Anda di halaman 1dari 19

ISI KANDUNGAN

Bil
.
1
2

Perkara

ASEAN
Latar Belakang
Logo ASEAN

Bendera ASEAN

Lagu ASEAN

Negara-Negara yang Menyertai


ASEAN

Sumbangan Asean Kepada Negara

Rumusan

Catatan

LATAR BELAKANG

ASEAN, merupakan singkatan bagi "Association of


Southeast Asian Nations" atau Persatuan NegaraNegara Asia Tenggara. ASEAN ditubuhkan pada 8
Ogos 1967 di Bangkok dengan
tujuan
untuk
mengukuhkan kerjasama serantau. Negara anggota
mengadakan mesyuarat pada setiap November.

Visi : Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti

Misi
:
Hormat
terhadap
kemerdekaan,
ketuanan,
kesamaan, integriti jajahan dan
identiti nasional semua Negara

Matlamat :

Hak untuk setiap negara untuk memimpin


kehadiran nasional bebas daripada campur
tangan
luar,
subversif
atau
koersion
(coercion)

Penyelesaian perbezaan atau perdebatan


dengan aman

Menolak penggunaan ketenteraan

LOGO ASEAN

Logo ASEAN membawa erti ASEAN yang stabil,


aman, bersatu dan dinamik. Warna logo itu biru,
merah, putih dan kuning merupakan warna utama
lambang negara negara ASEAN.
Warna biru melambangkan keamanan dan
kestabilan. Merah bermaksud semangat dan
dinamisme
manakala
putih
menunjukkan
ketulenan
dan
kuning
melambangkan
kemakmuran.
Sepuluh tangkai padi melambangkan impian Bapa
Penemuan ASEAN yang kesepuluh negara di Asia
Tenggara bersatu dan bersahabat. Bulatan pula
melambangkan kesatuan ASEAN.
Tulisan yang digunakan untuk perkataan ASEAN
ialah helvetica dalam tulisan kecil dan bold

BENDERA ASEAN

Bendera ASEAN membawa erti ASEAN yang stabil,


aman, bersatu dan dinamik. Warna logo iaitu biru,
merah, putih dan kuning merupakan warna utama
bendera negara negara ASEAN.
Warna biru melambangkan keamanan dan
kestabilan. Merah bermaksud semangat dan
dinamisme
manakala
putih
menunjukkan
ketulenan
dan
kuning
melambangkan
kemakmuran.
Sepuluh tangkai padi melambangkan impian Bapa
Penemuan ASEAN yang kesepuluh negara di Asia
Tenggara bersatu dan bersahabat. Bulatan pula
melambangkan kesatuan ASEAN.

LAGU ASEAN

Lagu Perpaduan ASEAN


ASEAN, OH ASEAN
OUR VOICES RISE AS ONE
FROM LAND TO LAND FROM SEA TO SEA
REACH OUT TO EVERYONE
ASEAN, OH ASEAN
LET'S LINK OUR ARMS AND STAND
BEHOLD THE SUN HAS RISEN TO
THE LEVEL OF OUR EYES
BEHOLD THE SUN HAS RISEN TO
THE LEVEL OF OUR EYES

Lagu ini dicipta oleh Ryan Cayabyab dan lirik oleh


Nicanor G. Tiongson. Lagu ini disampaikan oleh
Philippine
Madrigal
singers,
Philippine
Normal
University Chorale, Philippine Women's University
Chorale, A Capella Manila dan Orkestra Filharmonik
Filifina.

NEGARA-NEGARA YANG MENYERTAI ASEAN

1.Brunei

Negara Brunei Darussalam (Jawi: ) (


atau Negara Brunei atau Brunei ialah sebuah negara
kecil yang kaya dengan sumber minyak dan terletak di
sebelah utara pulau Borneo.
Brunei
di
kelilingi Malaysia dengan
dua
bahagian
Brunei
dipisahkan
di
daratan
oleh
Malaysia.
Nama Borneo diambil berdasarkan nama negara ini. Ini
adalah disebabkan pada zaman dahulu, Brunei
mempunyai pengaruh dan kuasa yang kuat di pulau
Borneo.

2.Filipina

Republik
Filipina merupakan
sebuah negara
kepulauan yang terletak di bahagian barat Lautan
Pasifik dan terletak kira-kira 100 kilometer dari tanah
besar Asia.
Negara
ini
mempunyai
pengaruh
keagaaman, kebudayaan dan cara hidup yang kuat dari
negaraSepanyol dan Amerika Syarikat memandangkan
telah dijajah selama hampir empat abad oleh kuasa
besar tersebut. Filipina adalah salah satu dari hanya
dua negara (satu lagi adalah Timor Leste) sahaja yang
penduduknya majoriti menganuti agama Kristian di
benua
Asia
di
mana
agama Islam, Hindu atau Buddha lebih popular.

