Anda di halaman 1dari 7

Definisi iklan

Iklan merupakan salah satu bentuk komunikasi. Dalam memperkatakan hal ini,
Asmah Hj. Omar (1984) menyatakan perkataan iklan adalah daripada bahasa Arab ilan
yang bermakna khabar yang disiarkan. Dalam bahasa Malaysia, perkataan itu sudah
mengalami sedikit perubahan makna kerana khabar yang disiarkan itu bukanlah sebarang
khabar, dan bukanlah semata-mata dengan tujuan pemberitahuan. (hlm. 3).
Riska Rostika (2003) yang merujuk kamus besar bahasa Indonesia menyatakan iklan
adalah berita pesanan untuk mendorong, memujuk orang ramai agar tertarik dengan barang
atau perkhidmatan yang ditawarkan. Pemberitahuan kepada orang ramai mengenai barang
dan perkhidmatan yang dijual, diterbitkan melalui media massa seperti buku, majalah atau di
tempat-tempat yang umum.
Iklan merupakan salah satu cara untuk memperkenalkan barangan, perkhidmatan,
peluang pekerjaan, inspirasi dan maklumat kepada yang ingin disampaikan. Gamma (2010)
mengatakan iklan adalah pesanan atau berita yang bertujuan untuk memberitahu kepada
masyarakat serta khalayak ramai tentang produk atau jasa yang dimiliki oleh perusahaan dan
siap untuk dipindahkan hak pemilikannya melalui proses jual beli. Sementara itu, periklanan
merupakan serangkaian kegiatan untuk memasarkan produk dan jasa kepada masyarakat
tertentu melalui media tertentu dengan sesuatu pesan atau berita.
Matlamat iklan perniagaan ialah untuk menjual atau melariskan penjualan supaya
barang-barang dapat dijual dengan banyak dam membawa keuntungan kepada pengeluar dan
penjualnya.
Walaupun periklanan bukan saluran media massa tetapi sejarah dan perkembangannya
berkait rapat dengan sejarah dan perkembangan media massa. Revolusi percetakan dan
penciptaan alat cetak oleh Johannes Gutenberg pada 1440 merupakan peristiwa paling

penting dalam permulaan kegiatan periklanan di dunia. Revolusi dan penciptaan ini
membolehkan penerbitaan iklan massa dalam bentuk poster bercetak, iklan akhbar, helaian
dan bilangan iklan poster bercetak yang pertama diterbitkan pada 1472 (Wikipedia).

Cara penulisan iklan yang efektif


Terdapat beberapa cara dalam penulisan iklan bagi menarik perhatian pelanggan
untuk mendapatkan keuntungan secara optimum. Jadi, di bawah akan diterangkan cara-cara
penulisan sebuah iklan yang efektif. Terdapat dua kaedah dalam membuat iklan yang efektif
iaitu yang pertama kuasai dahulu dasar-dasar periklanan dan kaedah yang seterusnya proses
pembuatan iklan.
Kaedah yang pertama iaitu perlu mengusai dahulu dasar-dasar periklanan. Pertama
sekali, tentukan dahulu di mana akan dipaparkan iklan tersebut. Oleh itu, tetapkan di mana
akan diiklankan iklan tersebut melalui majalah, laman web, facebook dan lain-lain lagi. Cara
menulis sebuah iklan ditentukan berdasarkan tempat di mana akan dipaparkan. Di samping
itu, penulisan iklan perlu menggunakan gaya iklan seperti baris yang singkat, padat dan jelas
tetapi lebih baik jika iklan tersebut diperindahkan dengan kreativti bagi menarik minat
pembaca untuk membaca iklan dipaparkan.
Jika terdapat ruang yang luas untuk menulis iklan dengan penuh atau sebahagian
kertas, penulisan iklan perlulah menampakkan kelihatan menarik dan bagus di mata pembaca.
Tetapi, untuk iklan-iklan yang bersifat online, seperti Facebook dan lain-lainnya, penulisan
iklan seharusnya ditulis dengan panjang sekurang-kurangnya dalam satu ayat sahaja. Jadi,
apa-apa jenis media yang digunakan untuk menulis iklan, pastikan iklan ditulis dengan
singkat, padat dan jelas. Iklan yang terdapat tulisan yang banyak dan padat akan membuatkan
orang malas untuk membacanya.

