Anda di halaman 1dari 12

1

1.0 PENGENALAN
Pergerakan telah berlaku sebelum seseorang kanak-kanak itu lahir. Selepas lahir
pergerakannya bermula dari atas kepala, bahu dan tangan dan akhirnya kaki.begitu juga
dengan perkembangan motor, ia bermula daripada perkembangan motor kasar diikuti
dengan perkembagan motor halus. Pada umur 3 tahun mereka dapat bergerak dengan laju
ataupun perlahan dan juga boleh mengawal pergerakan badan mereka. Terdapat beberapa
faedah pergerakan adalah iaitu kanak-kanak dapat meneroka natural rhythms (bernafas,
berehat, berjalan, berlari dan melompat). Dalam melakukan sesuatu aktiviti kanak-kanak
dapat bergerak dengan bebas tanpa dipaksa oleh orang lain. Dalam teori yang
dikemukakan oleh Robert havighurst, beliau menyatakan perkembangan kanak-kanak
dapat berkembang melalui persekitaran.
Oleh yang demikian guru perlu mencuba satu aktiviti yang menarik perhatiannya
secara tidak langsung dapat meningkatkan minatnya untuk menyertai aktiviti tersebut.
Yang kedua ialah integrasi antara bahasa, nyanyian dan pergerakan dan yang terakhir
adalah mengintegrasikan otak kiri dan kanan. Sebagaimana yang kita ketahui pergerakan
kreatif ini sememangnya aktiviti yang menarik perhatian kanak-kanak. Dengan adanya
aktiviti ini kanak-kanak dapat berfikir untuk menyelesaikan masalah dalam aktiviti tersebut
secara tidak lansung dapat meningkatkan mindanya untuk berfikir.
Secara amnya pergerakan dapat diabahagikan kepada dua kategori, iaitu pergerakan
bebas dan pergerakan yang mengikut detik masa. Daripada kedua kategori tersebut empat
jenis pergerakan yang berbeza iaitu pergerakan asas. Ianya boleh dibahagikan kepada dua
iaitu pergerakan lokomotor dan pergerakan non lokomotor. Pergerakan lokomotor adalah
pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain seperti berjalan, berlari, berjengket dan
skip.pergerakan bukan lokomotor pula adalah pergerakan dalam pelbagai bentuk tetapi
berada ataupun berdiri di satu tempat sahaja. Yang keduanya adalah pergerakan semasa
bernyanyi. Pergerakan jenis ini tidak memerlukan banyak ruangan, pergerakan ini biasanya
dihadkan kepada pergerakan pada bahagian separuh atas badan sahaja. Pergerakan jenis ini
selalunya mengikut lirik lagu, supaya kanak-kanak dapat mengingati lirik lagu dan
bernyanyi dengan lebih bersemangat.yang ketiga adalah pergerakan dengan corak irama
dan tarian Pergerakan jenis ini adalah pergerakan yang paling susah dipelajari. Ini adalah

kerana, pergerakan jenis ini perlu diselaraskan dengan detik muzik dan kanak-kanak juga
perlu mengingati urutan pergerakan. Oleh yang dimikian, pergerakan jenis ini hanya sesuai
untuk kanak-kanak yang lebih besar usianya dan juga mereka yang telah berpengalaman
dalam aktiviti pergerakan asas.

2.0 DEFINISI PERGERAKAN LOKOMOTOR


Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan oleh kanak-kanak yang
menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut seperti berjalan,
berlari, melompat dan sebagainya (Domelly & Gallahue, 2003). Selain itu, pergerakan
lokomotor juga memerlukan penyokong atau titik pusat berubah mengikut pergerakan
tertentu. Titik pusat bermaksud kedudukan kaki yang tetap sama ada berubah atau
bergerak. Contohnya ialah, ketika aktiviti berlari dijalankan, kedudukan kaki kita berubah
dan bergerak dari tempat asal kerana kita berlari ke arah depan atau belakang.
Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang.
Ini bermaksud, sesuatu pergerakan dilakukan kerana kita mempunyai matlamat tertentu
mengapa ianya dilaksanakan. Contohnya, seorang kanak-kanak melakukan aktiviti larian
setiap hari kerana kanak-kanak tersebut memasang angan-angan bahawa dia mahu menjadi
atlet sukan terkenal pada masa hadapan. Aktiviti berlari juga membolehkan kita melarikan
diri dari keadaan berbahaya seperti di kejar anjing, penjahat, dan sebagainya. Selain itu
juga, aktiviti berjalan juga mempunyai matlamatnya sendiri dan membolehkan kita pergi
ke satu tempat ke satu tempat yang lain.

