Anda di halaman 1dari 12

Kertas kerja ikatan dan simpulan.

1.1OBJEKTIF Di sepanjang pengajaran dan pembelajaran, pelajar-pelajar dapat :


Psikomotor : Melakukan ikatan dan simpulan Tindih Kasih, Manuk, Rama-Rama
dan Buku Sila dengan teknik dan cara yang betul. Kognitif : Menyatakan secara
lisan fungsi dan kegunaan ikatan dan simpulan mengikut situasi tertentu dengan
betul. Afektif : Menunjukkan sifat bekerjasama dan kesungguhan dalam
melaksanakan tugasan yang diberikan. 1.2 PENGENALAN Simpulan dan ikatan
telah digunakan sejak berabad-abad lamanya. Sukar di kesan, siapakah yang
mula-mula menggunakan simpulan dan ikatan ini. Dipercayai penduduk Mesir
menggunakan tali lebih kurang 5000 tahun yang lepas. Dianggarkan terdapat
lebih kurang 3000 jenis ikatan. Tali digunakan pada sepanjang masa, tempat dan
keadaan, seperti pelabuhan, penggunaan khas, perhiasan dan kegiatan luar.
Terdapat empat definisi yang perlu diketahui tentang simpulan dan ikatan. i.
Simpulan (knotting) Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan
sederhana saiznya. Digunakan pada benda-benda kecil dan sederhana. Contoh
simpulan seperti buku sila, tindih kasih, simpul himpit dan lilit dua simpul. ii.
Ikatan (lashing) Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang, dan papan

untuk membuat jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Contoh


ikatan seperti ikatan seraya, ikatan serong, ikatan silang gunting dan lilit balak
iii. Sambat (splicing) Sambat digunakan untuk menyambung dua tali dan
membuat sesuatu peralatan. Menyambung dua tali dengan menggunakan
sambat adalah baik dan selamat semasa digunakan. Contoh sambat seperti
sambat balik, sambat pendek dan sambat mata. iv. Mematikan hujung tali
(whipping) Seseorang pengakap tidak menggunakan tali sebelum tali itu di
matikan. Ia bertujuan supaya tali tidak terburai di hujungnya. Contoh ikatan
seperti lilit pemati biasa, lilit pemati selit dan sambat balik. 1.3 SIMPULAN
MANUK Ikatan ini digunakan untuk mengikat tali pada kayu balak, tiang atau
pancang. Ia berfungsi sebagai permulaan dan penamat atau untuk mematikan
ikatan seraya, ikatan silang gunting, ikatan lantai, ikatan silang nombor lapan.
Ikatan ini juga digunakan untuk membuat gejet. 1.4 SIMPULAN BUKU SILA
Simpulan buku sila digunakan untuk menyambung dua utas tali yang sama
besar dan merupakan simpulan yang tegap serta tidak mudah lucut. Ia juga
digunakan untuk mengikat benda-benda kecil seperti mengikat layar kapal,
bungkusan, mematikan simpulan pada anduh, dan mengikat khemah yang
dilipat. 1.5 SIMPULAN TINDIH KASIH Simpulan tindih kasih digunakan untuk
membuat tanjul yang tidak boleh mencerut. Ia juga digunakan untuk kerja-kerja
menyelamat iaitu dengan cara mengikatkan tali pada pinggang. Simpulan ini
berperanan sebagai penghubung kepada tali sebagai contoh mendirikan
ampaian, penyambung kepada khemah. 1.6 SIMPULAN RAMA-RAMA Simpulan ini
dianggap sebagai suatu simpulan yang paling selamat, kuat, dan mudah terikat.
Simpul ini mudah terikat di tengah sebuah tali apabila anda tidak memiliki
tambatan akhir. Jika ikatkan simpulan rama-rama ini di hujung tali, ikatkan
sebuah stopper knot bebas (contohnya simpulan angka no.8) ke hujung tali
untuk memastikan keselamatan. 1.7 SITUASI PENGGUNAAN Pelajar dikehendaki
membentuk kumpulan yang mengandungi lima orang dalam satu kumpulan.
Setiap kumpulan dikehendaki membuat gajet seperti rak kasut, tempat pinggan
mangkuk, ampaian atau lain-lain gajet mengikut kreativiti kumpulan. Gajet yang
dibuat perlu menggunakan kemahiran simpulan dan ikatan yang telah dipelajari.
1.8 KESIMPULAN Secara kesimpulan ikatan dan simpulan dapat dibahagikan
kepada beberapa penggunaannya seperti mendaki, kehidupan seharian,
memancing, seni, pengakap, mencari dan menyelamat serta bidang perkapalan
dan sebagainya. 2.0 PROSEDUR PELAKSANAAN Prosedur pelaksanaan bahan
bantu mengajar ini amat mudah dan mesra pengguna serta mempunyai
maklumat pembelajaran yang berkesan. Guru hanya perlu mengikut arahan
yang tertera di software dalam proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Semua maklumat berkaitan sub tajuk pembelajaran terkandung dalam software
ini berserta dengan paparan video yang memudahkan pelajar memahami dan
mengikuti ansur maju dalam sesi amali. Berikut adalah rancangan pengajaran
dan pembelajaran yang terkandung di dalam software ini. Tajuk Pembelajaran :
Rekreasi (Ikatan dan Simpulan). Fokus Pembelajaran : Kemahiran ikatan dan
simpulan Manuk (Clove Hitch), Tindih Kasih (Bowline), Buku Sila (Reef Knot) dan

