Anda di halaman 1dari 28

FAKULTI PENDIDIKAN

GGGD6283 PENDIDIKAN, PEKERJAAN DAN SENGGANG

SET 1 SESI 1 2014/2015

TAJUK TUGASAN:

MASA SENGGANG DAN HUBUNGANNYA DENGAN TINGKAH LAKU DELIKUEN


MAHASISWA MALAYSIA DAN INDONESIA

PENSYARAH

DR. MOHD MAHZAN BIN AWANG

DISEDIAKAN OLEH:

NUR HADI BIN IBRAHIM P74927

NGO JIAN YEE P71684

YAP SENG WING P71511


AKTIVITI WAKTU SENGGANG DAN BUBUNGANNYA DENGAN TINGKAH LAKU
DELIKUEN BAGI MAHASISWA MALAYSIA DAN INDONESIA

Nur Hadi Ibrahim (hadi8584ibrahim@gmail.com)


Ngo Jian Yee (ngojianyee@yahoo.com)
Yap Seng Wing (yapsengwing@gmail.com)
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
Abstrak
Kajian perbandingan ini bertujuan untuk membandingkan kekerapan penglibatan pelajar
universiti di Malaysia dan di Indonesia dalam aktiviti pengisian masa senggang dan kelakuan
delikuen serta mengenalpasti hubungan antara kekerapan penglibatan aktiviti masa senggang
dengan tingkah laku delikuen pelajar. Dalam kajian ini, masa senggang merujuk kepada aktiviti
masa bebas yang dilakukan secara sukarela dan dapat memberi kepuasan serta memenuhi cita
rasa yang dihajati manakala tingkah laku delikuen pula adalah tingkah laku yang tidak boleh
diterima terutamanya yang dilakukan oleh remaja. Kadangkala tingkah laku ini adalah salah di
sisi undang-undang dan ada juga tingkah laku yang tidak menyalahi undang-undang tetapi tidak
diterima oleh masyarakat. Kajian ini adalah kajian kuantitatif dengan menggunakan kaedah
tinjauan. Borang soal selidik digunakan untuk mengutip data daripada mahasiswa universiti di
dua buah daerah berlainan negara iaitu pertama di Bangi, Malaysia dan kedua di Bandung,
Indonesia. Hasil analisis data menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan bagi keterlibatan
mahasiswa di Bangi dan Kota Bandung di dalam aktiviti pengisian masa senggang dan tingkah
laku delikuen. Lelaki pula dilaporkan lebih cenderung melakukan kelakuan delikuen berbanding
dengan perempuan. Hasil dapatan juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan
antara aktiviti pengisian masa senggang dengan tingkah laku delikuen bagi mahasiswa dua buah
daerah yang dikaji. Secara keseluruhan, mahasisiwa di Malaysia dan Indonesia menunjukkan
minat dan kecenderungan yang hampir dalam penglibatan mereka dalam aktiviti masa senggang
dan tingkah laku delikuen.

Kata kunci: Masa senggang, tingkah laku delikuen, kajian perbandingan, mahasiswa di Bangi
dan Mahasiswa di Kota Bandung.
1.0 Pengenalan

Pengurusan masa senggang di dalam kehidupan manusia sejagat adalah sangat penting
khususnya ketika berada di dalam universiti. Hal ini kerana penentu kejayaan akademik seorang
mahasiswa adalah bergantung kepada salah satu faktor pengurusan masa. Hal ini kerana prestasi
pencapaian seorang mahasiswa adalah terletak kepada sejauh mana kebijaksaan dan
kecekapannya di dalam menguruskan masa sehariannya. Menurut Azhar Yusuf (2006) amalan
pengurusan masa senggang yang efektif melalui pengunaan masa terluang sememangnya perlu
diterapkan dalam diri mahasiswa, baik di Malaysia mahupun di Indonesia. Ini memastikan
graduan-graduan yang sudah menamatkan pengajian mereka bukan sahaja mempunyai
kemahiran dan kemahiran generik yang tinggi di dalam jurusan masing- masing, bahkan
memiliki jati diri yang tinggi khususnya prospek pengurusan masa yang efisyen.

Menurut Rusimah dan Zakiyah (2002) Waktu senggang merupakan sebahagian daripada
masa di dalam kehidupan setiap manusia. Pelbagai ragam dan karenah individu di dalam
penggunaan masa senggang masing- masing khususnya mahasiswa, bergantung kepada minat
dan kesempatan serta peluang yang mereka lalui. Waktu senggang di kalangan mahasiswa
digambarkan sebagai waktu yang diperlukan untuk mendapat kepuasan diri berdasarkan kepada
pemilihan dan penilaian diri sendiri. Hal ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Nor
Hidayatun et.Al (2009) yang menyatakan penggunaan masa senggang adalah tertakluk kepada
seseorang individu mengikut keinginannya sendiri samaada untuk berehat, menghiburkan diri
sendiri dengan menambah pengatahuan, meluaskan pengalaman, meningkatkan jati diri di dalam
suasana persekitaran sosial iaitu di rumah, di sekolah mahupun masyarakat sekeliling.

Malangnya, penggunaan masa senggang ini tidak digunakan sepenuhnya oleh


mahasiswa- mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Akibatnya, penggunaan masa
senggang yang tidak efisyen menyebabkan berlakunya gejala sosial yang tidak sihat. Hal ini
disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Rafiqa Husin (2010) masih ramai di kalangan
mahasiswa di IPT tidak menggunakan masa yang terluang dengan dengan perkara yang
berfaedah dan bermanfaat untukdirinya ataupun orang lain seperti terlibat di dalam aktiviti
delikuen.
Tingkah laku delikuen adalah berasal daripada perkataan Latin “delinquere” bererti
terabaikan, mengabaikan yang kemudiannya diperluaskan ertinya menjadi jahat, antisosial,
melakukan jenayah dan melanggar peraturan (Kartini, 1986). Delinkuen juga bermaksud
perbuatan dan aktiviti remaja (pelajar) yang berlawanan dengan norma-norma masyarakat,
undang-undang negara dan agama. Kelakuan yang dikatakan delinkuen adalah perbuatan seperti
mencuri, merompak, merogol, berzina, membunuh, menagih dadah, menderhaka kepada ibu
bapa, mencabar atau melawan guru, ponteng sekolah, memeras ugut, memukul dan membuli dan
lain-lain lagi (Hasan et. Al, 2010).

Oleh itu, kajian mengenai penggunaan masa lapang di kalangan mahasiswa IPT dan
hubungannya dengan tingkah laku delikuen telah dijalankan dengan harapan dapat memberi
pendedehan kepada mahasiswa, ahli akademik dan pihak-pihak yang terlibat di dalam
penggurusan masa senggang dan hubungannya dengan tingkah laku delikuen. Bagi menguatkan
lagi data kajian terhadap tajuk ini, responden adalah terdiri daripada mahasiswa IPT di duah buah
daerah berbeza negara iaitu di Bangi (Malaysia) dan Kota Bandung (Indonesia).

