Anda di halaman 1dari 8

CAPA RENGAT

(BAHARUDDIN KAHAR)
Sinopsis
Cerpen Capa Rengat mengisahkan seorang remaja yang ingin merasai kehidupan di
kampung ibunya. Pada waktu petang, Aku akan mengikut bapa saudaranya Pak Cik Kinto,
ke bukit-bukit di keliling kampung untuk menyedut udara segar dan menembak burungburung serta menjengah ikan-ikan di sungai. Hubungan Pak Cik KInto dan Aku seperti
belangkas.
Pada sebelah petangnya, Aku tidak dapat ke mana-mana kerana Pak Cik Kinto
pergi untuk berurusan dengan peguam. Ibu Aku pula berasa bosan tinggal lebih lama di
kampung. Aku mengambil keputusan merayau-rayau di sekeliling kampung. Ketika lalu di
sebidang paya, Aku melihat lima orang anak muda sedang bermain di bahagian tepi paya.
Seorang budak perempuan, Su mengajak Aku bermain bersama-sama mereka.
Permainan yang dimainkan begitu janggal dan Aku berasa kekok pada permulaannya
tetapi kemesraan budak-budak kampung menghilangkan rasa kekok Aku. Akhir sekali,
Aku diajak bermain rumah katak. Setiap kali rumah katak Aku siap dibina, Su akan
memecahkannya.
Aku cuba menangkap Su kerana mempersenda-senda kebolehan Aku. Ruparupanya, Su begitu lincah meniti batang dan melompat hingga ke seberang paya. Tanpa
diduga, Su menghampiri Aku dan menghadiahkan sekuntum bunga Capa Rengat atau
bunga melur hutan yang berbau wangi. Kami seolah-olah dibuai perasaan apabila
berganding bahu menyiapkan rumah katak dalam kota buatan.
Tiba-tiba, ketika Aku dan Su asyik membina

jalan menuju pintu masuk kota

buatan, seorang budak lelaki berumur lapan tahun menjerit nama Su. Su terpaksa pulang
ke rumah dengan segera. Aku mengenal pasti Su mempunyai seorang ibu tiri yang bengis
daripada kawan-kawan sepermainan. Budak yang memanggilnyaSu itu ialah adik tirinya.
Pada sebelah malamnya, Aku tidur dengan nyenyak. Bunga Capa Rengat
diletakkan di dalam botol berisi air. Aku ingin merasai kesegaran bau wangi Capa Rengat
dalam tidur.

Setelah sehari berada di kampung , ibu memutuskan siri lawatan ke kampung


dipendekkan. Pak Cik Kinto dan Mak Cik Kinto meminta ibu memanjangkan tempoh di
kampung tetapi ibu mendesak-desak untuk pulang. Aku berasa terharu untuk
meninggalkan kampung dan kesayuan hatiku makin mendayu-dayu.
Dalam keadaan separuh sedar , Aku bertanyakan kepada ibu tentang
kesediaannya untuk pulang ke kampung semula. Malangnya, ibu melahirkan ketegasan
untuk tidak pulang ke kampung lagi kerana urusan tanah dan rumah pusaka sudah selesai.
Keputusan ibu membuatkan Aku sedih apabila Aku terpandang bunga Capa Rengat yang
sudah layu dan terkenangkan wajah Su.

Tema
Perasaan cinta pada kehidupan dan suasana di kampung. Aku telah mengalami
pengalaman yang menarik hidup di kampung. Contohnya, semasa Aku mengikut Pak Cik
Kinto menembak burung dan menyedut udara pergunungan yang segar.