Rama-Rama (Buterfly). Pengetahuan awal murid : Pelajar pernah melibatkan diri


dalam aktiviti perkhemahan. Objktif Pembelajaran : Di sepanjang pengajaran
dan pembelajaran, pelajar- pelajar dapat : Psikomotor : i) Melakukan ikatan dan
simpulan Tindih Kasih, Manuk, Rama-Rama dan Buku Sila dengan teknik dan
cara yang betul. Kognitif : i) Menyatakan secara lisan fungsi dan kegunaan ikatan
dan simpulan mengikut situasi tertentu dengan betul. Afektif : i) Menunjukkan
sifat bekerjasama dan kesungguhan dalam melaksanakan tugasan yang
diberikan. Persediaan Pelajar : Tali. Persediaan guru : Alat bantu mengajar
(Komputer, LCD, Slaid, Video, Tali dan lembaran kerja) Set Induksi i.Pelajar
dipaparkan dengan gambar situasi perkhemahan, memancing, dan mendaki
agar menarik perhatian pelajar terhadap topik yang akan diajar. ii.Guru
bertanyakan apakah kemahiran-kemahiran yang penting dalam situasi yang
disaksikan oleh pelajar. Langkah 1 : Pengenalan i.Guru menerangkan jenis-jenis
tali untuk membuat ikatan dan simpulan. ii.Guru menerangkan jenis-jenis ikatan
dan simpulan serta fungsi dan peranannya mengikut keadaan. iii.Kemahiran
ikatan dan simpulan Manuk, Tindih Kasih, Seraya dan Rama-Rama diberikan
penekanan kerana ia merupakan kemahiran yang akan dipelajari. iv.Cara
penjagaan tali juga diterangkan oleh guru kepada pelajar. (*Kesemua maklumat
ditayangkan menggunakan slaid dengan gambar-gambar menyokong perincian
penerangan oleh guru) Langkah 2 : Ikatan dan Simpulan Manuk (Clove Hitch)
i.Pelajar dipaparkan dengan langkah-langkah membuat ikatan dan simpulan
Manuk. ii.Setelah tayangan tersebut pelajar dikehendaki mengaplikasinya
dengan mengikuti langkah-langkah yang disaksikan. iii.Paparan diulang
sekiranya pelajar tidak memahami cara membuat simpulan tersebut dan guru
serta buddy system turut membantu kepada pelajar yang lemah. iv.Setelah
kesemua pelajar dapat menguasi kemahiran tersebut, guru menerangkan pula
kemahiran ikatan dan simpulan seterusnya. Langkah 3 : Ikatan dan Simpulan
Tindih Kasih (Bowline) i.Pelajar dipaparkan dengan langkah-langkah membuat
ikatan dan simpulan Tindih Kasih. ii.Setelah tayangan tersebut pelajar
dikehendaki mengaplikasinya dengan mengikuti langkah-langkah yang
disaksikan. iii.Paparan diulang sekiranya pelajar tidak memahami cara membuat
simpulan tersebut dan guru serta buddy system turut membantu kepada pelajar
yang lemah. iv.Setelah kesemua pelajar dapat menguasi kemahiran tersebut,
guru menerangkan pula kemahiran ikatan dan simpulan seterusnya. Langkah 4 :
Ikatan dan Simpulan Rama-Rama (Buterfly) i.Pelajar dipaparkan dengan langkahlangkah membuat ikatan dan simpulan Rama-Rama. ii.Setelah tayangan
tersebut pelajar dikehendaki mengaplikasinya dengan mengikuti langkahlangkah yang disaksikan. iii.Paparan diulang sekiranya pelajar tidak memahami
cara membuat simpulan tersebut dan guru serta buddy system turut membantu
kepada pelajar yang lemah. iv.Setelah kesemua pelajar dapat menguasi
kemahiran tersebut, guru menerangkan pula kemahiran ikatan dan simpulan
seterusnya. Langkah 5 : Ikatan dan Simpulan Buku Sila (Reef Knot) i.Pelajar
dipaparkan dengan langkah-langkah membuat ikatan dan simpulan Buku Sila.
ii.Setelah tayangan tersebut pelajar dikehendaki mengaplikasinya dengan