3. Indonesia

Republik
Indonesia ialah
sebuah negara
kepulauan yang
juga
disebut
sebagai Nusantara (Kepulauan Antara) yang terletak di
antara tanah besar Asia Tenggara dan Australia dan
antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Indonesia
bersempadankan Malaysia di Pulau Borneo, Papua New
Guinea di Pulau Papua, dan Timor Leste di Pulau Timor.
Negara
jiran
lain
termasuklah Singapura,Filipina,
Australia dan wilayah India Kepulauan Andaman dan
Nicobar. Ibu negara dan pusat pentadbiran Indonesia
ialah Jakarta.

4.Kemboja

Kemboja (Bahasa Khmer:, Kampuchea), atau nama


rasminya Kerajaan Kemboja (Bahasa Khmer:, Preh
Rachanachk Kmpcha) dan dahulunya dikenali
sebagai Empayar Khmer, adalah sebuah negara yang
terletak
di
bahagian
selatan
Semenanjung Indochina di Asia
Tenggara.
Jumlah
keluasan tanahnya 181,035 kilometer persegi. Ia
bersempadan dengan Thailanddi barat laut, Laos di
timur laut, Vietnam di timur, dan Teluk Thailand di barat
daya.

5.Laos

Republik
Demokratik
Rakyat
Lao (Bahasa
Lao: Sthlanalat Pasthipatai Passon Lo) ialah satu
satunya negara tanpa pantai di Asia Tenggara dan
bersempadankan Myanmar dan China di
barat
laut, Vietnam di
timur, Kemboja di
selatan,
dan Thailand di
barat.Selepas
kemerdekaan
daripada Perancis pada 1949, Laos menghadapi perang
saudara
yang
berakhir
pada 1975 apabila
kumpulankomunis Pathet Lao merampas kuasa.Laos
merupakan antara negara yang mempunyai kebebasan
ekonomi dan politik paling rendah di dunia. Sejarah
Laos
boleh
dihubungkan
dengan
kerajaan Lan
Xang (Tanah Seribu Gajah), sebuah kerajaan Asia
Tenggara yang muncul antara abad ke-14 sehingga
abad ke-18.

6.Malaysia

Malaysia (Tulisan
Jawi: )
ialah
sebuah
negara raja
berperlembagaan persekutuan di Asia
Tenggara yang terdiri daripada tiga belas negeri dan
tiga wilayah persekutuan, yang menduduki bumi
berkeluasan
329,847
kilometer
persegi
(127,350 bt persegi). Malaysia terbahagi kepada dua
kawasan
yang
mengapit Laut
China
Selatan,
iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia(juga
Malaysia Barat dan Timur). Malaysia berkongsi
sempadan darat dengan Thailand, Indonesia, dan
Brunei dan juga sempadan laut dengan Singapura
dan Filipina. Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur,
manakala Putrajaya merupakan
pusat
kerajaan
persekutuan. Pada tahun 2009, Malaysia diduduki 28
juta orang.

7. Myanmar

Myanmar atau
dahulunya
dikenali
sebagai Burma ialah sebuah negara di Asia Tenggara.
Negara ini mengubah namanya kepada Myanmar pada
1989 dan nama barunya ini diiktiraf oleh Pertubuhan
Bangsa-Bangsa
Bersatu.
Walaubagaimanapun,
beberapa negara seperti Amerika Syarikat dan United
Kingdom tidak menerima perubahan nama ini kerana
kedua-dua negara ini tidak mengiktiraf kerajaan junta
yang memerintah Myanmar sekarang. Hari ini, ramai
orang menggunakan nama "Myanmar" walaupun
sesetengahnya tidak bersetuju dengan pemerintahan
junta di Myanmar.

8. Singapura

Republik
Singapura ialah
sebuah negara
pulau yang
terletak
di
tepi
hujung
selatan Semenanjung Melayu, 137 kilometer (85 bt) di
utara garisan Khatulistiwa, di Asia Tenggara. Ia terpisah
dari Malaysia dengan Selat
Johor di
utara,
dan Kepulauan
Riau Indonesia dengan Selat
Singapura di selatan. Singapura ialah pusat kewangan
keempat
terunggul dan
sebuah
bandaraya
global metropolitan yang memainkan peranan penting
dalam perdagangan dan kewangan antarabangsa.
Pelabuhan Singapura ialah salah sebuah daripada
lima pelabuhan tersibuk dunia.

9. Thailand

Kerajaan Negara Thai atau nama rasminya Pratht


Thai ialah sebuah negara di Asia Tenggara yang
bersempadankan Laos dan
Kemboja di
timur, Malaysia dan
Teluk
Siam
di
selatan,
dan Myanmar dan Laut Andaman di barat. Negara Thai
dahulunya
dikenali
sebagai Siam sehinggalah
11
Mei 1949. Perkataan Thai ( ) bermaksud "bebas"
dalam bahasa Thai. Nama Siam masih digunakan di
kalangan orang Thai terutama sekali minoriti Cina.

