Anda di halaman 1dari 5

DOA IBU BAPA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,


Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon
taufik dan hidayah Mu ya Allah.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak
kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru
kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah
kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami
manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa
yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat
dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu
ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya
Allah.
Ya Allah,
Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar
oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas.
Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.
Ya Allah,
Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR,
SPM dan peperiksaan-peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu
ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka
hadapi ya Allah.
Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti.
Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti.
Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah
mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan
peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan
sepertimana skema jawapan.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami


nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada
anak anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak
kami lakukan.
Ya Allah,
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami.
Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia
sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan
menghampirkan diri mereka kepada Mu.
Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di
dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah
akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan
mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri
mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.
Ya Allah, jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang
yang bertakwa.
Ya Allah,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi
apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah.
Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Ya Allah,
Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka
Berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya
Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.
Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata
kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah.
Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang
membawa mereka ke syurga Mu ya Allah.
Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang
membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk
menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara
perkara yang tidak berfaedah ya Allah.
Ya Allah,
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya
Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu

ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka


untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka
daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.
Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana
Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang
menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha
Mengkabulkan doa doa kami ini.
Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan
memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang
akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul
Alamin.

Amalan Seharian ibu bapa yang boleh di buat untuk Anak-Anak.

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Jaga Solat lima waktu.


Lazim berdoa untuk anak-anak
Lazim Solat Tahajud
Lazim Solat Hajat
Lazim baca Surah Yaasin
Lazim Baca Surah Al-Waqiah Pagi dan malam.

Amalan Ibu Bapa Pada malam Anak hendak menduduki Pepriksaan


Peperiksaan adalah sangat penting untuk memudahkan anak-anak
serta para pelajar dalam menjawab soalan peperiksaan yang disediakan,
salah satu persediaannya ialah sentiasa mengamalkan doa peperikasaan.
Petuanya adalah dengan mengumpulkan alat tulis anak-anak dan
genggam alat tulis tersebut ( dalam keadaan berwuduk ), kemudian baca
bacaan-bacaan berikut:
1. Surah Al-Fatihah -

7 kali

2. Selawat -7 kali





3. Subhanallah -44 kali

4. Alhamdulillah -44 kali


5. Allah hu Akbar - 44 kali

6. Ya Hayyu Ya Qayyum -21 kali

7. Teruskan dengan bacaan doa..


Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya
Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah anak-ku di dalam urusan
mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu.

Tenangkanlah hati anakku untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah


jiwa anakku untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah anakku
dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin..
Kemudian tiupkan pada alat tulis tersebut dan hati-hati jangan di
biarkan bersepahan sehingga di langkah anak-anak. Keesokan
harinya ambil segelas air, baca Al-Fatihah 7 kali dan Selawat 7 kali,
bacalah doa yang sama seperti di atas dan beri anak-anak minum
air tersebut.Insyaalah kita berusaha, semoga dapat membantu
anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan.
Semoga dengan petua untuk anak yang bakal menduduki peperiksaan
ini dapat membuka jalan kepada anak-anak ataupun pelajar serta ibubapa
yang

Amalan yang ibu bapa boleh buat ketika anak-anak sedang


menduduki peperiksaan

1.

Ambil wudhuk

2.

Menghadap kiblat

3.

Baca syahadah - 3 kali

4.

Baca Al Fatihah - 10 kali

5.

Baca 3 Qul - 1 kali

6.

Baca suruh Insyirah - 1 kali

7.

Selawat atas nabi - 10 kali

8.

Baca surah Yasin - 1 kali

9.

Baca Surah Insyirah - 100 kali

Niatkan dalam hati supaya Allah S.W.T permudahkan anak-anak kita


menjawab soalan dengan mudah dan tenang. Sesungguhnya antara doa
yang mujarab adalah doa ibu bapa terhadap anaknya.

Anda mungkin juga menyukai