mengikuti langkah-langkah yang disaksikan. iii.Paparan diulang sekiranya pelajar


tidak memahami cara membuat simpulan tersebut dan guru serta buddy system
turut membantu kepada pelajar yang lemah. iv.Setelah kesemua pelajar dapat
menguasi kemahiran tersebut, guru meneruskan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan situasi sebenar melalui paparan. Kemuncak i.Pelajar perlu
membuat ikatan dan simpulan yang sesuai berdasarkan situasi yang dipaparkan
melalui gambar dan video. ii.Terdapat beberapa gambar situasi dan video yang
memerlukan pelajar berfikir sebelum membuat keputusan jenis ikatan dan
simpualan yang perlu dibuat berdasarkan paparan tersebut. iii.Guru memilih
pelajar untuk menerangkan jenis ikatan dan simpulan yang dilakukan
berdasarkan situasi yang dipaparkan. iv.Guru perlu memantau hasil kerja pelajar
dan memberikan pengukuhan berkaitan fungsi dan peranan ikatan dan
simpulan. Penutup i.Guru bertanyakan soalan kepada pelajar berkaitan ikatan
dan simpulan yang telah dipelajari. ii.Guru memilih pelajar secara rawak untuk
menunjukkan ikatan dan simpulan yang telah dipelajari dan membuka soalan
kepada pelajar sekiranya terdapat kemuskilan. iii.Guru memberikan lembaran
kerja berkaitan kemahiran ikatan dan simpulan yang dipelajari untuk diselesikan
oleh pelajar di rumah sebagai pengukuhan pembelajaran. 3.0 STRATEGI
PELAKSANAAN Strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam bahan
bantu mengajar ini melalui tiga kaedah iaitu secara kuliah, tunjuk cara atau
demostrasi dan berasakan pelajar (kendiri). i. Kaedah Kuliah Kaedah kuliah
digunakan oleh guru secara aktif yang mana semasa penyampaian pelajar
dibenarkan untuk bertanya sekiranya terdapat kemusykilan dan permasalahan
berkaitan dengan tajuk pembelajaran. Interaksi dua hala perlu diwujudkan agar
pembelajaran aktif dapat diterapkan. Bagi menjadikan maklumat yang
disampaikan menarik, guru perlu menggunakan kreativiti dalam bahan bantu
mengajar seperti video, paparan slaid, grafik animasi dan sebagainya. Guru
perlu menyampaikan maklumat penting sahaja dan ia perlu disokong oleh bahan
bantu mengajar. ii. Kaedah Demonstrasi atau Tunjuk Cara Kaedah ini
membolehkan pelajar melihat secara langsung sesuatu tugasan dilaksanakan
sekaligus mengetahui cara, teknik, objektif atau matlamat tugasan yang
diberikan. Maklumat yang ingin disampaikan boleh ditunjukkan melalui video,
grafik dengan iringan muzik agar ia menjadi lebih menarik minat pelajar. Hasil
daripada paparan tersebut pelajar dapat melihat sendiri contoh sesuatu
kemahiran atau prosedur sebenar dilaksanakan dan secara tidak langsung
pelajar dapat mengikuti contoh yang telah diperhatikan dengan baik. iii.
Berasaskan Pelajar (Kendiri) Walaupun semasa proses penerangan kaedah kuliah
digunakan, namun pelajar perlu melakukan tugasan secara kendiri yang mana
pelajar dapat menilai sendiri tugasan yang dilaksanakan. Penerangan awal
hanya maklumat penting sahaja dan selebihnya pelajar perlu melakukan
tugasan secara maksimum. Semasa pelajar melakukan tugasan, guru perlu
memantau dan memberi teguran sekiranya ada kesalahan yang dilakukan.
Buddy system juga berperanan dalam membantu pelajar belajar kemampuan
pelajar dalam melaksanakan tugasan yang adalah berbeza. iv. Penemuan

