Anda di halaman 1dari 22

Sikap dan pemikiran keusahawanan dalam

kalangan mahasiswa/i Malaysia dan Guang Zhou.

Thong Pui Yee (P66537)


Ngo Jian Yee (P71684)

Abstrak
Usahawan merupakan peneraju kepada idea-idea yang kreatif dan inovatif. Idea-idea
kreatif dan inovatif sangat diperlukan dalam sesebuah negara kerana idea-idea ini dapat
membantu dalam mencipta peluang pekerjaan dan justeru meningkatkan prestasi
ekonomi semasa. Ini dapat dibuktikan bahawa perkembangan ekonomi di China sejak
1990 adalah bergantung kepada usahawan di China. Oleh itu, usahawan dapat memberi
sumbangan kepada ekonomi sesebuah negara. Menyedari hakikat ini, negara kita telah
menyediakan pelbagai program dan bengkel bertujuan untuk memberi pendidikan
keusahawanan terutamanya kepada golongan mahasiswa/i di peringkat universiti. Namun,
kadar pengangguran dalam kalangan graduan universiti di negara ini adalah tinggi.
Mereka dikatakan masih belum bersedia sama ada dari segi mental atau fizikal untuk
melibatkan diri dalam bidang keusahawanan sejurus tamat pengajian. Kajian ini
bertujuan untuk membandingkan kesediaan sikap dan pemikiran dalam keusahawanan
dalam kalangan mahasiswa/i di Malaysia dan Guang Zhou, China. Hasil kajian
mendapati terdapat perbezaan yang signifikan pemikiran keusahawanan antara
mahasiswa/i Malaysia dan Guang Zhou. Hasil kajian telah dibincangkan dalam kajian ini.
Kata kunci: sikap, pemikiran, keusahawanan

Abstract
Entrepreneurs are the sources of creative and innovative ideas. Creative and innovative
ideas are much in need in a country because of these ideas, they can help to create jobs.
Therefore they can improve the performance of the current economy. This is proved by
the economic development in China since 1990 which is dependent purely on
entrepreneurs in China . Thus, entrepreneurs play an important role in contributing to a
higher national income. By this awareness, our country has provided a variety of
programs and workshops which have been designed to provide entrepreneurship
particularly to the students at the university level. However, the unemployment rate
among university graduates in the country is high. They are not ready yet to engage in
entrepreneurship once graduated. This study is aimed to compare the readiness of
entrepreneurial attitudes and thinking between students in Malaysia and Guang Zhou,
China. This study found a significant differences in the entrepreneurial mindset between
Malaysian university students and Guang Zhou’ university students. The result has been
discussed in this study .
Keywords: attitudes, midset, entrepreneurship

1
Pengenalan
Perkataan usahawan dalam bahasa Inggeris ialah entrepreneur merupakan perkataan
pinjaman dari Perancis entreprendre yang membawa maksud mengusahakan sesuatu.
Entrepreneur atau usahawan merujuk kepada individu yang mengusahakan sesuatu
termasuk pengurusan, organisasi dan menganggarkan risiko. Menurut Kuratko (2009),
usahawan merupakan individu yang dapat mengenalpasti sesuatu peluang sedangkan
orang lain masih dalam kekeliruan. Individu yang digelar sebagai usahawan dapat
mengambil sesuatu peluang yang dikenalpasti sebelum orang lain mampu melakukannya.
Mereka merupakan individu yang berinovatif dan perintis dalam sesebuah pasaran
melalui penjanaan idea-idea yang kreatif.

Usahawan merupakan peneraju kepada idea-idea kreatif dan inovatif. Semakin


ramai usahawan bermaksud semakin banyak inovasi (Ryan 2012). Semakin banyak
inovasi dalam pasaran, ia boleh membawa kepada penciptaan peluang pekerjaan yang
semakin banyak dalam pasaran. Oleh itu, Kuratko (2009) berpendapat bahawa usahawan
merupakan wira dalam pasaran zaman sekarang. Ini kerana dalam ekonomi yang tidak
memberangsangkan pada zaman sekarang amat bergantung kepada para usahawan dalam
merekacipta peluang pekerjaan dengan harapan dapat memperbaiki keadaan ekonomi
yang lembap.

Memandangkan keusahawanan merupakan elemen yang penting dalam sesebuah


sistem ekonomi, kerajaan seluruh dunia telah mengimplementasikan konsep
keusahawanan ke dalam polisi negara masing-masing (Parker 2009 & Ryan 2012).
Harapan negara seluruh dunia adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan supaya
dapat mengembangkan ekonomi pada tahap yang maksimum. Malaysia sebagai
contohnya telah menjadikan pendidikan keusahawanan merupakan salah satu tumpuan
atau fokus dalam pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013-2025. Dan unsur-unsur
kemahiran keusahawanan merupakan elemen yang penting yang diterapkan ke dalam
pendidikan vokasional supaya dapat melahirkan insan yang inovatif, kreatif dan berdaya
saing di peringkat antarabangsa (KPM 2013).