3.0 KONSEP PERGERAKAN LOKOMOTOR


Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Aliran merupakan
beberapa pergerakan dirangka dengan berturutan, berterusan dan licin. Jika pergerakan
lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat arah gerakan dalam
persembahan itu dan boleh menambahkan lagi daya tarikan persembahan tersebut.
Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor yang melibatkan

beberapa aspek. Yang pertama adalah aspek

arah tinggi, sederhana dan rendah.

Contohnya, dalam aktiviti lompatan, kanak-kanak boleh melakukan lompatan yang


bermula dari arah rendah, kemudian sederhana, dan seterusnya tinggi. Sebelum kanakkanak dapat melompat dengan lebih tinggi, mereka perlu melompat dari arah rendah
dahulu. Yang kedua aspek aliran seperti awangan, lurus, berliku-liku, dan zig-zag. Antara
contoh gerakan yang boleh dilakukan kanak-kanak ialah berjalan lurus lalu melompat ke
atas (awangan), kemudian berjalan berliku-liku, dan berjalan mengikut arah zig-zag. Yang
ketiga aspek beban seperti halus-ringan dan berat-kuat.
Pergerakan halus-ringan bermaksud pergerakan halus yang memerlukan tenaga
yang ringan atau sedikit seperti berjalan secara perlahan dan pergerakan berat-kuat
bermaksud pergerakan berat seperti berlari, melompat dan sebagainya yang memerlukan
tenaga yang lebih dan kuat. Aspek yang terakhir adalah masa seperti cepat dan lambat.
Masa bergantung kepada jenis aktiviti yang dilakukan. Jika kanak-kanak berlari, maka
masa menjadi lebih cepat manakala jika kanak-kanak berjalan perlahan, maka masa yang
diambil menjadi lambat.

4.0 CONTOH-CONTOH PERGERAKAN LOKOMOTOR


Terdapat pelbagai contoh yang melibatkan pergerakan lokomotor antaranya ialah:
4.1 Berjalan
Berjalan ialah kemahiran yang paling asas di mana kita banyak melakukannya
dalam kehidupan kita sehari-hari. Ramai kanak-kanak mempunyai tabiat berjalan
yang salah. Hal ini biasanya memenatkan beberapa bahagian anggota badan yang
lain. Selain kaki ianya juga menyebabkan penggunaan tenaga berlebihan yang
sepatutnya boleh dikurangkan. Kedudukan imbangan yang betul semasa berjalan
dan mekanisme yang sesuai boleh membuat seseorang itu berjalan dengan gaya
yang betul. Gaya berjalan yang biasa merupakan pergerakan merentasi ruang
dengan memindah-mindahkan berat badan dari satu kaki ke kaki yang lain. Kanakkanak biasanya mula berjalan sejak berusia 11 bulan. Aktiviti berjalan ini bermula
sejak kanak-kanak sudah pandai berdiri bersendirian tanpa bantuan. Pada tahap ini

kanak-kanak perlu dibimbing oleh orang dewasa supaya kanak-kanak dapat


menguasai aktiviti ini. Selepas itu kanak-kanak boleh berjalan dengan betul
bermula umur 1 tahun.
Antara teknik berjalan yang betul ialah hujung kaki hendaklah menghala
lurus ke hadapan dengan sisi bahagian dalam kedua-dua belah kaki seolah-olah
mengikut satu garis lurus. Tangan menghayun bebas berselang-seli mengikut arah
yang bertentangan dengan arah kaki melangkah. Mengikut perlakuan seumpama ini
dapat memberi imbangan badan dan dapat pula membawa bahagian badan bergerak
ke hadapan. Pada ketikanya apabila kedua-dua tapak kaki menyentuh tanah, dan
pada masa inilah satu tapak berpijak pada yang baru terhasil dan boleh menahan
anggota badan daripada rebah. Kedua-dua badan hendaklah sentiasa tegak dan
dalam keadaan yang selesa. Selepas itu, kanak-kanak akan berjalan dengan ibu jari
kaki menghala bengkok ke arah luar dan dalam. Kaki terbuka lebar semasa
berjalan. Tapak kaki terlalu rapat semasa berjalan menghayun berlebih-lebihan.
Kepala condong ke hadapan.

