Anda di halaman 1dari 15

Proceeding - Kuala Lumpur International Communication, Education, Language and Social

Sciences 1 (KLiCELS1), 6 7 June, 2015. Hotel Putra, Kuala Lumpur, Malaysia.

ISBN 978-967-11350-5-1

AKTIVITI WAKTU SENGGANG DAN HUBUNGANNYA DENGAN TINGKAH LAKU DELIKUEN BAGI
MAHASISWA MALAYSIA DAN INDONESIA

Nur Hadi Ibrahim


Email: hadi8584ibrahim@gmail.com
Ngo Jian Yee
Email: ngojianyee@yahoo.com
Yap Seng Wing
Email: yapsengwing@gmail.com
Mohd Mahzan Awang
Email: mahzan@ukm.edu.my
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

ABSTRAK
Kajian perbandingan ini bertujuan untuk membandingkan kekerapan penglibatan pelajar universiti di Malaysia dan di
Indonesia dalam aktiviti pengisian masa senggang dan kelakuan delikuen serta mengenalpasti hubungan antara
kekerapan penglibatan aktiviti masa senggang dengan tingkah laku delikuen pelajar. Dalam kajian ini, masa senggang
merujuk kepada aktiviti masa bebas yang dilakukan secara sukarela dan dapat memberi kepuasan serta memenuhi cita
rasa yang dihajati manakala tingkah laku delikuen pula adalah tingkah laku yang tidak boleh diterima terutamanya yang
dilakukan oleh remaja. Kadangkala tingkah laku ini adalah salah di sisi undang-undang dan ada juga tingkah laku yang
tidak menyalahi undang-undang tetapi tidak diterima oleh masyarakat. Kajian ini adalah kajian kuantitatif dengan
menggunakan kaedah tinjauan. Borang soal selidik digunakan untuk mengutip data daripada mahasiswa universiti di
dua buah daerah berlainan negara iaitu pertama di Bangi, Malaysia dan kedua di Bandung, Indonesia. Hasil analisis data
menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan bagi keterlibatan mahasiswa di Bangi dan Kota Bandung di dalam
aktiviti pengisian masa senggang dan tingkah laku delikuen. Lelaki pula dilaporkan lebih cenderung melakukan
kelakuan delikuen berbanding dengan perempuan. Hasil dapatan juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang
signifikan antara aktiviti pengisian masa senggang dengan tingkah laku delikuen bagi mahasiswa dua buah daerah yang
dikaji. Secara keseluruhan, mahasisiwa di Malaysia dan Indonesia menunjukkan minat dan kecenderungan yang hampir
dalam penglibatan mereka dalam aktiviti masa senggang dan tingkah laku delikuen.
Kata kunci: Masa senggang, tingkah laku delikuen, kajian perbandingan, mahasiswa di Bangi dan Mahasiswa di Kota
Bandung.

254

Proceeding - Kuala Lumpur International Communication, Education, Language and Social


Sciences 1 (KLiCELS1), 6 7 June, 2015. Hotel Putra, Kuala Lumpur, Malaysia.

1.0

ISBN 978-967-11350-5-1

PENGENALAN

Pengurusan masa senggang di dalam kehidupan manusia sejagat adalah sangat penting khususnya ketika berada di
dalam universiti. Hal ini kerana penentu kejayaan akademik seorang mahasiswa adalah bergantung kepada salah satu
faktor pengurusan masa. Hal ini kerana prestasi pencapaian seorang mahasiswa adalah terletak kepada sejauh mana
kebijaksaan dan kecekapannya di dalam menguruskan masa sehariannya. Menurut Azhar Yusuf (2006) amalan
pengurusan masa senggang yang efektif melalui pengunaan masa terluang sememangnya perlu diterapkan dalam diri
mahasiswa, baik di Malaysia mahupun di Indonesia. Ini memastikan graduan-graduan yang sudah menamatkan
pengajian mereka bukan sahaja mempunyai kemahiran dan kemahiran generik yang tinggi di dalam jurusan masingmasing, bahkan memiliki jati diri yang tinggi khususnya prospek pengurusan masa yang efisyen.
Menurut Rusimah dan Zakiyah (2002) Waktu senggang merupakan sebahagian daripada masa di dalam
kehidupan setiap manusia. Pelbagai ragam dan karenah individu di dalam penggunaan masa senggang masing- masing
khususnya mahasiswa, bergantung kepada minat dan kesempatan serta peluang yang mereka lalui. Waktu senggang di
kalangan mahasiswa digambarkan sebagai waktu yang diperlukan untuk mendapat kepuasan diri berdasarkan kepada
pemilihan dan penilaian diri sendiri. Hal ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Nor Hidayatun et.Al (2009)
yang menyatakan penggunaan masa senggang adalah tertakluk kepada seseorang individu mengikut keinginannya
sendiri samaada untuk berehat, menghiburkan diri sendiri dengan menambah pengatahuan, meluaskan pengalaman,
meningkatkan jati diri di dalam suasana persekitaran sosial iaitu di rumah, di sekolah mahupun masyarakat sekeliling.
Malangnya, penggunaan masa senggang ini tidak digunakan sepenuhnya oleh mahasiswa- mahasiswa di
Institut Pengajian Tinggi (IPT). Akibatnya, penggunaan masa senggang yang tidak efisyen menyebabkan berlakunya
gejala sosial yang tidak sihat. Hal ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Rafiqa Husin (2010) masih ramai di
kalangan mahasiswa di IPT tidak menggunakan masa yang terluang dengan dengan perkara yang berfaedah dan
bermanfaat untukdirinya ataupun orang lain seperti terlibat di dalam aktiviti delikuen.
Tingkah laku delikuen adalah berasal daripada perkataan Latin delinquere bererti terabaikan, mengabaikan
yang kemudiannya diperluaskan ertinya menjadi jahat, antisosial, melakukan jenayah dan melanggar peraturan (Kartini,
1986). Delinkuen juga bermaksud perbuatan dan aktiviti remaja (pelajar) yang berlawanan dengan norma-norma
masyarakat, undang-undang negara dan agama. Kelakuan yang dikatakan delinkuen adalah perbuatan seperti mencuri,
merompak, merogol, berzina, membunuh, menagih dadah, menderhaka kepada ibu bapa, mencabar atau melawan guru,
ponteng sekolah, memeras ugut, memukul dan membuli dan lain-lain lagi (Hasan et. Al, 2010).
Oleh itu, kajian mengenai penggunaan masa lapang di kalangan mahasiswa IPT dan hubungannya dengan
tingkah laku delikuen telah dijalankan dengan harapan dapat memberi pendedehan kepada mahasiswa, ahli akademik
dan pihak-pihak yang terlibat di dalam penggurusan masa senggang dan hubungannya dengan tingkah laku delikuen.
Bagi menguatkan lagi data kajian terhadap tajuk ini, responden adalah terdiri daripada mahasiswa IPT di duah buah
daerah berbeza negara iaitu di Bangi (Malaysia) dan Kota Bandung (Indonesia).
1.1

PERNYATAAN MASALAH

Akhlak dan budi pekerti yang baik akan mencerminkan sifat peribadi dan karekteristik seseorang individu tersebut.
Manusia yang berakhlak mulia, dapat menjaga kemuliaan dan kesucian jiwanya, dapat mengalahkan tekanan hawa
nafsu, berpegang teguh kepada sendi-sendi syariat yang utama, menghindarkan diri daripada sifat-sifat dan gejala yang
negativif seperti gejala delikuen. Masalah tingkah laku delikuen yang melanda di kalangan mahasiswa pada hari ini
semakin membimbangkan dan hal ini terus berlaku walaupun pelbagai kaedah dan jalan penyelesaian telah dilakukan
oleh pihak berwajib bagi membendung masalah ini daripada terus berlesuasa. Hal ini dibuktikan dengan kajian yang
dijalankan oleh Wan Su Haron (2011) Masalah tingkah laku delikuen di kalangan mahasiswa ini berlaku baik daripada
segi fizikal, emosi mahupun sosial yang mana pada hari ini, mahasiswa di IPT terdedah dengan persekiran sekeliling
yang tiada sempadan. Kewujudan kemudahan internet tanpa terkawal di IPT di Malaysia dan Indonesia menyebabkan
unsur- unsur tingkah laku delikuen dan jenayah mempengaruhi pemikiran mahasiswa IPT.
Kehidupan seharian mahasiswa adalah tidak terikat sama sekali dengan kehidupan pelajar semasa mereka di
sekolah menengah. Hal ini kerana setelah mereka melangkah di alam universiti, mereka diberi kepercayaan oleh
persekitaran sosial seperti ibu bapa dan pensyarah sendiri, daripada pergaulan dengan rakan, kehadiran ke kuliah dan

255

Proceeding - Kuala Lumpur International Communication, Education, Language and Social


Sciences 1 (KLiCELS1), 6 7 June, 2015. Hotel Putra, Kuala Lumpur, Malaysia.

