Anda di halaman 1dari 6

Sistem peredaran darah organisma multisel

Sistem Peredaran
Darah Organisma
Multisel
Sistem
peredaran
Serangg
terbuka
a
belalan
g
- lipas

Sistem peredaran
tertutup
Peredaran
tunggal

Peredaran
ganda dua
Tidak
lengkap

Ikan

Amfibia

Lengkap

Burung

Manusia &
mamalia
lain

Perbandingan antara sistem peredaran darah


ikan, amfibia dan manusia
Sifat
Jenis
peredaran
darah

Ikan
tertutup,
tunggal

Manusia
tertutup,
ganda dua,
lengkap

dua

Amfibia
tertutup,
ganda dua,
tidak
lengkap
tiga

Bilangan
ruang
jantung
Pengaliran
darah
dalam

perlahan

cepat

cepat

empat

salur
Tekanan
rendah
tinggi
darah
Mekanisme Pembekuan Darah

tinggi

1.
Pendarahan akan berlaku apabila salur darah
tercedera. Bahagian salur darah yang tercedera
akan merangsang mekanisma pembekuan
darah.
2.
Pembekuan darah diperlukan untuk:
a)
Mencegah kehilangan darah bagi individu
yang tercedera
b)
Mencegah kemasukan mikroorganisma
seperti bakteria
c)
Membolehkan luka sembuh dengan cepat
d)
Mencegah penurunan tekanan darah
akibat kehilangan terlalu banyak darah
e)
Mengekalkan peredaran darah dalam
sistem peredaran tertutup

a.
Apabila kecederaan berlaku pada salur darah,
platelet melekat pada tisu penghubung yang
terdedah dan membebaskan faktor pembeku
(clotting factors).
b.
Penggumpalan platelet, faktor pembeku dan
tisu yang rosak membentuk pengaktif iaitu
trombokinase.
c.Trombokinase menukarkan protrombin (sejenis
protein plasma yang tidak aktif) kepada trombin
(protein aktif) dengan kehadiran vitamin K dan
ion kalsium.
d.
Thrombin
bertindak
balas
(sebagai
pemangkin) terhadap fibrinogen yang larut dan
menukarkannya kepada fibrin yang tak larut.

e.
Fibrin membentuk jaringan pada permukaan
luka untuk memerangkap sel darah dan
menghalangnya daripada keluar.
f. Darah membeku dan keruping terbentuk
apabila terdedah kepada udara.

Kecacatan mekanisme pembekuan darah


1.

Hemofilia
Penyakit keturunan yang disebabkan oleg gen
resesif pada kromosom seks X. penghidap
hemophilia kekurangan satu gen yang
menghasilkan faktor pembeku (faktor VIII).
Ketiadaan faktor pembeku menyebabkan
pendarahan berlaku secara berlebihan
walaupun berpunca daripada kecederaan
yang kecil.
Hemophilia lebih kerap berlaku dalam
kalangan lelaki.
2.
Trombosis

Merupakan pembentukan bekuan darah


dalam salur darah yang tidak tercedera.
Gumpalan ini dipanggil trombus.
Thrombus boleh bergerak dalam salur darah
ke organ penting seperti otak dan jantung.
Gumpalan thrombus yang bergerak ini
dipanggil embolus.
Sekiranya penyumbatan berlaku di dalam
arteri koronari (arteri yang membawa darah
ke jantung), keadaan ini disebut trombosis
koronari dan boleh menyebabkan serangan
jantung.
Trombosis vena dalam ialah thrombosis
pada vena kaki.
Trombosis dalam otak boleh menyebabkan
strok.
Thrombosis juga boleh berlaku akibat
aterosklerosis, iaitu enapan lemak dan
kolestrol pada dinding arteri.
Keadaan ini menyebabkan lumen arteri
menjadi semakin sempit dan dinding arteri
mengeras dan menjadi kurang kenyal.
Pengaliran darah dalam arteri tersekat
menyebabkan tekanan darah meningkat.

Latihan:
i. Nyatakan dua cara bagaimana peredaran darah
dalam manusia dikekalkan.
(2 markah)
ii.

Anda mungkin juga menyukai