1.1 Pernyataan masalah

Akhlak dan budi pekerti yang baik akan mencerminkan sifat peribadi dan karekteristik seseorang
individu tersebut. Manusia yang berakhlak mulia, dapat menjaga kemuliaan dan kesucian
jiwanya, dapat mengalahkan tekanan hawa nafsu, berpegang teguh kepada sendi-sendi syariat
yang utama, menghindarkan diri daripada sifat-sifat dan gejala yang negativif seperti gejala
delikuen. Masalah tingkah laku delikuen yang melanda di kalangan mahasiswa pada hari ini
semakin membimbangkan dan hal ini terus berlaku walaupun pelbagai kaedah dan jalan
penyelesaian telah dilakukan oleh pihak berwajib bagi membendung masalah ini daripada terus
berlesuasa. Hal ini dibuktikan dengan kajian yang dijalankan oleh Wan Su Haron (2011) Masalah
tingkah laku delikuen di kalangan mahasiswa ini berlaku baik daripada segi fizikal, emosi
mahupun sosial yang mana pada hari ini, mahasiswa di IPT terdedah dengan persekiran
sekeliling yang tiada sempadan. Kewujudan kemudahan internet tanpa terkawal di IPT di
Malaysia dan Indonesia menyebabkan unsur- unsur tingkah laku delikuen dan jenayah
mempengaruhi pemikiran mahasiswa IPT.

Kehidupan seharian mahasiswa adalah tidak terikat sama sekali dengan kehidupan pelajar
semasa mereka di sekolah menengah. Hal ini kerana setelah mereka melangkah di alam
universiti, mereka diberi kepercayaan oleh persekitaran sosial seperti ibu bapa dan pensyarah
sendiri, daripada pergaulan dengan rakan, kehadiran ke kuliah dan tutorial, dan aktiviti di dalam
menyiapkan tugasan yang diberikan. Tidak seperti di alam persekolahan di mana para pelajar
terikat dengan pantauan undang- undang dan polisi supaya mereka berdisiplin mengikut
peraturan yang ditetapkan. Tindakan mahasiswa yang tidak dipantau menyebabkan ada
sesetengah mahasiswa yang mempunyai tingkah laku yang negatif terlibat dengan masalah gejala
sosial dan delikuen. Penggunaan masa senggang yang tidak efisen digunakan untuk bersosial
kearah yang negatif seperti melakukan vandalism, menyebar risalah haram di dalam universiti,
menonton bahan pronografi, malah ada yang terlibat di dalam aktiviti gejala sosial yang berat
seperti melakukan hubungan seks di luar nikah, meminum arak, dan melakukan aktiviti penyalah
gunaan dadah.

Tingkah laku delikuen ini berlaku adalah di sebabkan pengurusan masa senggang yang
tidak digunakan dengan baik, menyebabkan mahasiswa di IPT menghabiskan masa- masa yang
tertentu untuk membuat perkara yang tidak berfaedah. Melalui Kajian gejala sosial di kalangan
belia Malaysia oleh Institusi Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (2011) telah
mengkategorikan salah laku seksual kepada tiga item iaitu salah laku menonton video atau bahan
lucah, melakukan hubungan seks luar nikah dan pernah mengandung sebelum bernikah.
Daripada dapatan kajian menunjukkan salah laku menonton video atau bahan lucah berada pada
kedudukan paling tinggi dengan 76 peratus diikuti melakukan hubungan seks luar nikah 52
peratus dan pernah mengandung sebelum nikah 38 peratus.

Jelaslah dengan kecangihan penggunaan teknologi dan penggunaan internet secara


meluas telah memudahkan golongan mahasiswa untuk mendapatkan maklumat sama ada untuk
menambahkan ilmu pengetahuan, kemahiran atau sebaliknya untuk mendapatkan bahan –bahan
yang tidak mendatang faedah seperti video atau bahan-bahan lucah yang boleh merangsang
untuk mereka mencuba sesuatu yang baru sama ada oleh remaja lelaki atau perempuan.(Wan Su
Haron, 2011)

Gejala ini diburukkan lagi dengan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
Bermula dengan mudahnya dikalangan remaja untuk mengakses bahan- bahan lucah telah
membawa kepada hubungan seks luar nikah dan seterusnya kepada mengandung sebelum nikah
dan ini sudah pasti merugikan mereka pada masa depan. Bagi mengelak serta mengurang kesan
negetif keatas remaja pada hari ini, maka pengukuran nilai agama, moral dan etikal dalam
masyarakat perlu diberikan penekanan agar survival dan kelangsungan hidup dengan nilai positif
akan lebih terjamin.

1.2 Kajian Literatur

1.2.1 Penggunaan masa senggang


Masa senggang adalah masa yang sangat berharga terutama untuk remaja jika mereka dapat
menggunakan dengan perkara-perkara yang mendatangkan faedah kepada diri, keluarga dan
masyarakat. Tetapi yang menjadi persoalannya penggunaan yang bagaimana yang boleh
dikatakan mendatangkan manfaat kepada mereka. Ini sudah pasti berkaitan dengan
pembangunan sahsiah remaja itu sendiri. Dengan menggunakan masa lapang untuk
pembangunan sahsiah sudah pasti penggunaannya kepada perkara yang lebih bercorak negatif
akan dapat dikurangkan dan seterusnya menghindarkan mereka daripada terus terlibat dengan
tindakan delinkuensi. Ini kerana kecemerlangan kognitif atau akademik tidak menjamin
kecemerlangan pemikiran, sosial, keagamaan dan emosi seseorang. Namun, ianya haruslah
diseimbangkan dengan pendidikan tidak formal melalui aktiviti kokurikulum (Hassan &
Junaidah, 2006) seperti mana yang dianjurkan oleh sekolah, institusi pengajian tinggi, persatuan
belia, atau masyarakat setempat.

Menurut Mohd Salleh (1999), kegiatan masa lapang remaja mestilah dipenuhi dengan
aktiviti yang berfaedah supaya remaja tidak mudah berasa bosan. Kegiatan masa lapang tersebut
mestilah sesuai dengan usia remaja agar pemikiran remaja akan menjadi lebih matang dan
bertanggungjawab seperti cara kehidupan seorang dewasa. Kerana golongan remaja aset negara
yang akan menerajui kepimpinan negara pada masa akan datang. Bagi melahirkan remaja yang
bertanggungjawab dan matang bukanlah melalui pembelajaran yang diterima secara formal
sahaja

tetapi mereka boleh menerimanya melalui pembelajaran sama ada secara tidak formal atau bukan
formal yang boleh mereka dapat pada masa lapang melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan di
peringkat institusi pendidikan atau melalui persatuan belia sebagai contoh program khidmat
masyarakat. Ini kerana melalui aktiviti seumpama ini membolehkan para remaja berinteraksi
antara individu, komuniti serta alam sekitar seterusnya dapat melatih remaja bertanggungjawab
dan berfikir secara matang dalam setiap tindakan yang bakal mereka ambil.

Penggunaan masa lapang remaja perlulah diisi dengan perkara yang boleh meningkatkan
pengetahuan, kemahiran, berinovatif, beretika serta mempunyai jati diri (Dora et al. 2008) bagi
membolehkan mereka mempersipkan diri agar dapat bersaing dengan dunia sebenar mereka
sebelum melangkah ke alam dewasa serta dapat memenuhi permintaan pasaran kerja. Maka bagi
melahirkan remaja yang berpengetahuan dan berkemahiran bukan setakat seseorang remaja itu
mendapat pendidikan diperingkat tertiari sahaja malahan mereka perlu mempersiapkan diri
dengan pelbagai kemahiran seperti kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi,
kemahiran menggunakan kemudahan Information, Comunication and Technology (ICT) serta
kerja kumpulan pada masa lapang bagi memboleh mereka mampu berfikir secara kritikal
(Hassan et al. 2010). Pengisian masa lapang dengan aktiviti seumpama ini adalah wajar bagi
seorang remaja agar pengisian masa akan lebih terarah kepada pembangunan sahsiah diri remaja
berbanding tindakan delinkuensi mereka.