ISBN 978-967-11350-5-1

tutorial, dan aktiviti di dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Tidak seperti di alam persekolahan di mana para
pelajar terikat dengan pantauan undang- undang dan polisi supaya mereka berdisiplin mengikut peraturan yang
ditetapkan. Tindakan mahasiswa yang tidak dipantau menyebabkan ada sesetengah mahasiswa yang mempunyai
tingkah laku yang negatif terlibat dengan masalah gejala sosial dan delikuen. Penggunaan masa senggang yang tidak
efisen digunakan untuk bersosial kearah yang negatif seperti melakukan vandalism, menyebar risalah haram di dalam
universiti, menonton bahan pronografi, malah ada yang terlibat di dalam aktiviti gejala sosial yang berat seperti
melakukan hubungan seks di luar nikah, meminum arak, dan melakukan aktiviti penyalah gunaan dadah.
Tingkah laku delikuen ini berlaku adalah di sebabkan pengurusan masa senggang yang tidak digunakan
dengan baik, menyebabkan mahasiswa di IPT menghabiskan masa- masa yang tertentu untuk membuat perkara yang
tidak berfaedah. Melalui Kajian gejala sosial di kalangan belia Malaysia oleh Institusi Penyelidikan Pembangunan Belia
Malaysia (2011) telah mengkategorikan salah laku seksual kepada tiga item iaitu salah laku menonton video atau bahan
lucah, melakukan hubungan seks luar nikah dan pernah mengandung sebelum bernikah. Daripada dapatan kajian
menunjukkan salah laku menonton video atau bahan lucah berada pada kedudukan paling tinggi dengan 76 peratus
diikuti melakukan hubungan seks luar nikah 52 peratus dan pernah mengandung sebelum nikah 38 peratus.
Jelaslah dengan kecangihan penggunaan teknologi dan penggunaan internet secara meluas telah memudahkan
golongan mahasiswa untuk mendapatkan maklumat sama ada untuk menambahkan ilmu pengetahuan, kemahiran atau
sebaliknya untuk mendapatkan bahan bahan yang tidak mendatang faedah seperti video atau bahan-bahan lucah yang
boleh merangsang untuk mereka mencuba sesuatu yang baru sama ada oleh remaja lelaki atau perempuan.(Wan Su
Haron, 2011)
Gejala ini diburukkan lagi dengan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Bermula dengan mudahnya
dikalangan remaja untuk mengakses bahan- bahan lucah telah membawa kepada hubungan seks luar nikah dan
seterusnya kepada mengandung sebelum nikah dan ini sudah pasti merugikan mereka pada masa depan. Bagi mengelak
serta mengurang kesan negetif keatas remaja pada hari ini, maka pengukuran nilai agama, moral dan etikal dalam
masyarakat perlu diberikan penekanan agar survival dan kelangsungan hidup dengan nilai positif akan lebih terjamin.
1.2

KAJIAN LITERATUR

1.2.1
PENGGUNAAN MASA SENGGANG
Masa senggang adalah masa yang sangat berharga terutama untuk remaja jika mereka dapat menggunakan dengan
perkara-perkara yang mendatangkan faedah kepada diri, keluarga dan masyarakat. Tetapi yang menjadi persoalannya
penggunaan yang bagaimana yang boleh dikatakan mendatangkan manfaat kepada mereka. Ini sudah pasti berkaitan
dengan pembangunan sahsiah remaja itu sendiri. Dengan menggunakan masa lapang untuk pembangunan sahsiah sudah
pasti penggunaannya kepada perkara yang lebih bercorak negatif akan dapat dikurangkan dan seterusnya
menghindarkan mereka daripada terus terlibat dengan tindakan delinkuensi. Ini kerana kecemerlangan kognitif atau
akademik tidak menjamin kecemerlangan pemikiran, sosial, keagamaan dan emosi seseorang. Namun, ianya haruslah
diseimbangkan dengan pendidikan tidak formal melalui aktiviti kokurikulum (Hassan & Junaidah, 2006) seperti mana
yang dianjurkan oleh sekolah, institusi pengajian tinggi, persatuan belia, atau masyarakat setempat.
Menurut Mohd Salleh (1999), kegiatan masa lapang remaja mestilah dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah
supaya remaja tidak mudah berasa bosan. Kegiatan masa lapang tersebut mestilah sesuai dengan usia remaja agar
pemikiran remaja akan menjadi lebih matang dan bertanggungjawab seperti cara kehidupan seorang dewasa. Kerana
golongan remaja aset negara yang akan menerajui kepimpinan negara pada masa akan datang. Bagi melahirkan remaja
yang bertanggungjawab dan matang bukanlah melalui pembelajaran yang diterima secara formal sahaja
tetapi mereka boleh menerimanya melalui pembelajaran sama ada secara tidak formal atau bukan formal yang boleh
mereka dapat pada masa lapang melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan di peringkat institusi pendidikan atau melalui
persatuan belia sebagai contoh program khidmat masyarakat. Ini kerana melalui aktiviti seumpama ini membolehkan
para remaja berinteraksi antara individu, komuniti serta alam sekitar seterusnya dapat melatih remaja bertanggungjawab
dan berfikir secara matang dalam setiap tindakan yang bakal mereka ambil.
Penggunaan masa lapang remaja perlulah diisi dengan perkara yang boleh meningkatkan pengetahuan,
kemahiran, berinovatif, beretika serta mempunyai jati diri (Dora et al. 2008) bagi membolehkan mereka mempersipkan

256

Proceeding - Kuala Lumpur International Communication, Education, Language and Social


Sciences 1 (KLiCELS1), 6 7 June, 2015. Hotel Putra, Kuala Lumpur, Malaysia.

ISBN 978-967-11350-5-1

diri agar dapat bersaing dengan dunia sebenar mereka sebelum melangkah ke alam dewasa serta dapat memenuhi
permintaan pasaran kerja. Maka bagi melahirkan remaja yang berpengetahuan dan berkemahiran bukan setakat
seseorang remaja itu mendapat pendidikan diperingkat tertiari sahaja malahan mereka perlu mempersiapkan diri dengan
pelbagai kemahiran seperti kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran menggunakan
kemudahan Information, Comunication and Technology (ICT) serta kerja kumpulan pada masa lapang bagi memboleh
mereka mampu berfikir secara kritikal (Hassan et al. 2010). Pengisian masa lapang dengan aktiviti seumpama ini adalah
wajar bagi seorang remaja agar pengisian masa akan lebih terarah kepada pembangunan sahsiah diri remaja berbanding
tindakan delinkuensi mereka.