Rajah 4.1: Pergerakan lokomotor berjalan


4.2 Berlari
Selepas tahap berjalan ia adalah lumrah bagi kanak-kanak untuk bergerak secara
laju dan mereka sukakan aktiviti berlari. Kanak-kanak mempunyai tenaga yang
banyak dan mereka menyalurkan tenaga tersebut dengan berlari dan melakukan
aktiviti yang lasak. Pada usia 3 hingga 5 tahun, kanak-kanak sudah boleh berlari
dengan lancar dan laju tanpa jatuh kerana otot-otot sudah berkembang dengan baik.
Pada usia 5 hingga 6 tahun, kanak-kanak sudah boleh berlari sambil menendang

bola. Selain itu, pada tahap ini kanak-kanak gemar berlumba lari dengan kanakkanak yang lain. Ketika berlari, pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap
supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai ketika berlari. Haruslah
diingatkan bahawa ketika berlari, kanak-kanak perlu menggunakan hujung jari kaki
dan jangan menggunakan telapak kaki penuh. Semasa berlari lutut diangkat ke
hadapan dan kemudian kaki dihulur untuk mencecah tempat berpijak. Kaki
belakang dibengkokkan serta terangkat dari tanah setelah mengambil kekuatan atau
lanjutan untuk bergerak maju. Panjangkan langkah kaki, percepatkan langkah, dan
yang paling penting kanak-kanak perlu diajar untuk mengawal pernafasan dengan
baik.

Rajah 4.2:

Pergerakan
Lokomotor Berlari

4.3 Melompat
Lompatan selalunya digunakan dalam pelbagai bidang sukan, rekreasi, dan
kehidupan seharian. Lompatan bermula sejak dari kanak-kanak lagi dan melibatkan
anggota badan untuk menyokong pergerakan ini. Justeru itu, lompatan ialah
pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat berpijak dengan
tolakan atau lonjakan sebelah atau kedua-dua belah kaki. Badan berada di udara
buat seketika, kemudian turun semula di atas sebelah atau kedua-dua kaki. Tujuan
lompatan mungkin untuk menguasai jarak hadapan atau ketinggian lompatan.
Selain itu, lompatan juga melibatkan ruang dan jarak yang luas apabila dapat
melakukan lompatan dengan selesa. Pada umur 3 tahun lompatan kanak-kanak
sudah mula menjadi sempurna. Selalunya

kanak-kanak

melompat

dengan

bantuan papan spring. Ini boleh dijadikan peneguhan positif bagi kanak-kanak
untuk terus melompat. Kanak-kanak juga boleh diajar melakukan pelbagai
lompatan haiwan seperti lompat seperti katak, kangaroo, arnab, dan sebagainya. Ini
juga akan menyeronokkan kanak-kanak di samping dapat mempelajari cara
lompatan bagi haiwan-haiwan tersebut.

Rajah 4.3: Pergerakan Lokomotor Melompat


4.4 Skip
Skip adalah gabungan berjalan dan melompat dengan satu kaki. Ianya biasa
dilakukan di taman-taman permainan dan aktiviti ini mula dikuasai pada usia prasekolah. Antara langkah-langkah skip ialah langkah dengan sebelah kaki, kemudian
ketingting dengan kaki yang sama, dan tukar ulang pergerakan dengan kaki yang
sebelah lagi. Pergerakan ini boleh dilakukan dengan arah yang bebas, tetapi
polanya hendaklah serupa, iaitu bertukar-tukar kaki sambil mengimbangkan berat
badan pada setiap pertukaran langkah.

