Anda di halaman 1dari 32

Selamat

Datang
Disediakan oleh:
PN. WAN NAJIBAH BINTI WAN
HASSAN

2.2 Organisasi Sel


Hasil

Pembelajaran

Menyatakan keperluan
pengkhususan sel dalam
organisma multisel berbanding
organisma unisel.
Menghuraikan pengkhususan sel
dalam organisma multisel.
Menghuraikan organisasi sel
dalam pembentukan tisu,organ
dan sistem dalam organisma
multisel.

Proses hidup dalam


organisma unisel

Organisma kecil dan ringkas.


Terdiri daripada satu sel sahaja.
Boleh menjalankan semua fungsi penting dalam
satu sel.
Orgaisma unisel boleh
makan,berespirasi,berkumuh,bergerak,bergerak
balas terhadap rangsangan,membiak dan
membesar.
Kemandiriannya bergantung pada komponen sel
dan organel-organel.
Tidak memepunyai sebarang organ atau sistem.

Amoeba sp.

Organisma yang hidup bebas di dalam air tawar dan tanah lembab.
Dilingkungi oleh membran plasma.
Sentiasa berubah bentuk apabila bertemu dengan halangan dan bergerak
balas terhadap rangsangan.
Rangsangan yang kuat seperti larutan berasid atau cahaya terang
menyebabkan Amoeba sp. Berundur.
Bergerak dengan mengunjurkan pseudopodium pada tanah.
Diikuti dengan pengaliran sitoplasma ke bahagian pseudopodium yang
diunjurkan.
Sitoplasma Amoeba sp. terbahagi kepada dua lapisan.
Lapisan luar disebut ektoplasma.
Lapisan dalam disebut endoplasma.

Fagositosis

Pseudopodium digunakan untuk memerangkap mikroorganisma


seperti bakteria secara fagositosis.
Amoeba sp. Bergerak ke arah makanan dengan mengunjurkan
pseudopodiumnya.
Pseudopodium melingkungi makanan yang kemudiannya dibungkus
dalam vakuol makanan.
Vakulo makanan bergabung dengan lisosom yang disebut lisozom.
Nutrien yang terhasil akan diserap ke dalam sitoplasma.

Belahan
dedua,pembentukan
spora..

Pertukaran gas,nutrien,dan bahan


buangan berlaku melalui membran
plasma secara resapan.
Air akan meresap masuk ke dalam
sel Amoeba sp. secara osmosis
dan mengisi vakuol mengecut.
Vakuol mengecut terlibat dalam
pengosmokawalaturan.
Setelah mencapai saiz
maksimum,vakuol akan mengecut
dan menyingkirkan kandungannya
dari masa ke masa.
Keadaan sesuai,Amoeba sp.
menjalankan pembiakan aseks
iaitu belahan dedua.
Tidak sesuai,Amoeba sp. akan
membentuk spora.

Pengkhususan sel dalam


organisma multisel

Organisma yang mempunyai lebih daripada satu sel.


Contohnya zigot.
Zigot ialah sel yang terbentuk hasil persenyawaan antara gamet jantan dan
gamet betina.
Zigot membahagi membentuk dua sel yang seiras.
Kedua-dua sel membahagi membentuk 4 sel.Seterusnya membentuk 8 sel.
Morula yang terdiri daripada beratus-ratus sel terbentuk.
Morula berbentuk bebola dan berkembang menjadi embrio.
Sel ini mengalami pertumbuhan,perubahan bentuk,dan pembezaan bagi
menjalankan fungsi khusus.

Sel-sel..

Sel darah putih

Boleh berubah bentuk untuk


memusnahkan bakteria.

Sel sperma

Mempunyai ekor panjang untuk


berenang ke arah ovum.
Kepalanya membawa satu set
kromosom yang berasal daripada
induk jantan.

Sel darah merah

Berbentuk cakera dwicekung


dan sangat fleksibel.
Ini membolehkannya bergerak
dengan mudah sepanjang
salur darah yang sempit.

Sel saraf

Mempunyai gentian akson


yang panjang dan halus untuk
menghantar impuls saraf.

Organisasi sel dalam


organisma multisel

Sel-sel yang mempunyai struktur yang sama dan


menjalankan fungsi yang sama diorganisasikan menjadi
tisu.
Sekumpulan tisu yang berlaianan bergabung membentu
organ.
Beberapa organ dijumpai dalam satu sistem.
Semua sistem bekerja secara bersepadu untuk
membentuk organisma.

Organisasi sel
dalam haiwan
TISU EPITELIUM..

>Terdiri daripada 1 atau lebih lapisan sel.

>Sel epitelium tersusun rapat di antara satu sama lain.


>Melapisi permukaan luar(kulit,ruang mulut)
>Permukaan berongga dalam badan(rongga salur pencernaan,peparu)
>Membentuk kelenjar(kelenjar eksoksrin,kelenjar endokrin)
>Melapisi permukaan trakea.
>Melapisi usus kecil.