10.

Vietnam

Vietnam /vjetnm,
vi:et-,
-na:m/
(Bahasa
Vietnam: Vit Nam) , secara rasminya Republik Sosialis
Vietnam (Bahasa Vietnam:Cng ha X hi Ch ngha
Vit
Nam),
ialah negara paling
timur
di semenanjung Indochina di Asia
Tenggara,
bersempadan denganChina di utara, Laos di barat laut,
dan Kemboja di barat daya. Di pantai timur negara ini
adalah Laut
China
Selatan.
Denganbilangan
penduduk mencecah 87 juta, Vietnam ialah negara ke13 teramai penduduknya di dunia. Negara ini juga
tersenarai di kalangan "sebelas ekonomi yang
seterusnya"; menurut perangkaan kerajaan, kadar
kenaikan KDNK mencatat 8.17% pada tahun 2006, iaitu
kadar pertumbuhan KDNK kedua terpantas di kalangan
negara-negara Asia Timur dan yang terpantas di Asia
Tenggara.

SUMBANGAN ASEAN KEPADA NEGARA

i.
Mempercepatkan
pertumbuhan
ekonomi,
kemajuan sosial dan perkembangan kebudayaan di
rantau ini. Ia dijayakan melalui usaha dan tindakan
bersama
dengan
semangat
persamaan
dan
perkongsian. Langkah-langkah ini sebagai usaha
mengukuhkan asas untuk sebuah masyarakat yang
aman, makmur di Negara-negara Asia Tenggara.
ii.
Menggalakkan keamanan dan kestabilan
serantau. Ini hendaklah dilakukan berdasarkan hormatmenghormati sepenuhnya keadilan undang-undang di
kalangan Negara rantau ini dan patuh kepada piagam
pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB).
iii.
Menggalakkan kerjasama yang akif dan
saling
membantu
terhadap
perkara-perkara
kepentingan bersama dalam bidang ekonomi, sosial,
kebudayaaan, teknikal,santifik dan pentadbiran.
iv.
Tolong-menolong antara satu sama lain
dalam bentuk latihan dan kemudahan-kemudahan
penyelidikan dalam bidang pelajaran professional,
teknikal dan pentadbiran.
v.
Bekerjasama yang lebih berkesan dalam
penggunaan bidang pertanian dan industri. Meluaskan
perdangangan termasuk kajian masalah perdagangan
barangan antarabangsa, memperbaiki kemudahankemudahan pengangkutan dan perhubungan dan
meninggikan lagi taraf hidup rayat Negara-negara
anggota.

vi.
Untuk mengekalkan Asia Tenggara sebagai
Zon Bebas Senjata Nuklear dan bebas daripada segala
senjata pemusnah besar-besaran yang lain;
vii.
Untuk mewujudkan suatu pasaran dan
pangkalan pusat pengeluaran tunggal yang stabil,
makmur, berdaya saing dan berintegrasi dari segi
ekonomi
dengan
kemudahan
berkesan
bagi
perdagangan dan pelaburan yang dalamnya wujud
pengaliran bebas barangan, perkhidmatan dan
pelaburan; memudahkan pergerakan ahli perniagaan,
ahli profesional, bakat dan tenaga kerja; dan aliran
modal yang lebih bebas;
viii.
Untuk
memperkukuh
demokrasi,
meningkatkan tadbir urus yang baik dan rukun undangundang, dan untuk menggalakkan dan melindungi hak
asasi manusia dan kebebasan asasi dengan mengambil
kira hak dan tanggungjawab Negara Anggota ASEAN;
ix.
Untuk menggalakkan pembangunan yang
lestari supaya dapat memastikan alam sekitar rantau
ini dilindungi, kelestarian sumber aslinya, dilestarikan
warisan budaya dan kualiti hidup penduduknya yang
tinggi dipelihara;

RUMUSAN

Harapan

Dengan ini diharapkan pertubuhan ASEAN dapat


terus memberi kebaikan kepada Negara kita dan terus
memajukan ekonomi Negara kita. Dengan pertubuhan
ini juga kita dapat saling menolong antara Negara
semasa melanda masalah.

Cadangan
Sebagai konklusinya, antara matlamat penubuhan
ASEAN itu sendiri itu adalah untuk membina kerjasama
serantau dikalangan Negara Asia Tenggara dan
mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan
sosial dan perkembangan kebudayaan di rantau ini. Ia
dijayakan melalui usaha dan tindakan bersama dengan
semangat persamaan dan perkongsian. Langkahlangkah ini sebagai usaha mengukuhkan asas untuk
sebuah masyarakat yang aman, makmur di Negaranegara Asia Tenggara.

Anda mungkin juga menyukai