Terbimbing Hasil daripada pemerhatian dan amali yang dilakukan oleh pelajar,
pelajar dikehendaki menyesuaikan tugasan dengan situasi yang diberikan oleh
guru. Kaedah ini dikenali sebagai penemuan terbimbing atau kaedah limitasi
(Bilbrough & Jones, 1968). Dengan kaedah ini ia dapat memberikan pelajar
banyak peluang untuk meluahkan perasaan, mencuba dan menjadi kreatif tetapi
perlakuan dihadkan dengan tugas yang diberi oleh guru. Melalui pendekatan
dapat mengembangkan tahap kognitif sekaligus memupuk pembangunan arah
kendiri. 4.0 FAEDAH BAHAN BANTU MENGAJAR Terdapat beberapa faedah
penggunaan bahan bantu mengajar ini yang mana diharapkan ia dapat
membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta memberikan hasil
yang baik kepada pelajar dan guru. i.Menyediakan satu panduan perlaksanaan
proses pengajaran dan pembelajaran yang mudah serta dapat mengoptimumkan
penggunaan masa guru dan pelajar. ii.Memberikan keselesaan kepada pelajar
untuk belajar dan meneroka ilmu pengetahuan secara berkesan.
iii.Membolehkan para pelajar berdikari dalam melakukan aktiviti tertentu untuk
memenuhi sebarang tugasan. iv.Mencetuskan satu perbincangan yang menarik
di kalangan pelajar dan guru. v.Memberi pengetahuan dan kemahiran mengenai
kepentingan dan komponen sistem komputer dalam melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran kepada guru. E. PENUTUP Secara kesimpulannya bahan bantu
mengajar ini sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ikatan dan
simpula. Bagi menggunakan bahan ini, guru perlulah mengikut arahan yang
tertera dalam software agar proses pengajaran dan pembelajaran akan
memberikan hasil yang bermakna. Penggunaan komputer dalam bahan bantu
mengajar ini dapat menimbulkan minat pelajar dan daya usaha para pendidik
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bahan bantu mengajar
ini memberi manfaat kepada guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran
kerana menjimatkan masa serta dapat digunakan masa pengajaran secara
keseluruhan. Penggunaan bahan bantu mengajar ini juga dapat mewujudkan
pembelajaran kendiri dan meningkatkan motivasi serta memberi peluang yang
sama terhadap semua pelajar yang mempunyai pelbagai keupayaan. Falsafah
pengajaran berfokuskan pelajar menghasilkan pelajar yang bertanggungjawab
terhadap pembelajarannya. Guru akan menyediakan masalah dan masalah
tersebut akan diselesaikan oleh pelajar. Pelajar akan berusaha dan berfikir dalam
menyelesaikan tugasan yang diberikan sekaligus membentuk pembangunan
kognitif pelajar.
1.2OBJEKTIF
Program ini dilaksanakan untuk:
1.
Memberikan pendedahan kepada murid-murid mengenai aktiviti
kokurikulum terutamnya aktiviti rekreasi yang menarik kepada murid-murid
2.
Memberi peluang kepada murid-murid Tahun 6 yang bakal menduduki
peperiksaan UPSR untuk mengurangkan tekanan dan bebanan belajar.
3.
Memperkenalkan aktiviti rekreasi yang menarik kepada murid-murid.

4.
Memberi pendedahan kepada murid-murid cara mempraktikkan gaya
hidupsihat dengan aktiviti rekreasi
5.
Membentuk sikap bertanggungjawab dan berdisplin serta peranan
pelajar semasa melakukan aktiviti perkhemahan.
6.
Meningkatkan keyakinan diri dan sifat berani dalam setiap situasi
7.
Memimpin dan membimbing pelajar supaya jelas hala tuju masa
hadapan.
8.
Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, dan emosi.
9.
Mengeratkan hubungan antara murid dengan guru dan murid dengan
murid.
10.
Memberi peluang kepada murid-murid menikmati faedah dan kesan
positif daripada aktiviti rekreasi.
11.
Memberi ketenangan jiwa kepada murid-murid Tahun 6 dalam
menghadapipeperiksaan UPSR
12.
Membina jati diri murid-murid supaya dapat berdikari apabila masuk ke
alam sekolah menengah.
13.
Membina ketahanan mental pelajar supaya dapat menghadapi
peperiksaandengan baik.
14.
Memupuk semangat setia kawan antara murid-murid supaya saling bantu
membantu di waktu senang dan susah.
15.
Memberi keseronokan dan kepuasan kendiri kepada para pelajar dan
guru- guru pengiring.

