Anda di halaman 1dari 16

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013 139 DAPATAN KAJIAN DAN

PERBINCANGAN Bahagian ini akan membentangkan hasil analisis data dan dapatan
kajian tentang persoalan kajian tindakan ini. Segala persoalan akan dirungkai satu
persatu serta bersandangkan kajian-kajain lepas sebagai sokongan. Terdapat 3
persoalan kajian. Adakah kaedah GaBuHa ini dapat membantu murid dalam
menjawab Soalan sains Bahagian A dengan berkesan ? Berdasarkan persoalan
kajian di atas, memang tidak dapat dinafikan, pengkaji harus membuktikan kesahan
menggunakan dokumen daripada responden. Untuk itu, pengkaji telah
menggunakan analisis dokumen sebagai instrumen untuk menjawab persoalan ini.
Hasil daripada analisis dokumen iaitu kertas jawapan responden, pengkaji
mendapati kesemua responden dapat menjawab soalan bahagian A Sains dengan
cara yang betul. Dengan menggunakan kaedah GaBuHa ini, responden mempunyai
idea untuk menjawab soalan dan memahami kehendak soalan. Selain itu,
responden dapat memilih pilihan jawapan dengan lebih yakin. Dokumen yang
dilampirkan itu jelas menunjukkan bahawa responden telah memahami kehendak
soalan serta dapat mengemukakan jawapan mengikut kehendak soalan.
Penggunaan kaedah GaBuHa ini dapat membantu responden dalam menjawab
soalan bahagian A Sains. Mengikut kajian yang telah dilakukan oleh Atan Long
(1981), menyatakan murid-murid lemah perlu didedahkan dengan satu pendekatan
yang membolehkan mereka mudah mengingat istilah bagi setiap komponen. Ini
dapat membantu mereka dalam menjawab soalan dengan lebih mudah berdasarkan
panduan yang diberikan. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah
GaBuHa ini kepada responden yang terdiri daripada murid berpencapaian lemah.
Oleh itu, kajian ini juga selari dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Atan Long
pada tahun 2003. Dengan kata lain, seorang guru perlulah lebih kreatif dalam
memikirkan cara yang terbaik bagi memastikan anak didiknya tidak ketinggalan
dan dapat membantu anak muridnya sebaik mungkin. Oleh itu, pengkaji dapat
rumuskan bahawa persoalan pertama dalam kajian ini telah dijawab hasil daripada
analisis dokumen yang telah pengkaji bincangkan. Adakah dengan menggunakan
kaedah GaBuHa ini dapat meningkatkan pencapaian murid dalam subjek Sains ?
Bagi menjawab persoalan kedua ini, pengkaji menggunakan instrumen ujian pra
dan ujian pos. Berdasarkan keputusan ujian pra dan ujian pos, ternyata terdapat
peningkatan yang jelas dan ketara sebelum dan selepas tindakan pengkaji lakukan.
Ini membuktikan bahawa penggunaan kaedah GaBuHa ini telah membantu
responden dalam meningkatkan pencapaian mereka. Perlu diingat bahawa kesemua
responden adalah gagal dalam ujian TOV lalu. Justeru, walaupun sekecil-kecil
peningkatan dan sebesar-besar lonjakan, pengkaji amat berpuas hati dengan
pencapaian yang ditunjukkan oleh mereka. Mengikut teori yang dikemukakan oleh
Howard Gardner (1983,1989) menyatakan bahawa setiap individu mempunyai
kecerdasan pelbagai. Bagi kajian ini, jelas kelihatan bahawa responden pengkaji
adalah individu kategori kecerdasan linguistik. Ini kerana, kecerdasan linguistik ialah
kemampuan menggunakan perkataan secara berkesan sama ada secara lisan atau
tulisan. Individu ini sensitif terhadap makna perkataan dan mahir untuk
memanipulasikannya. Dengan kata lain, murid-murid akan menterjemahkan bahasa