2
Selain itu, kajian Yueh (2009) telah membuktikan usahawan di China merupakan
dorongan kepada perkembangan ekonomi di China sejak 1990. 37% individu yang
terlibat dalam keusahawanan adalah disebabkan mereka mempunyai kemahiran dan
pengalaman serta sikap yang positif terhadap bidang keusahawanan. Sikap yang positif
menurut Yueh (2009) ialah sikap terhadap risiko dan ketidakpastian. Sikap tersebut
merupakan faktor yang signifikan dengan keusahawanan.

Sikap optimis terhadap ketidakpastian merupakan indikator yang penting


menentukan kejayaan bagi seseorang usahawan (Ryan 2012). Namun, kajian Norashidah
(2009) mendapati mahasiswa/i di IPTA Malaysia menunjukkan kesediaan sikap dan
pemikiran keusahawanan yang sederhana tinggi terhadap bidang keusahawanan.
Pengangguran graduan berlaku di Malaysia disebabkan graduan kurang bersedia untuk
melibatkan diri dalam bidang keusahawanan selepas tamat pengajian. Walapun kursus
keusahawanan telah ditawarkan di semua IPTA Malaysia, namun graduan didapati
kurang bersedia sama ada dari segi sikap atau mentaliti untuk terlibat dalam
keusahawanan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti sikap dan
pemikiran keusahawanan mahasiswa/i di Malaysia dan Guang Zhou.

Sikap dan pemikiran dalam keusahawanan


Sikap dalam keusahawanan
Anastasia (1982) menyatakan sikap ialah kecenderungan untuk bertindak secara positif
atau negatif terhadap sesuatu rangsangan. Philip dan Michael (1991) pula menyatakan
sikap ialah sistem kepercayaan kekal yang membentuk kesediaan seseorang untuk
melakukan sesuatu tindakan atau penilaian pada bila-bila masa. Menurut beliau, sikap
mempunyai tiga dimensi iaitu dimensi kognitif, dimensi afektif dan dimensi perilaku.
Sikap yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah kecenderungan untuk bertindak secara
positif atau negatif terhadap keusahawanan.

Kejayaan seseorang usahawan boleh dikaitkan kepada sikap keusahawanan yang


terdapat dalam diri orang tersebut. Ini boleh diterangkan mengikut teori gelagat terancang
atau Theory of Planned Behavior (Ajzen 1991) yang menyatakan tingkah laku atau

3
amalan seseorang individu dalam menghadapi sesuatu keadaan dipengaruhi oleh
sikapnya. Berdasarkan teori gelagat terancang, Bird (1989) telah mengemukakan teori
gelagat keusahawanan yang mengatakan wujudnya kaitan antara aktiviti, interaksi dan
kompetensi usahawan dengan sikapnya.

Kajian Begley dan Boyd (1987) membuktikan keperluan kepada pencapaian diri,
kecenderungan mengambil risiko, toleransi terhadap kekaburan, inovasi, lokus kawalan
dalaman diri dan harga diri merupakan ciri-ciri sikap yang penting bagi seorang
usahawan. Keputusan ini disokong oleh Hisrich et al. (2005) yang menyenaraikan
kawalan diri, keperluan kepada kebebasan, keperluan kepada pencapaian dan
pengambilan risiko sebagai empat elemen utama sikap keusahawanan yang harus dimiliki
oleh seseorang yang cenderung menjadi usahawan. Selain daripada itu, kajian Norashidah
(2009) mendapati bahawa sikap yang terserlah dan menonjol dalam diri usahawan ialah
inovasi, keperluan terhadap pencapaian dan harga diri, kawalan diri, kawalan atas risiko
dan toleransi terhadap kekaburan. Elemen-elemen sikap keusahawan ini juga dikaji oleh
pengkaji-pengkaji lain seperti Norfadhilah (2003), Nor Aishah (2006) dan Mohd Noor et
al. (2006).

Inovasi merupakan sikap yang membantu usahawan dalam penawaran produk


atau perkhidmatan yang unik dalam pasaran. Bukan setakat itu, inovasi mengikut Mohd
Noor et al. (2006) dan Nor Aishah (2006), juga dapat memainkan peranan penting dalam
meningkatkan mutu dan keberkesanan urusan perniagaan yang merangkumi peringkat
input perniagaan, proses perniagaan dan pengeluaran perniagaan. Rasionalnya kerana
seorang usahawan yang inovatif mampu menghasilkan idea yang unik dan bernas dalam
usaha menyelesaikan masalah yang timbul dalam semua peringkat urusan perniagaan.

Elemen pencapaian diri merujuk kepada keperluan terhadap pencapaian.


Kepuasan yang diperoleh daripada kejayaan mencapai impian dan cita-cita akan
mendorong seseorang usahawan untuk terus berusaha dalam bidang perniagaan yang
diterokainya. Sikap keperluan terhadap pencapaian merupakan sikap yang perlu ada
dalam diri seseorang usahawan.

4
Elemen berikutnya ialah kawalan diri. Kawalan diri merujuk kepada sifat individu
yang mempunyai kekuatan kawalan dalaman diri ke atas usaha yang diterokai (Kuratko
& Hodgetts 2004). Kawalan dalaman ini penting supaya segala usaha dan perniagaan
yang dijalankan dapat diurus dan dijalankan dengan baik sekaligus menjamin kelestarian
usaha yang diteroka itu walaupun menghadapi pelbagai rintangan (Norfadhilah 2003; Nor
Aishah 2006; Mohd Noor et al. 2006 dan Norashidah 2009).