1.2.2 Masalah delikuen


Akhlak yang baik akan mengangkat manusia ke darjah yang baik dan mulia. Begitu juga
sebaliknya, akhlak yang buruk akan membinasakan seseorang insan dan juga membinasakan
persekitaran sosialnya. Mahasiswa yang mempunyai akhlak yang buruk suka melakukan yang
akan merugikan orang lain, suka melakukan kekacauan, suka melakukan perbuatan yang tercela
yang akan membinasakan diri sendiri. Mahasiswa yang terlibat dengan pengurusan masa
senggang yang tidak terurus dan mempunyai masalah dengan tingkah laku delikuen sanggup
melakukan apa sahaja untuk kepentingan dirinya. Masalah delikuen di kalangan mahasiswa ini
berlaku disebabkan beberapa faktor, di antaranya adalah di sebabkan:

1.2.2.1 Hubungan kekeluargaan


Menurut Marziana dan Mimi (2014) acap kali dinyatakan ibu bapa adalah penentu kejayaan
masa depan anak- anak di dalam pelajaran. Merekalah yang bertanggungjawab memberi
motivasi kepada anak- anak mereka supaya berjaya di dalam pelajaran dan tidak mengabaikan
nilai- nilai serta adat kebudayaan sebagai masyarakat timur. Ibu bapa juga yang menentukan
pola- pola tingkah laku anak- anak mereka daripada kanak- kanak sehinggalah mereka matang.
Faktor- faktor itu adalah dorongan dan galakan, disiplin di rumah, hubungan mesra antara ibu
bapa dan anak melalui suasana keluarga yang utuh.

Namun salah satu faktor yang menjadi penyumbang kepada tingkah laku delikuen adalah
nilai kekeluargaan yang semakin pudar dan rapuh di kalangan masyarakat hari ini. Nilai
kekeluargaan ini amat penting dalam pembesaran dan perkembangan emosi kanak- kanak
sehinggalah mereka meningkat dewasa dan menjadi mahasiswa di IPT. Perubahan cara hidup
pada hari ini menyebabkan ibu bapa terpaksa membiarkan anak- anak membersar di tangan
orang lain tanpa perhatian yang sewajarnya.

Selain itu, masalah kemiskinan umpamanya mengakibatkan kemudahan dan keperluan


perkembangan dan pembelajaran pelajar tidak dapat dipenuhi dan disediakan dengan
secukupnya. Mereka akan terdedah kepada kekurangan makanan yang berzat, budaya
pemakanan yang tidak sihat, keperluan pakaian dan tempat tinggal yang secara tidak langsung
mempengaruhi sikap mereka terhadap akademik dan penghargaan kendiri yang negatif.
Kesempitan dan tekanan hidup yang berterusan boleh mendorong berlakunya perkara-perkara
yang negatif seperti jenayah, dadah, tingkah laku buli, dan lain-lain tingkah laku negatif yang
bukan sahaja memberi kesan kepada diri pelajar tersebut tetapi juga kepada orang lain. (Suzana
Sulaiman, 2013)

1.2.2.2 Faktor Rakan Sebaya


Ahli sosiologi mendefinisikan rakan sebaya sebagai kumpulan kanak- kanak ataupun kumpulan
remaja yang mempunyai lingkungan umur yang sama. Kumpulan rakan sebaya ini mempunyai
hubungan sebaya dan peranan dalam aktiviti sosial. Ia adalah agen sosialisasi yang tidak formal
yag memberikan pengalaman yang tidak dapat diperolehi daripada keluarga dan sekolah. Bagi
mahasiswa di IPT, rakan sebaya adalah tempat mereka mencurahkan segala masalah dan mencari
hiburan terutamanya mahasiswa yang mempunyai masalah keluarga di rumah. (Azizi Yahaya et.
Al, 2012)

Kajian ini juga disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Badlisham Nasir (2014) yang
mengkaji faktor- faktor masalah sosial di salah sebuah felda di Pahang. Hasil kajian yang
dijalankan mendapati bahawa faktor tertinggi penyumbangan masalah sosial di kawasan tersebut
adalah disebabkan pengaruh rakan sebaya dengan (87%) diikuti sifat ingin mencuba (86%) dan
sukakan keseronokan (85%). Melalui dapatan kajian tersebut, dapat disimpulkan bahawa ianya
datang daripada naluri seorang remaja sukar dibendung sekiranya tidak diambil perhatian sejak
mula lagi.

1.2.2.3 Faktor Media Massa


Tambahan, media massa juga memainkan peranan di dalam pembentukan karakter mahasiswa
pada hari ini. Walaupun daripada satu sudut, media massa banyak memberi sumbangan yang
positif berbentuk informasi, mempromosikan idea dan kreativiti-kreativiti baru serta
membangunkan pemikiran masyarakat. Namun pada masa yang sama, pengaruh media masa
juga tidak lari dalam memberikan impakyang negative kepada mahasiswa yang sebenarnya
berhadapan di dalam kecelaruan minda dan berada di dalam keadaan emosi yang tidak selamat.

Achtenberg (2007) di dalam kajian Baharom et. Al (2008) mengkaji bahawa pengaruh
media massa terhadap peresepsi imej kendiri dan imej bentuk tubuh remaja khususnya
mahasiswa. Kajian yang dijalankan terhadap para mahasiswa popilasi remaja Amerika ini
mendapati bahawa terdapat perkaitan yang signifikasi antara pengaruh media massa terhadap
imej kendiri dan imej bentuk tubuh yang negatif di kalangan remaja.

Tindakan media yang memaparkan model- model dengan bentuk badan yang terlalu
kurus serta tidak realistik menyebabkan para remaja percaya bahawa bentuk tubuh tersebut
adalah yang ideal. Imej tidak realistik ini menyebabkan para remaja khususnya mahasiswa
berusaha dengan cara yang tidak sihat untuk mendapatkan gaya tubuh tersebut. Malah,
sesetengah keadaan menjadi lebih buruk apabila para remaja mula mengambil pil-pil diet serta
mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat bagi memperoleh bentuk badan seperti yang giat
dipaparkan oleh media massa.

Selain itu juga, melalui faktor media massa, internet juga banyak memberi impak dan
pengaruh negatif yang sebenarnya antara salah satu faktor penyumbang di dalam masalah
tingkah laku delikuen di kalangan mahasiswa. Penggunaan internet dewasa in meningkat dengan
mendadak bukan sahaja di kalangan remaja, malahan di kalangan pengguna dewasa juga.
Peranan internet terhadap pelbagai aspek kehidupan individu sebagai medium untuk bersosial,
memperoleh maklumat, berhibur meningkat secara dramatik. Kebanyakkannya mahasiswa pada
masa kini, lebih melayari internet berbanding menghabiskan masa dengan sebarang bentuk
bahan media cetak dan elektronik

Tidak dinafikan bahawa internet banyak memberi pengaruh yang positf terhadap gaya
kehidupan moden pada masa kini, ia sebenarnya turut membawa beberapa isu negatif yang
berupaya menjejaskan kefungsian dan kesejahteraan persekitaran masyarakat misalnya isu yang
melibatkan isu- isu delikuen seperti hak privasi individu, keselamatan, pronografi serta jenayah
internet. Di dalam kajian yang dijalankan oleh..(85%) Ibu bapa menyatakan bahawa internet
meletakkan risiko yang paling tinggi terhadap anak mereka jika dibandingkan dengan faktor
media yang lain.(Rohayati Derani, 2012)

1.3 Objektif Kajian


1. Menentukan kekerapan penglibatan pelajar universiti Malaysia dan Indonesia dalam
aktiviti pengisian masa senggang dan kelakuan delikuen .

2. Mengenalpasti perbezaan kekerapan penglibatan dalam aktiviti pengisian masa senggang


dan tingkah laku delikuen antara pelajar Malaysia dengan pelajar Indonesia?