1.2.2 MASALAH DELIKUEN


Akhlak yang baik akan mengangkat manusia ke darjah yang baik dan mulia. Begitu juga sebaliknya, akhlak yang buruk
akan membinasakan seseorang insan dan juga membinasakan persekitaran sosialnya. Mahasiswa yang mempunyai
akhlak yang buruk suka melakukan yang akan merugikan orang lain, suka melakukan kekacauan, suka melakukan
perbuatan yang tercela yang akan membinasakan diri sendiri. Mahasiswa yang terlibat dengan pengurusan masa
senggang yang tidak terurus dan mempunyai masalah dengan tingkah laku delikuen sanggup melakukan apa sahaja
untuk kepentingan dirinya. Masalah delikuen di kalangan mahasiswa ini berlaku disebabkan beberapa faktor, di
antaranya adalah di sebabkan:

1.2.2.1 HUBUNGAN KEKELUARGAAN


Menurut Marziana dan Mimi (2014) acap kali dinyatakan ibu bapa adalah penentu kejayaan masa depan anak- anak di
dalam pelajaran. Merekalah yang bertanggungjawab memberi motivasi kepada anak- anak mereka supaya berjaya di
dalam pelajaran dan tidak mengabaikan nilai- nilai serta adat kebudayaan sebagai masyarakat timur. Ibu bapa juga yang
menentukan pola- pola tingkah laku anak- anak mereka daripada kanak- kanak sehinggalah mereka matang. Faktorfaktor itu adalah dorongan dan galakan, disiplin di rumah, hubungan mesra antara ibu bapa dan anak melalui suasana
keluarga yang utuh.
Namun salah satu faktor yang menjadi penyumbang kepada tingkah laku delikuen adalah nilai kekeluargaan
yang semakin pudar dan rapuh di kalangan masyarakat hari ini. Nilai kekeluargaan ini amat penting dalam pembesaran
dan perkembangan emosi kanak- kanak sehinggalah mereka meningkat dewasa dan menjadi mahasiswa di IPT.
Perubahan cara hidup pada hari ini menyebabkan ibu bapa terpaksa membiarkan anak- anak membersar di tangan orang
lain tanpa perhatian yang sewajarnya.
Selain itu, masalah kemiskinan umpamanya mengakibatkan kemudahan dan keperluan perkembangan dan
pembelajaran pelajar tidak dapat dipenuhi dan disediakan dengan secukupnya. Mereka akan terdedah kepada
kekurangan makanan yang berzat, budaya pemakanan yang tidak sihat, keperluan pakaian dan tempat tinggal yang
secara tidak langsung mempengaruhi sikap mereka terhadap akademik dan penghargaan kendiri yang negatif.
Kesempitan dan tekanan hidup yang berterusan boleh mendorong berlakunya perkara-perkara yang negatif seperti
jenayah, dadah, tingkah laku buli, dan lain-lain tingkah laku negatif yang bukan sahaja memberi kesan kepada diri
pelajar tersebut tetapi juga kepada orang lain. (Suzana Sulaiman, 2013)
1.2.2.2 FAKTOR RAKAN SEBAYA
Ahli sosiologi mendefinisikan rakan sebaya sebagai kumpulan kanak- kanak ataupun kumpulan remaja yang
mempunyai lingkungan umur yang sama. Kumpulan rakan sebaya ini mempunyai hubungan sebaya dan peranan dalam
aktiviti sosial. Ia adalah agen sosialisasi yang tidak formal yag memberikan pengalaman yang tidak dapat diperolehi
daripada keluarga dan sekolah. Bagi mahasiswa di IPT, rakan sebaya adalah tempat mereka mencurahkan segala
masalah dan mencari hiburan terutamanya mahasiswa yang mempunyai masalah keluarga di rumah. (Azizi Yahaya et.
Al, 2012)
Kajian ini juga disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Badlisham Nasir (2014) yang mengkaji faktorfaktor masalah sosial di salah sebuah felda di Pahang. Hasil kajian yang dijalankan mendapati bahawa faktor tertinggi
penyumbangan masalah sosial di kawasan tersebut adalah disebabkan pengaruh rakan sebaya dengan (87%) diikuti sifat

257

Proceeding - Kuala Lumpur International Communication, Education, Language and Social


Sciences 1 (KLiCELS1), 6 7 June, 2015. Hotel Putra, Kuala Lumpur, Malaysia.

ISBN 978-967-11350-5-1

ingin mencuba (86%) dan sukakan keseronokan (85%). Melalui dapatan kajian tersebut, dapat disimpulkan bahawa
ianya datang daripada naluri seorang remaja sukar dibendung sekiranya tidak diambil perhatian sejak mula lagi.
1.2.2.3 FAKTOR MEDIA MASSA
Tambahan, media massa juga memainkan peranan di dalam pembentukan karakter mahasiswa pada hari ini. Walaupun
daripada satu sudut, media massa banyak memberi sumbangan yang positif berbentuk informasi, mempromosikan idea
dan kreativiti-kreativiti baru serta membangunkan pemikiran masyarakat. Namun pada masa yang sama, pengaruh
media masa juga tidak lari dalam memberikan impakyang negative kepada mahasiswa yang sebenarnya berhadapan di
dalam kecelaruan minda dan berada di dalam keadaan emosi yang tidak selamat.
Achtenberg (2007) di dalam kajian Baharom et. Al (2008) mengkaji bahawa pengaruh media massa terhadap
peresepsi imej kendiri dan imej bentuk tubuh remaja khususnya mahasiswa. Kajian yang dijalankan terhadap para
mahasiswa popilasi remaja Amerika ini mendapati bahawa terdapat perkaitan yang signifikasi antara pengaruh media
massa terhadap imej kendiri dan imej bentuk tubuh yang negatif di kalangan remaja.

Tindakan media yang memaparkan model- model dengan bentuk badan yang terlalu kurus serta tidak realistik
menyebabkan para remaja percaya bahawa bentuk tubuh tersebut adalah yang ideal. Imej tidak realistik ini
menyebabkan para remaja khususnya mahasiswa berusaha dengan cara yang tidak sihat untuk mendapatkan gaya tubuh
tersebut. Malah, sesetengah keadaan menjadi lebih buruk apabila para remaja mula mengambil pil-pil diet serta
mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat bagi memperoleh bentuk badan seperti yang giat dipaparkan oleh media
massa.
Selain itu juga, melalui faktor media massa, internet juga banyak memberi impak dan pengaruh negatif yang
sebenarnya antara salah satu faktor penyumbang di dalam masalah tingkah laku delikuen di kalangan mahasiswa.
Penggunaan internet dewasa in meningkat dengan mendadak bukan sahaja di kalangan remaja, malahan di kalangan
pengguna dewasa juga. Peranan internet terhadap pelbagai aspek kehidupan individu sebagai medium untuk bersosial,
memperoleh maklumat, berhibur meningkat secara dramatik. Kebanyakkannya mahasiswa pada masa kini, lebih
melayari internet berbanding menghabiskan masa dengan sebarang bentuk bahan media cetak dan elektronik
Tidak dinafikan bahawa internet banyak memberi pengaruh yang positf terhadap gaya kehidupan moden pada
masa kini, ia sebenarnya turut membawa beberapa isu negatif yang berupaya menjejaskan kefungsian dan kesejahteraan
persekitaran masyarakat misalnya isu yang melibatkan isu- isu delikuen seperti hak privasi individu, keselamatan,
pronografi serta jenayah internet. Di dalam kajian yang dijalankan oleh..(85%) Ibu bapa menyatakan bahawa internet
meletakkan risiko yang paling tinggi terhadap anak mereka jika dibandingkan dengan faktor media yang lain.(Rohayati
Derani, 2012)
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
1. Menentukan kekerapan penglibatan pelajar universiti Malaysia dan Indonesia dalam aktiviti pengisian masa
senggang dan kelakuan delikuen .
2.

Mengenalpasti perbezaan kekerapan penglibatan dalam aktiviti pengisian masa senggang dan tingkah laku
delikuen antara pelajar Malaysia dengan pelajar Indonesia?

3.

Mengenalpasti perbezaan kekerapan penglibatan dalam aktiviti pengisian masa senggang dan tingkah laku
delikuen berdasarkan jantina?

4.

Mengenalpasti hubungan antara kekerapan penglibatan aktiviti masa senggang dengan tingkah laku delikuen
pelajar.

258

Proceeding - Kuala Lumpur International Communication, Education, Language and Social


Sciences 1 (KLiCELS1), 6 7 June, 2015. Hotel Putra, Kuala Lumpur, Malaysia.