Kemampuan menguruskan risiko merupakan elemen seterusnya yang disebut


sebagai kawalan risiko. Kegiatan keusahawanan dan perniagaan tidak boleh elak daripada
menghadapi risiko walaupun persiapan dan perancangan telah dibuat secukupnya. Justeru,
sikap berani mengambil risiko dan berkemampuan mengurus dengan baik menjadi
elemen amat penting dalam usaha menjayakan sesuatu usaha yang diteroka oleh mana-
mana usahawan (Norfadhilah 2003; Nor Aishah 2006).

Seterusnya ialah elemen toleransi terhadap kekaburan. Usahawan yang berjaya


cenderung mempunyai sikap ini sejak pada permulaan usaha penerokaan (Kuratko &
Hodgetts 2004). Kadang-kadang, usahawan terpaksa berhadapan dengan keadaan yang
tidak menentu dan tidak mempunyai maklumat yang cukup tentang keadaan persekitaran,
terutamanya dalam merebut peluang perniagaan baru. Bagi usahawan yang mempunyai
sikap toleransi terhadap kekaburan akan mampu membuat keputusan yang sesuai dan
membawa manfaat kepada perniagaan yang membolehkan mereka terus bertahan dan
berjaya dalam bidang keusahawanan yang penuh dengan cabaran dan rintangan.

Secara ringkasnya, dapat dirumuskan bahawa sikap-sikap ini adalah antara ciri-
ciri keusahawanan yang menonjol dan penting untuk seseorang usahawan mengekalkan
kelestarian dan kejayaan dalam bidang yang diceburi.

Pemikiran dalam keusahawanan


Pemikiran keusahawanan merujuk kepada kebolehan diri seseorang individu untuk
menganalisis persekitaran, menjana idea, berfikiran kreatif dan mempunyai kepekaan
pasaran (Norashidah 2009). Pemikiran dan orientasi keusahawanan ini membolehkan

5
mereka mengenalpasti peluang dan menjana idea perniagaan yang kreatif dalam mencari
keunikan produk atau servis yang mempunyai kebolehan pasaran (Marketability).
Kesediaan pemikiran keusahawanan pada peringkat awal adalah penting sebagai
persediaan diri bagi seseorang individu untuk menceburi dalam bidang keusahawanan.

Pemikiran keusahawanan turut merujuk kepada aspek kognitif yang membantu


usahawan untuk mengenal pasti peluang, menjana idea, berfikiran kreatif dan mampu
untuk mengurus dan mengawal kewangan. Persediaan dari segi kognitif dapat dilakukan
melalui pendidikan yang disediakan. Dalam kajian Arokiasamy (2012) telah berpendapat
bahawa hasil kesan daripada globalisasi, pendidikan keusahawanan memainkan peranan
yang semakin penting bagi mendidik generasi baru tentang ilmu keusahawanan.
Pendedahan kemahiran dan pengetahuan pada peringkat awal dapat membantu generasi
muda melengkapkan diri dengan dunia keusahawanan yang sentiasa berubah.

Pendidikan keusahawanan adalah penting dalam melatih pemikiran


keusahawanan golongan generasi muda. Ini telah dibuktikan dalam kajian Azyyati et al.
(2013) yang mendapati bahawa salah satu halangan untuk memulakan perniagaan baru
oleh usahawan muda ialah kegagalan mengutilitikan kemahiran keusahawanan termasuk
kemahiran pengurusan dan kemahiran pengetahuan. Usahawan yang gagal menguasai
kemahiran pengetahuan keusahawanan akan menyebabkan mereka gagal mengikuti
perkembangan produk di pasaran semasa. Justeru, akan menyebabkan mereka gagal
menilai sebarang perubahan semasa yang sedang berlaku. Kepekaan terhadap
persekitaran serta keperluan dan kehendak semasa merupakan ciri pemikiran
keusahawanan yang penting perlu dimiliki oleh setiap usahawan (Norashidah 2009).

Sementara itu, kajian Rozell dan rakan-rakan (2011) telah membincangkan ciri-
ciri yang membolehkan seseorang usahawan mencapai kejayaan di negara China
termasuk semangat untuk meneroka, suka pada cabaran serta berkebolehan untuk
berinovasi dan kreatif. Pemikiran kreatif adalah penting bagi seseorang usahawan yang
berjaya. Seseorang usahawan yang kreatif dapat memikirkan pelbagai cara penyelesaian
masalah apabila berdepan dengan masalah. Mereka dapat membuat pertimbangan yang

6
sewajarnya dan membuat keputusan dengan rasional. Oleh itu, pemikiran keusahawanan
adalah unsur penting yang perlu dimiliki oleh golongan usahawan muda.

Objektif kajian
Kajian ini bertujuan untuk menjawab tiga persoalan kajian iaitu:
1. Apakah tahap sikap dan pemikiran keusahawanan mahasiswa/i di Malaysia dan
Guang Zhou?
2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan sikap dan pemikiran keusahawanan
antara kumpulan mahasiswa/i di Malaysia dengan mahasiswa/i di Guang Zhou?
3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan sikap dan pemikiran keusahawanan
berdasarkan latar belakang jantina dan kaum?