3. Mengenalpasti perbezaan kekerapan penglibatan dalam aktiviti pengisian masa senggang


dan tingkah laku delikuen berdasarkan jantina?

4. Mengenalpasti hubungan antara kekerapan penglibatan aktiviti masa senggang dengan


tingkah laku delikuen pelajar.

1.4 Persoalan Kajian


1. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan min skor kekerapan penglibatan dalam
aktiviti pengisian masa senggang dan tingkah laku delikuen antara pelajar Malaysia
dengan pelajar Indonesia?

2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan min skor kekerapan penglibatan dalam
aktiviti pengisian masa senggang dan tingkah laku delikuen berdasarkan jantina?
3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kekerapan penglibatan aktiviti masa
senggang dengan tingkah laku delikuen pelajar.

2.0 Metodologi dan Kawasan Kajian

2.1 Kaedah persampelan dan jumlah sample


Reka bentuk kajian pengkaji menggunakan kaedah soalselidik untuk mendapatkan data kajian.
Kajian ini merupakan kaedah secara kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan.
Penggunaan borang soal selidik bagi mengumpulkan data di lapangan. Menurut Mohamad
Abdillah dan Haleefa (2011) terdapat pelbagai kebaikkan dengan menggunakan kaedah borang
soal selidik ini antaranya penjimatan masa, tidak memerlukan kakitangan yang ramai untuk
menguruskannya, maklumat boleh dikutip sekaligus dalam satu kumpulan yang ramai dan
sebagainya. Soal selidik ini diedarkan kepada setiap responden dan dikendalikan secara
menghantar sendiri. Responden diberikan masa untuk menjawab semua soalan dalam soal selidik
tersebut. Oleh itu, dapatan kajian ini akan bergantung sepenuhnya kepada tahap kefahaman dan
kejujuran responden dalam menjawab soal selidik yang diberikan secara sukarela.

2.2 Instrumen soal selidik


Kajian ini merupakan kajian berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah soal selidik.
Soal selidik ini mengandungi tiga bahagian, iaitu bahagian A maklumat demografi responden,
Bahagian B aktiviti pengisian masa senggang dan Bahagian C kelakuan delikuen. Bahagian A
mengandungi maklumat tentang lokasi responden, umur, tahap pengajian, jantina dan kaum
(untuk responden di Malaysia sahaja). Bahagian B dan C menggunakan skala likert 4 skala untuk
mendapatkan maklumat tentang kekerapan responden melakukan aktiviti masa senggang dan
kelakuan delikuen. Aktiviti pengisian masa senggang dibahagi kepada subkontruk aktiviti
pembangunan diri, aktiviti yang mengembirakan, aktiviti kerohanian, aktiviti sosial dan aktiviti
komuniti. Selain daripada itu, 15 jenis kelakuan delikuen yang selalu dilakukan oleh remaja dan
belia disenaraikan untuk mengkaji keterlibatan responden dalam kelakuan delikuen.

2.3 Kawasan kajian


Kawasan kajian ini melibatkan dua buah Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia iaitu salah
sebuah IPT di Bangi, manakala Indonesia pula Kota Bandung.

2.4 Kesahan dan kebolehpercayaan Kajian.


Kesahan kandungan pula merupakan ukuran sistematik bagi menilai sejauh mana kandungan
instrumen dapat mewakili konstruk yang hendak diukur (Pallant 2005). Instrumen yang akan
diguna dalam kajian ini adalah dalam Bahasa Inggeris dan sebahagian daripadanya tidak sesuai
dengan keadaan di Malaysia. Maka, khidmat pakar akan di gunakan untuk menilai instrumen
yang telah diadaptasi. Pakar-pakar akan menyemak item yang digunakan sama ada ia dapat
menilai apa yang akan diukur. Dari segi bahasa, item kajian akan dirujuk kepada pakar bahasa
untuk menterjemah penggunaan Bahas Inggeris kepada Bahasa Melyu.

Sebelum kajian sebenar dilakukan, pengkaji telah menjalankan kesahan muka dengan
guru pakar Bahasa Melayu. Beberapa pembetulan ejaan dan struktur ayat telah dilakukan.
Pengkaji juga telah mendapatkan kesahan kandungan dengan seorang pakar sosiologi
pendidikan. Penambahbaikan telah dilakukan ke atas beberapa item yang dianggap kurang sesuai
berdasarkan komen daripada pakar.

2.5 Analisis Kajian


Data-data yang diperolehi di dalam kajian ini dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis
statistik yang terdapat di dalam Statistical Package for Social Sciences (SPSS) selari dengan
matlamat penyelidikan dan bagi menjawab semua soalan penyelidikan. Data-data yang
diperolehi dikumpul dan diolah dengan teliti bagi memastikan segala kecuaian dapat dielakkan.
Data dianalisis dengan menggunakan ujian-ujian statitistik yang bersesuaian.

Analisis deskriptif dan analisis inferensi dilaksanakan di dalam kajian ini. Analisis yang
dipilih adalah selari dengan persoalan kajian yang telah dirangcangkan dalam perkara 1.4.
Objektif 1 adalah analisis deskriptif yang akan hanya melihat kepada kekerapan dan min bagi
setiap perkara sahaja, tidak melihat kepada perbandingan mahupun hubungan. Manakala objektif
2, 3 dan 4 adalah analisis inferensi akan dilaksanakan dalam melihat perbezaan.

2.6 Defini Operasional


2.6.1 Senggang
Menurut Rusimah Sayuti dan Zakiyah Jamaluddin (2002) waktu lapang atau senggang adalah
salah satu indikator di dalam penggunaan masa. Waktu lapang merupakan sebahagian daripada
masa dalam kehidupan manusia. Setiap manusia mempunyai hak untuk menggunakan masa
tersebut dengan pelbagai cara menurut keperluan dan keinginan mereka. Waktu lapang
merupakan terjemahan daripada perkataan bahasa Inggeris “leisure’/ Terjemahan lain yang
digunakan ialah waktu senggang, waktu tidak bekerja dan waktu terluang. Senggang membawa
maksud waktu berhenti dari bekerja atau belajar, waktu bebas, waktu untuk diri sendiri, waktu
untuk melakukan apa sahaja yang disukai dan masa untuk berehat. Sementara Kelly &
Freysinger (2000) pula menjelaskan bahawa waktu lapang tidak mempunyai konsep yang
spesifik dan boleh ditakrifkan dalam pelbagai perspektif iaitu waktu lapang sebagai masa,
aktiviti; pemikiran; kualiti; tindakan dan dimensi kehidupan.
Masa senggang dimanfaatkan bagi tujuan memenuhi hobi dan minat bagi tujuan
meningkatkan kemahiran dan memberikan kepuasan maksimum kepada peribadi. Dumazedier
(1967) di dalam kajian Lim Khong Chiu (2009) mengkelaskan senggang 3 fungsi iaitu
kesantaian (merehatkan badan), hiburan dan perkembangan peribadi. Kesantaian adalah proses
penyembuhan dari kelesuan anggota badan, hiburan memberikan rasa seronok yang mampu
menghilangkan rasa bosan terhadap kerutinan hidup. Perkembangan peribadi pula adalah untuk
meningkatkan sahsiah seseorang individu.
Realitinya senggang sebenarnya boleh digunakan untuk tujuan sama ada positif atau
negative. Ia adalah masa untuk mencipta semula, menumpukan semula, memperbaharui, dan
menukar atau diubah terhadap penerokaan diri individu. Ajzen, I. (1985) mendefinisikan masa
senggang berkaitan dengan hidup dalam kebebasan relatif dari kuasa-kuasa luar kompulsif
budaya seseorang dan persekitaran fizikal supaya dapat bertindak dari menarik minat terhadap
sesuatu secara peribadi agar menyenangkan, berfaedah, dan menyediakan asas. Katiman et.al
(2011) pula mentakrifkan senggang adalah waktu berhenti dari kerja, waktu belajar, waktu bebas,
waktu untuk diri sendiri, waktu untuk melakukan apa saja yang disukai dan masa untuk berehat.