ISBN 978-967-11350-5-1

1.4 PERSOALAN KAJIAN


1. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan min skor kekerapan penglibatan dalam aktiviti pengisian masa
senggang dan tingkah laku delikuen antara pelajar Malaysia dengan pelajar Indonesia?
2.

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan min skor kekerapan penglibatan dalam aktiviti pengisian masa
senggang dan tingkah laku delikuen berdasarkan jantina?

3.

Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kekerapan penglibatan aktiviti masa senggang dengan
tingkah laku delikuen pelajar.

2.0 METODOLOGI DAN KAWASAN KAJIAN


2.1 KAEDAH PERSAMPELAN DAN JUMLAH SAMPLE
Reka bentuk kajian pengkaji menggunakan kaedah soalselidik untuk mendapatkan data kajian. Kajian ini merupakan
kaedah secara kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Penggunaan borang soal selidik bagi mengumpulkan
data di lapangan. Menurut Mohamad Abdillah dan Haleefa (2011) terdapat pelbagai kebaikkan dengan menggunakan
kaedah borang soal selidik ini antaranya penjimatan masa, tidak memerlukan kakitangan yang ramai untuk
menguruskannya, maklumat boleh dikutip sekaligus dalam satu kumpulan yang ramai dan sebagainya. Soal selidik ini
diedarkan kepada setiap responden dan dikendalikan secara menghantar sendiri. Responden diberikan masa untuk
menjawab semua soalan dalam soal selidik tersebut. Oleh itu, dapatan kajian ini akan bergantung sepenuhnya kepada
tahap kefahaman dan kejujuran responden dalam menjawab soal selidik yang diberikan secara sukarela.
2.2 INSTRUMEN SOAL SELIDIK
Kajian ini merupakan kajian berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah soal selidik. Soal selidik ini
mengandungi tiga bahagian, iaitu bahagian A maklumat demografi responden, Bahagian B aktiviti pengisian masa
senggang dan Bahagian C kelakuan delikuen. Bahagian A mengandungi maklumat tentang lokasi responden, umur,
tahap pengajian, jantina dan kaum (untuk responden di Malaysia sahaja). Bahagian B dan C menggunakan skala likert 4
skala untuk mendapatkan maklumat tentang kekerapan responden melakukan aktiviti masa senggang dan kelakuan
delikuen. Aktiviti pengisian masa senggang dibahagi kepada subkontruk aktiviti pembangunan diri, aktiviti yang
mengembirakan, aktiviti kerohanian, aktiviti sosial dan aktiviti komuniti. Selain daripada itu, 15 jenis kelakuan delikuen
yang selalu dilakukan oleh remaja dan belia disenaraikan untuk mengkaji keterlibatan responden dalam kelakuan
delikuen.
2.3 KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian ini melibatkan dua buah Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia iaitu salah sebuah IPT di Bangi,
manakala Indonesia pula Kota Bandung.
2.4 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN KAJIAN.
Kesahan kandungan pula merupakan ukuran sistematik bagi menilai sejauh mana kandungan instrumen dapat mewakili
konstruk yang hendak diukur (Pallant 2005). Instrumen yang akan diguna dalam kajian ini adalah dalam Bahasa
Inggeris dan sebahagian daripadanya tidak sesuai dengan keadaan di Malaysia. Maka, khidmat pakar akan di gunakan
untuk menilai instrumen yang telah diadaptasi. Pakar-pakar akan menyemak item yang digunakan sama ada ia dapat
menilai apa yang akan diukur. Dari segi bahasa, item kajian akan dirujuk kepada pakar bahasa untuk menterjemah
penggunaan Bahas Inggeris kepada Bahasa Melyu.
Sebelum kajian sebenar dilakukan, pengkaji telah menjalankan kesahan muka dengan guru pakar Bahasa
Melayu. Beberapa pembetulan ejaan dan struktur ayat telah dilakukan. Pengkaji juga telah mendapatkan kesahan
kandungan dengan seorang pakar sosiologi pendidikan. Penambahbaikan telah dilakukan ke atas beberapa item yang
dianggap kurang sesuai berdasarkan komen daripada pakar.

259

Proceeding - Kuala Lumpur International Communication, Education, Language and Social


Sciences 1 (KLiCELS1), 6 7 June, 2015. Hotel Putra, Kuala Lumpur, Malaysia.

ISBN 978-967-11350-5-1

2.5 ANALISIS KAJIAN


Data-data yang diperolehi di dalam kajian ini dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis statistik yang terdapat di
dalam Statistical Package for Social Sciences (SPSS) selari dengan matlamat penyelidikan dan bagi menjawab semua
soalan penyelidikan. Data-data yang diperolehi dikumpul dan diolah dengan teliti bagi memastikan segala kecuaian
dapat dielakkan. Data dianalisis dengan menggunakan ujian-ujian statitistik yang bersesuaian.
Analisis deskriptif dan analisis inferensi dilaksanakan di dalam kajian ini. Analisis yang dipilih adalah selari
dengan persoalan kajian yang telah dirangcangkan dalam perkara 1.4. Objektif 1 adalah analisis deskriptif yang akan
hanya melihat kepada kekerapan dan min bagi setiap perkara sahaja, tidak melihat kepada perbandingan mahupun
hubungan. Manakala objektif 2, 3 dan 4 adalah analisis inferensi akan dilaksanakan dalam melihat perbezaan.
2.6 DEFINI OPERASIONAL
2.6.1 SENGGANG
Menurut Rusimah Sayuti dan Zakiyah Jamaluddin (2002) waktu lapang atau senggang adalah salah satu indikator di
dalam penggunaan masa. Waktu lapang merupakan sebahagian daripada masa dalam kehidupan manusia. Setiap
manusia mempunyai hak untuk menggunakan masa tersebut dengan pelbagai cara menurut keperluan dan keinginan
mereka. Waktu lapang merupakan terjemahan daripada perkataan bahasa Inggeris leisure/ Terjemahan lain yang
digunakan ialah waktu senggang, waktu tidak bekerja dan waktu terluang. Senggang membawa maksud waktu berhenti
dari bekerja atau belajar, waktu bebas, waktu untuk diri sendiri, waktu untuk melakukan apa sahaja yang disukai dan
masa untuk berehat. Sementara Kelly & Freysinger (2000) pula menjelaskan bahawa waktu lapang tidak mempunyai
konsep yang spesifik dan boleh ditakrifkan dalam pelbagai perspektif iaitu waktu lapang sebagai masa, aktiviti;
pemikiran; kualiti; tindakan dan dimensi kehidupan.
Masa senggang dimanfaatkan bagi tujuan memenuhi hobi dan minat bagi tujuan meningkatkan kemahiran dan
memberikan kepuasan maksimum kepada peribadi. Dumazedier (1967) di dalam kajian Lim Khong Chiu (2009)
mengkelaskan senggang 3 fungsi iaitu kesantaian (merehatkan badan), hiburan dan perkembangan peribadi. Kesantaian
adalah proses penyembuhan dari kelesuan anggota badan, hiburan memberikan rasa seronok yang mampu
menghilangkan rasa bosan terhadap kerutinan hidup. Perkembangan peribadi pula adalah untuk meningkatkan sahsiah
seseorang individu.
Realitinya senggang sebenarnya boleh digunakan untuk tujuan sama ada positif atau negative. Ia adalah masa
untuk mencipta semula, menumpukan semula, memperbaharui, dan menukar atau diubah terhadap penerokaan diri
individu. Ajzen, I. (1985) mendefinisikan masa senggang berkaitan dengan hidup dalam kebebasan relatif dari kuasakuasa luar kompulsif budaya seseorang dan persekitaran fizikal supaya dapat bertindak dari menarik minat terhadap
sesuatu secara peribadi agar menyenangkan, berfaedah, dan menyediakan asas. Katiman et.al (2011) pula mentakrifkan
senggang adalah waktu berhenti dari kerja, waktu belajar, waktu bebas, waktu untuk diri sendiri, waktu untuk
melakukan apa saja yang disukai dan masa untuk berehat.