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013 140 atau kata kunci di dalam soalan
bahagian A untuk mencari jawapan pengganggu dan memahami kehendak soalan.
Jika sebelum ini responden tidak dapat mengaitkan konsep dan istilah yang
diperlukan, walaupun mereka tahu jawapan sebenar, namun oleh kerana tidak
memahami istilah dan kata kunci menyebabkan mereka tidak dapat menjawab
soalan demikian. Justeru, pengkaji berpendapat bahawa penggunaan kaedah
GaBuHa ini telah membantu responden dalam menjawab soalan Sains bahagian A.
Adakah penggunaan kaedah GaBuHa dapat meningkatkan minat murid dalam
menjawab soalan Sains bahagian A ? Minat ialah keinginan (kesukaan ;
kecenderungan) kepada sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Menurut Hajah
Noraini Haji Omar (2008), mengatakan minat mempunyai kaitan dengan sikap.
Apabila seseorang meminati sesuatu maka ia akan bersikap positif terhadap
perkara tersebut. Namun ada kalanya minat tidak selari dengan sikap seseorang.
Dalam kajian ini, timbul persoalan di dalam diri pengkaji bahawa adakah responden
akan lebih berminat untuk menjawab soalan Sains bahagian A? Justeru, pengkaji
menggunakan instrumen soal selidik bagi merungkai persoalan ini. Dapatan soal
selidik berkaitan minat ini telah dianalisis. Hasil analisis mendapati bahawa
responden lebih berminat untuk menjawab soalan dalam Bahagian A. Sebanyak
lapan item telah terkandung di dalam soal selidik tersebut. Hasilnya, responden
mengatakan bahawa kaedah GaBuHa ini telah menambah minat mereka dalam
menjawab soalan Bahagian A. Ini kerana, apabila responden dapat menjawab
sesuatu soalan, maka akan timbul satu perasaan keghairahan dan keseronokan
dalam diri mereka untuk terus menjawab. Dengan kata lain, motivasi intrisik akan
wujud dalam diri mereka sedikit demi sedikit. Hal ini adalah selari dengan kajian Mc
Clelland et al.(1953) dalam Hajah Noraini Haji Omar (2008) mengatakan bahawa
minat juga berkait rapat dengan motivasi dalaman. Minat boleh merangsang
motivasi pencapaian adalah keinginan (minat) berusaha untuk berjaya dalam
piawaian tertentu. Secara ringkasnya, setelah responden berjaya menjawab soalan,
timbul perasaan minat dalam diri mereka untuk terus berusaha. Minat ini sangat
penting kerana tanpa minat, seseorang individu itu tidak akan berusaha untuk
memiliki dan mencuba sesuatu. CADANGAN KAJIAN LANJUTAN Sebagai penutup tirai
kajian, pengkaji ingin membuat cadangan berkaitan kajian lanjutan. Cadangan yang
disenaraikan ini adalah sebagai panduan atau rujukan kepada mana-mana pihak
untuk kajian masa hadapan dijalankan, pengkaji ingin mencadangkan beberapa
perkara untuk kajian seterusnya. 1) Menggunakan Kaedah GaBuHa untuk
menjawab soalan bahagian B Pada pengamatan pengkaji, kaedah GaBuHa ini boleh
digunakan untuk menjawab soalan Sains bahagian B iaitu dengan cara
menggariskan kehendak soalan, membulatkan kata kunci atau istilah sains pada
soalan dan menghapuskan sebarang pengganggu soalan SEMINAR PENYELIDIKAN
TINDAKAN PISMP 2013 141 2) Mempelbagaikan Tahap Pencapaian Sampel. Bagi
kajian ini, pengkaji hanya menjalankan tindakan kepada murid lemah sahaja.
Sebagai cadangan di masa akan datang, agar kajian boleh dilakukan terhadap
murid yang pelbagai tahap kecerdasan. Justeru, hasil dapatan dibandingkan dan
keputusan kajian boleh dijadikan rujukan. 3) Sampel Yang Digunakan Adalah Dari

Umur Yang Berbeza. Memandangkan kajian ini adalah berfokus kepada murid tahun
5, pengkaji ingin mencadangkan agar kajian di masa akan datang menggunakan
sampel dari tahun 6 iaitu 12 tahun. Ini kerana, mereka lebih signifikan terhadap
soalan-soalan memandangkan mereka akan menduduki peperiksaan UPSR. Rujukan
Atan Long (1981). Pedagogi : Kaedah am mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), Kuala Lumpur : Penerbit Dewan Bahasa dan
Pustaka Mok Soon Sang (1992). Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan
Semester 4. Kuala Lumpur : Kompleks Budiman Sdn Subang Jaya. Mok Soon Sang.
(2006). Education Studies For Kpli (Theme 1): Educational Physcology. Selangor.
Multimedia-Es Resources Sdn.Bhd. Noraini Haji Omar (2008). Faktor-Faktor Yang
Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam
Tingkatan Lima. Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral Ramlah Hamzah (1993).
Persepsi dan Masalah Guru Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup. Jurnal
Pendidikan Guru , Bahagian Pendidikan Guru (KPM) Bil.9 : 50-71 Sharifah Alwitah
Alsagoff (1986). Ilmu Pendidikan: Pedagoi . Kuala Lumpur: Heineman Asia, ctk.4.
Zurida Ismail, Sharifah Norhaidah Syed Idros and Maznah Ali (2003). Pendidikan
Sains Prasekolah. PTS Publication & Distribution

2.2.2 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik


Menurut Fatanah (1997), pelbagai teori dan dapatan kajian telah dikemukakan untuk
menjelaskan faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Di kalangan ahli
psikologi, aspek kognitif, sikap dan motivasi pelajar lebih dipentingkan. Manakala ahli-ahli
sosiologi lebih menekankan peranan latar belakang sosioekonomi. Di kalangan ahli psikologi
sosial pula, mereka lebih cenderung untuk mengkaji proses mendidik anak. Tidak kurang juga
yang mengaitkan faktor guru seperti kelulusan, kaedah pengajaran, faktor pengurusan dan
pentadbiran, kemudahan dan insentif guru dan kakitangan, peranan masyarakat dan rakan
sebaya.
Wang, Haertel dan Walberg (1990) telah membuat analisis terhadap hasil kajian yang pernah
dijalankan dalam tempoh lima puluh tahun lalu berhubung dengan faktor-faktor yang
mempengaruhi pencapaian pelajar di Amerika Syarikat. Mereka menyatakan bahawa aspek
sosial dan tingkah laku pelajar sebagi memainkan peranan penting. Pelajar yang tidak berdisplin
atau tidak mengikut peraturan kerapkali mempunyai pencapaian akademik yang rendah,
manakala para pelajar yang bertingkah laku seperti sewajarnya, lebih cenderung berpencapaian
tinggi. Dalam konteks sekolah pula, aspek yang paling mempengaruhi pembelajaran adalah
persekitaran dan sokongan keluarga.
Bloom (1981) menyatakan di samping persekitaran rumah, persekitaran sekolah juga memberi
kesan ke atas perkembangan pembelajaran kanak-kanak. Ini kerana di sekolah adalah tempat
berlakunya perkembangan bahasa, motivasi dan kaedah belajar.

