Anda di halaman 1dari 11

SITI NASUHA BINTI OTHMAN

D2014106778

1) MAKSUD KAJI IKLIM


Kaji iklim bermaksud ilmu yang berkaitan dengan fenomena pelbagai
jenis iklim.
Sumber : http://dictionary.reference.com/browse/climatology

Menurut National Drought Mitigation Center, menyatakan kaji iklim


dapat didefinisikan kepada dua iaitu cuaca dan iklim. Cuaca adalah
keadaan atmosfera dalam tempoh masa yang singkat. Sebagai
contoh , kita bercakap mengenai cuaca hari ini atau cuaca pada
minggu ini. Iklim mewakili komposit hari -hari cuaca dalam tempoh
yang lebih lama.

Sumber : http://drought.unl.edu/DroughtBasics/WhatisClimatology.aspx

2) KOMPOSISI DAN STRUKTUR ATMOSFERA MENGIKUT LAPISAN YANG BERBEZA

Menurut Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah,(2008), atmosfera dapat di bahagikan


kepada beberapa lapisan utama berasaskan perbezaan suhu iaitu lapisan
troposfera, stratosfera, mesosfera dan termosfera.

TROPOSFERA
Lapisan ini mempunyai ketebalan 17 km dari aras laut di khatulistiwa dan 8 km di
bahagian kutub. Lapisan ini mengandungi wap air yang berbeza-beza kawasan
yang membolehkan adanya kehidupan serta berlakunya proses cuaca dan iklim.

STRATOSFERA
Lapisan ini merupakan lapisan yang kedua atmosfera dengan ketebalan bermula
dari 17 km hingga 48 km di atas permukaan bumi. Ia merupakan lapisan
mengandungi gas ozon. Gas ozon bersifat menyerap dan menipiskan bahagian
ultra lembayung (UV) , sentiasa wujud dan musnah secara berterusan selagi kadar
proses adalah sama dan purata konsentrasinya adalah kekal walaupun berbeza
dari segi tempat dan ketinggian.

MESOSFERA
Lapisan ini berada pada paras 80 km dari bumi yang mempunyai suhu berkurangan
semula mengikut ketinggian dan mencapai paras minimum di sekitar -90 C di
mesopaus (lapisan mesosfera paling tinggi dan menjadi sempadan dengan lapisan
termosfera).

TERMOSFERA
Lapisan ini merupakan lapisan yang mempunyai profil suhu meningkat semula dengan
ketinggian. Di lapisan bawah lapisan ini mengandungi gas nitrogen dan oksigen
manakala lapisan atas terdapat gas atom oksigen. Peningkatan suhu di kawasan ini
disebabkan oleh kekuatan atom oksigen yang menyerap cahaya UV dengan banyak.

sumber:
Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah,(2008).Pengantar
Persekitaran Fizikal. Tanjong Malim, Perak: UPSI

3) CIRI-CIRI PLANET DALAM SISTEM SURIA

UTARID (MERCURY)

ZUHRAH (VENUS)

Planet paling dekat dengan matahari


Kedua terkecil, terletak 0.38 unit
astronomi (AU) dari matahari
Berputar dengan orbit yang agak
membujur
satu putaran di atas paksinya = 59 hari di
bumi
1 hari di permukaan Utarid mengambil
masa selama 2 tahun
Bentuk permukaan yang mempunyai
kawah dan tebing yang tinggi
Suhu antara 425 C pada waktu siang
dan -170 C pada waktu malam
Tiada atmosfera, tiada bulan
Bergaris pusat 4900 km , tiada satelit
Tiada udara (kurangnya tarikan graviti
dan jisim)

Terletak 0.72 AU dari matahari


Mempunyai saiz dan jisim yang sama
dengan bumi
Mengalami fasa-fasa yang sama dengan
bulan
Berputar mengikut arah bertentangan
1 putaran paksinya = 243 hari di bumi
95% udara terdiri daripada Karbon
dioksida, sedikit nitrogen dan gas-gas lain
Mempunyai atmosfera yang nipis
Awannya berwarna kekuningan akibat
dari titisan asid sulfurik
Permukaannya berbentuk kawah,
gunung berapi
Kesan rumah hijau menyebabkan
permukaan bersuhu antara 450 C
hingga 475 C
Tiada bulan