2.6.2 Tingkah laku

Tingkah laku di dalam konteks yang dinyatakan oleh Zaitul Asma Zainon et. Al (2012) ialah
merujuk kepada nilai sopan, melibatkan pertuturan yang elok, halus dan indah serta sikap yang
memancarkan budi perkerti yang mulia. Penutur yang menggunakan strategi kesantunan dalam
pertuturan mereka akan menggunakan bahasa yang halus, kata gelaran dan sapaan yang menepati
konteksnya. Sapir- Whorf, (1921) menjelaskan tingkah laku seseorang boleh dilihat melalui
kesantunan dan penggunaan bahasanya. Bahasa yang digunakan bukan hanya menentukan corak
budaya, malah menentukan cara dan pola berfikir pengamal tingkah laku. Di samping itu juga
tingkah laku juga diklasifikasikan sebagai etika sosial, iaitu sesuatu perkara yang asas yang
diperlukan untuk mewujudkan keramahan dan penghormatan kepada orang lain.

Melalui teori kesantunan, Brown dan Levinson (1978) di dalam kajian yang sama oleh
Zaitul Asma Zainon et. Al (2012) pengkaji bersetuju bahawa tingkah laku sebenarnya meliputi
amalan budi bahas, sopan santun, dan memiliki segala ciri yang baik dan murni serta dapat
menimbulkan dan kemesraan baik di dalam rumah, di sekolah dan di dalam masyarakat selagi
tidak melanggar aspek- aspek di dalam adat resam dan agama. Pengaruh tingkah laku itu bukan
sahaja dipelajari melalui media cetak seperti akbar dan majalah, tetapi aspek asuhan dan didikan
ibu bapa, di samping pergaulan dengan rakan sebaya dan bimbingan guru- guru di sekolah juga
turut mempengaruhi.

2.6.3 Delikuen
Menurut kajian yang dijalankan oleh Tuan Hua Khim (2013), delikuen adalah bermaksud
personaliti yang berasingan dari ibu bapa mereka, mereka terjebak dengan yang tingkahlaku
delikuen tidak seiring dengan nilai dan norma ibu bapa dan masyarakat. Tuan Hua Khim (2013)
di dalam kajian yang sama berpendapat bahawa tingkah laku selalunya berfungsi, bertujuan dan
menghala tuju dalam membantu pelajar berpisah daripada norma ibu bapa dan lebih dekat
dengan rakan- rakan.Delikuen di kalangan pelajar IPT adalah di mana mahasiswa yang terlibat
dengan aktiviti yang berisiko seperti penyalahgunaan dadah, berjudi, penggunaan tembakau,
alkohol, keganasan dan aktiviti seks secara bebas.

Hal ini kerana mahasiswa yang terlibat di dalam masalah delikuen ini sebenarnya adalah
mangsa kepada sesuatu keadaan. Mereka ini sering dilabel sebagai pelajar yang rosak akhlak,
pelajar yang tiada masa depan dan pelajar yang keciciran semasa di zaman persekolahan mereka
menyebabkan mereka semakin jauh kepada matlamat menjadi seorang mahasiswa. Mereka
menjadi semakin agresif dengan membuat perlakuan yang negatif yang menyumbang kepada
ancaman gejala sosial. Mahasiswa yang terlibat di dalam masalah deliken adalah mahasiswa
yang berisiko dikenalpasti menerusi ciri- cirinya berdasarkan kepada kes penglibatan salah laku
dan faktor- faktor penyebab yang menjurus pelajar tersebut kepada perbuatan yang salah
sehingga memecahkan had nilai keharmonian di dalam masyarakat setempat. ( Noor Erma Abu
dan Leong Kwan Eu, 2014)

2.6.4 Mahasiswa

Definisi mahasiswa menurut Asmah Ahmad dan Rosniza Aznir (2011) adalah golongan muda
yang berumur antara 19tahun sehingga 28 tahun yang di dalam usia tersebut berada di dalam
lingkungan suasana pembelajaran dan pengajaran berasaskan disiplin kendiri. Mereka adalah
masyarakat yang sedang belajar di dalam institut pengajian yang tertinggi yang boleh mereka
capai. Mahasiwa juga didefinisikan sebagai individu yang dinilai memiliki tingkatan intelektual
yang tinggi, kecerdasan di dalam berfikir dan kerencanaan di dalam bertindak. Mahasiswa ini
mampu berfikis secara kristis dan bertindak dengan cepat dan tepat yang sememangnya menjadi
sifat semula jadi mahasiswa yang baik. Mahasiswa adalah seorang pelajar yang belajar di institut
pengajian tinggi, baik di matrikulasi, kolej komuniti, politeknik, matkab perguruan, kolej
universiti, universiti swasta dan universiti awam.

Keperibadian mahasiswa secara umumnya dinilai di dalam karekteristik yang mulai


meningkat dewasa dan mampu berfikir secara rasional berdasarkan pengalaman yang dilalui.
Mereka cenderung memantapkan dan berfikir dengan matang terhadap sesuatu yang akan
diraihnya, sehingga mereka memiliki pandangan yang realistik tentang diri sendiri dan persekitan
ekologinya. (Haris Abd Wahab, 2010) Tambahan, para mahasiswa akan lebih cenderung dengan
lebih dekat dengan rakan sebaya untuk bertukar fikiran dan saling memberi motivasi, kerana
persekitaran mahasiswa di alam pengajian tinggi ini yang menuntut mereka berada jauh di
kalangan ahli keluarga. Sifat keperibadian dan karakterk mahasiswa yang paling menonjol
adalah mereka yang mempunyai wawasan, memiliki perkiraan masa hadapan, baik di dalam
kerjaya dan juga taraf akademik. (Asmah Ahmad dan Rosniza Aznir 2011) Mereka akan
memperdalamkan ilmu di dalam bidang yang diceburi untuk mempersiapkan diri di dalam dunia
kerjaya yang memerlukan kemahiran insaniah yang maksimun.

3.0 Dapatan kajian

Data dikumpul di dua buah Universiti terkemuka masing-masing di negara Malaysia dan
Indonesia. Responden kajian dipilih secara rawak daripada kalangan pelajar yang sedang
mengikuti pengajian di kedua-dua universiti tersebut. Jadual 1 menunjukkan latar belakang
sampel berdasarkan jantina, negara, etnik dan umur. Seramai 87 orang pelajar yang sedang
mengikuti pengajian telah melengkapkan borang soal selidik yang diedarkan, iaitu 41 pelajar
Malaysia dan 46 pelajar Indonesia. Responden terdiri daripada 43 orang lelaki dan 44 orang
perempuan. Hampir semua responden di Malaysia adalah pelajar Melayu. Hanya terdapat 2
daripada 41 orang responden terdiri daripada pelajar bukan Melayu manakala selebihnya adalah
pelajar Melayu iaitu seramai 39 orang. Responden yang berumur antara 19-28 tahun adalah
paling ramai iaitu seramai 64 orang atau 73.6%. Selain daripada itu, terdapat 21 orang atau
24.1% responden adalah kurang daripada 19 tahun.

Jadual 1 Latar belakang responden berdasarkan jantina, negara, etnik dan umur.