Tisu otot
Tisu yang paling banyak terdapat dalam
badan.
Tisu otot terdiri daripada sel yang disebut
gentian otot.
Terdapat 3 jenis otot:
>otot licin
>otot rangka
>otot kardium

Otot licin..

Terdapat di usus,salur
darah,salur kencing dan salur
pembiakan.
Pengecutan dan pengenduran
otot licin bertanggungjawab
terhadap aktiviti luar kawal
badan seperti tindakan
peristalsis di sepanjang salur
pencernaan.
Mengecut lebih perlahan
berbanding otot rangka.
Kekal mengecut untuk jangka
masa yang lama.

Otot rangka

Berpaut pada tulang


rangka badan.
Terlibat dalam
pergerakan terkawal.
Mengecut dan
mengendur untuk
menghasilkan
pergerakan tulang.

Otot kardium

Otot kardium
mengecut untuk
mengepamkan darah
ke seluruh badan.
Pengecutan otot
kardium adalah luar
kawal.

Tisu saraf

Terdiri daripada neuron atau sel saraf.


Setiap neuron terdiri daripada jasad sel dan gentian saraf yang
disebut dendrit dan akson.
Neuron dikhususkan untuk mengesan rangsangan dan mengutus
maklumat dalam bentuk isyarat bioelektrik(impuls saraf) ke otot
atau kelenjar.
Menyelaras dan mengawal aktiviti badan.

Tisu penghubung

Tisu penghubung
longgar

Tisu penghubung yang paling banyak


dalam badan.
Berfungsi memautkan tisu epitelium
dengan tisu dibawahnya dan
menetapkan organ-organ pada
kedudukannya.

Tisu penghubung
bergentian

Banyak gentian kolagen yang disusun


rapat.
Dijumpai dalam tendon yang
menyambungkan tulang kepada otot dan
ligamen yang menyambungkan tulang
ke tulang.

Rawan

Tisu penghubung yang kuat dan fleksibel.


Memberi sokongan kepada hidung,telinga
dan menutup hujung tulang pada sendi.
Ceper yang didapati antara vetebra
bertindak sebagai kusyen untuk menyerap
tekanan juga diperbuat daripada rawan.

Tisu tulang

Terdiri daripada sel-sel yang terbenam


dalam satu matriks kolagen.
Dikeraskan oleh pengenapan mineral
seperti kalsium fosfat.
Tulang lebih keras daripada rawan.
Melindungi organ dan menyokong badan

Tisu darah

Dihasilkan dalam sumsum tulang


yang terletak di hujung tulang
panjang.
Berperanan dalam
pengawalaturan,pengangkutan dan
perlindungan.

Tisu adipos

Terdiri daripada sel-sel yang tersusun


padat untuk menyimpan lemak.
Boleh dijumpai dalam dermis kulit
dan di sekeliling organ utama.
Memberi tenaga simpanan dan juga
membekalkan penebatan dan
perlindungan.

Organ
>Dua atau lebih tisu yang bergabung
untuk melakukan fungsi khusus.
>Contoh organ manusia:
jantung,kulit,peparu,ginjal,mata,tel
inga.
>Kulit
>Organ yang melapisi seluruh badan.
>Pelindung terhadap
jangkitan,kecederaan
fizikal,penyahidratan.
>Terdiri daripada 2 lapisan utama:
epidermis terdiri daripada tisu
epitelium.
dermis terdiri daripada tisu
penghubung,tisu saraf,tisu

Sistem..

Terdiri daripada beberapa organ.


Terdapat pelbagai sistem yang menjalankan fungsi
uatama.
Semua fungsi sistem mesti berkoordinasi supaya
organisma dapat hidup dengan sempurna.

Organisasi sel dalam


tumbuhan..
Tisu meristem

Terdiri daripada sel bersaiz kecil.


Mempunyai dinding nipis,nukleus bersaiz besar,sitoplasma padat,tiada
vakuol.
Tisu muda yang masih membahagi secara aktif dan masih belum
membeza.
Boleh didapati pada hujung akar dan tunas pucuk.

Tisu kekal
Tisu matang yang telah mengalami pembezaan atau sedang mengalami
pembezaan.
3 jenis tisu kekal:
>tisu epidermis
>tisu asas
>tisu vaskular

Tisu epidermis

Lapisan paling luar.


Melapisi luar batang,daun,akar tumbuhan muda.
Sel epidermis adalah leper dan mempunyai vakuol yang besar.
Dinding sel yang terdedah kepada udara diliputi lapisan berlilin
yang kalis air disebut kutikel.
Kutikel mengurangkan kehilangan air secara
penyejatan,melindungi daun daripada kecederaan
mekanikal,menghalang jangkitan penyakit yang dibawa oleh
mikroorganisma.
Sel pengawal ialah sel epidermis khusus yanng ditemui di antara
sel epidermis daun.
Mengawal pembukaan dan penutupan stoma.
Sel epidermis akar mempunyai unjuran panjang yang disebut akar
rambut.
Menambahkan luas permukaan untuk penyerapan air daripada
tanah.