Metodologi
sampel kajian ini adalah dengan memilih responden yang terdiri daripada kalangan
mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia dan Sun Yet-Sen Universiti di Guang Zhou.
Rasional pemilihan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Sun Yet-Sen Universiti di
Guang Zhou untuk dibuat perbandingan adalah kerana kedua-dua universiti mempunyai
ciri-ciri persamaan yang agak ketara. Kedua-dua universiti tersebut diiktiraf sebagai
universiti kebangsaan bagi negara Malaysia dan China.

Sampel kajian dipilih secara rawak dalam kalangan mahasiswa/i di Universiti


Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sun Yet-Sen yang sedang mengikuti pengajian pada
peringkat ijazah sarjana muda. Ciri-ciri sampel adalah seperti ditunjukkan pada jadual di
bawah.

7
Jadual 1: Ciri-ciri sampel

Pembolehubah frekuensi peratus


Jantina
Lelaki 38 44.2
Perempuan 48 55.8
Universiti
UKM 45 52.3
Sun Yet-Sen 41 47.7
Bangsa (Malaysia)
Melayu 15 17.4
Cina 12 14.0
India 14 16.3
Lain-lain 4 4.7

Kajian ini merupakan kajian berbentuk kuantitatif dengan mengunakan kaedah


soal selidik. Borang soal selidik adalah diadaptasi dan diubahsuai daripada kajian
Norashidah (2009). Beberapa item dalam borang soal selidik ini diubahsuai supaya dapat
menjawab persoalan kajian ini. Borang soal selidik yang digunakan mengandungi tiga
bahagian. Bahagian pertama mengandungi maklumat demografi responden termasuk
lokasi responden, nama universiti pengajian, jantina dan kaum. Bahagian kedua dan
ketiga menggunakan skala likert untuk mendapatkan maklumat tentang sikap dan
pemikiran dalam keusahawanan. Sikap terhadap keusahawanan diwakili oleh subkontruk
seperti bersikap inovasi, kawalan diri, pencapaian, kawalan atas risiko dan toleransi
kekaburan. Manakala subkontruk bagi pemikiran dalam keusahawanan diuji melalui
pemikiran terhadap analisis persekitaran, keperluan dan kehendak, penjanaan idea dan
pemikiran kreatif.

Data dikumpul bermula di Malaysia iaitu di Universiti Kebangsaan Malaysia.


Responden kajian dipilih secara rawak dalam kalangan mahasiswa/i yang sedang
mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana muda di semua fakulti. Seramai 45
responden berjaya melengkapkan borang soal selidik. Data di Universiti Sun Yet-Sen
dikumpul melalui kaedah yang sama, iaitu pemilihan secara rawak dalam kalangan

8
mahasiswa/i yang sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana muda. Seramai 41
responden dari universiti tersebut berjaya selesai melengkapkan borang soal selidik.

Data kemudiannya dianalisis melalui program SPSS. Ujian deskriptif dijalankan


untuk menjawab persoalan kajian yang pertama iaitu untuk mengetahui tahap sikap dan
tahap pemikiran dalam keusahawanan kalangan mahasiswa/i di Malaysia dan Guang
Zhou. Ujian-t dua sampel tidak bersandar dijalankan untuk menjawab persoalan kajian
iaitu untuk meninjau perbezaan sikap dan pemikiran dalam keusahawanan antara
mahasiswa/i Malaysia dengan mahasiswa/i Guang Zhou. Ujian-t dua sampel tidak
bersandar turut dijalankan untuk meninjau perbezaan sikap dan pemikiran dalam
keusahawanan mengikut jantina. Ujian ANOVA satu hala dijalankan untuk meninjau
perbezaan sikap dan pemikiran dalam keusahawanan mengikut kaum di Malaysia.

Dapatan kajian dan perbincangan


Data yang dikumpul dianalisis menggunakan program SPSS. Analisis deskriptif, ujian-t
dua sampel tidak bersandar, dan ujian ANOVA satu hala dijalankan. Hasil analisis data
adalah seperti dalam jadual berikut:

Jadual 2: Analisis deskriptif tahap sikap dan pemikiran mahasiswa/i di Malaysia dan
Guang Zhou.

Guang Zhou Malaysia


Subkontruk Min sikap Min pemikiran Min Sikap Min pemikiran
Toleransi kekaburan 3.69 - 3.73 -
Inovasi 3.52 - 3.66 -
Kawalan diri 3.54 - 3.89 -
Pencapaian 4.18 - 4.07 -
Kawalan atas risiko 3.75 - 3.83 -
Keperluan dan
kehendak - 3.47 - 3.85
Analisis persekitaran - 3.26 - 3.81
Penjanaan idea - 3.66 - 3.98
Pemikiran kreatif - 3.66 - 4.13

9
Analisis deskriptif telah dijalankan mendapati tahap sikap dalam keusahawanan bagi
mahasiswa/i Guang Zhou menunjukkan tahap sederhana tinggi dengan nilai skor min
3.74. Manakala sikap dalam keusahawanan bagi mahasiswa/i Malaysia juga
menunjukkan tahap sederhana tinggi dengan nilai skor min 3.84. Sikap dalam
keusahawanan diuji dengan menggunakan subkontruk seperti toleransi kekaburan,
inovasi, kawalan diri, kawalan atas risiko dan pencapaian. Kesemua subkontruk
menunjukkan nilai skor min mahasiswa/i Malaysia lebih tinggi berbanding dengan nilai
skor min mahasiswa/i di Guang Zhou kecuali subkontruk pencapaian. Ini bermaksud
mahasiswa/i Malaysia sangat bersetuju bahawa mereka berasa berpuas hati apabila telah
mencapai sesuatu kejayaan melalui pengorbanan yang dilakukan.