Rajah 4.4: Pergerakan

4.5 Galop (berlari seperti kuda)

Lokomotor Skip

Galop merupakan satu pergerakan lokomotor yang agak sukar bagi kanak-kanak
kerana ianya merupakan satu pergerakan berlari yang disertai dengan melompat
dari satu tempat ke tempat yang lain. Akan tetapi, aktiviti ini boleh dikuasai oleh
kanak-kanak pada usia pra-sekolah. Galop ini menyerupai cara berlari seperti
seekor kuda. Selain itu, ianya merupakan antara variasi pergerakan berlari dan
ianya adalah satu cara yang paling kreatif untuk aktiviti fizikal. Antara langkahlangkah untuk melakukan aktiviti ini adalah satu kaki bergerak ke hadapan dan kaki
tersebut mengimbangi badan. Kaki belakang pula digerakkan ke hadapan dan ke
belakang dan seterusnya tumit kaki bergerak ke hadapan. Dengan pergerakan yang
pantas, kedua-dua kaki diangkat ke hadapan dan berat badan diletakkan pada kaki
belakang. Menolak dan mendarat bebola kaki ke belakang dan ke hadapan. Lutut
dan pergelangan kaki sentiasa dibengkokkan semasa pergerakan dilakukan.

Rajah 4.5: Pergerakan


Lokomotor Galop
4.6 Hop (melompat dengan sebelah kaki)
Hop merupakan satu lompatan ke hadapan yang menggunakan sebelah kaki sahaja
dan mendarat dengan kaki yang sama. Ini dapat dilihat menerusi permainan kanakkanak yang paling popular iaitu teng-teng. Menurut Gabbard (1992), hop
merangkumi urutan yang tersendiri. Sebelum kanak-kanak mahir melakukan hop,
mereka perlu dapat mengimbangi sebelah kaki sahaja apabila berdiri. Ini bermakna,
kanak-kanak perlu berdiri menggunakan sebelah kaki sahaja. Apabila kanak-kanak
berjaya mengimbangkan badan mereka, mereka dapat melakukan hop tanpa
bantuan. Antara cara-cara pergerakan hop ialah mata melihat ke hadapan, berdiri

dengan betul dan kedua-dua belah tangan untuk mengimbangi badan. Angkat
sebelah kaki dan lutut kaki tersebut dibengkokkan ke belakang. Selepas itu, lompat
dengan kaki tersebut dan bergerak ke hadapan. Antara bentuk-bentuk pergerakan
hop yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak ialah bentuk lurus, melengkung, dan
zigzag. Dengan itu kanak-kanak akan berasa seronok melakukannya. Contoh
permainan popular di kalangan kanak-kanak yang menggunakan hop ialah
permainan ting-ting.

Rajah 4.6: Pergerakan Lokomotor Hop


4.7 Melungsur
Pergerakan melungsur adalah dengan melangkah menggunakan satu kaki dan
diikuti dengan sebelah kaki lagi. Berat badan dipindahkan dari kaki depan dan
ditutup dengan kaki belakang. Kaki yang sama akan sentiasa dijadikan kaki yang
mendahului pergerakan.

Rajah 4.7: Pergerakan Lokomotor Melungsur


4.8 Leap (berlari sambil melonjak)

Leap merupakan pergerakan yang hampir serupa dengan berlari. Cuma ketika
berlari, pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak
pergerakan meninggi dapat dicapai. Sebelum melakukan leap, kanak-kanak perlu
mahir berlari dahulu kerana ianya amat sukar untuk dilakukan. Semasa berlari, lutut
diangkat ke hadapan dan kemudian kaki dihulur untuk memecah tempat berpijak.
Kaki belakang bengkok serta terangkat dari tanah setelah mengambil kekuatan atau
lanjutan untuk bergerak maju. Lonjakan adalah daripada satu kaki dan pendaratan
adalah di atas satu kaki yang sama. Kebiasaannya lonjakan didahului dengan satu
atau beberapa langkah larian supaya mendapat lonjakan yang sempurna.

