Anda di halaman 1dari 1

- tarian ngajat dan Ngajat Lengsong dengan iringan alunan Sape yang

dipersembahkan oleh muda-mudi masyarakat Dayak menjadikan susasana Hari


Gawai begitu meriah dan riuh-rendah dengan aksi dan ketangkasan penari yang
menghiburkan. Pelbagai alat muzik tradisional turut dimainkan sepanjang
perayaan termasuklah sepasang gong besar, Canang, Gendang, Bebendai, Tawak,
Gitar Buluh selain serunai dan seruling. Tarian Datun Julud yang dipersembahkan
oleh kaum wanita dari suku kaum OrangUlu ternyata begitu unik dengan gerak
tari yang lemah-gemalai.

- Pada waktu tengah malam 31 Mei pula, gong akan dipalu dan Tuai Rumah akan
mengetuai upacara minum Ai Pengayu bagi memohon berkat kepada ‘Petara’
demi kehidupan yang lebih baik dan tanda kesyukuran bagi hasil tuaian pertanian
yang menguntungkan. Upacara miring akan dilakukan yang menurut kepercayaan
daripada golongan tua, bertujuan untuk memberi persembahan kepada Tuhan
yang dikenali sebagai Petara, Dewa Dewi Kayangan dan juga dipersembahkan
juga kepada jasad-jasad nenek moyang dikenali sebagai ‘Petara Aki Ini’. Keyua
Adat akan membaca mantera yang khusus untuk upacara ini dan melumur darah
ayam jantan pada persembahan. Selepas upacara ini, perayaan gawai Dayak akan
bermula secara rasmi.

- Di musim perayaan Gawai, banyak pertandingan kecantikan bagi memilih


rupawan yang bukan sahaja memiliki rupa paras yang cantik dan menarik malah
mempunyai pengetahuan yang luas. Keindahan busana tradisi mereka terletak
pada keaslian tenuna pua kumbu yang disarungkan serta aksesori perak yang
bergemerlapan ketika meraikan Tarian Ngajat. Pesta Gawai Dayak dianggap
berakhir apabila ranyai atau pokok istiadat diturunkan. Majlis Ngulung Badai
seterusnya akan dilakukan yang memberi signifikan perayaan telahpun tamat dan
bersedia menempuh tahun baharu dan memulakan penanaman padi di kawasan
yang baharu.

- Kini, masyarakat Dayak boleh berbangga dengan pengiktirafan sambutan Hari


Gawai yang telahpun dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan Sarawak.
Sambutan Pesta Menuai Sedunia dan Rumah Terbuka Gawai di peringkat
kebangsaan jelas menunjukkan perayaan ini mempunyai nilai seni buadaya yang
unik dan tersendiri serta menjadi aset pelancongan Negara. Perkongsian ilmu
kebudayaan dan khazanah bagi masyarakat Dayak cukup penting dipelajari oleh
generasi muda agar mereka boleh menghargai, menghayati serta meraikan
keunikan bak kata pepatah, ‘ kesatuan dalam kepelbagaian’ dengan menyuntik
elemen kebudayaan, kesenian dan pemeliharaan serta pemuliharaan warisan
bangsa.

Anda mungkin juga menyukai