Anda di halaman 1dari 2

FADHIL

Fadhil ialah suami Raidah dan bapa Ghazi serta Waheeda.


Dia juga bapa mertua Fatimah dan Zahid serta datuk Izzati.
Fadhil bekerja sebagai guru. Selepas bersara, dia menjadi pemandu pelancong Chalet
Tajau Emas.
Dia berkumis dan mempunyai sejemput janggut.

Perwatakan
Peramah, mesra dan pandai berlawak.

Berpengetahuan luas

Menjaga nama baik diri dan keluarganya

Huraian
Perwatakannya disenangi oleh para
pengunjung yang datang ke Chalet Tajau
Emas termasuk pengunjung dari luar
negara.
Dia berpengetahuan luas tentang sejarah
tempatan. Dia menggunakan pengetahuan
tersebut sebagai modal untuk
menyampaikan maklumat kepada para
pelancong yang datang ke Chalet Tajau
Emas.
Dia sangat malu, terutama kepada keluarga
Datuk Yasser apabila Waheeda tidak pulang
pada hari pertunangannya. Oleh sebab itu,
majlis ditukar menjadi majlis pertunangan
Ghazi dengan Fatimah.

BAZILAH
-

Bazilah ialah kawan baik Waheeda semasa mereka belajar di Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai, Johor. Selepas tamat belajar, Bazilah menyambung pelajarannya di
Singapura.
Wajahnya cantik dan berkulit mulus kemerah-merahan.

Perwatakan
Peramah, mesra dan baik hati

Suka membantu

Setia kawan

Huraian
Dia menerima kedatangan Waheeda yang
menumpang di rumahnya untuk menjalani
rawatan di Silicon Medical Center (SMC) dengan
baik.
Sebelum Waheeda bertemu dengan pakar
perubatan di SMC, Bazilah memperkenalkan
Waheeda kepada Dr.Zahari, tunangnya yang
bekerja sebagai pakar bedah plastik di Hospital
Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk
memberikan maklumat mengenai prosedur
pembedahan yang akan dijalaninya supaya
Waheeda memperoleh informasi yang jelas.
Ketika pertama kali Waheeda datang ke SMC,
dia menemani Waheeda untuk memberikan
sokongan moral kepada rakannya itu.

Anda mungkin juga menyukai