Rajah 4.8:

Pergerakan
Lokomotor Leap atau Melonjak

5.0 MATLAMAT PERGERAKAN LOKOMOTOR


Terdapat pelbagai tujuan tugasan ini dilaksanakan. Antara tujuannya adalah untuk
memberi pendedahan, peluang, dan pengalaman berkaitan pergerakan asas kepada individu
khususnya guru pelatih. Tujuan utama pengajaran dan pembelajaran Pergerakan Asas
adalah bagi membolehkan bakal guru menguasai sesuatu kemahiran atau beberapa
kemahiran yang terdapat dalam pergerakan asas ini. Pergerakan asas merupakan salah satu
proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan
dengan tiga pergerakan utama iaitu lokomotor dan bukan lokomotor. Pergerakan ini juga
dapat menguji ketahanan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Selain itu, melalui
aktiviti seperti ini ia mampu untuk memupuk semangat toleransi dan kerjasama, di

10

samping dapat membentuk kepimpinan serta sahsiah yang baik sebagai seorang bakal guru.
Selain itu, matlamat pergerakan ini ialah dapat memberipendedahan dan latihan kemahiran
pergerakan lokomotor, meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakankanak-kanak,
mendorong kanak-kanak untuk memahami pertalian antara pergerakan asas dengan
elemen-elemen pergerakan (ruang, masa, kuasa), dan meningkatkan kecergasan fizikal dan
mental kanak-kanak.

6.0 OBJEKTIF PERGERAKAN LOKOMOTOR


Meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai- bagai bahagian tubuh
badan.
Melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul untuk menjaga postur yang
baik.
Bergerak secara kreatif dengan menyerapkan empat aspek pergerakan iaitu ruang,
masa, beban dan aliran.
Mengamalkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.
Mengkoordinasi bahagian tubuh badan bagi manipulasi alatan.
Melahirkan perasaan dengan menginterpretasi idea secara simbolik melalui
pergerakan.
Berasa riang, seronok dan yakin melakukan pergerakan. Mengisi masa dengan
aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

11

7.0 KESIMPULAN

Pergerakan lokomotor melibatkan pergerakan yang menggunakan sendi-sendi


tubuh badan yang utama yang mana pergerakan ini memerlukan kanak-kanak aktif.
Pergerakan ini mampu untuk membantu dalam perkembangan motor kasar kanak-kanak.
Perkembangan dalam aspek lokomotor akan membantu kanak-kanak lebih aktif
Pergerakan lokomotor merupakan salah satu asas kepada pergerakan kanak-kanak.
Pergerakan lokomotor seperti berjalan, berlari, melompat seharusnya dititikberatkan pada
pendidikan awal kanak-kanak lagi. Kanak-kanak gemar melakukan aktiviti yang mencabar.
Sekiranya mereka mempunyai asas pergerakan ini, berkemungkinan mereka tidak akan
menghadapi masalah kelak. Namun, ibu bapa serta guru tidak seharusnya mengabaikan
kepentingan pergerakan bukan lokomotor. Banyak faedah yang boleh diperolehi melalui
pergerakan bukan lokomotor. Ia mengajar kanak-kanak menguasai keseimbangan tubuh
badan dan sebagainya.

12

8.0 RUJUKAN

Admin PJM3012 (2008). Pergerakan asas lokomotor. Dipetik pada Mac 2, 2010
daripada
http://pjm3102pergerakanasas.blogspot.com/2008/07/pergerakanlokomotor-dan- bukan_05.html
Chegu Abbas (2009). Sukan dan permainan. Dipetik pada Mac 15, 2010
daripada
http://muhamadabbasbinmohdamin.blogspot.com/2009/07/pergerakanlokomotor.html
Creative Thinking (2010). Konsep Pergerakan Asas. Dipetik pada Mac 2, 2010
daripada http://pjk.ipti.edu.my/nota/Konsep%20Pergerakan%20Asas.pdf
Hanis (2009). Lokomotor dan bukan lokomotor. Dipetik pada Mac 15, 2010
daripada http://hanisnur.blogspot.com/2009/04/lokomotor-bukan-lokomotor.html

Anda mungkin juga menyukai