Tisu asas..

Terdiri daripada tisu parenkima,tisu


kolenkima dan tisu sklerenkima.
Membentuk sebahagian besar tumbuhan.

Sel parenkima ialah sel yang paling


ringkas dan tidak khusus.
Dijumpai dalam semua organ
tumbuhan.
Mempunyai dinding sel yang nipis dan
vakuol yang besar.
Tisu parenkima menyimpan kanji dan
gula.
Dalam keadaan segah,ia memberi
sokongan dan bentuk kepada
tumbuhan herba.

Tisu kolenkima

Mempunyai dinding sel yang menebal


secara tidak seragam.
Memberi sokongan kepada tumbuhan
tidak berkayu(tumbuhan
herba),batang muda,petiol.

Tisu sklerenkima

Tisu yang mempunyai


dinding sel yang
ditebalkan dengan
seragam oleh ligmin dan
mungkin merupakan tisu
mati.
Memberi sokongan dan
kekuatan mekanikal
kepada bahagian
tumbuhan yang matang.

Tisu vaskular
>Xilem

Terdiri daripada salur xilem yang memanjang dan bersambungan


antara satu dengan lain dari akar ke daun.
Tiada sitoplasma dalam salur xilem.
Pengangkutan air dan garam mineral terlarut dari akar ke
bahagian-bahagian lain tumbuhan.
Dinding tisu xilem yang berlignin memberi sokongan dan kekuatan
pada tumbuhan.

>Floem

Terdiri daripada sel tiub tapis yang tersusun hujung ke hujung.


Membentuk struktur tiub yang memanjang dan bersambungan.
Sebatian organik yang baru disintesis seperti karbohidrat dan asid
amino dalam daun diangkut oleh floem ke bahagian tumbuhan yang
lain seperti akar dan buah.

Organ sistem dalam


tumbuhan..
>Contoh organ tumbuhan:

Daun,batang,akar dan bunga.


Daun terdiri daripada tisu asas,tisu epidermis dan tisu vaskular.
Mempunyai bilangan organ yang kurang berbanding haiwan.
Sistem akar terdiri daripada semua akar tumbuhan.
Sistem pucuk terdiri daripada batang,daun,pucuk,bunga dan buah.
Batang dan ranting merupakan sistem sokongan kepada
tumbuhan.
Menyokong daun pada kedudukan menegak bagi membolehkan
penyerapan cahaya matahari yang maksimum semasa fotosintesis.
Bunga terlibat dalam proses pendebungan.

Pengawalaturan
persekitaran dalam..

Persekitaran dalam organisma


multisel..

Terdiri daripada bendalir interstis dan plasma


darah.
Bendalir interstis memenuhi ruang antara sel
dan sentiasa membasahi sel.
Pertukaran nutrien dan bahan buangan berlaku
antara bendalir interstis dengan plasma darah
dalam kapilari darah.

Keperluan mengekalkan persekitaran


dalam yang optimum.

Faktor-faktor fizikal yang perlu dikawal atur ialah


suhu,tekanan darah tekanan osmosis.
Faktor-faktor kimia ialah kandungan garam,gula dan
nilai pH.
Homeostasis ialah pengawalaturan persekitaran dalam
yang secara relatifnya tetap untuk sel berfungsi dalam
keadaan optimum.
Metabolisme badan dipengaruhi oleh perubahan faktor
kimia dan faktor fizikal.
Perubahan ini dikawal atur melalui mekanisme
homeostasis yang mengekalkan persekitaran dalam.
Mekanisme yang mengawal atur homeostasis dikenali
sebagai mekanisme suap balik negatif.

Penglibatan pelbagai sistem dalam


mengekalkan persekitaran dalam yang
optimum
>suhu badan dikawal atur oleh sistem integumen(kulit dan kelenjar
peluh),sistem saraf,sistem peredaran darah,sistem otot,dan sistem
endokrin.
>Sistem respirasi,sistem peredaran darah dan sistem saraf mengawal
atur aras kepekatan karbon dioksida dan oksigen dalam aliran
darah.
>Aras glukosa darah dikawal atur oleh kelenjar endokrin,sistem
peredaran darah,dan sistem pencernaan.
>Sistem saraf,sistem endokrin,sistem perkumuhan dan sistem
peredaran darah mengawal atur tekanan osmosis darah serta
keseimbangan air dan bahan terlarut dalam bendalir badan.
>Kandungan kimia dalam badan dikawal atur oleh sistem
perkumuhan,sistem peredaran darah,sistem saraf dan sistem
endokrin.
>Aras pH dikawal atur oleh sistem respirasi,sistem peredaran darah
dan sistem perkumuhan.

-TAMAT-

Terima
Kasih..

Anda mungkin juga menyukai