Yang kedua, rancang iklan bagi sasaran pasaran. Bagaimana jenis pelanggan yang
menjadi perhatian dalam pasaran? Sebagai contoh, iklan dibuat untuk menarik perhatian
semua orang untuk membelinya. Namun yang paling penting adalah untuk mendapatkan hasil
yang optimum dengan iklan yang dipaparkan jika terdapat rancangan yang baik serta
membuat iklan tersebut bagi tempat pasaran yang spesifik. Dalam masa yang sama, gunakan
bahasa yang boleh menarik perhatian para calon pembeli. Kemungkinan perancangan iklan
dengan cara seperti ini dapat mengurangkan ketertarikan orang yang pada mulanya tidak
faham tentang produk yang dijual. Tetapi, pada masa yang sama, orang yang berpotensi yang
ada kaitan kegunaan produk itu, pengguna akan membeli produk kerana tertarik dengan
produk yang anda jual. Oleh itu, potensi peningkatan jualan akan meningkat disebabkan
orang lain yang melihat seseorang itu membeli.
Sebagai contohnya, syarikat Apple telah mengiklankan tentang iPhone 5s yang mana
sifat-sifat iPhone tersebut telah banyak dimiliki oleh Android pada masa itu. Walau
bagaimanapun, syarikat Apple tidak mempedulikan cara mengiklankan iPhone mereka yang
mana kemungkinan pencinta Android tidak akan membelinya, tetapi, syarikat Apple tahu
bahawa terdapat juga orang-orang yang meminati kelebihan yang ada pada Apple akan
membelinya sehingga produk itu akan semakin tertarik dan dikenali orang ramai.
Yang ketiga pula iaitu menggunakan ayat-ayat yang menarik perhatian. Ini merupakan
bahagian yang paling penting dalam membuat iklan. Hal ini kerana, jika ayat utama menarik
maka iklan yang dipaparkan akan diperhatikan oleh orang ramai. Jika iklan yang dipaparkan
tidak jelas, susah untuk difahami atau kelihatan tidak menarik, orang ramai tidak akan
memandang langsung iklan tersebut atau hanya membacanya sekilas pandang sahaja. Iklan
yang tidak menarik akan membuatkan produk yang diiklankan juga dianggap tidak menarik
daripada sudut pandangan orang ramai walaupun produk itu bagus itu digunakan.

Orang yang sedang menaiki bas, melayari online seperti Facebook atau membaca
majalah mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk membeli produk yang diiklankan.
Bagaimana cara untuk membuat orang ramai terpana dengan produk yang diiklankan?
Haruslah fikirkan tentang satu perkataan utama yang boleh membuat sesiapun yang membaca
akan tergoda untuk membelinya. Oleh itu, ayat yang digunakan mestilah mengejutkan, aneh,
unik serta dapat memikat emosi pembaca. Apapun ayat yang digunakan, pastikan ayat
tersebut dapat membuat hati pembaca berkobar-kobar dan tertarik untuk membaca iklan
sehingga selesai. Contohnya, Tiket KLIA Bali diskaun sehingga 60%!.
Kaedah yang kedua iaitu proses pembuatan iklan. Yang pertama dalam kaedah ini
adalah belajar daripada kesilapan iklan yang lain. Jika seseorang itu belum berpengalaman
dalam menulis ikan, dia perlu dahulu untuk mempelajari tentang kesalahan-kesalahan yang
tidak harus lakukan dalam penulisan ikan dengan menganalisis iklan-iklan lain yang kurang
baik. Dengan membandingkan iklan yang mana baik dan tidak berdasarkan respon diri
sendiri setelah membacanya, perhatikan dan tentukan mengapa iklan tersebut kurang efektif.
Setelah dapat mengenalpasti dan memahami kesalahan iklan lain, fikirkan cara untuk
membuat iklan yang lebih baik dan menarik. Di samping itu, sentiasa memperbaiki iklan agar
menjadi lebih baik dan efektif serta membuat juga perhatian terhadap perkara-perkara yang
membuat sesebuah iklan itu kelihatan menarik dan berjaya menarik perhatian.
Seterusnya, dalam kaedah proses pembuatan iklan juga perlu menggunakan gunakan
bahasa dan ayat yang bersahaja. Ketika menulis iklan, perlu menggunakan ayat dan bahasa
yang bersahaja mungkin. Tulis iklan yang seakan-akan sedang mengatakan perkara tersebut
kepada seseorang yang tertentu. Orang ramai akan berasa lebih dekat dan tertarik ketika
membaca sebuah iklan yang bersahaja. Hal ini kerana, tulisan yang terlalu formal dan kaku
akan membuatkan pembaca tidak akan membacanya. Oleh itu, penulisan iklan janganlah

