masyarakat pribumi yang
mendiami kawasan pedalaman, hulu-hulu sungai, pinggir-pinggir hutan dan kawasan
persisiran pantai sejak beribu tahun dahulu.

Kajian daripada Mizan & Shuhairimi (2004) menyatakan masyarakat Orang Asli
memang kaya dengan adat resam dan budaya kerana lingkungan hidup mereka yang
masih berkait dengan alam semulajadi walaupun sudah memasuki dunia moden.
Kehidupan mereka pada masa kini masih bergantung kepada sumber semulajadi yang
semakin pupus. Sumber ekonomi seperti ini juga tidak mampu menjamin pekerjaan

dan pulangan pendapatan yang tetap dan stabil kepada mereka. Menurut Lino (2009)
harga pasaran yang rendah atau mungkin ditipu oleh orang tengah yang mengawal
harga barangan yang dijual juga menjadi punca masyarakat Orang Asli tidak mampu
meningkatkan pendapatan mereka kepada tahap yang sama seperti bangsa lain.

Kajian Hasril & Othman (2010) menyatakan masyarakat Orang Asli tidak mempunyai
pendapatan yang tetap dan hidup dalam kemiskinan. Dapatan ini disokong melalui
kenyataan Ali (2009) yang menyatakan berdasarkan statistik hampir 76 peratus
daripada kelompok miskin Orang Asli terdapat di 323 buah kampung pedalaman
daripada 869 buah perkampungan Orang Asli terutamanya di Kelantan dan Pahang.
Kemunduran dan kemiskinan dikenal pasti sebagai cabaran utama yang dihadapi oleh
kerajaan dalam usaha membangunkan Orang Asli secara berkesan. Permasalahan ini
bukan sahaja membantutkan proses pembangunan masyarakat Orang Asli, malah turut
menjadi halangan kepada usaha menyatupadukan kelompok Orang Asli dengan arus
kemajuan nasional sebagaimana yang dirasai oleh kaum lain.

Menurut Arman (2007) dari segi pendidikan, masyarakat Orang Asli tidak menerima
pendidikan yang bersepadu samada dari peringkat sekolah rendah, menengah
mahupun di peringkat menara gading. Justeru itu, hal ini menjadi punca keciciran
pendidikan dalam kalangan masyarakat Orang Asli. Keciciran dalam pendidikan ini
menjadi punca masyarakat Orang Asli tidak mahu tinggal di kawasan bandar dan
masih tinggal di kawasan pedalaman yang jauh dari perubahan teknologi semasa.
Ketiadaan ilmu pengetahuan serta kelayakan pendidikan yang baik menjadi punca
belia Orang Asli gagal memperoleh pekerjaan yang baik.

Pengarah Pusat Pengajian Pribumi Malaysia, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Juli
Edo, dalam Berita Harian November 2009 menyatakan latar belakang sosio- ekonomi
keluarga antara penyebab utama pendidikan golongan itu terus dibelenggu keciciran
sejak sekian lama. Ini menyebabkan mereka masih berada di bawah paras kemiskinan
yang membimbangkan apabila tiada ilmu pengetahuan yang mencukupi. Kedudukan
sosio-ekonomi sebahagian besar masyarakat Orang Asli masih tertinggal dalam
pelbagai bidang, berbanding dengan kaum lain di Malaysia (JHEOA, 2012).
Kekurangan ilmu pengetahuan dalam kalangan mereka perlu diambil serius, supaya
masalah sosial dapat dibendung dari peringkat awal.

Masalah pendidikan dalam kalangan masyarakat Orang Asli menjadi punca berlaku
banyak gejala sosial dalam kalangan anak muda. Kesannya menyebabkan ramai
golongan muda Orang Asli yang terlibat dengan masalah sosial seperti mencuri dan
menghisap dadah (Samri, Komunikasi Peribadi, Mei 5, 2012). Di negara kita, melalui
RMK

10, usaha memperkukuhkan sistem pendidikan negara yang direncanakan

mulai peringkat awal kanak-kanak sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi telah


mengambil kira semua kepentingan masyarakat negara ini. Malah, usaha ini
diharapkan akan dapat meningkatkan lagi kecemerlangan pendidikan masyarakat
Orang Asli terutamanya di kawasan-kawasan pedalaman.