Pusat Perkembangan Kurikulum (1992) telah membuat kajian perbandingan ke atas sekolah yang
menunjukkan pencapaian yang baik dan kurang baik dalam matematik sekolah rendah. Sebanyak
empat buah sekolah telah dipilih dalam setiap negeri di Malaysia yang mewakili dua sekolah
baik dan dua sekolah kurang baik, lokasi bandar dan luar bandar untuk kajian ini. Dalam kajian
tersebut empat dimensi telah dikaji iaitu pengurusan, guru, murid dan bahan bantu mengajar.
Keputusannya didapati ada perbezaan antara kedua-dua jenis sekolah tersebut dari segi
pengurusan, pengajaran, murid dan penggunaan bahan mengajar.
Hasil daripada kajian tersebut, satu rumusan kenyataan telah dikeluarkan iaitu walaupun guru di
semua sekolah telah menerima latihan yang sama, tetapi pencapaian akademik antara sekolahsekolah jauh berbeza. Didapati beberapa buah sekolah biasa, khususnya yang terletak di luar
bandar telah mencapai prestasi yang baik tahun demi tahun. Perkara ini tidak berlaku secara
sendiri tetapi adalah kesan daripada usaha, inovasi dan kereaktifan yang diamalkan oleh semua
pihak di sekolah yang baik sehingga membentuk persekitaran pembelajaran yang
menyeronokkan ( Pusat Perkembangan Kurikulum 1992). Daripada kajian ini didapati perbezaan
yang ketara adalah pengurusan sesebuah sekolah yang boleh menimbulkan persekitaran
pembelajaran yang berbeza.
Dalam tinjauan penulisan (Azmi et al. 1995), beliau telah mengemukakan tinjauan oleh
Mortimore (1995) terhadap beberapa kajian-kajian mengenai sekolah berkesan. Mortimore
mendapati bahawa fokus kajian adalah berbeza-beza antara satu kajian dengan kajian lain dari
segi faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar. Para pengkaji seperti Coleman (1966),
telah menggunakan kajian tinjauan yang melibatkan sampel yang besar untuk mencari perkaitan
antara faktor sosioekonomi pelajar dan faktor sekolah dengan pencapaian pelajar. Secara umum
dapatan-dapatan ini menunjukkan bahawa ciri-ciri latar belakang sosioekonomi pelajar amat
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar manakala faktor sekolah yang diukur dari segi
kemudahan material kurang menyumbang kepada pencapaian pelajar. Di Malaysia, kajian
terbesar dan paling berpengaruh ialah Kajian Keciciran 1973 yang dijalankan oleh Kementerian
Pendidikan. Hasil kajian mendapati bahawa kedua-dua faktor latar belakang sosioekonomi
pelajar dan juga kemudahan sekolah mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.
Menurut Marimuthu (1975), terdapat bukti-bukti yang menunjukkan kelemahan pencapaian
pelajaran di sekolah adalah disebabkan oleh keadaan kemiskinan dan kekurangan kelengkapan
material di rumah. Beliau menambah bahawa kemiskinan sebagai angkubah penghalang yang
menyebabkan kecacatan dalam kemajuan kanak-kanak.
Menurut Creemers (1994), dipetik daripada (Azmi et al. 1995) mengatakan dengan mengambil
kira faktor latar belakang yang di kawal, didapati 12% - 18% perbezaan dalam pencapaian
pelajar dapat diterangkan oleh faktor sekolah dan bilik darjah. Ballantine (1997) pula
mengatakan faktor minat terhadap mata pelajaran, rakan sebaya, hubungan dengan guru, keadaan

persekitaran dan pengalaman yang berbeza (bangsa, jantina dan kelas sosial) adalah antara
factor-faktor yang terlibat dalam proses pembelajaran.

2.2.3 Faktor-Faktor Dalaman


Faktor-faktor dalaman yang akan dibincangkan dalam kajian ini ialah minat, sikap pelajar,
persepsi pelajar dan aspirasi kerjaya. Abu Zahari (1988), menyatakan bahawa minat dan
kecenderungan memainkan peranan dalam mempengaruhi pencapaian pembelajaran individu.
Mereka yang berminat akan menunjukkan pencapaian yang tinggi manakala yang tidak berminat
akan menunjukkan pencapaian yang rendah. Manja (1990), mendapati pelajar Cina lebih
berminat untuk belajar berbanding dengan pelajar Melayu dan India. Pelajar Cina juga didapati
lebih cenderung dalam bidang akademik terutama mata pelajaran sains dan matematik. Husen
(1967 ) dalam kajiannya mendapati pencapaian mempunyai hubungan yang positif dengan minat
pelajar terhadap sains dan metematik.Kajian menunjukkan semakin tinggi minat pelajar maka
semakin tinggi prestasi pencapaian mereka dalam mata pelajarn sains dan matematik.
Sesetengah pihak berpendapat bahawa tidak atau kurang berminat mempelajari matematik
bahkan mereka mungkin fobia dengan angka berpunca dari bebrapa faktor seperti tiada atau
kurang pendedahan akan kepentingan penguasaan matematik. Anuar (Berita Harian, 1994)
mengatakan bahawa usaha bagi menentukan kejayaan pelajar dalam sains dan matematik ialah
mengubah sikap dan seterusnya memupuk minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut.
Gui Sew Chu (1988) dalam kajiannya berkaitan dengan sikap dan pencapaian dalam matematik
telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif di antara sikap, minat dan keyakinan
diri dengan pencapaian dalam matematik . Dapatan kajian ini juga menunjukkan faktor
keyakinan diri pelajar merupakan pembolehubah yang berkesan terhadap pencapaian matematik.
Dalam kajian lain oleh Adnan (1980) untuk melihat pertalian di antara sikap pelajar terhadap
matapelajaran tertentu dan pencapaiannya dalam Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP),
mendapati terdapat hubungan yang positif. Kajian telah dilakukan terhadap 230 orang pelajar
tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kampung Baru, Kuala Lumpur terhadap matapelajaran Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Geografi, Sains dan Matematik dengan pencapaian mereka
dalam Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran.
Muskamal (1991) mendapati bahawa wujudnya hubungan yang signifikan antara persepsi dan
minat terhadap sains dan matematik dengan pencapaian sains dan matematik. Begitu juga
terdapatnya perbezaan persepsi antara pelajar yang berpencapaian tinggi dengan berpencapaian
rendah tetapi tidak ada perbezaan persepsi antara lelaki dan perempuan.
Awang Had Salleh (1986), mengaitkan masalah pencapaian akademik pelajar dengan aspek

kendiri pelajar itu sendiri. Kegagalan pelajar dilihat ada kaitan dengan fakta dalam diri pelajar
yang dikatakan mempunyai aspirasi dan cita-cita yang sederhana dalam pelajaran dan kerjaya. Di
samping itu juga mereka menunjukkan semangat persaingan yang rendah serta kurang
mempunyai motivasi untuk belajar.