Analisis deskriptif menunjukkan tahap pemikiran dalam keusahawanan kalangan


mahasiswa/i Guang Zhou dan Malaysia menunjukkan tahap sederhana tinggi dengan nilai
skor min masing-masing ialah 3.51 dan 3.94. Kesemua subkonstruk dalam menguji
pemikiran keusahawanan terdiri daripada keperluan dan kehendak, analisis persekitaran,
penjanaan idea dan pemikiran kreatif menunjukkan nilai skor min mahasiswa/i Malaysia
lebih tinggi berbanding dengan mahasiswa/i Guang Zhou. Mahasiswa/i Malaysia didapati
mendapat nilai skor min pemikiran kreatif pada tahap tinggi berbanding dengan
mahasiswa/i Guang Zhou. Hasil dapatan ini adalah selaras dengan kajian Rozell et al.
(2011) yang mengatakan bahawa faktor pemikiran kreatif merupakan elemen yang
penting untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Ujian-t 2 sampel tidak bersandar dan analisis ANOVA satu hala telah dijalankan
untuk menjawab persoalan kajian yang kedua dan ketiga. Jadual di bawah menunjukkan
hasil analisis ujian-t 2 sampel tidak bersandar.

10
Jadual 3: Ujian-t 2 sampel tidak bersandar perbezaan sikap dan pemikiran mahasiswa/i
di Malaysia dan mahasiswa/i di Guang Zhou.

Independent Samples Test

Levene's Test

for Equality of
Variances t-test for Equality of Means

95% Confidence

Sig. Mean Interval of the

(2- Differen Std. Error Difference

F Sig. t df tailed) ce Difference Lower Upper

MIN SIKAP Equal .005 .946 -1.553 84 .124 -.09941 .06402 -.22671 .02790
variances
assumed

Equal -1.552 83.079 .124 -.09941 .06405 -.22680 .02799


variances
not assumed

MIN Equal 3.648 .060 -4.050 84 .000 -.43238 .10675 -.64468 -.22009
PEMIKIRAN variances
assumed

Equal -4.131 75.578 .000 -.43238 .10466 -.64086 -.22391

variances
not assumed

Ujian-t 2 sampel tidak bersandar telah dijalankan mendapati tidak terdapat perbezaan
yang signifikan min sikap dalam keusahawanan antara kumpulan mahasiswa/i di
Malaysia dengan mahasiswa/i di Guang Zhou (t(84)= -1.553, p> .05). Ujian-t 2 sampel
tidak bersandar turut dijalankan mendapati terdapat perbezaan yang signifikan min
pemikiran dalam keusahawanan antara kumpulan mahasiswa/i di Malaysia dengan
mahasiswa/i di Guang Zhou (t(84)= -4.050, p< .01). Perbezaan yang signifikan
menunjukkan nilai skor min kumpulan mahasiswa/i Malaysia lebih tinggi berbanding
dengan nilai skor min kumpulan mahasiswa/i Guang Zhou. Fenomena ini dapat
dijelaskan oleh kajian Yueh (2009) tentang keusahawanan di China mendapati semakin
tinggi tahap pendidikan seseorang akan mengurangkan kecenderungan individu tersebut
terlibat dalam keusahawanan. Responden kajian di China terdiri daripada golongan

11
mahasiswa/i. Oleh itu, kecenderungan pemikiran mereka terlibat dalam bidang
keusahawanan adalah lebih rendah secara relatifnya. Tambahan pula, hasil dapatan ini
menyokong bahawa pemikiran dalam keusahawanan adalah penting dalam membantu
ushawan untuk mengenalpasti peluang, menjana idea, berfikiran kreatif serta kemahiran
dalam mengurus sumber kewangan (Norashidah 2009). Maka, persediaan awal dari segi
pengetahuan adalah penting dalam melahirkan usahawan muda yang mempunyai
pemikiran keusahawanan.

Jadual 4: Ujian-t 2 sampel tidak bersandar perbezaan sikap dan pemikiran mengikut
jantina.