2.6.2 TINGKAH LAKU


Tingkah laku di dalam konteks yang dinyatakan oleh Zaitul Asma Zainon et. Al (2012) ialah merujuk kepada nilai
sopan, melibatkan pertuturan yang elok, halus dan indah serta sikap yang memancarkan budi perkerti yang mulia.
Penutur yang menggunakan strategi kesantunan dalam pertuturan mereka akan menggunakan bahasa yang halus, kata
gelaran dan sapaan yang menepati konteksnya. Sapir- Whorf, (1921) menjelaskan tingkah laku seseorang boleh dilihat
melalui kesantunan dan penggunaan bahasanya. Bahasa yang digunakan bukan hanya menentukan corak budaya, malah
menentukan cara dan pola berfikir pengamal tingkah laku. Di samping itu juga tingkah laku juga diklasifikasikan
sebagai etika sosial, iaitu sesuatu perkara yang asas yang diperlukan untuk mewujudkan keramahan dan penghormatan
kepada orang lain.
Melalui teori kesantunan, Brown dan Levinson (1978) di dalam kajian yang sama oleh Zaitul Asma Zainon et.
Al (2012) pengkaji bersetuju bahawa tingkah laku sebenarnya meliputi amalan budi bahas, sopan santun, dan memiliki
segala ciri yang baik dan murni serta dapat menimbulkan dan kemesraan baik di dalam rumah, di sekolah dan di dalam
masyarakat selagi tidak melanggar aspek- aspek di dalam adat resam dan agama. Pengaruh tingkah laku itu bukan
sahaja dipelajari melalui media cetak seperti akbar dan majalah, tetapi aspek asuhan dan didikan ibu bapa, di samping
pergaulan dengan rakan sebaya dan bimbingan guru- guru di sekolah juga turut mempengaruhi.

260

Proceeding - Kuala Lumpur International Communication, Education, Language and Social


Sciences 1 (KLiCELS1), 6 7 June, 2015. Hotel Putra, Kuala Lumpur, Malaysia.

ISBN 978-967-11350-5-1

2.6.3 DELIKUEN
Menurut kajian yang dijalankan oleh Tuan Hua Khim (2013), delikuen adalah bermaksud personaliti yang berasingan
dari ibu bapa mereka, mereka terjebak dengan yang tingkahlaku delikuen tidak seiring dengan nilai dan norma ibu bapa
dan masyarakat. Tuan Hua Khim (2013) di dalam kajian yang sama berpendapat bahawa tingkah laku selalunya
berfungsi, bertujuan dan menghala tuju dalam membantu pelajar berpisah daripada norma ibu bapa dan lebih dekat
dengan rakan- rakan.Delikuen di kalangan pelajar IPT adalah di mana mahasiswa yang terlibat dengan aktiviti yang
berisiko seperti penyalahgunaan dadah, berjudi, penggunaan tembakau, alkohol, keganasan dan aktiviti seks secara
bebas.
Hal ini kerana mahasiswa yang terlibat di dalam masalah delikuen ini sebenarnya adalah mangsa kepada
sesuatu keadaan. Mereka ini sering dilabel sebagai pelajar yang rosak akhlak, pelajar yang tiada masa depan dan pelajar
yang keciciran semasa di zaman persekolahan mereka menyebabkan mereka semakin jauh kepada matlamat menjadi
seorang mahasiswa. Mereka menjadi semakin agresif dengan membuat perlakuan yang negatif yang menyumbang
kepada ancaman gejala sosial. Mahasiswa yang terlibat di dalam masalah deliken adalah mahasiswa yang berisiko
dikenalpasti menerusi ciri- cirinya berdasarkan kepada kes penglibatan salah laku dan faktor- faktor penyebab yang
menjurus pelajar tersebut kepada perbuatan yang salah sehingga memecahkan had nilai keharmonian di dalam
masyarakat setempat. ( Noor Erma Abu dan Leong Kwan Eu, 2014)
2.6.4 MAHASISWA
Definisi mahasiswa menurut Asmah Ahmad dan Rosniza Aznir (2011) adalah golongan muda yang berumur antara
19tahun sehingga 28 tahun yang di dalam usia tersebut berada di dalam lingkungan suasana pembelajaran dan
pengajaran berasaskan disiplin kendiri. Mereka adalah masyarakat yang sedang belajar di dalam institut pengajian yang
tertinggi yang boleh mereka capai. Mahasiwa juga didefinisikan sebagai individu yang dinilai memiliki tingkatan
intelektual yang tinggi, kecerdasan di dalam berfikir dan kerencanaan di dalam bertindak. Mahasiswa ini mampu
berfikis secara kristis dan bertindak dengan cepat dan tepat yang sememangnya menjadi sifat semula jadi mahasiswa
yang baik. Mahasiswa adalah seorang pelajar yang belajar di institut pengajian tinggi, baik di matrikulasi, kolej
komuniti, politeknik, matkab perguruan, kolej universiti, universiti swasta dan universiti awam.
Keperibadian mahasiswa secara umumnya dinilai di dalam karekteristik yang mulai meningkat dewasa dan
mampu berfikir secara rasional berdasarkan pengalaman yang dilalui. Mereka cenderung memantapkan dan berfikir
dengan matang terhadap sesuatu yang akan diraihnya, sehingga mereka memiliki pandangan yang realistik tentang diri
sendiri dan persekitan ekologinya. (Haris Abd Wahab, 2010) Tambahan, para mahasiswa akan lebih cenderung dengan
lebih dekat dengan rakan sebaya untuk bertukar fikiran dan saling memberi motivasi, kerana persekitaran mahasiswa di
alam pengajian tinggi ini yang menuntut mereka berada jauh di kalangan ahli keluarga. Sifat keperibadian dan karakterk
mahasiswa yang paling menonjol adalah mereka yang mempunyai wawasan, memiliki perkiraan masa hadapan, baik di
dalam kerjaya dan juga taraf akademik. (Asmah Ahmad dan Rosniza Aznir 2011) Mereka akan memperdalamkan ilmu
di dalam bidang yang diceburi untuk mempersiapkan diri di dalam dunia kerjaya yang memerlukan kemahiran insaniah
yang maksimun.

261

Proceeding - Kuala Lumpur International Communication, Education, Language and Social


Sciences 1 (KLiCELS1), 6 7 June, 2015. Hotel Putra, Kuala Lumpur, Malaysia.

ISBN 978-967-11350-5-1

3.0 DAPATAN KAJIAN


Data dikumpul di dua buah Universiti terkemuka masing-masing di negara Malaysia dan Indonesia. Responden kajian
dipilih secara rawak daripada kalangan pelajar yang sedang mengikuti pengajian di kedua-dua universiti tersebut.
Jadual 1 menunjukkan latar belakang sampel berdasarkan jantina, negara, etnik dan umur. Seramai 87 orang pelajar
yang sedang mengikuti pengajian telah melengkapkan borang soal selidik yang diedarkan, iaitu 41 pelajar Malaysia dan
46 pelajar Indonesia. Responden terdiri daripada 43 orang lelaki dan 44 orang perempuan. Hampir semua responden di
Malaysia adalah pelajar Melayu. Hanya terdapat 2 daripada 41 orang responden terdiri daripada pelajar bukan Melayu
manakala selebihnya adalah pelajar Melayu iaitu seramai 39 orang. Responden yang berumur antara 19-28 tahun adalah
paling ramai iaitu seramai 64 orang atau 73.6%. Selain daripada itu, terdapat 21 orang atau 24.1% responden adalah
kurang daripada 19 tahun.
jadual 1 latar belakang responden berdasarkan jantina, negara, etnik dan umur.
Profil

Bilangan (n)

Peratusan (%)

Jantina
Malaysia
Lelaki

19

44.2

Perempuan

22

55.8

Lelaki

24

52.2

Perempuan

22

47.8

Lelaki

43

49.4

Perempuan

44

50.6

Malaysia

41

47.1

Indonesia

46

52.9

Jumlah

87

100

39

95.1

4.9

Indonesia

Jumlah

Negara

Etnik (Malaysia sahaja)


Melayu
Bumiputra Sabah/Sarawak

262

Proceeding - Kuala Lumpur International Communication, Education, Language and Social


Sciences 1 (KLiCELS1), 6 7 June, 2015. Hotel Putra, Kuala Lumpur, Malaysia.