2.2.4 Faktor Luaran


2.2.4.1 Faktor Guru Dan Sekolah
Strategi pengajaran yang baik ialah memastikan pelajar mengambil bahagian dalam proses
pembelajaran. Secara tradisi, budaya sekolah memainkan peranan sebagai pekerja kepada guru;
guru melakukan segalanya- bercakap, berfikir, bergerak dan sebagainya, manakala pelajar
merupakan produk guru yang duduk mendengar, menerima dan meluahkan kembali fakta.
Secara tradisinya bilik darjah yang baik ialah bilik darjah yang guru mengajar dan murid
belajar.
Rosmaria (1995) menegaskan bahawa guru merupakan orang penting yang dapat mempengaruhi
minat pelajar terhadap sains dan metematik. Pengetahuan guru dalam mata pelajaran sains dan
matematik secara mendalam juga amat penting dalam membantu guru menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran ( Pidgeon 1967).
Goodlad (1984) dipetik daripada (Sharifah 2000) telah memberi gambaran mengenai apa yang
diajar di bilik darjah di Amerika Syarikat. Menurut beliau guru dalam bilik darjah lebih
menekankan kemahiran asas, memberi tumpuan kepada pembelajaran tahap rendah, kurang
menekankan kemahiran berfikir, kurang menggunakan pelbagai penakulan, tidak mengaitkan
teori dengan amalan dan guru juga kurang kreatif. Projek yang dijalankan oleh pelajar bukan
bertujuan untuk mencabar intelek tetapi untuk mengasah kemahiran asas pelajar. Bilik darjah
dikatakan membosankan, pengetahuan yang didapati oleh pelajar sungguh asing daripada
pemahaman dan penghayatan mereka sendiri.
Bilik darjah yang membosankan seperti yang digambarkan oleh Goodlad, akan melahirkan
pelajar yang mengamalkan budaya mengelak daripada belajar. Sikap ini dipanggil sebagai
konspirasi convenience iaitu satu konspirasi di kalangan pelajar untuk mengelakkan daripada
melakukan kerja akademik yang serius, berterusan dan mencabar. Sikap pelajar terutama kelas
lemah menunjukan kadar ponteng sekolah dan ponteng kelas yang tinggi. Alasan yang diberi
oleh pelajar ialah tidak menyiapkan kerja sekolah. Ini menunjukkan penglibatan yang rendah
dalam pembelajaran (Kamarudin 1994).
Menurut Kamarudin (1994) suasana bilik darjah tidak kurang pentingnya untuk mewujudkan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Bilik darjah yang berkeadaan cerah, berwarna-

warni, selesa riang dan seronok sudah tentu akan menghasilkan pembelajaran yang lebih mudah
dan kekal jika dibandingkan dengan keadaan yang sebaliknya. Persekitaran fizikal sesebuah bilik
darjah merupakan sumber pembelajaran yang utama. Perhatian terhadapnya membolehkan guru
meningkatkan keceriaan disamping menghasilkan satu bentuk pengajaran yang lebih berkesan.
Suasana emosi lebih penting daripada suasana fizikal, kerana suasana fizikal yang ideal
sekalipun tidak dapat mengubah keadaan pembelajaran yang tidak memuaskan sekiranya suasana
emosi serba kekurangan.
Suasana emosi adalah gabungan daripada berbagai-bagai perkara, seperti suara guru, sikap dan
ekspektasinya, sistem kepercayaannya, kemesraan dan kelucuannya, teknik mengawal bilik
darjah, stail kepimpinannya dan kaedah mengajar serta penggunaan pujian. Umpamanya suara
guru yang semulajadi terang, tidak tegang dan bercorak perbualan akan menimbulkan suasana
bilik darjah yang tenang. Suasana emosi seperti ini sangat sesuai untuk mendapatkan interaksi
pelajar dalam pembelajarannya. Kejayaan seseorang pelajar dalam suatu mata pelajaran
dikaitkan dengan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Prestasi
pencapaian pelajar dalam peperiksaan memberi gambaran kepada mutu pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan di sesuatu sekolah. Antara faktor yang dikenalpasti menjadi
punca penurunan prestasi dalam mata pelajaran matematik ialah kelonggaran dan kelemahan
metodologi pendidikan dan pengajaran di sekolah.
Menurut Ballantine (1997), proses pengajaran dan pembelajaran yang baik ialah memastikan
pelajar mengambil bahagian dalam proses pembelajaran. Kelonggaran dan kerapuhan
metodologi pendidikan menyebabkan matematik dikaitkan dengan elemen kesukaran, kebosanan
dan pelbagai factor yang menakutkan pelajar. Sulaiman (1995) juga menyatakan pengajaran guru
sains dan matematik terikat dengan buku panduan kerja dan kurang menarik, menyebabkan
pengajaran guru menjadi kaku dan kurang berkesan. Ini menjadikan pengajaran membosankan
dan tidak memotivasikan pelajar.
Persediaan mengajar yang baik dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah. Untuk menilai aspek persediaan, criteria-kriteria yang merangkumi penyediaan
bahan dan alat, kesesuaian bahan pengajaran, persediaan awal guru perlu diambil kira (Nik Aziz
Nik Pa 1991). Leong (1990) menyatakan bahawa guru-guru yang selalu memberi ujian,
mengadakan kelas tambahan, menggunakan soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun terdahulu
dan buku panduan peperiksaan dalam pengajaran akan meningkatkan pencapaian pelajar. Teknik
penyampaian yang berkesan daripada seseorang yang berkeinginan tinggi untuk membantu orang
lain sudah pasti membawa kesan positif. Pengetahuan guru dalam mata pelajaran sains dan
metematik secara mendalam amatlah penting dalam membantu mereka meyakinkan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Guru yang mengambil berat akan pelajarnya yang
lemah, mampu memberi motivasi kepadanya (Ballantine 1997).
Menurut Abdul Razak dan Rashidi (1997), untuk meningkatkan pencapaian sains dan matematik,