BUMI (EARTH)

Permukaannya
berwarna
merah-kekuningan
akibat
daripada batu yang mengandungi besi oksida (iron oxide)
Topi ais (ice caps) diperbuat daripada karbon dioksida dan
Berlakunya kejadian siang dan malam dan 4 musim (bunga,
air
panas, luruh dan sejuk)
Saluran menandakan bahawa air telah mengalir di
Hujung bulan Jun, Hemisfera Utara akan condong ke arah
permukaan
matahari menyebabkan siang lebih panjang berbanding
Ada lembah dan gunung berapi yang besar
malam menyebabkan suhu meningkat
Mempunyai atmosfera yang nipis- banyak karbon dioksida
Hemisfera Selatan pula akan condong ke arah matahari
pada hujung bulan Disember, Hemisfera Utara akan menjauh Suhu antara -125 C hingga 35 C
dari matahari menyebabkan malam lebih panjang
Diliputi ribut debu yang besar
berbanding malam
Mempunyai dua bulan
Khatulistiwa mempunyai waktu siang dan malam yang sama

berputar mengelilingi matahari di atas dataran Ekliptik


(berputar atas paksinya 23 condong dari arah menegak.

MARIKH ( MARS)

panjang

Ada lapisan yang melindungi kehidupan (troposfera,


stratosfera, mesosfera dan termosfera)- menyebabkan
berlakunya perubahan suhu mengikut tahap ketinggian

78 % dari atmosfera terdiri daripada nitrogen, 21 % oksigen


dan selebihnya gas argon, karbon dioksida, wap air dan
partikel-partikel lain
Kadar oksigen yang tinggi disebabkan adanya hidupan
Dikelilingi medan magnet disebabkan adanya arus elektrik
yang mengalir di bahagian cecair teras bumi
Mempunyai 1 bulan yang besar

MUSYTARI (JUPITER)
Merupakan planet terbesar dalam
sistem suria
Ada gas hidrogen dan helium
Berlaku ribut yang berpusar (ribut
terbesar dikenali sebagai Great Red
Spot)
Ada 4 bulan besar dan 24 bulan kecil,
salah satunya bernama lo (gunung
berapi aktif)
10 jam masa diambil untuk berputar
atas paksinya
Zon merah merupakan satu
pergerakan awan di lapisan tertinggi
Bergaris pusat 143000 km (11 kali ganda
dari bumi)

ZUHAL (SATURN)

o Planet kedua terbesar


o Terletak 9.5 AU dari matahari
o Bergaris pusat 121000 km
o Mempunyai sistem gegelang yang
sangat kompleks
o Ada 30 bulan- yang paling besar
dikenali sebagai Titan ( lebih besar
dari planet Utarid)
o Gegelangnya terdiri daripada air
yang berbentuk pepejal
o Garis pusat gegelang (bahagian
luar) adalah 600 000 km dan
tebalnya kurang 2 km
o Perbezaan warna disebabkan oleh
pencemaran dan batu

URANUS
Planet ketiga terbesar
Terletak 19 AU dari matahari
Berwarna biru kehijauan yang seragam
1 putaran pada paksinya = 17 jam
Mempunyai gas hidrogen, helium dan
metana
Ada 21 bulan

NEPTUN
Merupakan planet gas dengan cincin
yang berbeza dari segi ketebalan
Planet yang jauh dari matahari
Gas metana yang berada dalam lapisan
atmosfera menyebabkan planet
berwarna hijau kebiruan
Terdapat ribut yang gelap dalam
atmosfera
Ada 8 bulan, bulan terbesar dikenali
sebagai Triton.

Sumber:
National Geographic Society, Ralph
Feather dan Dinah Zike, (2002).
Astronomy. New York, New York:
Glencoe/McGraw-Hill

SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai