Anda di halaman 1dari 16

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN

DATA

TAJUK 1

BENTUK 2 DIMENSI DAN 3 DIMENSI

SINOPSIS
Tajuk ini meliputi pembelajaran bentuk dua dimensi dan tiga dimensi.

Aspek tatabahasa, ciri-ciri

dan sifat merupakan komponen penting dalam

pembelajaran geometri. Bentuk-bentuk dua dimensi dan tiga dimensi yang akan
dipelajari meliputi segitiga, sisiempat, poligon, bulatan, prisma dan polihedra.
Klasifikasi bentuk dua dimensi dan tiga dimensi akan memberi gambaran yang
berfokus dalam pembelajaran dan pengajaran.

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir kursus ini, pelajar boleh:
o Menggunakan tatabahasa mudah geometri
o Mengenal ciri-ciri dan sifat segitiga, sisiempat, poligon, bulatan,
prisma dan polihedra
o Mengklasifikasi pelbagai bentuk dua dimensi dan tiga dimensi

KERANGKA TAJUK-TAJUK

BENTUK 2 DIMENSI
DAN 3 DIMENSI

TATABAHASA

CIRI CIRI

KLASIFIKASI

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN


DATA

BAHAN BACAAN
1.1 DEFINISI
Satu poligon adalah rajah tertutup yang dibentuk oleh 3 atau lebih titik yang
disambung dengan garis lurus. Satu bucu poligon ialah titik dimana dua sisi
bertemu.

Poligon boleh diklasifikasi sebagai sekata dan bukan sekata. Satu

poligon sekata mempunyai semua sisi yang sama dan semua sudut yang sama
saiz. Poligon tidak sekata mempunyai sekurang-kurangnya satu sisi yang tidak
sama panjang.
Anda mungkin mengajar segitiga, segiempat dan bulatan dan pelajar harus
memahami tatabahasa berkaitan untuk membayangkan bentuk-bentuk ini. Dari
segi tatabahasa, anda akan memberitahu pelajar bahawa segiempat mempunyai
4 sisi yang sama. Akan tetapi tatabahasa ini harus dihayati oleh para pelajar.
Bulatan merupakan satu garis yang membentuk satu lengkung tertutup; setiap
titik adalah berjarak tetap dari titik pusat bulatan.
1.2 CIRI CIRI
Jadual 1 : Ciri-ciri segitiga dan segiempat
Prisma Segitiga
Bentuk
2D

3 sisi
3 sudut
3 penjuru

Prisma segiempat
4 sisi
4 sudut
4 penjuru

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN


DATA
Satu cara untuk mengkaji ciri-ciri bentuk 2-D ialah melalui jaringan
geometri. Model 3-D boleh dibentuk dari jaringan 2-D . Contoh jaringan geometri
termasuk kuib, kuboid, kon, silinder, prisma, tetrahedron dan sfera.
Guru boleh membimbing para pelajar menyiasat ciri-ciri kuboid dengan
menggunakan kotak pensil. Minta pelajar memutar dan lukis bentuk kuboid itu
dari orientasi yang berlainan seperti dari atas, tepi dan depan.

Atas

sisi
depan

Rajah 1
Lukis permukaan atas dan bawah kuboid itu

Rajah 2
Potong rajah permukaan atas dan permukaan bawah dan bandingkan

Atas

Bawah
Rajah 3
Lukis permukaan tepi dari kiri dan dari kanan

Permukaan yang sama

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN


DATA
Potong rajah permukaan tepi dari kiri dan permukaan dari kanan dan bandingkan

Sisi kiri

Sisi kanan

Permukaan yang

sama
Rajah 5
Lukis permukaan depan dan permukaan belakang

Rajah 6
Potong rajah permukaan depan dan permukaan belakang dan bandingkan

Depan

Belakang

Permukaan yang sama

Rajah 7
Membuat perbandingan

Atas
Kiri

Bawah

Kanan

Depan Belakang Belakang

Rajah 8
Cantumkan kesemua untuk mendapat jaringan kuboid

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN


DATA

Jaringan kuboid
Rajah 9
Seterusnya cuba perhatikan jaringan 2-D untuk kuib dan buatkan model kuib
dari jaringan kuib sebagai latihan.
Jaringan kuib

Rajah 10
Bolehkah anda mengesan jaringan 2-D yang manakah adalah serupa? Kenapa?
Jadual 2 : ciri-ciri poligon
Bentuk
Segitiga sama
Segiempat sama
pentagon
heksagon

Bil sisi
3
4
5
6

Bentuk
heptagon
oktagon
nonagon
dekagon

Bil sisi
7
8
9
10

Ciri-ciri Bulatan
5

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN


DATA
Pusat bulatan Satu titik dalam bulatan. Semua titik dalam bulatan adalah sama
jarak dari pusat bulatan
Jejari jarak dari pusat bulatan ke mana-mana titik di bulatan itu. Jejari ialah
diameter
Diameter Jarak menyeberangi bulatan dan melalui pusat bulatan. Diameter
ialah 2 kali jejari
Ukurlilit jarak mengelilingi bulatan
Tangen satu garis yang menyentuh bulatan pada satu titik sahaja
1.3 KLASIFIKASI
Satu contoh klasifikasi bentuk 2-D boleh dilihat dalam jadual berikut:
Jadual 3 : Klasifikasi bentuk

Jenis

Silinder

Prisma
segitiga

Prisma
segiempat

Prisma
poligon

Bent
uk
2-D

Bent
uk 3D

Mengklasifikasi bentuk 2 dimensi melibatkan proses membina, meneroka


dan menemui ciri-ciri bentuk. Pelajar harus dibimbing untuk mengenal bentuk
mengikut ciri-ciri yang sama dan yang tidak sama. Menyatakan dan
mengklasifikasikan bentuk mengambil masa dan ciri-ciri yang lebih kompleks
mungkin ditemui dengan edaran masa. Tatabahasa bentuk 2 dimensi juga
melibatkan istilah istilah yang mungkin ditemui oleh pelajar sendiri semasa
6

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN


DATA
meneroka ciri-ciri dan mengklasifikasikan bentuk 2 dimensi. Sisiempat dan
segitiga merupakan bentuk 2-D yang mudah bagi mengkaji dan mengklasifikasi.
Cuba anda mengklasifikasikan bentuk 2-D berikut:
Segiempat
Lelayang
Rombus
Trapezium

Segiempat tepat

Segiempat selari

Segitiga

Segiempat sama

Pentagon

Heksagon

Heptagon

Oktagon

Nonagon

Dekagon

Dodekagon

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN


DATA
1.4

TATABAHASA

Geometri merupakan pembelajaran ciri-ciri dan perhubungan antara bentuk 2


dimensi dan 3 dimensi . Pepejal merupakan ruang yang dipenuhi oleh bentuk
geometri. Bucu ialah titik dimana dua sisi suatu poligon bertemu.

1.5

CIRI CIRI

Polihedra mempunyai permukaan yang rata. Satu kategori pepejal yang


merupakan bentuk 3 dimensi ialah prisma. Prisma ialah pepejal yang sama
secara keseluruhan. Contoh prisma ialah silinder, bungkusan Tobelerone, kotak
kasut dan pensil. Jika kesemua pepejal ini dipotong secara selari dengan tapak
mereka, maka hasilnya ialah sama bentuk dengan permukaan tapaknya.

Euler telah menemui satu pola bagi polihedra. Beliau telah mengkaji
perhubungan di antara permukaan, bucu dan sisi bagi polihedra.
Pepejal
Kuib
Tetrahedron
Piramid

Permukaan
6
4
5

Bucu
8
4
5

Sisi
12
6
8

Ciri-ciri Polihedra:
Satu polihedron ialah satu pepejal dengan permukaan yang rata. Setiap
permukaan rata merupakan poligon. Jadi, polihedron tidak boleh mempunyai
permukaan yang melengkung.

Contoh Polyhedra:
8

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN


DATA

Prisma Segitiga

Kuib

Dodecahedron

Pepejal Platonik

Prisma

Piramid
Semasa mengira bilangan permukaan, bucu dan sisi bagi pelbagai polihedra,
satu penemuan yang menarik boleh diperolehi :
Bilangan permukaan + bilangan bucu - bilangan sisi = 2

Perhubungan ini boleh di wakili dalam satu persamaan seperti berikut:

Formula Polihedra : F + V - E = 2
REHAT
9

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN


DATA
Contoh penggunaan formula ini:
Kuib ini mempunyai :

Prisma ini mempunyai:

6 Permukaan

5 Permukaan

8 Bucu

6 Bucu

12 Sisi

9 Sisi

F + V - E = 6+8-

F+VE=5+69=2

12 = 2

Ciri Oktahedron
Oktahedron mempunyai 8 permukaan. Setiap permukaan mempunyai 3 sisi dan
merupakan segitiga sisisama dan mempunyai 12 sisi dan 6 bucu. Disetiap bucu,
4 sisi akan bertemu. Diberi nama oktahedron kerana ia mempunyai 8 (octa)
permukaan

(seperti

octopus

yang

mempunyai

tentacles).
Sekiranya ada lebih daripada satu oktahedron, nama
oktahedra digunakan. Oktahedron biasanya merujuk
kepada oktahedron sekata (pepejal yang sama saiz
dan bentuk). Tetapi ini bukan semestinya selalu benar.
Dalam pepejal ini, bukan semua permukaan adalah sama.
Rehat
a) Cuba perhatikan rajah di sebelah.
Adakah rajah di sebelah ini sebuah prisma heksagon?
b) Lihat contoh dadu bersisi 8 di sebelah . Ia adalah

10

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN


DATA
sebuah oktahedron yang mempunyai 8 sisi.
Mempunyai peluang yang sama untuk diletakkan
diletakkan diatas permukaan yang rata !! Tambahan,
dadu yang adil boleh dibuat dari kesemua pepejal
Platonik.
1.6

KLASIFIKASI

Kuib dan kuboid adalah prisma manakala kon dan piramid bukan prisma. Setiap
pasangan permukaan bertentangan sebuah kuboid merupakan permukaan yang
sama. Sebagai contoh, bungkusan Tobleron merupakan prisma segitiga oleh
kerana pasangan segitiga adalah permukaan sama.
Polihedra merupakan kumpulan pepejal yang mempunyai semua permukaan
yang rata. Kuib dan piramid merupakan polihedra manakala silinder dan sfera
bukan

polihedra.

Satu

cara

untuk

menyiasat

polihedra

ialah

dengan

menggunakan jaringan geometri.


Semua piramid dan prisma adalah polihedra. Akan tetapi, terdapat hanya 5
polihedra yang sekata. Pepejal Platonik ini dinamakan oleh ahli Falsafah
matematik , Plato (430-349 S.M.) dan setiap pepejal Platonik dinamakan
berdasarkan bilangan poligon sekata yang membentuk permukaan mereka :
Nama Pepejal Platonik
Tetrahedron
Kuib
Oktahedron
Dodecahedron
Icosahedron

Bilangan permukaan
4
6
8
12
20

11

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN


DATA

Perbincangan
Pepejal merupakan bentuk 3 dimensi dan terdapat banyak di alam sekeliling kita
seperti kuib, kuboid, silinder, kon, piramid, sfera, prisma dan hemisfera. Satu kuib
mempunyai 6 permukaan rata di mana kesemua enam permukaan ini berbentuk
segiempat yang mempunyai saiz yang sama. Kuboid pula, merupakan pepejal
yang mempunyai 6 permukaan rata tetapi permukaan nya merupakan segiempat
atau segiempat tepat. Satu silinder merupakan pepejal yang mempunyai dua
permukaan rata dan satu permukaan lengkung dengan sisi tegak. Satu kon
merupakan pepejal yang mempunyai satu permukaan rata sebagai tapak dan
satu permukaan lengkung dengan sisi yang bercondong. Satu prisma
merupakan pepejal yang mempunyai dua tapak yang selari yang bersaiz dan
berbentuk sama. Permukaan yang lain merupakan segiempat selari (biasanya
segiempat atau segiempat selari). Sekiranya sisi prisma adalah bersudut tepat
kepada tapak, maka prisma itu dipanggil prisma tegak.
Satu piramid merupakan pepejal dimana tapaknya ialah poligon manakala
permukaan lain ialah segitiga dengan bucu yang sama. Satu sfera merupakan
set titik-titik dalam ruang yang sama jarak dari satu titik tetap. Titik tetap ini
dinamakan pusat. Jarak tetap dari pusat ini dinamakan jejari. Cantuman sfera

12

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN


DATA
dengan ruang dalaman dinamakan sfera pepejal. Hemisfera pula merupakan
separuh dari sfera.