adalah dicadangkan supaya para pendidik menentukan pelajar-pelajar mereka sentiasa


bermotivasi tinggi dan bersikap positif terhadap pembelajaran mata pelajaran tersebut.
Selain faktor guru, faktor bilik darjah juga memainkan peranan penting dalam membantu
pencapaian pelajar. Ballantine (1997) menyatakan bahawa pelajar di bahagian hadapan atau
tengah kelas lebih terlibat dengan pembelajarn dan seterusnya baik pencapaiannya. Mereka juga
lebih dihargai oleh guru dan rakan, mereka kurang diberi peringatan tentang sebarang arahan. Ini
mungkin disebabkan penglibatan mereka dalam pembelajarn adalah menonjol di dalam kelas.
Atan Long (1998) menyatakan bahawa keadaan fizikal bilik darjah memainkan peranan yang
penting dalam pengajaran kerana pelajar akan merasa gembira di dalam bilik yang mempunyai
suasana yang menyenangkan. Kebersihan bilik darjah juga dapat menambah keberkesanan
disamping menjaga kesihatan pelajar dan menambah rasa estatika mereka. Menurut Ballantine
(1997) kemudahan dan persekitaran sekolah yang mempunyai suasana yang kondusif untuk
belajar boleh meningkatkan pencapaian.
Budaya sekolah pula menggambarkan keadaan masyarakat yang terdapat di sekitar sekolah
tersebut dimana, meraka mempunyai nilai, sikap, keyakinan, norma dan adat yang tersendiri
yang mungkin berbeza dari sekolah lain
Brookover (1979) merumuskan sistem sosial sekolah (iklim, struktur dan sebagainya) boleh
berfungsi seperti satu keluarga atau organisasi sosial yang lain untuk mencapai metlamat
tertentu. Jika matlamat sekolah ialah untuk meningkatkan pencapaian pelajar, maka sistem sosial
sekolah berkemampuan bergerak ke arah pencapaian matlamat tersebut. Sesetengah pengkaji
menegaskan bahawa semua pelajar tidak kira status sosioekonomi boleh belajar dengan berkesan
jika sekolah menyediakan iklim sekolah yang merangsang potensi pelajar dan potensi guru
sepenuhnya. Iklim pembelajaran yang berkesan boleh diwujudkan apabila guru dapat
mengenalpasti tahap hubungan sosial pelajarnya (Kamarudin 1994).
Kajian oleh Mortimore (1988) menegaskan bahawa sekolah lebih berkesan daripada pengaruh
keluarga dari segi peningkatan pencapaian. Ia membuktikan bahawa pengaruh sekolah dalam
peningkatan matematik pelajar adalah sepuluh kali ganda lebih penting daripada pengaruh
keluarga. Kajian ini membuktikan bahawa terdapat kesan sekolah terhadap pencapaian pelajar
dalam mata pelajarn tertentu.

2.2.4.2 Faktor Keluarga


Keluarga merupakan agen sosialisasi yang terrpenting kerana keluarga ialah kelompok asas yang
pertama bagi kebanyakan individu. Keluarga mempunyai banyak tanggungjawab dalam proses
pemindahan budaya terutama yang melibatkan norma dan nilai budaya tersebut. Walaupun

keluarga tidak dapat menentukan sepenuhnya perkembangan dan pembentukan peribadi anakanak mereka, namun dimensi seperti sikap, minat, matlamat, kepercayaan dan prejudis adalah
diperolehi daripada ibu bapa atau keluarga (Rohana 1997)
Terdapat ahli sosiologi yang mengatakan bahawa kanak-kanak pada waktu dilahirkan adalah
seperti kain putih atau papan tulis yang bersih. Maka kanak-kanak tersebut akan mempelajari
daripada ibu bapa tentang kerjasama dan persaingan, kemesraan dan kerenggangan atau
bersenang hati dan ketegangan. Keluarga autoritarian akan membentuk anak bersifat pasif, tiada
anasiatif, submisif, tidak mahu bekerjasama dan takut mengeluarkan pendapat. Bagi keluarga
laissez-faire iaitu ibu bapa yang terlalu berlembut dengan anak-anak, segala kemahuan anak
dituruti dan displin diri terlalu longgar, akhirnya boleh membentuk anak-anak yang tidak
menghormati orang tua dan tidak mempunyai perasaan tanggungjawab. Manakala ibu bapa yang
mengamalkan kaedah sederhana dan demokrasi selalu melibatkan anak mereka berbincang
dalam menghadapi masalah dalam keluarga. Mereka bersikap lembut tetapi tegas dan banyak
memberi bimbingan. Displin anak tidak bergantung kepada kuasa fizikal semata-mata tetapi
lebih kepada taakulan. Anak-anak daripada kelaurga ini didapati menunjukkan inisiatif, bersopan
santun, yakin kepada kebolehan diri sendiri disamping kebolehan diri sendiri dan menunjukkan
sikap yang positif (Rohana 1997).
Peranan keluarga terutama ibu bapa dalam menentukan pencapaian anak-anak tidak dapat
dinafikan. Memandangkan masa seseorang pelajar berada di sekolah adalah singkat berbanding
di rumah, maka pencapaian pelajar ada bergantung kepada dorongan dan peluang untuk belajar
yang disediakan oleh ibu bapa. Angela et.al (2001) berpendapat jika keluarga melibatkan diri
mereka dalam pendidikan anak-anak, anak-anak akan memperolehi gred yang lebih baik, hadir
ke sekolah lebih kerap, menyiapkan kerja rumah, bersikap positif dan menamatkan pengajian
dengan cemerlang. Oleh itu mempertingkatkan penglibatan keluarga dalam pendidikan anak
adalah matlamat penting bagi sesebuah sekolah dalam meningkatkan prestasi pelajar serta
keputusan peperiksaan sekolah.
Walberg (1985) menyatakan bahawa penglibatan ibu bapa dalam aktiviti akademik anak-anak
mereka amatlah penting untuk menjamin pencapaian yang lebih baik dalam sesuatu ujian atau
peperiksaan. Rumberger (1983), mengenalpasti ibu bapa yang berpendidikan tinggi akan
meluangkan lebih banyak masa untuk anak-anak. Masa yang diluangkan ini digunakan untuk
mengajar, memeriksa kerja sekolah di rumah dan menjalankan aktiviti rekreasi. Aktiviti ini akan
dapat meningkatkan keupayaan pembelajaran anak-anak.
Faktor taraf pekerjaan ibu bapa dan pendapatan ibu bapa juga turut dikaitkan dengan corak
pendidikan dan pencapaian akademik anak (H. Lingxin 1998). Kebiasaannya pelajar yang
pencapaian akademiknya baik dikaitkan dengan ibu bapa yang berpendapatan tinggi. Ini kerana
ibu bapa menjadi pendorong kepada kejayaan mereka. Gui Sew Chu (1988) dalam kajiannya
mendapati bahawa hanya faktor pendapatan bulanan ibu bapa mempunyai pengaruh yang
signifikan ke atas pencapaian akademik pelajar sedangkan faktor-faktor lain seperti saiz

keluarga, peringkat pelajaran ibu bapa, minat, sikap ibu bapa terhadap pelajaran dan kemudahan
dalam rumah tidak menunjukkan pengaruh yang signifikan.
Coleman dalam teorinya mengatakan tiga komponen persekitaran keluarga ialah Human
capital, Financial capital dan Social capital yang boleh mempengaruhi pencapaian pelajar
(Raymond 1998). Lebih tinggi status sosioekonomi keluarga pelajar maka lebih tinggi
pencapaian akademik pelajar tersebut (Boocock 1972). Mitchell (1998) dalam kajiannya
mendapati, walaupun peranan yang dimainkan oleh guru penting namun kedudukan
sosioekonomi pelajar merupakan halangan kepada pencapaian akademik. Razali (1985) dalam
kajiannya juga menunjukkan pelajar dari taraf sosioekonomi tinggi memperolehi pencapaian
akademik yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa ibu bapa memberi sumbangan yang besar
terhadap pencapaian akademik. Berdasarkan contoh-contoh yang dikemukakan, jelas
menunjukkan wujudnya hubungan antara pencapaian akademik dengan taraf sosioekonomi
keluarga.
Flond, Hasley dan Martin (1976) berpendapat peranan ibu bapa merupakan salah satu faktor
penyebab kepada kewujudan perbezaan pencapaian akademik pelajar. Ini disokong oleh Fraser
(1979) yang mengatakan bahwa darjah kecerdasan dan pencapaian akdemik anak-anak berkait
dengan peranan ibu bapa terhadap terhadap pelajar terhadap anak-anak.
Menurut Ballantine (1997), penglibatan keluarga dalam mempersiapkan anak-anak mereka ke
sekolah mempengaruhi pencapaian dan prestasi merekan di sekolah. Kanak-kanak hadir ke
sekolah dengan kurikulum keluarga yang didapati di rumah. Ini akan mempengaruhi
pembelajaran dan seterusnya pencapaian mereka di sekolah. Ibu bapa yang terpelajar misalnya
akan lebih bersedia untuk memperlengkapkan anak mereka dengan pendidikan. Semakin tinggi
penglibatan ibu bapa terhadap persekolahan anak, semakin baik pencapaian anak-anak mereka
dalam akademik. Ini menunjukkan ibu bapa mempunyai pengaruh yang kuat terhadap aspirasi
dan pencapaian akademik anak.

2.2 Rakan Sebaya


Menurut Rohana (1997) rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat dari segi nilai, sikap dan
pandangan terhadap kehidupan. Kesannya remaja cuba menghayati norma, nilai, kod dan segala
harapan rakan sebaya supaya disanjung oleh kumpulannya. Remaja merasakan dirinya perlu
diterima oleh kumpulan rakan sebaya meskipun kadangkala norma dan nilai tersebut
bertentangan dengan norma dan nilai keluarga atau tradisi. Ini akan memcetuskan konflik antara

golongan muda dengan golongan tua. Pada masa ini ahli sosiologi berpendapat golongan rakan
sebaya inilah yang paling berpengaruh dalam proses sosiolisasi kerana mereka banyak
menghabiskan masa dengan rakan-rakan samada di sekolah atau di luar sekolah.

Rakan sebaya juga merupakan satu daripada faktor persekitaran yang mempengaruhi minat dan
pencapaian pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran. Kesan daripada pergaulan dengan pelajar
yang mempunyai minat yang tinggi terhadap sesuatu mata pelajaran, menyebabkan seseorang itu
turut meminati sama. Sharifah Alawiyah (1985) dalam beberapa kajiannya mendapati bahawa
pembentukan kumpulan rakan sebaya lebih membawa kesan terhadap pencapaian dan aspirasi
pelajar, jika dibandingkan dengan latar belakang keluarga atau komposisi sekolah. Pengaruh
rakan sebaya boleh terjadi secara positif atau negatif mengikut kebolehan kumpulan yang
diwakilinya.
Ballantine (1997) menyatakan bahawa pencapaian pelajar boleh ditingkatkan dengan membantu
interaksi di kalangan rakan sebaya dan kawan rapat. Bentuk interaksi juga berbeza mengikut
keadaan, umpamanya pelajar perempuan interaksi adalah lebih rapat berbanding lelaki.
Kumpulan pelajar yang dikelompokkan mengikut kemampuan akan menghadkan variasi dalam
berinteraksi. Manakala kumpulan yang mengikut bangsa akan lebih cenderung memilih rakan
sesama bangsa sahaja. Kumpulan yang pentingkan gred, kurang mengejar populariti, manakala
kumpulan yang popular sering mementingkan kecantikan dan kesasaan seseorang dan kumpulan
yang telah kenal lama lebih pentingkan persahabatan dalam aktiviti mereka.

Program motivasi
Program motivasi sudah tidak asing lagi didengari oleh masyarakat terutamanya pelajar-pelajar
sekolah. Program motivasi biasanya diadakan di sekolah dan penyertaanya difokuskan kepada
parapelajar yang akan menduduki peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR),Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan juga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selain itu,
programmotivasi juga diadakan di universiti, kolej ataupun maktab. Penceramah bertauliah
ataupun pakarmotivasi biasanya diundang untuk program motivasi. Di negara kita, terdapat
ramai penceramahbertauliah atau pakar motivasi yang terkenal contohnya Professor Izzudin
Haji Ali ataupun lebihdikenali sebagai Proffesor Izzi Ali. Namun begitu, masih ramai yang
menggangap bahawa menghadiriprogram motivasi amat membosankan. Persoalannya, apakah
faedah-faedah menyertai programmotivasi?
Program motivasi
Program motivasi sudah tidak asing lagi didengari oleh masyarakat terutamanya pelajar-pelajar
sekolah. Seperti yang kita sedia maklum, program motivasi diadakan untuk memastikan para
pelajar bersedia untuk menduduki peperiksaan. Persediaan diri pelajar dari segi fizikal dan
mental amat penting sebelum menduduki peperiksaan. Hal ini kerana, sekiranya seseorang
pelajar itu tidak bersedia, fokus mereka terhadap kertas soalan sudah tentu hilang. Mereka
menjadi gementar seterusnya menyebabkan sistem fikiran mereka terganggu. Oleh itu,
kehadiran pakar motivasi ialah untuk membantu pelajar agar menjadi lebih bersedia dengan
berkongsi tips serta maklumat bergunakepada pelajar. Pengaplikasian tips tersebut sedikit
sebanyak membantu mereka membuat persediaan untuk menduduki peperiksaan.

. Melalui program motivasi, para pelajar lebih terbuka minda, akal,sertahati melalui motivasi
yang berunsurkan pengajaran oleh penceramah.
Para pelajar terutamanya lebih terdorong untuk menuju ke arah kebaikan dan keinsafan diri. Hal
ini kerana, para pelajar lebih tertarik dan lembut hati menerima teguran dan mencuba sedaya
upaya untuk berubah. Ringkasnya,program motivasi dapat memberi kesedaran dan pengajaran
kepada pelajar.Di samping itu, melalui program motivasi jugalah pelajar memperoleh keyakinan
diri dalammengejar kejayaan dalam hidup. Dalam mengejar kejayaan, sudah tentu banyak

halangan dandugaan yang perlu ditempuhi sebagai seorang pelajar. Semasa program
motivasilah pelajar dapatmenimba ilmu daripada penceramah. Suntikan semangat baru
serta tips-tips daripada penceramahhendak dimanfaatkan oleh pelajar dalam misi mengejar
kejayaan. Tahap keyakinan diri yang tinggidapat menjamin kejayaan pelajar. Pendek kata,
pelajar memperoleh keyakinan diri melalui program motivasi

Teknik latih tubi


Pengkaji membuat teknik latih tubi dan teknik inkuiri. Latihtubi adalah aktiviti
pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang sepatutnya dikuasai oleh pelajar
seperti menghafaz simbol, unit, formula dan definisi. Kajian oleh Julaila, 2010
menyatakan teknik latih tubi meningkatkan penguasaan pelajar dalam
pembelajaran subtopik matematik. Teknik inkuiri digabungkan supaya menimbulkan
daya refleksi dikalangan pelajar. Pelajar akan berbincang masalah yang diberikan
bersama-sama dan menyelesaikannya. Dengan ini pelajar dapat membuat latihan
yang sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Strategi ini
juga adalah berdasarkan model Benjamin Blooms iaitu Learning for Mastery yang
menekankan kepelbagaian pengajaran yang boleh meningkatkan

Kelas mengulangkaji ialah kelas yang diadakan sebaik sahaja tamat sukatan
pelajaran sehingga menjelangnya peperiksaan UPSR di mana proses mengulangkaji
matapelajaran akan ditekankan oleh pihak sekolah untuk mencapai gred yang
terbaik dalam peperiksaan. Kajian oleh Slater (1997) menyatakan bahawa proses
mengulangkaji yang membosankan boleh menyebabkan pelajar tidak dapat
membuat perkaitan konsep dengan kehidupan harian mereka dan tidak dapat
mencapai gred yang terbaik. Kajian yang dibuat oleh Nabihah (2003) pula
menunjukkan masalah pembelajaran yang menyebabkan gred yang kurang baik
adalah disebabkan oleh konsep-konsep yang dipelajari kurang difahami dengan baik
oleh pelajar itu sendiri semasa proses mengulangkaji. Pendapat ini disokong oleh
Farzeli (2007) yang menyatakan bahawa kelas mengulangkaji sebagai salah satu
proses pembelajaran yang sangat penting untuk menguatkan hafalan dan ingatan

selain menjadikan isi pelajaran lebih jelas serta dapat menambahkan kefahaman
secara keseluruhan. Justeru, kelas mengulangkaji yang merupakan amalan
sesebuah sekolah akan menjadi fokus utama kajian ini dengan mengaitkan
beberapa jenis kelas mengulangkaji di kebanyakan sekolah di Malaysia.