Profil Bilangan (n) Peratusan (%)

Jantina
Malaysia
Lelaki 19 44.2
Perempuan 22 55.8
Indonesia
Lelaki 24 52.2
Perempuan 22 47.8
Jumlah
Lelaki 43 49.4
Perempuan 44 50.6

Negara
Malaysia 41 47.1
Indonesia 46 52.9
Jumlah 87 100

Etnik (Malaysia sahaja)


Melayu 39 95.1
Bumiputra Sabah/Sarawak 2 4.9

Umur
≤18 21 24.1
19-28 64 73.6
29-38 1 1.1
39-49 1 1.1

Analisis Data

Data yang dikumpul dianalisis dengan program Statistical Package for the Social Sciences
(SPSS) versi 19.0. Ujian deskriptif dijalankan untuk menentukan tahap penglibatan pelajar
universiti di Malaysia dan Indonesia dalam aktiviti pengisian masa senggang dan kelakuan
delikuen. Ujian-t dua sampel tidak bersandar dijalankan untuk mengenal pasti perbezaan tahap
penglibatan dalam aktiviti pengisian masa senggang dan kelakuan delikuen berdasarkan jantina.
Ujian-t dua sampel tidak bersandar juga dijalankan untuk meninjau perbezaan tahap penglibatan
dalam aktiviti pengisian masa senggang dan kelakuan delikuen antara pelajar Malaysia dengan
pelajar Indonesia. Ujian korelasi Pearson pula dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara
aktiviti pengisian masa senggang dengan kelakuan delikuen dalam kalangan pelajar universiti.
Ujian paramatrik telah digunakan dalam semua ujian yang dijalankan kerana bilangan sampel, n,
untuk setiap kumpulan adalah lebih daripada 30.

Data yang dikumpul dianalisis menggunakan program SPSS. Analisis deskriptif, ujian-t dua
sampel tidak bersandar, dan Ujian korelasi Pearson dijalankan. Hasil analisis data adalah seperti
dalam jadual berikut:

Jadual 2 Skor min dan sisihan piawai bagi kekerapan penglibatan dalam aktiviti pengisian
masa senggang dan kelakuan delikuen.

Malaysia Indonesia Keseluruhan


Konstruk Min sp Min sp Min sp
Pengisian masa senggang 2.56 0.31 2.56 0.34 2.56 0.33
Pembangunan diri 2.59 0.29 2.57 0.37 2.58 0.33
Aktiviti mengembirakan 2.51 0.50 2.71 0.39 2.62 0.45
Kerohanian 2.75 0.49 2.82 0.57 2.79 0.53
Sosial 2.48 0.45 2.44 0.43 2.46 0.44
Komuniti 2.53 0.40 2.39 0.58 2.45 0.50

Kelakuan delikuen 1.21 0.15 1.24 0.22 1.22 0.19

Jadual dua menunjukkan skor min dan sisihan piawai yang dicapai bagi kekerapan pelajar
melibatkan diri dalam aktiviti pengisian masa senggang dan tingkah laku delikuen. Bagi pelajar
Malaysia, empat daripada lima subkonstruk bagi aktiviti pengisian masa senggang iaitu aktiviti
pembangunan diri, aktiviti yang mengembirakan, aktiviti kerohanian dan aktiviti komuniti
mencapai skor min 2.50 keatas. Skor min untuk aktiviti sosial pula mencapai 2.48. Bagi pelajar
Indonesia pula, subkonstruk aktiviti sosial dan aktiviti komuniti mencapai skor min yang lebih
rendah daripada 2.5, manakala tiga subkonstruk lain mencapai antara 2.57 hingga 2.82.

Hasil dapatan juga menunjukkan aktiviti kerohanian merupakan aktiviti yang paling
kerap dilakukan oleh pelajar universiti kedua-dua buah negara pada waktu senggang. Aktiviti
sosial pula merupakan aktiviti yang paling kurang dilakukan oleh pelajar universiti Malaysia
manakala aktiviti komuniti merupakan aktiviti yang paling tidak digemari oleh pelajar universiti
Indonesia. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya analisis data menunjukkan penglibatan
pelajar kedua-dua negara melibatkan hanya diri dalam aktiviti masa senggang pada peringkat
sederhana iaitu mencapai nilai skor min 2.56.

Skor min kelakuan delikuen pelajar universiti bagi Malaysia dan Indonesia pula
mencapai satu tahap yang amat rendah, iaitu masing-masing dengan 1.21 dan 1.24. Ini
menunjukkan pelajar universiti kedua-dua negara jarang melibatkan diri dalam kelakuan-
kelakuan delikuen. Keputusan ini boleh dijelaskan dengan kajian-kajian lepas tentang kelakuan
delikuen remaja yang menunjukkan remaja yang memperolehi pencapaian akedemi yang tinggi
hanya melibatkan diri dalam kelakuan delikuen pada tahap minima. (Beebe & Mueller (1993),
Keilitz & Dunivant (1986), Deyanira Zamora (2005) ).

Jadual 3 Perbezaan antara min skor kekerapan penglibatan dalam aktiviti pengisian masa
senggang dan tingkah laku delikuen antara pelajar Malaysia dengan pelajar Indonesia.

Kumpulan Bil Min S.P Nilai t Sig. (2 tailed)

Aktiviti Masa
Senggang
Malaysia 41 2.56 0.31
-0.27 0.979
Indonesia 46 2.56 0.34
Tingkah Laku
Delikuen
Malaysia 41 1.21 0.15
-0.842 0.402
Indonesia 46 1.24 0.22

Signifikan pada aras 0.05

Ujian-t 2 sampel tidak bersandar telah dijalankan untuk menguji perbezaan min skor
kekerapan penglibatan dalam aktiviti pengisian masa senggang dan kelakuan delikuen antara
pelajar Malaysia dengan pelajar Indonesia. Ujian Levene bagi persamaan varians telah
dijalankan. Keputusan bagi kekerapan aktiviti pengisian masa senggang menunjukkan (F= 0.665,
p> 0.05), bahawa varians bagi kedua-dua kumpulan pelajar Malaysia dan pelajar Indonesia
dianggap sama.

Hasil dapatan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan min skor kekerapan
penglibatan dalam aktiviti pengisian masa senggang antara pelajar Malaysia dengan pelajar
Indonesia (t.05(87)= -0.027 , P>0.05), maka Ho gagal ditolak. Keputusan bagi kekerapan
melakukan tingkah laku delikuen menunjukkan (F= 2.666, p> 0.05), bahawa varians bagi kedua-
dua kumpulan pelajar Malaysia dan pelajar Indonesia dianggap tidak berbeza. Hasil dapatan juga
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan min skor kekerapan melakukan tingkah
laku delikuen antara pelajar Malaysia dengan pelajar Indonesia (t.05(87)= -0.842 , P>0.05), maka
Ho gagal ditolak. Keadaan ini mungkin berlaku kerana latar belakang sosial dan budaya, keadaan
geografi dan keadaan fizikal antara pelajar kedua-dua negara adalah hampir. Keputusan ini turut
menyokong keputusan kajian yang dibuat oleh Brochado,A.O., Brochado, F.O. & Brito,P.Q. pada
tahun 2010 yang menyatakan aktiviti fizikal masa senggang dipengaruhi oleh faktor biologi dan
faktor sosial dan budaya.
Jadual 4 Perbezaan antara min skor kekerapan penglibatan dalam aktiviti pengisian masa
senggang dan tingkah laku delikuen berdasarkan jantina.