Senarai Semakan

Lukis rajah dan catatkan ciri-ciri bentuk berikut dalam satu jadual:

(a) kuib
(b) kuboid
(c) silinder
(d) kon
(e) prisma
(f) prisma tegak
(g) piramid
(h) sfera
(i) hemisfera
Bahan rujukan
Askew, M. (2005). Teaching Primary Mathematics A guide for newly qualified
and student teachers. London: Hodder Arnold
Musser, G.L & Burger, W.F. (2001). Mathematics for elementary teachers : A
contemporary approach. 5th ed. New York: John Wiley and Sons
LATIHAN
Soalan 1: Namakan beberapa objek yang berbentuk bulatan
13

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN


DATA
1. ___________________________________________
2. ___________________________________________
3. ___________________________________________
Soalan 2 : Lukis gambar objek yang berbentuk bulatan

Soalan 3 :
1.
2.
3.
4.

Kenapa butang berbentuk bulat?


Kenapa buku latihan berbentuk sisiempat?
Kenapa kebanyakan jubin lantai berbentuk sisiempat?
Kenapa piring nasi berbentuk bulatan

Soalan 4: Tunjuk SISI ku


Objektif: Membuat bentuk dengan sebilangan number sisi yang kongruen.
Resos pembelajaran: geoboard 10 X 10
1. Buat satu rajah 4 sisi dimana 2 sisi ada sama panjang
2. Buat satu rajah dengan 12 sisi dimana semua sisinya adalah sama
panjang
3. Buat satu rajah dengan 3 sisi dimana semua sisinya adalah sama panjang
4. Buat satu rajah dengan 8 sisi dimana 4 sisi sama panjang dan 4 sisi yang
lain juga sama panjang tetapi berbeza dengan kumpulan yang lain itu
5. Buat satu rajah dengan 5 sisi dengan 4 sisinya sama panjang
6. Buat satu rajah 4 sisi dengan 2 pasangan sisi yang sama panjang dan ia
bukan segiempat selari
14

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN


DATA
7. Buat satu rajah dengan 3 sisi dimana 2 sisi adalah sama panjang
8. Buat satu rajah dengan 7 sisi dimana semua sisi tidak sama panjang
Soalan 5: Aktiviti Banglo
Bina satu koleksi banglo, yang dibuat daripada lima kuib
Berapa carakah anda boleh menyisih koleksi ini ?

Pasangan sisi sama

Soalan 6 : Isikan grid berikut:

Pasangan sisi selari

Cuba anda bina bentuk 2 dimensi yang bersisi empat untuk mengisi setiap sel
dalam grid di atas.
Ada sel sel tertentu yang tidak boleh di isi. Bolehkah anda menerangkan kenapa
sebegitu?
Sila namakan bentuk-bentuk ini.
Soalan 7 : Latihan melayari Internet:
www.mathsisfun.com/geometry/prisms.html
www.math.com/school/subject3/lessons/S3U4L2GL.html
math.wikia.com/wiki/Prism_(geometry)
mathworld.wolfram.com/Prism.html
15

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN


DATA
www.worldofteaching.com/mathspowerpoints.html
www.basic-mathematics.com/solid-figures.html
www.nwmissouri.edu/dept/PRISM/handouts/powerpoint.ppt
Layari laman sesawang seperti diatas. Anda juga boleh melayari url yang lain
untuk maklumat tambahan. Buat satu ulasan 4-5 muka surat tentang
penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bentuk 2D dan 3-D.

16

Anda mungkin juga menyukai