Persoalan
1. Persoalan perasaan cinta sesama manusia melangkaui budaya.
Contoh: Aku yang berasal dari bandar menyukai Su yang tinggal di kampung yang jauh
dari arus pembangunan.
2. Persoalan kemesraan membuahkan kualiti persahabatan.
Contoh: Kemesraan yang ditunjukkan oleh Su kepada aku menyebabkan aku amat suka
tinggal di kampung hingga sukar untuk melupakan kampung walaupun pada asalnya aku
amat tidak selesa berada di kampung.
3. Persoalan menghargai keaslian alam sebagai anugerah Tuhan.
Contoh: Dapat dilihat pada watak aku yang nenghargai dan menjaga Capa Rengat yang
diberikan oleh Su.
4. Persoalan mengenang kembali tempat asal usul.
Contoh: Su seronok mandi sungai dan bermain kota Buatan tempat asal ibunya.

Plot

Permulaan
Aku pulang ke kampung bersama-sama dengan ibunya untuk menguruskan tanah pusaka
dan rumah pusaka. Mereka berdua tinggal di rumah Pak Cik Kinto, bapa saudara Aku.
Pada waktu pagi, Pakcik Kinto melayani Aku dengan membawanya berjalan-jalan di bukit
sekeliling kampung.
Perkembangan
Pada sebelah petang, Aku merayau-rayau di sekeliling kampung kerana Pak Cik Kinto ke
kota untuk berurusan dengan peguam. Aku bertemu dengan sekumpulan budak kampung
yang sedang bermain di tepi paya. Salah seorang budak perempuan kampung yang
bernama Su mengajak Aku bermain bersama-sama dengan mereka. Ketika bermain, Su
telah memberikan Aku sekuntum bunga Capa Rengat (melur hutan). Kerana leka bermain,
Su dipanggil pulang oleh adik lelaki tiri nya pulang ke rumah. Aku pulang ke rumah dan
meletakkan bunga Capa Rengat dalam botol berisi air.
Klimaks
Keesokan paginya, Aku dikejutkan dengan keputusan ibu untuk pulang ke kota. Aku
berasa sedih dengan keputusan ibu kerana baru hendak merasai kenikmatan suasana
kampung.
Peleraian
Aku pulang ke kota dengan kenangan yang indah hasil pemberian bunga Capa Rengat
daripada Su, seorang gadis kampung.

Teknik Penceritaan
Cerita disusun mengikut kronologi urutan masa.
1. Pemerian
Contoh: Kami menyedut udara pergunungan yang segar. Kami melihat burung-burung
berterbangan. Di samping itu, Pak Cik Kinto tidak pernah lupa membawa senapang
patahnya, kalau-kalau bertemu denak.
2. Dialog
3

Contoh: Cantik,ya ! kata budak perempuan itu.


Cantik, jawabku pendek sambil merenung matanya yang jernih ghairah itu.
3. Kejutan
Contoh: Adik tiri Su muncul dan memanggil Su pulang semasa Aku sedang bermain
dengan Su dan kawan-kawannya.
Watak dan Perwatakan

Aku
Seorang anak remaja
Menghargai alam sekitar
Proaktif dan cergas
Mempunyai pandangan bernas
Berfikiran positif

Ibu
Pertengahan usia
Tegas dengan pendirian
Sikap terburu-buru membuat keputusan
Prihatin terhadap orang lain
Berperilaku mesra

Su
Budak perempuan awal remaja
Bersikap periang
Aktif dan cergas
Bijak mengolah keadaan
Taat kepada ibu

Pakcik Kinto
Bapa saudara Aku
Mahir selok-belok di kampung
Mempunyai kemahiran menembak
Ikhlas melayani tetamu
Melaksanakan urusan dengan cekap