ISBN 978-967-11350-5-1

Umur
18

21

24.1

19-28

64

73.6

29-38

1.1

39-49

1.1

ANALISIS DATA
Data yang dikumpul dianalisis dengan program Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 19.0. Ujian
deskriptif dijalankan untuk menentukan tahap penglibatan pelajar universiti di Malaysia dan Indonesia dalam aktiviti
pengisian masa senggang dan kelakuan delikuen. Ujian-t dua sampel tidak bersandar dijalankan untuk mengenal pasti
perbezaan tahap penglibatan dalam aktiviti pengisian masa senggang dan kelakuan delikuen berdasarkan jantina. Ujiant dua sampel tidak bersandar juga dijalankan untuk meninjau perbezaan tahap penglibatan dalam aktiviti pengisian masa
senggang dan kelakuan delikuen antara pelajar Malaysia dengan pelajar Indonesia. Ujian korelasi Pearson pula
dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara aktiviti pengisian masa senggang dengan kelakuan delikuen dalam
kalangan pelajar universiti. Ujian paramatrik telah digunakan dalam semua ujian yang dijalankan kerana bilangan
sampel, n, untuk setiap kumpulan adalah lebih daripada 30.
Data yang dikumpul dianalisis menggunakan program SPSS. Analisis deskriptif, ujian-t dua sampel tidak bersandar,
dan Ujian korelasi Pearson dijalankan. Hasil analisis data adalah seperti dalam jadual berikut:
jadual 2 skor min dan sisihan piawai bagi kekerapan penglibatan dalam aktiviti pengisian masa senggang dan
kelakuan delikuen.

Konstruk
Pengisian masa senggang 2.56
Pembangunan diri
Aktiviti mengembirakan 2.51
Kerohanian
Sosial
2.48
Komuniti

Malaysia
Min
sp
0.31
2.59
0.29
0.50
2.75
0.49
0.45
2.53
0.40

Kelakuan delikuen

1.21

0.15

2.56
2.71
2.44

Indonesia
Min
sp
0.34
2.57
0.37
0.39
2.82
0.57
0.43
2.39
0.58
1.24

0.22

2.56
2.62
2.46

Keseluruhan
Min
sp
0.33
2.58
0.33
0.45
2.79
0.53
0.44
2.45
0.50
1.22

0.19

Jadual dua menunjukkan skor min dan sisihan piawai yang dicapai bagi kekerapan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti
pengisian masa senggang dan tingkah laku delikuen. Bagi pelajar Malaysia, empat daripada lima subkonstruk bagi
aktiviti pengisian masa senggang iaitu aktiviti pembangunan diri, aktiviti yang mengembirakan, aktiviti kerohanian dan
aktiviti komuniti mencapai skor min 2.50 keatas. Skor min untuk aktiviti sosial pula mencapai 2.48. Bagi pelajar
Indonesia pula, subkonstruk aktiviti sosial dan aktiviti komuniti mencapai skor min yang lebih rendah daripada 2.5,
manakala tiga subkonstruk lain mencapai antara 2.57 hingga 2.82.

263

Proceeding - Kuala Lumpur International Communication, Education, Language and Social


Sciences 1 (KLiCELS1), 6 7 June, 2015. Hotel Putra, Kuala Lumpur, Malaysia.

ISBN 978-967-11350-5-1

Hasil dapatan juga menunjukkan aktiviti kerohanian merupakan aktiviti yang paling kerap dilakukan oleh
pelajar universiti kedua-dua buah negara pada waktu senggang. Aktiviti sosial pula merupakan aktiviti yang paling
kurang dilakukan oleh pelajar universiti Malaysia manakala aktiviti komuniti merupakan aktiviti yang paling tidak
digemari oleh pelajar universiti Indonesia. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya analisis data menunjukkan
penglibatan pelajar kedua-dua negara melibatkan hanya diri dalam aktiviti masa senggang pada peringkat sederhana
iaitu mencapai nilai skor min 2.56.
Skor min kelakuan delikuen pelajar universiti bagi Malaysia dan Indonesia pula mencapai satu tahap yang
amat rendah, iaitu masing-masing dengan 1.21 dan 1.24. Ini menunjukkan pelajar universiti kedua-dua negara jarang
melibatkan diri dalam kelakuan-kelakuan delikuen. Keputusan ini boleh dijelaskan dengan kajian-kajian lepas tentang
kelakuan delikuen remaja yang menunjukkan remaja yang memperolehi pencapaian akedemi yang tinggi hanya
melibatkan diri dalam kelakuan delikuen pada tahap minima. (Beebe & Mueller (1993), Keilitz & Dunivant (1986),
Deyanira Zamora (2005) ).

jadual 3 perbezaan antara min skor kekerapan penglibatan dalam aktiviti pengisian
masa senggang
dan tingkah laku delikuen antara pelajar Malaysia dengan pelajar Indonesia.
Kumpulan

Bil

Min

S.P

Aktiviti Masa
Senggang
Malaysia

41

2.56

0.31

Indonesia

46

2.56

0.34

Tingkah Laku
Delikuen
Malaysia

41

1.21

0.15

Indonesia

46

1.24

0.22

Nilai t

Sig. (2 tailed)

-0.27

0.979

-0.842

0.402

Signifikan pada aras 0.05


Ujian-t 2 sampel tidak bersandar telah dijalankan untuk menguji perbezaan min skor kekerapan penglibatan
dalam aktiviti pengisian masa senggang dan kelakuan delikuen antara pelajar Malaysia dengan pelajar Indonesia. Ujian
Levene bagi persamaan varians telah dijalankan. Keputusan bagi kekerapan aktiviti pengisian masa senggang
menunjukkan (F= 0.665, p> 0.05), bahawa varians bagi kedua-dua kumpulan pelajar Malaysia dan pelajar Indonesia
dianggap sama.
Hasil dapatan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan min skor kekerapan penglibatan dalam
aktiviti pengisian masa senggang antara pelajar Malaysia dengan pelajar Indonesia (t.05(87)= -0.027 , P>0.05), maka H o
gagal ditolak. Keputusan bagi kekerapan melakukan tingkah laku delikuen menunjukkan (F= 2.666, p> 0.05), bahawa
varians bagi kedua-dua kumpulan pelajar Malaysia dan pelajar Indonesia dianggap tidak berbeza. Hasil dapatan juga
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan min skor kekerapan melakukan tingkah laku delikuen antara
pelajar Malaysia dengan pelajar Indonesia (t.05(87)= -0.842 , P>0.05), maka Ho gagal ditolak. Keadaan ini mungkin
berlaku kerana latar belakang sosial dan budaya, keadaan geografi dan keadaan fizikal antara pelajar kedua-dua negara
adalah hampir. Keputusan ini turut menyokong keputusan kajian yang dibuat oleh Brochado,A.O., Brochado, F.O. &
Brito,P.Q. pada tahun 2010 yang menyatakan aktiviti fizikal masa senggang dipengaruhi oleh faktor biologi dan faktor
sosial dan budaya.

264

Proceeding - Kuala Lumpur International Communication, Education, Language and Social


Sciences 1 (KLiCELS1), 6 7 June, 2015. Hotel Putra, Kuala Lumpur, Malaysia.