TEMPOH PROGRAM

1.
2.
7

Program ini dijalankan selama 4 hari 3 malam.


Masa pelaksanaan program ini melibatkan waktu siang dan malam.
TARIKH

1.
8

Tarikh yang dirancang ialah 22-25 September 2012


TEMPAT

1. Tempat yang dirancang ialah Taman Negara, Pahang .


2. Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana :
a. Kawasan rekreasi dengan bentuk muka bumi yang pelbagai dan jarak tidak
jauh dari sekolah.
b. Sesuai untuk sukan rekreasi dan perkhemahan kerana kawasan yang luas
untuk pelbagai aktiviti.
c. Kawasan yang mesra pengunjung kerana mempunyai pelbagai kemudahan
seperti tandas, kafeteria dan sebagainya.
d. Kawasan yang selamat dan tiada sebarang gangguan yang boleh
menjejaskan program.
9
KUMPULAN SASARAN.
1.

Jumlah peserta

: 40 orang (pelajar Tahun 6 )

(senarai nama peserta adalah seperti lampiran 1)


2. Jumlah guru
: 5 orang.

10

AKTIVITI REKREASI

Terdapat 5 jenis aktiviti utama yang akan dilakukan sepanjang program ini,
iaitu :
10.1 Orieentering
Cara-cara pelaksanaan:
1. Para pelajar dibahagikan kepada kumpulan yang sama bilangan. Setiap
kumpulan akan melantik seorang ketua.
2. Kad kompas dan soalan serta peta kawasan diberikan kepada setiap
kumpulan. Pada kad kompas terdapatbeberapa check pointyang perlu dicari.
Setiap check point pelajar dikehendaki membuat pemerhatian distesen
tersebut serta menjawab soalan yang telah disediakan.
3. Contohnya mungkin di stesen 1, pelajar dikehendaki mengkaji bentukbentuk daun yang ada dan terangkan fungsi daun. I stesen 2, pelajar
dikehendaki membandingkan corak-corak akar banir dan fungsinya.
4. Setiap kumpulan akan dibekalkan kompas dan wisel. Kumpulan akan
menggunakan kompas untuk mencariarah.
5. Fasilitator akan menerangkan penggunaan kompas sebelum aktiviti
dijalankan .
6. Wisel digunakan sekiranya kumpulan itu hilang atau sesat.
7. Kumpulan akan dilepaskan satu per satu mengikut masa.
8. Kumpulan yang terawal dari segi masa menamatkan gerak kerja dan
menjawab semua soalan dengan betulakan dikira pemenang.

Semua pelajar dikehendaki mempelajari dan mengetahui pelbagai jenis-jenis dan


simpulan ikatan.
2. Pelajar hendaklah mengetahui cara melakukan ikatan dengan betul serta
kegunaannya kerana bagi tujuan perkhemahan dan pengembaraan.
Simpulan dan ikatan yang baik dan betul keadaan teguh serta boleh dibuka
dengan mudah jika dibuka. Simpulan yang tidak betul akan mudah terurai dan
tidak teguh. Bagi melahirkan diri melakukan ikatan atau simpulan, seseorang
pengakap mestilah selalu berlatih melakukannya. Ikatan dan simpulan berguna
untuk menyambungkan tali, mengangkat barang, mengikat bungkusan dan juga
semasa menyelamatkan orang dalam kecemasan atau kemalangan.
10.4.1 Ikatan Buku Sila
Kegunaannya ialah menyambung tali yang sama besar saisnya, mengikat
bungkusan dan mengikat anduh dalam pertolongan cemas.

10.4.2 Simpul Manuk


Kegunaannya ialah mengikat pada batang, tali khemah pada tiang atau pokok
kayu dan tali bagi sampan / bot semasa berlabuh.

10.4.3 Ikatan Bunga Geti


Kegunaannya ialah menyambung dua utas tali yang tidak sama besar saisnya.

Anda mungkin juga menyukai