Independent Samples Test

Levene's Test
for Equality of
Variances t-test for Equality of Means

95% Confidence
Interval of the

Sig. (2- Mean Std. Error Difference

F Sig. t df tailed) Difference Difference Lower Upper

MIN Equal variances .041 .841 -.334 84 .739 -.02183 .06526 -.15160 .10795
SIKAP assumed

Equal variances not -.332 77.365 .741 -.02183 .06570 -.15263 .10898
assumed

MIN Equal variances .053 .819 -.705 84 .483 -.08250 .11704 -.31524 .15025
PEMIKI assumed

RAN Equal variances not -.696 74.917 .489 -.08250 .11861 -.31879 .15379

assumed

Ujian-t 2 sampel tidak bersandar telah dijalankan mendapati tidak terdapat perbezaan
yang signifikan min sikap dalam keusahawanan mengikut jantina (t(84)= -.334, p> .05).
Sementara itu, ujian-t 2 sampel tidak bersandar turut dijalankan mendapati tidak terdapat
perbezaan yang signifikan min pemikiran dalam keusahawanan mengikut jantina (t(84)= -
.705, p > .05). Hasil dapatan ini telah memberi satu penemuan baru bahawa pada
permulaannya, tidak terdapat perbezaan yang signifikan sikap dan pemikiran dalam
keusahawanan bagi lelaki atau perempuan. Lelaki dan perempuan mempunyai sikap dan

12
pemikiran yang dikatakan hampir sama terhadap bidang keusahawanan. Namun, terdapat
faktor-faktor penghalang kepada wanita untuk melibatkan diri dalam dunia
keusahawanan yang sebenar seperti faktor motivasi (Hasni, Faridahwati & Mohammad
2012), berpengalaman bekerja (Yueh 2009) dan faktor sumber kewangan (Azyyati et al.
2013).

Jadual 5: Analisis ANOVA satu hala perbezaan sikap dan pemikiran mengikut kaum di
Malaysia.

ANOVA

Sum of
Squares df Mean Square F Sig.

MIN SIKAP UKM Between Groups .153 3 .051 .570 .638

Within Groups 3.675 41 .090

Total 3.828 44
MIN PEMIKIRAN Between Groups .976 3 .325 .952 .424
UKM Within Groups 14.002 41 .342

Total 14.978 44

Ujian ANOVA satu hala telah dijalankan mendapati tidak terdapat perbezaan yang
signifikan min sikap dalam keusahawanan dalam kalangan mahasiswa/i Malaysia
mengikut kaum (F(3,41) = .570, p> .05). Sementara itu, ujian ANOVA satu hala turut
mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan min pemikiran dalam keusahawanan
dalam kalangan mahasiswa/i Malaysia mengikut kaum (F(3,41) = .952, p> .05). Hasil
dapatan ini telah memberi satu penemuan bahawa setiap kaum di Malaysia mempunyai
sikap dan pemikiran yang hampir sama terhadap bidang keusahawanan.

Kesimpulan
Keusahawanan merupakan elemen yang penting dalam sistem ekonomi sesebuah negara.
Semakin ramai keusahawanan, semakin banyak inovasi dalam pasaran dan ini seterusnya
membawa kepada perkembangan ekonomi negara. Oleh itu, setiap negara sedang
berusaha dengan menerapkan unsur kemahiran keusahawanan dalam polisi yang diggubal
dengan harapan melahirkan ramai usahawan baru dalam negara.

13
Unsur-unsur pemikiran terhadap keusahawanan harus ditanam dalam setiap
graduan IPTA pada peringkat awal. Sekiranya mahasiswa/i mempunyai pemikiran
keusahawanan pada peringkat awal, mereka telahpun mempunyai satu kesediaan dari segi
mental untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan sejurus tamat pengajian. Maka
mereka adalah lebih cenderung melibatkan diri untuk memulakan perniagaan sendiri
setelah tamat pengajian.

Pemupukan pemikiran keusahawanan dalam kalangan mahasiswa/i dapat


dilakukan melalui penyediaan pendidikan keusahawanan yang relevan pada konteks
semasa. Pendidikan keusahawanan termasuk bengkel, seminar, kursus dan
memperuntukkan program keusahawanan di peringkat universiti harus ditujukan kepada
semua mahasiswa/i tanpa mengira program pengajian. Ini kerana pendidikan secara
umumnya hanya menyediakan individu sebagai pekerja semata-matanya dan bukanya
menjadi majikan. Maka, adalah menjadi keperluan menyediakan satu program yang boleh
mendidik individu untuk menjadi majikan. Keadaan ini dapat merealisasikan aspirasi
negara dalam melahirkan lebih ramai modal insan yang berkompetitif tinggi supaya
membawa kepada pertumbuhan ekonomi negara.

14
Rujukan
Ajzen, I. 1991. The theory of planned behaviour. Organizational behaviour and human
decision processes, 50: 179-211.

Anastasia, A. 1982. Psychological testing. New York: William & Sons Inc.

Arokiasamy, A.R.A. 2012. The influnce of globalization in promoting entrepreneurship


in Malaysia. South east european journal, 7(2): 149-157

Azyyati Anuar, Ida Normaya Mohd Nasir, Firdaus Abdul Rahman & Daing Maruak
Sadek. 2013. Barriers to start-up the business among students at tertiary level: A
case study in northern states of peninsular Malaysia. Asian social science, 9(11):
290-299.

Begley, T.M., & Boyd, D.P. 1987. Psychological characteristics associated with
performence in entrepreneurial firms and smaller businesses. Journal of Business
Venturing, (2)1: 79–93.

Bird, B.J. 1989. Entrepreneurial Behavior. Glenview: Scott, Foresman and Company.

Hasni Che Ismail, Faridahwati Mohd. Shamsuddin & Mohammad S. Chowdhury. 2012.
An exploratory study of motivational factors on women entrepreneurship
venturing in Malaysia. Business and economic research, 2(1): 1-13.