ISBN 978-967-11350-5-1

jadual 4 perbezaan antara min skor kekerapan penglibatan dalam aktiviti pengisian masa senggang dan tingkah
laku delikuen berdasarkan jantina.
Kumpulan

Bil

Min

S.P

Aktiviti Masa
Senggang
Lelaki

43

2.61

0.40

Perempuan

44

2.51

0.23

Tingkah Laku
Delikuen
Lelaki

43

1.27

0.24

Perempuan

44

1.18

0.10

Nilai t

Sig. (2 tailed)

1.50

0.138

2.32

0.024

Signifikan pada aras 0.05

Jadual empat menunjukkan perbezaan antara min skor kekerapan penglibatan dalam aktiviti pengisian masa senggang
dan tingkah laku delikuen pelajar Malaysia dan Indonesia berdasarkan jantina. Ujian-t 2 sampel tidak bersandar telah
dijalankan untuk menguji perbezaan min skor kekerapan penglibatan dalam aktiviti pengisian masa senggang
berdasarkan jantina. Ujian Levene bagi persamaan varians telah dijalankan. Keputusan menunjukkan (F= 9.662, p<
0.05) bahawa varians kedua-dua kumpulan tidak dianggap sama. Hasil dapatan menunjukkan tidak terdapat perbezaan
yang signifikan min skor kekerapan penglibatan dalam aktiviti pengisian masa senggang antara pelajar lelaki dan
perempuan (t.05(87)= 1.50, P>0.05), maka, Ho gagal ditolak. Ini menunjukkan pelajar universiti lelaki dan perempuan di
Malaysia dan Indonesia melibatkan diri dalam aktiviti pengisian masa senggang pada kadar yang sama. Kajian juga
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kekerapan pelajar berlainan jantina dalam melakukan
aktiviti pembangunan diri, aktiviti yang mengembirakan, aktiviti kerohanian, aktiviti sosial dan aktiviti komuniti untuk
mengisi masa senggang mereka. Maka boleh dikatakan minat pelajar universiti dalam kedua-dua negara terhadap
aktiviti masa senggang tidak dipengaruhi oleh perbezaan jantina.
Ujian-t 2 sampel tidak bersandar juga dijalankan untuk menguji perbezaan min skor kekerapan penglibatan
dalam tingkah laku delikuen berdasarkan jantina. Ujian Levene bagi persamaan varians telah dijalankan. Keputusan
menunjukkan (F= 15.49, p< 0.05) bahawa varians kedua-dua kumpulan tidak dianggap sama. Hasil dapatan
menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan min skor kekerapan penglibatan kelakuan delikuen antara pelajar
lelaki dan perempuan (t.05(87)= 2.32, P<0.05), maka, Ho ditolak. Laporan kajian oleh Robin Fitzgerald (2003) turut
melaporkan lelaki lebih cenderung melakukan kelakuan delikuen berbanding dengan perempuan. Robin menjelaskan
dengan lebih mendalam bahawa kebanyakan perempuan yang terlibat dalam tingkah laku delikuen hanya melakukan
tingkah laku delikuen yang kurang serius manakala lelaki pula akan melakukan kelakuan yang lebih serius. Walau
bagaimanapun, laporan Robin (2003) juga menyatakan kajian kelakuan delikuensi berdasarkan jantina adalah amat
kompleks kerana ia melibatkan banyak lagi faktor seperti latar belakang sosio-ekonomi keluarga, tahap pendidikan,
pencapaian akademik, kebarangkalian menjadi mangsa buli dan pelbagai faktor lain yang tidak dikaji dalam kajian ini.
jadual 5 hubungan antara kekerapan penglibatan aktiviti masa senggang dengan tingkah laku delikuen pelajar.
Tingkah laku delikuen pelajar
Penglibatan aktiviti masa senggang
Pelaki Korrelasi Pearson
Sig.
N

r = -0.17
p = 0.115
87

Signifikan pada aras 0.05 (2 tailed)

265

Proceeding - Kuala Lumpur International Communication, Education, Language and Social


Sciences 1 (KLiCELS1), 6 7 June, 2015. Hotel Putra, Kuala Lumpur, Malaysia.

ISBN 978-967-11350-5-1

Analisis korelasi Pearson telah dijalankan untuk menguji sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara kekerapan
penglibatan aktiviti masa senggang dengan tingkah laku delikuen pelajar universiti. Kajian mendapati pekali korelasi
Pearson antara kekerapan penglibatan aktiviti masa senggang dengan tingkah laku delikuen pelajar adalah r = -0.17.
Hubungan ini adalah kecil dan tidak signifikan. Maka boleh disimpulkan bahawa tidak terdapat perhubungan yang
signifikan antara kekerapan penglibatan aktiviti masa senggang dengan tingkah laku delikuen pelajar ( r .05 (87) = -0.17,
P> 0.05).
4.0 RUMUSAN
Berdasarkan dapatan yang diperolehi daripada kajian ini, adalah disimpulkan bahawa Keterlibatan mahasiswa dalam
aktiviti waktu senggang dan tingkah laku delikuen di Bangi, Malaysia dan di Bandung, Indonesia tidak memperlihatkan
perbezaan yang signifikan. Mahasiswa di kedua-dua tempat melibatkan diri secara sederhana dalam aktiviti masa
senggang dari aspek aktiviti pembangunan diri, aktiviti yang mengembirakan, aktiviti kerohanian, aktiviti sosial dan
aktiviti komuniti. Mahasiswa kedua-dua tempat juga didapati kurang melakukan tingkah laku delikuen. Kajian juga
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara mahasiswa lelaki dengan mahasiswa perempuan dari segi
keterlibatan aktiviti masa senggang. Keputusan yang sebaliknya diperolehi apabila pengkaji membandingkan kekerapan
tingkah laku delikuen berdasarkan jantina. Lelaki didapati lebih cenderung melakukan tingkah laku delikuen
berbanding dengan perempuan. Secara keseluruhannya, penglibatan mahasiswa dalam aktiviti masa senggang yang
bermanfaat tidak memberi kesan kepada tingkah laku delikuen mereka. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya
menggunakan saiz sampel yang kecil untuk memberikan gambaran awal tentang persoalan yang dikaji. Kajian lanjutan
pada skala yang lebih besar boleh dilakukan bagi mendapatkan gambaran menyeluruh di kalangan mahasiswa seluruh
Malaysia dan Indonesia.
RUJUKAN
Ajzen, I. 1985. From Intension To Actions: A Theory Of Planned Behavior. In J. Khun And J.Beckmann. Action
Control: From Cognition. New York: Springer-Verlag, 11-39.
Asmah Ahmad Dan Rosniza Aznir Che Rose. 2011. Peralihan Demografi Dan Kesejahteraan Sosial Masyarakat Melayu
: Suatu Perbandingan Antara Malaysia Dan Kemboja. Volume 6, Number 1, 115-123.
Azhar Yusuf .2006. Amalan Pengurusan Masa Mahasiswa Dalam Akademik Dan Aktiviti Berpesatuan: Satu Kajian
Terhadap Pelajar SPI, UTM. Tesis Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam). UTM
Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, Juriah Bachok. 2012. Perkaitan Antara Hubungan Kekeluargaan, Pengaruh Rakan
Sebaya Dan Kecerdasan Emosi Dengan Tingkah Laku Delikuen Pelajar Sekolah Bestari Di Daerah Pontian.
Jurnal Personalia pelajar. Bil 14: 56-98 ISSN@2012 012862-678
Badlisham Nasir. 2014. Gejala Sosial Di Felda Gugusan Chini Pahang; Faktor Dan Cara Mengatasinya. Seminar
Antarabangsa Dakwah & Etnik: Perspektif Multi Disiplin. Pusat Kajian Dakwah Orang Asli Dan Pribumi.
UKM Bangi.
Baharom Mohamad, Ali Suradin, Zaaba Helmi Khamisan. 2008. Peranan Pendidikan Islam Dan Pendidikan Moral
Dialam Membina Sahsiah Pelajar Berkualiti. Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008.
Universiti Teknologi Mara. Oktober 2008.
Beebe, M.C. & Mueller, F. (1993). Categorical Offenses Of Juvenile Delinquents And The Relationship To
Achievement. Journal Of Correctional Education, 44(4), 193 198.
Brochado,A.O., Brochado, F.O. & Brito,P.Q. 2010. Effects Of Personal, Social And Environmental Factors On
Physical Activity Behavior Among Adults. Portuguese Journal Of Public Health, 28(1), 7-17.
Deyanira Zamora. 2005. Levels Of Academic Achievement And Further Delinquency Among Detained Youth. The
Southwest Journal Of Criminal Justice, 2(1), 42-53.