Pendidikan Kesihatan

dilihat penting untuk murid orang asli mengikutinya bagi membantu mereka menjalani
kehidupan yang sihat dan berkualiti seiring dengan bangsa lain.

1.3

Permasalahan Kajian

Mengikut Majid (2000), pernyataan masalah ialah sesuatu masalah yang terpilih untuk
dikaji oleh penyelidik dan perlu dinyatakan dengan jelas dan tepat.

Pernyataan

masalah yang berkesan biasanya menjelaskan dengan sendiri apa yang hendak dikaji,
bagaimana hendak mengkajinya dan setakat mana perlu ia dikaji.

Menurut kajian Institut Diabetes Kebangsaan (NDI) masyarakat Orang Asli kini
berdepan dengan risiko lebih tinggi untuk diserang penyakit jantung dan strok akibat
perubahan gaya hidup dan pemakanan di mana masyarakat Orang Asli mengalami
perubahan budaya, termasuk dari segi pola pemakanan, terutama dalam kalangan
mereka yang tinggal di kawasan membangun atau penempatan Felda, yang mula
menggemari makanan segera berbanding makanan tradisional.

Di samping itu, pencapaian pelajar Orang Asli dalam pendidikan masih terlalu rendah
jika dibanding dengan pencapaian warga Malaysia yang lain (Toh Kit Siang, 2008).
Oleh disebabkan itu, terdapat segelintir ibu bapa pelajar Orang Asli yang tidak
menghantar anak-anak mereka ke sekolah menengah, setelah melihat pencapaian pada
sekolah rendah tidak memuaskan. Bagi pandangan mereka, pelajaran tidak penting
untuk kehidupan mereka. Ini kerana mereka menganggap tanpa pelajaran mereka
masih boleh menyara kehidupan sendiri. Keadaan ini, mungkin berpunca dari cara
hidup Orang Asli yang masih tertumpu kepada pencarian hasil hutan, berladang,
menangkap ikan, bercucuk tanam dan membuat kraftangan bagi menampung
kehidupan seharian (Khairul Hisyam dan Ibrahim, 2007).

Bilangan pelajar Orang Asli yang kurang dalam kelompok pelajar kaum lain telah
menjadi perhatian dari guru, pihak pentadbiran sekolah dan termasuk juga pelajar
kaum lain. Bilangan pelajar Orang Asli yang kurang ini, telah menjadi fokus
penyelidik untuk menjalankan kajian yang berkaitan dengan pembelajaran mata
pelajaran Pendidikan Kesihatan.

Kenyataan Mohamad (2009), Orang Asli telah hidup di dalam masyarakat yang
terasing dan kurang mendapat perkhidmatan yang sempurna. Justeru itu, tidak dapat
dinafikan bahawa Pendidikan Kesihatan adalah salah satu daripada cara untuk
memberi kesedaran tentang amalan gaya hidup sihat terhadap diri, keluarga serta
masyarakat. Kaum ini perlu berusaha untuk mengamalkan gaya hidup sihat bagi diri,
keluarga serta masyarakat mereka agar mereka mampu berdikari dan mempunyai
kualiti kesihatan yang baik dalam menuju arus pemodenan negara yang cukup pesat
membangun ini.

Pengetahuan tentang gaya hidup sihat adalah amat penting bagi setiap individu.
Individu yang mempunyai pengetahuan tentang gaya hidup sihat dijangkakan
berpotensi untuk mengamalkan gaya hidup yang baik juga. Pengetahuan tentang gaya
hidup sihat sebahagian besarnya diperolehi daripada pendidikan di sekolah. Sekolah
merupakan tempat yang paling sesuai bagi mengajar kanak-kanak tentang gaya hidup
sihat kerana ia menyediakan kakitangan terlatih dan peluang disediakan bagi
mempraktikkan gaya hidup sihat di luar daripada tekanan sosial (Catherine Willeford,
2000).

Mata pelajaran Pendidikan Kesihatan merupakan mata pelajaran wajib ajar di sekolah
dan menjadi medium utama dalam menyampaikan pengetahuan tentang gaya hidup
sihat ini.

Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid

mendapat pengalaman pembelajaran secara berterusan untuk membuat keputusan,


meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididik
supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dalam aspek fizikal, mental, emosi, sosial
dan rohani.

Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang terancang dapat


meningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan optimum. Kaedah atau pendekatan
pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Kesihatan adalah menekankan gaya
hidup sihat yang sesuai dengan ciri dan keperluan murid, dan pembelajaran adalah
melalui aktiviti. Murid diberi peluang mempelajari pengetahuan, kemahiran dan nilai
berkaitan dengan mata pelajaran dengan melakukan aktiviti, eksperimen dan amalan
rutin. Murid juga perlu diberi peluang untuk meluahkan emosi, memperkembangkan
proses mental dan membentuk perhubungan yang sihat dalam suasana yang membina.

Murid juga diajar menguasai kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif.
Kemahiran berfikir yang terdapat dalam Pendidikan Kesihatan ini termasuklah
membanding dan membeza, meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan,
menyusun mengikut urutan, membuat inferens, menjana dan menghasilkan idea, dan
mencipta analogi. Mata pelajaran ini juga mendidik murid membuat keputusan yang
bijak dan menyelesaikan masalah.

10

Nilai murni yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan selaras dengan
matlamat mata pelajaran ini antaranya ialah kebersihan, keselamatan, tanggungjawab,
keprihatinan, kasih sayang dan kerjasama.

Maka jika dilihat di sini dapatlah

disimpulkan bahawa Pendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawal


kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran menerusi pengetahuan,
kemahiran, amalan gaya hidup sihat dan

bersikap

positif

untuk

mencapai

kesejahteraan hidup serta jangka hayat panjang yang berkualiti.

Permasalahan yang ingin dikaji oleh pengkaji bagi kajian ini adalah berkaitan dengan
pengaruh pembelajaran Pendidikan Kesihatan terhadap gaya hidup murid orang asli.
Adakah pembelajaran Pendidikan Kesihatan telah mempengaruhi murid asli mendapat
pengetahuan dan secara tidak langsung mengaplikasikan pengetahuan tentang gaya
hidup sihat yang diterima ini mengikut perubahan dan kesesuaian masa?

1.4

Kepentingan Kajian

Kajian ini diharapkan dapat menghasilkan satu maklum balas yang berguna terhadap
pengaruh pembelajaran Pendidikan Kesihatan terhadap gaya hidup murid asli. Kajian
ini juga diharapkan memberi kesedaran kepada murid asli mengenai perlu dan
pentingnya menjaga gaya hidup yang sihat.

Ianya perlu dikekalkan malah

dipertingkatkan lagi dalam kehidupan seharian dan sentiasa mengamalkan gaya hidup
sihat dan cergas.

Keputusan kajian dapat memberikan maklumat atau pengetahuan yang berharga


tentang setakat mana pengaruh pembelajaran Pendidikan Kesihatan terhadap gaya

11

hidup murid asli. Lebih elemen tentang gaya hidup murid peribumi boleh ditemui.
Selain itu, kajian ini akan memberikan beberapa maklumat kepada Kementerian
Pelajaran Malaysia tentang pengaruh pembelajaran Pendidikan Kesihatan terhadap
gaya hidup murid asli yang akhirnya akan memikirkan sesuatu solusi bagi
memperhalusi modul Pendidikan Kesihatan bagi murid asli di negara kita.

Seterusnya, dapatan juga dapat membantu guru untuk merancang strategi


pembelajaran dan pengajaran yang berkesan dan bersesuaian bagi memastikan murid
asli tidak ketinggalan dalam memahami apa itu gaya hidup sihat dan mengamalkannya
dalam kehidupan seharian.

1.5

Tujuan Kajian

Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat pengaruh pembelajaran Pendidikan
Kesihatan terhadap gaya hidup murid asli di Negeri Sembilan.

1.6

Objektif Kajian

Kajian ini mempunyai 3 objektif utama iaitu:


a)

Mengenal pasti amalan gaya hidup sihat murid asli berdasarkan faktor
pemakanan, aktiviti senggang, tingkah laku senaman, tingkah laku
menyimpang dan pengurusan stress di Negeri Sembilan.

b)

Melihat keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan


terhadap murid asli di Negeri Sembilan.

12

c)

Memberi kesedaran terhadap amalan gaya hidup sihat bagi murid-murid asli di
Negeri Sembilan.