Kumpulan Bil Min S.P Nilai t Sig. (2 tailed)

Aktiviti Masa
Senggang
Lelaki 43 2.61 0.40
1.50 0.138
Perempuan 44 2.51 0.23

Tingkah Laku
Delikuen
Lelaki 43 1.27 0.24
2.32 0.024
Perempuan 44 1.18 0.10

Signifikan pada aras 0.05

Jadual empat menunjukkan perbezaan antara min skor kekerapan penglibatan dalam aktiviti
pengisian masa senggang dan tingkah laku delikuen pelajar Malaysia dan Indonesia berdasarkan
jantina. Ujian-t 2 sampel tidak bersandar telah dijalankan untuk menguji perbezaan min skor
kekerapan penglibatan dalam aktiviti pengisian masa senggang berdasarkan jantina. Ujian
Levene bagi persamaan varians telah dijalankan. Keputusan menunjukkan (F= 9.662, p< 0.05)
bahawa varians kedua-dua kumpulan tidak dianggap sama. Hasil dapatan menunjukkan tidak
terdapat perbezaan yang signifikan min skor kekerapan penglibatan dalam aktiviti pengisian
masa senggang antara pelajar lelaki dan perempuan (t.05(87)= 1.50, P>0.05), maka, Ho gagal
ditolak. Ini menunjukkan pelajar universiti lelaki dan perempuan di Malaysia dan Indonesia
melibatkan diri dalam aktiviti pengisian masa senggang pada kadar yang sama. Kajian juga
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kekerapan pelajar berlainan jantina
dalam melakukan aktiviti pembangunan diri, aktiviti yang mengembirakan, aktiviti kerohanian,
aktiviti sosial dan aktiviti komuniti untuk mengisi masa senggang mereka. Maka boleh dikatakan
minat pelajar universiti dalam kedua-dua negara terhadap aktiviti masa senggang tidak
dipengaruhi oleh perbezaan jantina.

Ujian-t 2 sampel tidak bersandar juga dijalankan untuk menguji perbezaan min skor
kekerapan penglibatan dalam tingkah laku delikuen berdasarkan jantina. Ujian Levene bagi
persamaan varians telah dijalankan. Keputusan menunjukkan (F= 15.49, p< 0.05) bahawa
varians kedua-dua kumpulan tidak dianggap sama. Hasil dapatan menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan min skor kekerapan penglibatan kelakuan delikuen antara pelajar
lelaki dan perempuan (t.05(87)= 2.32, P<0.05), maka, Ho ditolak. Laporan kajian oleh Robin
Fitzgerald (2003) turut melaporkan lelaki lebih cenderung melakukan kelakuan delikuen
berbanding dengan perempuan. Robin menjelaskan dengan lebih mendalam bahawa kebanyakan
perempuan yang terlibat dalam tingkah laku delikuen hanya melakukan tingkah laku delikuen
yang kurang serius manakala lelaki pula akan melakukan kelakuan yang lebih serius. Walau
bagaimanapun, laporan Robin (2003) juga menyatakan kajian kelakuan delikuensi berdasarkan
jantina adalah amat kompleks kerana ia melibatkan banyak lagi faktor seperti latar belakang
sosio-ekonomi keluarga, tahap pendidikan, pencapaian akademik, kebarangkalian menjadi
mangsa buli dan pelbagai faktor lain yang tidak dikaji dalam kajian ini.

Jadual 5 Hubungan antara kekerapan penglibatan aktiviti masa senggang dengan tingkah laku
delikuen pelajar.

Tingkah laku delikuen pelajar

Penglibatan aktiviti masa senggang


Pelaki Korrelasi Pearson r = -0.17
Sig. p = 0.115
N 87
Signifikan pada aras 0.05 (2 tailed)

Analisis korelasi Pearson telah dijalankan untuk menguji sama ada terdapat hubungan yang
signifikan antara kekerapan penglibatan aktiviti masa senggang dengan tingkah laku delikuen
pelajar universiti. Kajian mendapati pekali korelasi Pearson antara kekerapan penglibatan aktiviti
masa senggang dengan tingkah laku delikuen pelajar adalah r = -0.17. Hubungan ini adalah kecil
dan tidak signifikan. Maka boleh disimpulkan bahawa tidak terdapat perhubungan yang
signifikan antara kekerapan penglibatan aktiviti masa senggang dengan tingkah laku delikuen
pelajar ( r.05 (87) = -0.17, P> 0.05).

4.0 Rumusan

Berdasarkan dapatan yang diperolehi daripada kajian ini, adalah disimpulkan bahawa
Keterlibatan mahasiswa dalam aktiviti waktu senggang dan tingkah laku delikuen di Bangi,
Malaysia dan di Bandung, Indonesia tidak memperlihatkan perbezaan yang signifikan.
Mahasiswa di kedua-dua tempat melibatkan diri secara sederhana dalam aktiviti masa senggang
dari aspek aktiviti pembangunan diri, aktiviti yang mengembirakan, aktiviti kerohanian, aktiviti
sosial dan aktiviti komuniti. Mahasiswa kedua-dua tempat juga didapati kurang melakukan
tingkah laku delikuen. Kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara
mahasiswa lelaki dengan mahasiswa perempuan dari segi keterlibatan aktiviti masa senggang.
Keputusan yang sebaliknya diperolehi apabila pengkaji membandingkan kekerapan tingkah laku
delikuen berdasarkan jantina. Lelaki didapati lebih cenderung melakukan tingkah laku delikuen
berbanding dengan perempuan. Secara keseluruhannya, penglibatan mahasiswa dalam aktiviti
masa senggang yang bermanfaat tidak memberi kesan kepada tingkah laku delikuen mereka.
Walau bagaimanapun, kajian ini hanya menggunakan saiz sampel yang kecil untuk memberikan
gambaran awal tentang persoalan yang dikaji. Kajian lanjutan pada skala yang lebih besar boleh
dilakukan bagi mendapatkan gambaran menyeluruh di kalangan mahasiswa seluruh Malaysia
dan Indonesia
Rujukan

Ajzen, I. 1985. From Intension To Actions: A Theory Of Planned Behavior. In J. Khun And
J.Beckmann. Action Control: From Cognition. New York: Springer-Verlag, 11-39.
Asmah Ahmad Dan Rosniza Aznir Che Rose. 2011. Peralihan Demografi Dan Kesejahteraan
Sosial Masyarakat Melayu : Suatu Perbandingan Antara Malaysia Dan Kemboja.
Volume 6, Number 1, 115-123.

Azhar Yusuf .2006. Amalan Pengurusan Masa Mahasiswa Dalam Akademik Dan Aktiviti
Berpesatuan: Satu Kajian Terhadap Pelajar SPI, UTM. Tesis Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan (Pengajian Islam). UTM

Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, Juriah Bachok. 2012. Perkaitan Antara Hubungan Kekeluargaan,
Pengaruh Rakan Sebaya Dan Kecerdasan Emosi Dengan Tingkah Laku Delikuen Pelajar
Sekolah Bestari Di Daerah Pontian. Jurnal Personalia pelajar. Bil 14: 56-98 ISSN@2012
012862-678

Badlisham Nasir. 2014. Gejala Sosial Di Felda Gugusan Chini Pahang; Faktor Dan Cara
Mengatasinya. Seminar Antarabangsa Dakwah & Etnik: Perspektif Multi Disiplin. Pusat
Kajian Dakwah Orang Asli Dan Pribumi. UKM Bangi.

Baharom Mohamad, Ali Suradin, Zaaba Helmi Khamisan. 2008. Peranan Pendidikan Islam Dan
Pendidikan Moral Dialam Membina Sahsiah Pelajar Berkualiti. Persidangan
Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008. Universiti Teknologi Mara. Oktober
2008.

Beebe, M.C. & Mueller, F. (1993). Categorical Offenses Of Juvenile Delinquents And The
Relationship To Achievement. Journal Of Correctional Education, 44(4), 193 – 198.
Brochado,A.O., Brochado, F.O. & Brito,P.Q. 2010. Effects Of Personal, Social And
Environmental Factors On Physical Activity Behavior Among Adults. Portuguese
Journal Of Public Health, 28(1), 7-17.