266

Proceeding - Kuala Lumpur International Communication, Education, Language and Social


Sciences 1 (KLiCELS1), 6 7 June, 2015. Hotel Putra, Kuala Lumpur, Malaysia.

ISBN 978-967-11350-5-1

Dora, M.T., Kudus, N., Hassan, M.A.& Ali, R. 2008. Kemahiran Insaniah: 7 Kompentensi Unggul Mahasiswa.
Universiti Teknologi Malaysia Melaka: Penerbitan Universiti UTEM.
Haris Abd Wahab. 2010. Kesejahteraan Sosial Dan Pembangunan Komuniti: Pendekatan Dan Indikator. In: Seminar
Serantau Islam Dan Kesejahteraan Sejagat, 24-25 Februari 2010, Universiti Islam Sultan Sharif Ali Brunei
Darussalam.
Hassan Hushin & Junaidah Md. Sallah. 2006. Penglibatan Pelajar Tahun Satu Dalam Aktiviti Kolej Kediaman Di
Universiti Teknologi Malaysia, University Teknologi Malaysia.
Hassan, S.C Hassan, N.C & Buang, N.A. 2010. Penguasaan Kemahiran Insaniah (Kemahiran Keusahawanan) Dalam
Kalangan Guru Sekolah Di Malaysia. Proceeding Of The 4th Conference On Teacher Education, Join
Conference UPI & UPSI, 852-863.
Hassan, S.C Hassan, N.C & Buang, N.A. 2010. Penguasaan Kemahiran Insaniah (Kemahiran Keusahawanan) Dalam
Kalangan Guru Sekolah Di Malaysia. Proceeding Of The 4th Conference On Teacher Education, Join
Conference UPI & UPSI, 852-863.
Jackson, S.L. 2006. Reseacrh And Method And Statistic: A Criticak Thinking Approach. (V. Knight & D. Moneypenny,
Eds) Hlm. 2nd Edito, 84 Belmont, USA: Thomson Wadsworth. Retrieved From Www.Thmsonright.Com.
Kartini Kartono. 1986.Patologi Sosial 2 : Kenakalan Remaja. Jakarta : CV.Rajawali.
Katiman Rostam, Abdul Rahim Md. Nor, Er Ah Choy, Aishah @Eshah Mokamed, Zaini. 2009. Kajian Stress Dalam
Kalangan Pelajar Wanita Program Sarjana Muda Kejuruteraan di UTHM. International Conference On
Teaching And Learning Higher Education ICTLHE 2009.

Keilitz, I & Dunivant, N. (1986). The Relationship Between Learning Disabilities And Juvenile Delinquency: Current
State Of Knowledge. Remedial And Special Education, 7(3), 18 26.
Kelly & Freysinger. 2000. Leisure-Time Running Reduces All- Cause And Cardiovascular Mortality Risk. Journal Of
The American College Of Cardiology. Vol 64, No 5.2014. ISSN 0735-1097/36.00
Laporan Indeks Belia Malaysia. 2011. Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia. Kementerian Belia Dan
Sukan. Kementerian Belia dan Sukan KBS Putrajaya, Malaysia
Lim Khong Chiu. 2009. University Student Attitude, Self Efficacy And Motivation Regarding Leisure Time Physical
Participation. Jurnal Pendidik Dan Pendidikan, Jil. 24, 1-15, 2009.
Marziana Abd Malib Dan Mimi Sofiah Ahmad Mustafa. 2014. Gejala Transeksual: Implikasi Yang Membimbangkan,
Bagaimana Keprihatinan Kita? Journal Of Business And Social Development. Vol 2, Number 2, Sept 2014:
48-61. ISSN:2289-2915. Penerbit UMT
Mohd Salleh. 1999. Asas Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur : Publications And Distrubutors Sdn. Bhd.
Noor Erma Abu Dan Leong Kwan Eu. 2014. Hubungan Antara Sikap, Minat, Pengajaran Guru Dan Pengaruh Rakan
Sebaya Terhadap Pencapaian Matematik Tambahan. Reformasi Pendidikan Dalam Menghadapi Cabaran
2020 : Kuala Lumpur : Nurin Enterprise
Nor Hidayatun Abd Razak, Faizan Abd Jabar, Suhaila Bakar. 2009. Kaji Selidik Terhdap Penglibatan Pelajar-Pelajar
Dalam Akiviti Berfaedah Di Musim Cuti Sekolah: Satu Kajian Kes Di Bandar Pusat Jengka. Kertas
Penyelidikan Uitm 2009.
Pallant, J. 2005. SPSS Survival Manual. Hlm, 2 nd Edito, 5-7. Sydney: Allen & Uwin.

267

Proceeding - Kuala Lumpur International Communication, Education, Language and Social


Sciences 1 (KLiCELS1), 6 7 June, 2015. Hotel Putra, Kuala Lumpur, Malaysia.

ISBN 978-967-11350-5-1

Rafiqa Husin. 2010. Pengurusan Masa Di Kalangan Pelajar. Kajian Terhadap Pelajar Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan (Pengajian Islam) Di Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam). UTM
Robin Fitzgerald. 2003. Crime And Justice Research Paper Series An Examination Of Sex Differences In
Delinquency. Canadian Centre For Justice Statistics. Ottawa.
Rohayati Derani. 2012. Persepsi Ibu Bapa Terhadap Faktor- Faktor Keruntuhan Akhlak Remaja Islam Pada Masa
Kini: Satu Tinjauan Di Taman Aman Anak Bukit Alor Setar Kedah. Tesis Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan (Pengajian Islam). Fakulti Pendidikan. UTM
Rusimah Sayuti Dan Zakiyah Jamaluddin. 2002. Hubungan Antara Keaktifan Dalam Aktiviti Waktu Lapang Dan
Kepuasan Pengisian Waktu Lapang Dengan Kesejahteraan Hidup. Tesis Sarjana Pendidikan UUM. Sintok.
Rusimah Sayuti Dan Zakiyah Jamaludin. 2002. Hubungan Antara Keaktifan Dalam Aktiviti Waktu Lapang Dan
Kepuasan Pengisisan Waktu Lapang Dengan Kesejahteraan Hidup.
Sakawi,Hasan Mohd Nor, Rosniza Aznie. 2011. Impak Pembangunan Bandar Baru Nusajaya Wilayah Iskandar
Malaysia Terhadap Kesejahteraan Hidup Penduduk Asal Setempat. Journal Of Society And Space 7Special
Issue: Social And Spatial Challenges Of Malaysian Development.Hlm 14 28.
Suzana Sulaiman. 2013. Perpaduan Pelajar Pelbagai Enik: Kehidupan Seharian Pelajar Program Diploma Tahun Dua,
Sesi Pengajian 2012/2013, Universiti Malaysia Perlis. Proceeding Of The International Conference On Sosial
Science Research, ICSSR 2013. 4-5 JUNE 2013. Penang, E-ISBN 978-976-1176818.
Tan Hua Khim, Rusnani Abd Kadir, Sidek Mohd Noah Dan Maznah Baba. 2013. Impak Kaunseling Kelompok
Berstruktur Rebt Terhadap Tingkah Laku Ponteng Kelas Pelajar-Pelajar Bermsalah Disiplin.
Wan Su Haron. 2011. Hubungan Personaliti, Kemahiran Sosial, Kebimbangan Dan Rakan Sebaya Dengan Tingkah
Laku Devian Di Kalangan Pelajar Universiti. Kertas Kerja Dibentangkan Di Seminar Persatuan Ibu Bapa Dan
Guru Peringkat Kebangsaan Ke 5, Melaka.
Zaitul Azma Zainon Hamzah, Ahamad Fuad Mat Hassan, Muhd Nur Hafizudin Md Adama. 2012. Kesantunan
Berbahasa Dalam Kalangan Remaja

268

Anda mungkin juga menyukai