terlalu kaku dan jangan menampakkan sikap angkuh dalam penulisan tersebut yang akan
membuatkan pembaca berasa produk yang diiklankan tidak sehebat dengan apa yang ditulis.
Selain itu, dalam proses ini juga perlu membuat iklan dengan singkat, padat dan jelas.
Di manapun ingin memaparkan iklan tersebut, pastikan iklan ditulis dengan singkat dan
meninggalkan kesan kepada para pembaca. Segelintir orang yang tidak mempunyai masa
yang banyak untuk membaca iklan, jadi mereka hanya membaca iklan yang dipaparkan
dalam 30 saat sahaja. Iklan yang telah dipaparkan akan dilihat oleh pembaca apabila mereka
sedang melakukan aktiviti lain seperti membaca artikel, Facebook dan sebagainya. Iklan
haruslah ditulis dengan menarik bagi meninggalkan kesan yang kuat untuk pembaca
meskipun hanya menggunakan beberapa perkataan sahaja. Untuk itu, pastikan penyampaian
iklan untuk pembaca dengan spesifik, jangan berjela-jela serta gunakan ayat yang yang
pendek. Penulisan iklan tidak perlu dengan ayat yang lengkap, hanya pastikan pesan yang
ingin disampaikan itu jelas.
Dalam masa yang sama, cuba tambahkan testimoni atau bukti yang boleh ditunjukkan
kepada para pembaca. Pada zaman ini, orang ramai sering membuat semakan dan melihat
testimoni-testimoni sebelum mereka membeli sesebuah produk. Kebanyakan orang
mengambil keputusan untuk membeli sesebuah produk apabila mereka telah yakin produk itu
memberi kesan yang baik kepada pengguna yang lain. Lebih baik lagi, sertakan seberapa
banyak yang mungkin bukti-bukti bagi menambahkan keyakinan kepada pembaca.
Seterusnya, gunakan media sosial yang bersesuaian. Media-media sosial yang ada
sekarang boleh memuat naik video, dan gambar seperti Facebook, Intagram, Twitter dan
banyak lagi. Dengan menyelitkan gambar, maka jumlah perkataan boleh dikurangkan. Oleh
itu, dengan gambar yang ada tidak perlu untuk menjelaskan sifat dan fungsi sesuatu produk.
Biarkan gambar atau video yang dipaparkan ditemani dengan ayat utama yang menarik atau

boleh juga untuk menggunakan slogan bagi produk yang diiklankan, dan jangan lupa untuk
sertakan sekali dengan laman web produk.
Dalam masa yang sama, gambar atau video yang digunakan mestilah mempunyai
kepentingan yang sama dengan ayat yang digunakan dalam iklan tersebut. Oleh itu,
pemilihan gambar dan video pastikan mampu memukau para pembaca serta membuatkan
mereka ingin membeli produk tersebut. Dalam video yang ingin dimuat naik, sebaiknya
adalah meletakkan rakaman suara atau bunyi-bunyi yang menarik bagi pembaca yang melihat
iklan tersebut tidak merasa bosan.
Setelah siapkan iklan dengan sempurna, paparkan iklan tersebut di tempat yang
dinginkan dan rasa sesuai untuk pembaca iklan tersebut. Iklan tersebut haruslah diterbitkan di
beberapa tempat dan seterusnya tunggu hasil yang dicapai. Dengan mengiklankan produk
kepada orang ramai, tentulah berharap agar penjualan produk akan meningkat. Oleh itu,
pastikan bertanya kepada pembeli untuk memastikan tentang cara mereka mengetahui tentang
produk ini. Jika mereka mengatakan bahawa mereka mengetahuinya daripada iklan yang
dipaparkan, maka iklan yang dipaparkan sangat baik.
Akhir sekali, jangan menggunakan iklan yang sama terlalu lama walaupun iklan yang
sudah ada mendapat sambutan. Dan jangan juga menerbitkan sebuah iklan yang tidak
meningkatkan keuntungan penjualan produk yang diiklankan. Perbaiki iklan tersebut
sehingga iklan itu benar-benar meningkatkan hasil dan bertambah penjualan sehari ke sehari.
Iklan yang tidak menarik atau terlalu lama mungkin akan membuatkan pelanggan merasa
bosan untuk membaca ayat yang sama.

RUJUKAN
https://ms.wikipedia.org/wiki/Iklan
https://riskarostikan.wordpress.com/2013/11/03/definisi-iklan-dan-jenis-iklan/
https://www.scribd.com/doc/46535220/Definisi-pengiklanan
http://contohsimpel.blogspot.com/2014/08/contoh-iklan-dan-cara-membuat-iklan.html
http://id.wikihow.com/Menulis-Iklan-yang-Efektif

Anda mungkin juga menyukai