Deyanira Zamora. 2005. Levels Of Academic Achievement And Further Delinquency Among
Detained Youth. The Southwest Journal Of Criminal Justice, 2(1), 42-53.

Dora, M.T., Kudus, N., Hassan, M.A.& Ali, R. 2008. Kemahiran Insaniah: 7 Kompentensi
Unggul Mahasiswa. Universiti Teknologi Malaysia Melaka: Penerbitan Universiti
UTEM.

Haris Abd Wahab. 2010. Kesejahteraan Sosial Dan Pembangunan Komuniti: Pendekatan Dan
Indikator. In: Seminar Serantau Islam Dan Kesejahteraan Sejagat, 24-25 Februari 2010,
Universiti Islam Sultan Sharif Ali Brunei Darussalam.

Hassan Hushin & Junaidah Md. Sallah. 2006. Penglibatan Pelajar Tahun Satu Dalam Aktiviti
Kolej Kediaman Di Universiti Teknologi Malaysia, University Teknologi Malaysia.

Hassan, S.C Hassan, N.C & Buang, N.A. 2010. Penguasaan Kemahiran Insaniah (Kemahiran
Keusahawanan) Dalam Kalangan Guru Sekolah Di Malaysia. Proceeding Of The 4th
Conference On Teacher Education, Join Conference UPI & UPSI, 852-863.

Hassan, S.C Hassan, N.C & Buang, N.A. 2010. Penguasaan Kemahiran Insaniah (Kemahiran
Keusahawanan) Dalam Kalangan Guru Sekolah Di Malaysia. Proceeding Of The 4th
Conference On Teacher Education, Join Conference UPI & UPSI, 852-863.

Jackson, S.L. 2006. Reseacrh And Method And Statistic: A Criticak Thinking Approach. (V.
Knight & D. Moneypenny, Eds) Hlm. 2nd Edito, 84 Belmont, USA: Thomson Wadsworth.
Retrieved From Www.Thmsonright.Com.
Kartini Kartono. 1986.Patologi Sosial 2 : Kenakalan Remaja. Jakarta : CV.Rajawali.
Katiman Rostam, Abdul Rahim Md. Nor, Er Ah Choy, Aishah @Eshah Mokamed, Zaini. 2009.
Kajian Stress Dalam Kalangan Pelajar Wanita Program Sarjana Muda Kejuruteraan di
UTHM. International Conference On Teaching And Learning Higher Education
ICTLHE 2009.

Keilitz, I & Dunivant, N. (1986). The Relationship Between Learning Disabilities And Juvenile
Delinquency: Current State Of Knowledge. Remedial And Special Education, 7(3), 18 –
26.

Kelly & Freysinger. 2000. Leisure-Time Running Reduces All- Cause And Cardiovascular
Mortality Risk. Journal Of The American College Of Cardiology. Vol 64, No 5.2014.
ISSN 0735-1097/36.00

Laporan Indeks Belia Malaysia. 2011. Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia.
Kementerian Belia Dan Sukan. Kementerian Belia dan Sukan KBS Putrajaya, Malaysia

Lim Khong Chiu. 2009. University Student Attitude, Self Efficacy And Motivation Regarding
Leisure Time Physical Participation. Jurnal Pendidik Dan Pendidikan, Jil. 24, 1-15,
2009.

Marziana Abd Malib Dan Mimi Sofiah Ahmad Mustafa. 2014. Gejala Transeksual: Implikasi
Yang Membimbangkan, Bagaimana Keprihatinan Kita? Journal Of Business And Social
Development. Vol 2, Number 2, Sept 2014: 48-61. ISSN:2289-2915. Penerbit UMT

Mohd Salleh. 1999. Asas Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur : Publications And
Distrubutors Sdn. Bhd.

Noor Erma Abu Dan Leong Kwan Eu. 2014. Hubungan Antara Sikap, Minat, Pengajaran Guru
Dan Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Pencapaian Matematik Tambahan. “Reformasi
Pendidikan Dalam Menghadapi Cabaran 2020” : Kuala Lumpur : Nurin Enterprise
Nor Hidayatun Abd Razak, Faizan Abd Jabar, Suhaila Bakar. 2009. Kaji Selidik Terhdap
Penglibatan Pelajar-Pelajar Dalam Akiviti Berfaedah Di Musim Cuti Sekolah: Satu
Kajian Kes Di Bandar Pusat Jengka. Kertas Penyelidikan Uitm 2009.

Pallant, J. 2005. SPSS Survival Manual. Hlm, 2nd Edito, 5-7. Sydney: Allen & Uwin.

Rafiqa Husin. 2010. Pengurusan Masa Di Kalangan Pelajar. Kajian Terhadap Pelajar Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Di Universiti Teknologi Malaysia. Tesis
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam). UTM

Robin Fitzgerald. 2003. Crime And Justice Research Paper Series – An Examination Of Sex
Differences In Delinquency. Canadian Centre For Justice Statistics. Ottawa.
Rohayati Derani. 2012. Persepsi Ibu Bapa Terhadap Faktor- Faktor Keruntuhan Akhlak Remaja
Islam Pada Masa Kini: Satu Tinjauan Di Taman Aman Anak Bukit Alor Setar Kedah.
Tesis Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam). Fakulti Pendidikan. UTM

Rusimah Sayuti Dan Zakiyah Jamaluddin. 2002. Hubungan Antara Keaktifan Dalam Aktiviti
Waktu Lapang Dan Kepuasan Pengisian Waktu Lapang Dengan Kesejahteraan Hidup.
Tesis Sarjana Pendidikan UUM. Sintok.

Rusimah Sayuti Dan Zakiyah Jamaludin. 2002. Hubungan Antara Keaktifan Dalam Aktiviti
Waktu Lapang Dan Kepuasan Pengisisan Waktu Lapang Dengan Kesejahteraan Hidup.

Sakawi,Hasan Mohd Nor, Rosniza Aznie. 2011. Impak Pembangunan Bandar Baru Nusajaya
Wilayah Iskandar Malaysia Terhadap Kesejahteraan Hidup Penduduk Asal Setempat.
Journal Of Society And Space 7Special Issue: Social And Spatial Challenges Of
Malaysian Development.Hlm 14 – 28.
Suzana Sulaiman. 2013. Perpaduan Pelajar Pelbagai Enik: Kehidupan Seharian Pelajar Program
Diploma Tahun Dua, Sesi Pengajian 2012/2013, Universiti Malaysia Perlis. Proceeding
Of The International Conference On Sosial Science Research, ICSSR 2013. 4-5 JUNE
2013. Penang, E-ISBN 978-976-1176818.
Tan Hua Khim, Rusnani Abd Kadir, Sidek Mohd Noah Dan Maznah Baba. 2013. Impak
Kaunseling Kelompok Berstruktur Rebt Terhadap Tingkah Laku Ponteng Kelas Pelajar-
Pelajar Bermsalah Disiplin.

Wan Su Haron. 2011. Hubungan Personaliti, Kemahiran Sosial, Kebimbangan Dan Rakan
Sebaya Dengan Tingkah Laku Devian Di Kalangan Pelajar Universiti. Kertas Kerja
Dibentangkan Di Seminar Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Peringkat Kebangsaan Ke 5,
Melaka.

Zaitul Azma Zainon Hamzah, Ahamad Fuad Mat Hassan, Muhd Nur Hafizudin Md Adama.
2012. Kesantunan Berbahasa Dalam Kalangan Remaja

Anda mungkin juga menyukai