Hisrich, R.D., Peters, M.P. & Shapherd, D.A. 2005. Entrepreneurship: A Process
Perspective. Edisi ke-6, New York: McGraw-Hill Irwin.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2013. Info Kursus Pendidikan Teknik dan Vokasional.
Edisi 2013.
Kuratko, D.F. 2009. Introduction to entrepreneurship. Edisi ke-8. Cengage Learning.

Kuratko, D.F. & Hodgetts, R.M. 2004. Entrepreneurship: Theory, Process and Practice.
Edisi ke-6. Ohio: South Western.

Mohd Noor Shariff, Jamal Ali & Badrudin A. Rahman. 2006. Pembangunan usahawan di
sektor perikanan. Laporan akhir projek penyelidikan. Universiti Utara Malaysia.

Norashidah bt Hashim. 2009. Kesediaan keusahawanan pelajar dan persekitaran


dalaman institusi pengajian tinggi awam malaysia dalam melaksanakan
pendidikan keusahawanan. Tesis PHD. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nor Aishah Buang. 2006. Deraf pendidikan keusahawanan.

Norfadhilah Nasrudin. 2003. Aspirasi kerjaya keusahawanan di kalangan pelajar-pelajar


Institut Pengajian Tinggi Awam. Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia.

15
Parker, S.C. 2009. The Economics of Entrepreneurship. United Kingdom: Cambridge
University Press.

Philip, G.Z & Michael, R.L. 1991. The Psychology of Attitude Change and Social
Influence. New York: McGraw-Hill.

Rozell, E.J., Meyer, K.E., Scroggins, W.A. & Guo A.M. 2011. Perceptions of the
characteristics of successful entrepreneurs: An empirical study in China.
International journal of management, 28(4): 60-71

Ryan, M. 2012. Do we have too many entrepreneurs? Beware the downside on


innovation. University of Auckland business review, 15(1): 6-15.

Yueh, L. 2009. China’s Entrepreneurs. World development, 37(4): 778-786

16
Lampiran soal selidik

Kajian ini adalah bertujuan meninjau sikap dan pemikiran keusahawanan


dalam kalangan mahasiswa/I di Malaysia dan GuangZhou. Soal selidik ini
mengandungi TIGA bahagian. Bahagian A: Demografi pelajar,
Bahagian B: sikap terhadap keusahawnan, Bahagian C: pemikiran
terhadap keusahawanan

BAHAGIAN A
Demografi pelajar
Sila tulis dan tanda maklumat berikut:

1. Nama Universiti:

2. Negara Malaysia GuangZhou

3. Jantina Lelaki Perempuan

4. Kaum Melayu Cina India

Lain-lain, Nyatakan

5. Bidang pengajian:

6. Tahap pengajian:

Diploma Ijazah Master PHD

7. Saya pernah hadiri kursus dalam bidang berikut: (boleh tanda lebih daripada satu)

Perniagaan kecil atau keusahawanan


Pengurusan
Ekonomi Ekonomi
Ko-kurikulum keusahawanan
Kursus lain berkaitan perniagaan (spt perakauan, undang-undang
perniagaan, kewangan, pemasaran)

17
BAHAGIAN B
Sikap terhadap keusahawanan (30 item)

Jawablah dengan jujur menggunakan skala persetujuan berikut:

Sangat tidak setuju (STS) :1


Tidak Setuju (TS) :2
Kurang Setuju (KS) :3
Setuju (S) :4
Sangat Setuju (SS) :5

Petunjuk: Item pernyataan yang dikemukakan berikut ini adalah menurut pandangan
anda tentang kesediaan pengetahuan dalam bidang keusahawanan. Tidak ada jawapan
betul atau salah. Bacalah pernyataan yang dikemukan di bawah dengan teliti. bulatkan
satu nombor pilihan jawapan anda berdasarkan skala 1 hingga 5 berdasarkan kategori di
atas.

Sikap terhadap keusahawanan

BIL ITEM PERNYATAAN STS TS KS S SS


1 Saya percaya lebih baik berfikir tentang perkara 1 2 3 4 5
yang pasti daripada meneka-neka apa yang tidak
pasti.
2 Saya percaya bahawa ganjaran yang diterima oleh 1 2 3 4 5
usahawan adalah bergantung kepada risiko yang
diambilnya.
3 Saya merasa puas apabila usaha saya membuahkan 1 2 3 4 5
hasil.
4 Saya berasa puas hati apabila saya telah bekerja kuat 1 2 3 4 5
untuk mencapai sesuatu yang saya inginkan.
5 Saya sentiasa tidak puas hati tentang kualiti kerja 1 2 3 4 5
yang saya lakukan. Saya sentiasa tidak puas hati
tentang kualiti kerja yang saya lakukan.
6 Saya gembira apabila menemui penyelesaian yang 1 2 3 4 5
baik untuk masalah yang belum pernah diselesaikan
oleh orang lain.
7 Saya seronok apabila dapat mengenal pasti peluang 1 2 3 4 5
yang bermanfaat untuk diri saya.