1.7

Persoalan Kajian

a) Sejauhmanakah pembelajaran Pendidikan Kesihatan selama 6 tahun dapat


meningkatkan amalan pemakanan dalam kalangan murid asli di Negeri
Sembilan?
b) Sejauhmanakah pembelajaran Pendidikan Kesihatan selama 6 tahun dapat
meningkatkan amalan aktiviti senggang dalam kalangan murid asli di Negeri
Sembilan?
c) Sejauhmanakah pembelajaran Pendidikan Kesihatan selama 6 tahun dapat
meningkatkan amalan tingkah laku senam dalam kalangan murid asli di Negeri
Sembilan?
d) Sejauhmanakah pembelajaran Pendidikan Kesihatan selama 6 tahun dapat
meningkatkan amalan tingkah laku menyimpang dalam kalangan murid asli di
Negeri Sembilan?
e) Sejauhmanakah pembelajaran Pendidikan Kesihatan selama 6 tahun dapat
meningkatkan amalan pengurusan stress dalam kalangan murid asli di Negeri
Sembilan?
f) Sejauhmanakah pembelajaran Pendidikan Kesihatan selama 6 tahun dapat
meningkatkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan murid asli di Negeri
Sembilan?

1.8

Batasan Kajian

13

Keterbatasan utama kajian ini melibatkan sampel kajian, masa dan suku kaum murid
asli. Dua suku kaum murid asli dipilih iaitu dari suku kaum Temuan dan Semelai
yang menetap di Negeri Sembilan. Hal ini telah menghasilkan saiz sampel yang kecil
untuk kajian ini.

Berikut adalah delimitasi dan limitasi kajian yang perlu diberi perhatian yang
sewajarnya oleh pengkaji supaya proses pengumpulan data dilaksanakan dengan
sempurna serta hasil kajian ini diakui dan diterima oleh semua pihak.

1.8.1

Delimitasi

Kajian ini hanya dijalankan ke atas 80 orang murid Tahap 2 yang berumur 12 tahun.
Mereka yang dipilih sebagai sampel adalah terdiri daripada murid lelaki dan
perempuan yang menuntut di tahun 6.

Dalam pada itu, beberapa buah sekolah

kebangsaan yang mempunyai murid asli telah dipilih di sekitar Negeri Sembilan bagi
membekalkan sampel bagi kajian ini. Dapatan kajian ini hanya sah digunapakai untuk
menilai dan melihat pengaruh pembelajaran Pendidikan Kesihatan terhadap hubungan
gaya hidup dalam kalangan murid asli di Negeri Sembilan.

1.8.2

Limitasi

Penyediaan soal selidik menjadi limitasi utama bagi penyelidik. Soal selidik perlu
diterjemah ke dalam bahasa melayu dan disemak oleh pakar bahasa bagi memastikan
sampel yang merupakan murid asli memahami kehendak soalan seterusnya mampu
menjawab soal selidik dengan baik dan tidak mempunyai masalah dari segi bahasa

14

serta pemahaman soalan yang diajukan. Selain itu, faktor kejujuran dan keikhasan
responden dalam menjawab soal selidik adalah di luar kawalan penyelidik.
Seterusnya, format soal selidik adalah dalam skala Likert maka ini akan membataskan
jawapan responden dan tidak membenarkan responden memberi pendapat sendiri.
Walaupun soal selidik yang dikemukakan diperolehi daripada kajian-kajian yang
berkaitan, namun kesahan dan kebolehpercayaannya telah ditentukan. Akhir sekali,
bilangan responden yang kecil dan taburan populasi terhad mungkin tidak memberi
gambaran yang sebenar bagi keseluruhan murid asli di seluruh negara.

1.9

Kerangka Konseptual Kajian

Setiap kajian yang ingin dijalankan perlu mempunyai kerangka konseptual kajian bagi
memastikan kerelevanan sesebuah kajian itu.

Penyelidik membina kerangka

konseptual ini supaya bersesuaian dengan kehendak kajian yang ingin melihat
pengaruh pembelajaran Pendidikan Kesihatan terhadap gaya hidup dalam kalangan
murid asli.

Pembolehubah tidak bersandar bagi kajian ini adalah murid asli.