Latar
Masa
Cerita berlatarkan masa sehari Aku tinggal di kampung. Peristiwa-peristiwa diolah oleh
pengarang merentasi waktu pagi, petang, dan malam.
Pagi Aku dan ibu bertolak pulang ke bandar setelah seharian berada di kampung.
Petang Aku dibawa oleh Pak Cik Kinto ke bukit di belakang rumah Pak Cik Kinto
untuk menikmati pemandangan dan menyedut udara segar di situ.
Malam Aku tidur dengan nyenyak kerana terlalu letih setelah seharian bermain
dengan budak-budak kampung.
Tempat
Latar tempat cerita berkisar di sebuah perkampungan Melayu yang berlatar belakang bukitbukau dan tanah paya
Bukit di belakang rumah Pak Cik Kinto tempat Pak Cik Kinto membawa Aku
bersiar-siar untuk menikmati pemandangan dan menyedut udara segar di situ.
Paya tempat kanak-kanak kampung berenang dan bermain di tepinya.
Rumah Pak Cik Kinto tempat Aku dan ibu bermalam ketika pulang ke kampung.
Masyarakat
1. Masyarakat bandar
Contoh: Diwakili oleh watak aku yang berasal dan dibesarkan di bandar begitu kekok
waktu mula-mula sampai di kampung.
2. Masyarakat kampung
5

Contoh: Pak Cik Kinto yang sering ke hutan untuk berburu.


3. Masyarakat yang berpegang teguh pada ajaran Islam
Contoh: Ibu membetulkan tudungnya yang ditiup angin supaya melindungi rambutnya
kerana untuk menutupi aurat.
4. Masyarakat yang menghargai alam sekitar
Contoh: Su sangat mengenali alam kampungnya dan menyukainya serta
menghadiahkan aku bunga Capa Rengat.
5. Masyarakat yang suka berburu
Contoh: Pak Cik Kinto sering berburu di hutan.
Gaya Bahasa
1. Kata Ganda
Contoh: Tiba-tiba, seolah-olah, bukit-bukit, kadang-kadang, baik-baik
2. Anafora
Contoh: Mengapa jadi sayu? Mengapa jadi kesepian?
3. Inversi (Keterbalikan ayat)
Contoh: Demi memandang gunung-ganang dan padang belukarnya yang subur itu,
segala rasa kesepian itu hilang. Sepatutnya. Segala rasa kesepian itu hilang apabila
memandang gunung-ganang dan padang belukarnya yang subur itu.
4. Personifikasi
Contoh: Melahirkan sinar cemburu.
5. Simile
Contoh: Seperti ada sesuatu yang memukul-mukul hatiku.
6. Simpulan bahasa
Contoh: Seperti belangkas

Nilai

1. Nilai keberanian
Su berani untuk meniti di atas sebatang tiang untuk menyeberang sungai yang dalam.

2. Nilai hemah tinggi


6

Su dan rakan-rakanya menegur aku dan mengajak aku bermain bersama mereka
walaupun baru pertama kali berjumpa.

3. Nilai kerajinan
Pak Cik Kinto rajin untuk membawa aku berburu bagi mendapatkan rezeki.

4. Nilai kerjasama
Su dan aku bekerjasama membina rumah katak semasa bermain.

Pengajaran
1. Kita hendaklah menghargai alam sekitar.
Pak Cik Kinto dan aku menghargai keindahan alam sekitar semasa pergi berburu di
hutan.

2. Kita hendaklah menghargai persahabatan.


Contoh: Aku menghargai persahabatan dengan Su dan sanggup menjaga bunga Capa
Rengat yang diberi oleh Su kepadanya.

3. Kita hendaklah menyemaikan kasih sayang antara keluarga.


Contoh: Aku menyayangi Pak Cik Kinto bapa saudaranya walaupun baru saja
mengenalinya.

4. Hendaklah kita bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara yang sukar.


Contoh: Su,aku dan rakan-rakannya bekerjasama membina rumak katak dan jalan ke
rumah katak.

Latihan

1. Apakah gaya bahasa yang terdapat dalam petikan di bawah?


Cantik,ya ! kata budak perempuan itu.
Cantik, jawabku pendek sambil merenung matanya yang jernih ghairah itu.
7

2. Nyatakan nilai yang terdapat dalam petikan di bawah?


Hei! Nanti kau jatuh! aku berseru demi melihat tangannya tergewang-gewang meniti
batang.

Jawapan
1. Sinkof - Jawabku
Anafora pengulangan kata cantik, cantik

2. Nilai keberanian dan kerjasama

Anda mungkin juga menyukai