18
8 Saya jarang mempersoalkan prosedur yang wujud. 1 2 3 4 5
9 Saya percaya untuk berjaya dalam perniagaan pada 1 2 3 4 5
hari ini, kita mesti cekap.
10 Saya selalu melaksanakan tugas-tugas sebaik 1 2 3 4 5
mungkin walapun dalam keadaan yang tidak
menentu.
11 Saya percaya adalah penting untuk menilai 1 2 3 4 5
kelemahan diri sendiri sebelum memulakan
perniagaan.
12 Saya percaya bahawa sebarang organisasi boleh 1 2 3 4 5
menjadi lebih cekap berkesan dengan mengambil
anggota yang cekap.
13 Saya percaya bahawa untuk berjaya, sesebuah 1 2 3 4 5
perniagaan mestilah dilihat sebagai luar biasa.
14 Saya melaksanakan sesuatu usaha yang hanya 1 2 3 4 5
mendatangkan ganjaran setimpal dengan risiko yang
diambil.
15 Saya berasa bangga apabila melakukan sesuatu 1 2 3 4 5
usaha yang mempunyai risiko yang mampu saya
kawal.
16 Saya selalu berkawan dengan orang yang mungkin 1 2 3 4 5
bermanfaat kepada saya.
17 Saya kecewa apabila saya tidak mampu mengawal 1 2 3 4 5
risiko di luar jangkaan.
18 Saya percaya bahawa untuk berjaya seseorang 1 2 3 4 5
usahawan perlu menguruskan risiko dengan sebaik
mungkin.
19 Saya jarang mengikut arahan kecuali tugas yang 1 2 3 4 5
dilakukan itu adalah sangat rumit.
20 Saya boleh berurusan dengan ramai orang. 1 2 3 4 5
21 Saya merasa seronok apabila melakukan sesuatu 1 2 3 4 5
dalam keadaan yang tidak menentu.
22 Saya jarang mengendalikan sesuatu tugasan 1 2 3 4 5
sekiranya saya tidak tahu caranya.
23 Saya sering mengorbankan keselesaan peribadi 1 2 3 4 5
untuk mendapat faedah dalam sebarang tugasan
yang dilakukan.
24 Saya selalu mengikut amalan yang biasa dilakukan 1 2 3 4 5
oleh orang lain dalam melakukan sesuatu.

19
25 Saya berasa puas hati dengan kerja saya apabila 1 2 3 4 5
mengikut prosedur yang sedia ada.
26 Saya berasa bangga apabila membuat kerja yang 1 2 3 4 5
baik dalam setiap projek saya.
27 Saya kecewa apabila saya tidak mendapat ganjaran 1 2 3 4 5
yang setimpal dengan risiko yang diambil.
28 Saya percaya bahawa keputusan yang saya ambil 1 2 3 4 5
adalah yang terbaik walaupun saya tidak mempunyai
banyak maklumat tentangnya.
29 Saya menggunakan banyak masa untuk merancang 1 2 3 4 5
sesuatu aktiviti.
30 Saya menggunakan masa yang banyak untuk 1 2 3 4 5
mengenalpasti peluang yang bermanfaat untuk diri
saya.

BAHAGIAN C
Kesediaan pemikiran dalam keusahawanan (13 item)

Jawablah dengan jujur menggunakan skala persetujuan berikut:

Sangat tidak setuju (STS) :1


Tidak Setuju (TS) :2
Kurang Setuju (KS) :3
Setuju (S) :4
Sangat Setuju (SS) :5

Petunjuk: Item pernyataan yang dikemukakan berikut ini adalah menurut pandangan
anda tentang kesediaan pengetahuan dalam bidang keusahawanan. Tidak ada jawapan
betul atau salah. Bacalah pernyataan yang dikemukan di bawah dengan teliti. bulatkan
satu nombor pilihan jawapan anda berdasarkan skala 1 hingga 5 berdasarkan kategori di
atas.

Pemikiran terhadap keusahawanan

BIL ITEM PERNYATAAN STS TS KS S SS


1 Saya sentiasa mengikuti perkembangan produk yang 1 2 3 4 5
memenuhi kehendak masyarakat.
2 Saya prihatin tentang perubahan kehendak 1 2 3 4 5
masyarakat dalam memilih pakaian.

20
3 Saya sentiasa menilai idea sebelum 1 2 3 4 5
melaksanakannya.
4 Saya suka memikirkan pelbagai cara penyelesaian 1 2 3 4 5
masalah yang saya hadapi.
5 Saya selalu memikirkan idea perniagaan dengan 1 2 3 4 5
melihat keperluan masyarakat.
6 Saya sering terfikir jenis produk yang berpotensi 1 2 3 4 5
untuk dieksport ke luar negara.
7 Saya suka menilai sebarang perubahan yang berlaku 1 2 3 4 5
di sekeliling saya.
8 Saya peka kepada jenis makanan yang diperlukan 1 2 3 4 5
oleh masyarakat setempat.
9 Saya berani mencuba idea yang baru. 1 2 3 4 5
10 Saya sering mengaitkan kehendak masyarakat 1 2 3 4 5
dengan idea perniagaan.
11 Saya peka dengan perubahan citarasa pengguna 1 2 3 4 5
memilih makanan.
12 Saya sering mendapat idea secara tidak sengaja. 1 2 3 4 5
13 Saya peka kepada perubahan yang berlaku di dalam 1 2 3 4 5
persekitaran saya.

21
22

Anda mungkin juga menyukai