Sementara,

pemboleh ubah bersandar adalah gaya hidup yang merangkumi amalan pemakanan,
aktiviti senggang, tingkah laku senaman, tingkah laku menyimpang dan pengurusan
stress.

Pengaruh Pembelajaran Pendidikan


Kesihatan Terhadap Gaya Hidup Murid Asli
Di Negeri Sembilan

15

Komponen Gaya Hidup

Murid Asli Lelaki

Murid Asli Perempuan

Pemakanan

12 tahun

12 tahun

Aktiviti Senggang
Tingkah Laku Senaman
Tingkah Laku Menyimpang
Pengurusan Stress

Pengetahuan dan Amalan Gaya Hidup Sihat Berdasarkan


Pembelajaran Pendidikan Kesihatan

Rajah 1:
Kerangka Konseptual Kajian Pengaruh Pembelajaran Pendidikan Kesihatan Terhadap
Gaya Hidup Murid Asli Di Negeri Sembilan

1.10

Definisi Operasional

16

1.10.1 Gaya hidup

Gaya hidup adalah satu konsep yang kompleks. Gaya hidup mengandungi
norma dan nilai fizikal, sosial, dan kelakuan mental setiap individu, berkait
dengan umur, jantina dan latar belakang budaya (Brettschneider & Naul,
2004). Seterusnya, gaya didefinisikan sebagai sikap, kesukaan, ketaksukaan,
dan cara berkelakuan yang menjadi ciri seseorang. Hidup pula merupakan
terus bernyawa atau bernafas (Kamus Dewan, 2010). Sementara itu, dalam
konteks kajian ini pengkaji mendefinisikan gaya hidup adalah cara kehidupan
yang dilalui oleh murid asli yang meliputi faktor-faktor seperti pemakanan,
tingkah laku senaman, aktiviti senggang, tingkah laku menyimpang dan
pengurusan stres.

1.10.2 Orang Asli (Temuan & Semelai)

Orang asli merupakan orang asal yang tinggal di tanah melayu sebelum
merdeka lagi. Menurut Kamus Dewan (2010) menyatakan orang asli adalah
penduduk asal sesebuah negeri dan bukan orang asing serta orang mendatang.
Dalam konteks kajian ini, pengkaji hanya menggunakan dua suku kaum orang
asli yang terdapat di Negeri Sembilan sebagai sampel kajian. Kedua-dua
daripada suku kaum orang asli ini tergolong dalam kumpulan Melayu
Asli/Melayu Proto.

1.10.3 Pendidikan Kesihatan

17

Pendidikan Kesihatan merupakan satu mata pelajaran yang digabungkan dalam


mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang terkandung di dalam
Kurikulum Baru Sekolah Rendah namun telah diasingkan bagi Kurikulum
Standard Sekolah Rendah yang diajar di sekolah rendah.

Kandungannya

menitik beratkan kepada kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.

Wikipedia menerangkan bahawa Pendidikan Kesihatan merupakan suatu


proses membekalkan atau menggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi
secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan
individu, keluarga dan komuniti.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula, kesihatan ialah satu


tahap atau keadaan apabila seseorang individu itu mempunyai kesejahteraan
yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial, dan bukan semata-mata
bebas daripada penyakit atau tidak upaya. Definisi ini melibatkan dua aspek
penting dalam kesihatan, iaitu aspek negatif (penyakit tidak sihat, cedera,
cacat, tidak upaya atau lemah), dan aspek positif (kesejahteraan dari segi
mental, fizikal dan sosial).

Perkataan kesihatan dikatakan berasal daripada perkataan Inggeris lama


untuk perkataan heal (hael) yang bermaksud keseluruhan (whole). Ia merujuk
kepada kesihatan yang menyeluruh, iaitu berkaitan individu secara
keseluruhan termasuklah integriti, sihat atau kesejahteraan.

18

Kesihatan bersifat holistik dan merangkumi pelbagai dimensi atau domain.


Kesihatan holistik bermaksud mengambil kira pelbagai pengaruh dan interaksi
dimensi-dimensi tersebut.
berikut:
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Kesihatan fizikal.
Kesihatan mental
Kesihatan emosi
Kesihatan sosial
Kesihatan rohaniah

Dimensi kesihatan bagi individu adalah seperti

Anda mungkin juga menyukai