BENGKEL MENJAWAB SOALAN


PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK 2010 KERTAS CADANGAN KURSUS BENGKEL
TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR 2010
1.0 Pengenalan Bengkel ini dirancang untuk meningkatkan prestasi UPSR 2010 bagi
SK Tualang Sekah. Program yang dirancang oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling
bersama Unit Peperiksaan dan Unit Akademik diharap dapat memantapkan dan
menyediakan peserta dari segi fizikal, emosi dan rohani serta intelektual bagi
menghadapi UPSR yang bakal menjelang. Seterusnya dapat meningkatkan peratus
kelulusan dalam semua mata pelajaran UPSR. Melalui bengkel ini murid-murid akan
didedahkan dengan teknik menjawab soalan secara berkesan.
2.0 Matlamat Matlamat bengkel ini adalah bagi memberikan pendedahan terhadap
bentuk-bentuk soalan dan teknik menjawab soalan UPSR. Di samping dapat
meningkatkan peratus kelulusan UPSR Sekolah Kebangsaan Tualang Sekah
khususnya dan Negeri Perak amnya.
3.0 Rasional Memandangkan setiap peperiksaan memerlukan pengetahuan yang
luas dan kemahiran berfikir dalam menjawab soalan yang diberikan. Justeru ,
kebanyakan daripada murid mempunyai masalah dalam proses memahami dan
menjawab dalam memberikan jawapan yang betul. Pemasalahan ini menyebabkan

ramai di kalangan murid luar bandar khususnya gagal dalam memberikan jawapan
yang baik dan berkesan. Ramai di kalangan mereka gagal dalam beberapa mata
pelajaran yang berbentuk penulisan terutamanya dalam subjek Sains yang banyak
menggunakan istilah-istilah yang sukar difahami atau dihafal. Menyedari hakikat ini,
Unit Bimbingan Sekolah mengambil satu insiatif dan merasa bertanggungjawab
untuk melaksanakan Kursus Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR secara
sistematik dan berkesan Melalui Program Peningkatan Akademik. Seterusnya kursus
ini akan diadakan setiap tahun.

PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR BERSAMA IBU BAPA


1.

Interaksi Akademik

Perbincangan guru bersama ibubapa bagi meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah pelajar

2.

Kelas Tambahan

Mengadakankelaspadasebelahpetang agar sukatan mata pelajaran dapat dihabiskan sebelumBersama P

3.

Berssama PIBG

Melihat permasaalahan pelajar

4.

Program Rehat Minda

Memberi ruang untuk pelajar berehat dan melepaskan tekanan

5.

Program Jati Diri

Meningkatkan motivasi pelajar dan menangani stress dengan berkesan

6.

Makanan Tambahan

Membekalkan pelajar dengan makanan kesihatan agar dapat member tumpuan maksimum ketika di dalam

7.

Orientasi

Suaikenal dan mengeratkan silaturrahim

8.

Ujian Psikometrik

Melihat personality pelajar dan kerjaya

9.

Program Minda Sihat

Mencergaskan tubuh dan minda pelajar.

Menjawab soalan latihan adalah salah satu teknik yang berkesan untuk berjaya dalam
peperiksaan. Pelajar-pelajar terutama pelajar tahun 5 perlu didedahkan lebih awal dengan soalansoalan latihan yang mengikut format soalan peperiksaan UPSR yang sebenar. Kaedah menjawab
soalan latihan secara berterusan iaitu soalan latih tubi membantu mengekalkan maklumat yang
diproses oleh otak ke dalam memori dalam jangka waktu yang lebih lama. Latih tubi adalah
aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang sepatutnya dikuasai oleh murid-murid

seperti menghafaz simbol, unit, formula dan definisi. Kajian oleh Julaila, 2010 menyatakan
latihan yang berterusan serta latih tubi mampu meningkatkan penguasaan pelajar dalam
pembelajaran. Teknik inkuiri contohnya, boleh digabungkan supaya menimbulkan daya refleksi
dikalangan pelajar. Pelajar akan berbincang masalah yang diberikan bersama-sama dan
menyelesaikannya. Dengan ini pelajar dapat membuat latihan yang sebenar dalam proses
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Strategi ini juga adalah berdasarkan model Benjamin
Blooms iaitu Learning for Mastery yang menekankan kepelbagaian pengajaran yang boleh
meningkatkan pemahaman pelajar.

Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama Unit Peperiksaan dan Unit Akademik
diharap dapat memantapkan dan menyediakan pelajar dari segi fizikal, emosi dan
rohani serta intelektual bagi menghadapi UPSR. Seterusnya dapat meningkatkan
peratus kelulusan dalam semua mata pelajaran UPSR. Melalui bengkel , pelajar
dapat didedahkan dengan teknik menjawab soalan secara berkesan.Ini dapat
memberikan pendedahan pelajar terhadap bentuk-bentuk soalan dan teknik
menjawab soalan UPSR memandangkan setiap peperiksaan memerlukan
pengetahuan yang luas dan kemahiran berfikir dalam menjawab soalan yang
diberikan. Kebanyakan daripada pelajar mempunyai masalah dalam proses
memahami dan menjawab dalam memberikan jawapan yang betul. Pemasalahan ini
menyebabkan ramai di kalangan pelajar luar bandar khususnya gagal dalam
memberikan jawapan yang baik dan berkesan. Ramai di kalangan mereka gagal
dalam beberapa mata pelajaran yang berbentuk penulisan terutamanya dalam
subjek Sains yang banyak menggunakan istilah-istilah yang sukar difahami atau
dihafal. Oleh itu, Unit Bimbingan Sekolah perlu mengambil satu inisiatif dan
bertanggungjawab melaksanakan Kursus Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR
secara
sistematik
dan
berkesan.

Anda mungkin juga menyukai